You are on page 1of 25

PERANAN KERAJAAN

DALAM PASARAN

UNIT EKONOMI AE015 1


PERANAN KERAJAAN DALAM
PASARAN

2.1 Kegagalan Pasaran


2.2 Dasar Kawalan Harga
2.3 Cukai Dan Subsidi

UNIT EKONOMI AE015 2


0bjektif Pengajaran
Objektif tajuk ini adalah bagi membolehkan pelajar:

Menerangkan faktor kegagalan pasaran.


Menjelaskan kesan dasar harga maksimum dan dasar
harga minimum terhadap pasaran dengan bantuan
rajah.
Menjelaskan kesan cukai dan subsidi terhadap
keseimbangan pasaran dengan menggunakan rajah.

UNIT EKONOMI AE015 3


2.1.1 Faktor-faktor kegagalan pasaran
dari segi:
A) Ketakcekapan peruntukan sumber
i) barang awam
ii) kesan eksternaliti
iii) kewujudan monopoli
iv) maklumat tak sempurna
B) Ketakstabilan ekonomi
i) inflasi
ii) pengangguran
iii) imbangan pembayaran
C) Ketakadilan agihan pendapatan

UNIT EKONOMI AE015 4


A) Ketakcekapan peruntukan sumber:
i) Barang awam
-- Barang awam tidak mendatangkan keuntungan
yang banyak kepada pengeluar.
-- Justeru, dalam sistem pasaran bebas yang
sentiasa bermotifkan keuntungan persendirian,
barang awam kurang dikeluarkan.
-- Hanya golongan berpendapatan tinggi yang
diberi perhatian kerana lebih banyak barang
mewah dikeluarkan.
-- Oleh itu, golongan miskin akan tertindas kerana
mereka terpaksa membayar harga yang lebih
tinggi.
UNIT EKONOMI AE015 5
ii) Kesan Eksternaliti
-- Eksternaliti negatif ialah kesan sampingan negatif yang
dialami masyarakat akibat aktiviti pengeluaran dan
penggunaan barangan dan perkhidmatan.
-- Contoh: Pencemaran alam sekitar
Kesesakan lalulintas

-- Oleh sebab matlamat individu adalah memaksimumkan


kepuasan dan matlamat firma adalah untuk
memaksimumkan keuntungan semata-mata maka
kebajikan masyarakat akan terabai .

UNIT EKONOMI AE015 6


iii) Kewujudan monopoli
-- Dalam pasaran monopoli, biasanya barang akan
dijual pada harga yang lebih tinggi, manakala
kuantiti barang yang dijual adalah terhad.

-- Harga barang yang tinggi menyebabkan


pengguna ditindas dan kepuasan maksimum
tidak dapat dicapai disebabkan pilihan pengguna
terhad

UNIT EKONOMI AE015 7


iv) Maklumat Tidak Sempurna

Penjual dan pembeli tidak mempunyai


pengetahuan yang lengkap tentang keadaan di
pasaran
Pengetahuan yang tidak sempurna dikalangan
pengguna menyebabkan penjual berupaya
memanipulasi pasaran

UNIT EKONOMI AE015 8


B) Ketakstabilan Ekonomi
i) Inflasi
Mekanisma pasaran bergantung pada interaksi permintaan dan
penawaran yang sentiasa turun naik.
Oleh itu keadaan ekonomi adalah tidak stabil dan wujud
kenaikkan tingkat harga secara umum.
Ekonomi mengalami masalah inflasi
ii) Pengangguran
Mekanisma pasaran bergantung pada interaksi permintaan
dan penawaran yang sentiasa turun naik
Oleh itu keadaan ekonomi adalah tidak stabil dan wujud
kejatuhan dalam tingkat harga, output dan permintaan.
Ekonomi akan mengalami masalah deflasi dan berlaku
pengangguran.
UNIT EKONOMI AE015 9
iii) imbangan pembayaran

Imbangan pembayaran akan mengalami defisit


apabila permintaan terhadap barang import
melebihi daripada jumlah barang yang di
eksport.
Defisit dalam imbangan pembayaran yang
berterusan akan menyebabkan ketakstabilan
ekonomi.

UNIT EKONOMI AE015 10


c. Ketidakadilan agihan pendapatan

Sistem ekonomi kapitalis menyebabkan jurang


pendapatan yang ketara antara golongan kaya
dan berpendapatan rendah.
Golongan yang kaya semakin kaya kerana
memiliki sumber yang lebih banyak dan
mempunyai kuasa beli yang tinggi.
Golongan berpendapatan rendah memiliki
sumber yang terhad dan mempunyai kuasa beli
yang rendah.

UNIT EKONOMI AE015 11


2.2 Dasar Kawalan Harga

2.2.1 (a) Dasar Harga Maksimum


Dasar harga maksimum ialah dasar penetapan
tingkat harga pasaran yang lebih rendah
daripada tingkat harga keseimbangan pasaran.
Merupakan tindakan kerajaan menetapkan had
maksimum yang boleh dikenakan ke atas harga
barang bagi tujuan menjaga kebajikan
pengguna.

UNIT EKONOMI AE015 12


Rajah 2.2.1 (a) Harga Maksimum
P
D S

E
Pe
Harga
Pc
maksimum

S D

0 Q1 Qe Q2 Q

UNIT EKONOMI AE015 13


Kesan dasar harga maksimum
Permintaan melebihi penawaran:
-- Lebihan permintaan yang berlaku di pasaran
akan menggalakkan berlakunya pasaran gelap.
-- Untuk mengelakkan daripada berlakunya
pasaran gelap, kerajaan boleh mengadakan
dasar pencatuan.
-- Kerajaan boleh menguatkuasakan undang-
undang seperti mengenakan denda dan
hukuman berat ke atas pihak-pihak yang
terlibat dengan pasaran gelap.
-- Selain itu, bagi mengatasi masalah lebihan
permintaan, kerajaan akan mengimport.
UNIT EKONOMI AE015 14
2.2.1 (b) Dasar Harga Minimum

Dasar harga minimum ialah dasar


penetapan tingkat harga pasaran yang
lebih tinggi daripada tingkat harga
keseimbangan pasaran.
Tindakan kerajaan menetapkan had
minimum yang boleh dikenakan ke atas
harga barang bertujuan menjaga
kebajikan pengeluar.

UNIT EKONOMI AE015 15


Rajah 2.2.1 (b) Harga Minimum
P
D S
Harga
Pf
minimum
E
Pe

D
S

0 Q1 Qe Q2 Q

UNIT EKONOMI AE015 16


Kesan dasar harga minimum
Penawaran melebihi permintaan
-- Bagi mengatasi masalah lebihan penawaran,
kerajaan akan membeli lebihan penawaran
tersebut dan disimpan dalam stok penimbal.
-- Sekiranya ada permintaan untuk barang
tersebut dengan harga yang berpatutan,
kerajaan akan menjual @ mengeksport lebihan
tersebut.
-- Dasar harga minimum telah berjaya
meninggikan harga dan meningkatkan
pendapatan pengeluar.

UNIT EKONOMI AE015 17


2.3 Cukai Dan Subsidi
2.3.1 (a) Cukai Jualan
-- Cukai jualan ialah cukai tak langsung yang dikenakan oleh
kerajaan ke atas sesuatu barang dan ia hanya dibayar
pada masa jual beli barang tersebut berlaku.

-- Cukai jualan yang dikenakan akan menyebabkan kos


pengeluaran pengeluar meningkat. Kesannya pengeluar
akan memindahkan sebahagian beban cukai tersebut
kepada pengguna.

-- kenaikkan kos pengeluaran akan menyebabkan pengeluar


mengurangkan penawaran .

-- Keluk penawaran akan akan beralih ke kiri menyebabkan


harga pasaran akan meningkat.

UNIT EKONOMI AE015 18


Rajah 2.3.1 (a) Cukai

t
E1
P1
PENGGUNA A
P0 E0

PENGELUAR
P B

0 Q0 Q
Q1
UNIT EKONOMI AE015 19
Berdasarkan rajah:
- Keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila keluk
penawaran S0S0 bersilang dengan keluk permintaan
D0D0 dimana tingkat harga keseimbangan P0 dan
kuantiti keseimbangan Q0.
- Setelah cukai dikenakan, keluk penawaran akan
beralih ke kiri iaitu dari S0S0 ke S1S1.
- Titik keseimbangan berubah dari E0 ke E1, tingkat
harga naik daripada P0 ke P1 manakala kuantiti
keseimbangan merosot daripada QO ke Q1.
- Jumlah beban cukai pengguna ialah POP1E1A,manakala
beban cukai pengeluar ialah PPOAB.

UNIT EKONOMI AE015 20


1) -- Fungsi penawaran sebelum cukai ialah
QS1 = a + bP
-- Setelah cukai per unit dikenakan, fungsi
penawaran berubah menjadi
QS2 = a + b (P cukai per unit)
ATAU
2) -- Jika fungsi penawaran sebelum cukai
PI = a + dQ
-- Setelah cukai per unit dikenakan, fungsi
penawaran berubah menjadi
P2 = a + dQ + cukai per unit

UNIT EKONOMI AE015 21


2.3.1 (b) Subsidi

Subsidi ialah pemberian kerajaan kepada


pengeluar bagi mengurangkan kos
pengeluaran dan harga.
Kesannya kos pengeluaran akan
berkurangan menyebabkan pengeluar akan
menambahkan keluaran
Keluk penawaran akan beralih ke kanan.

UNIT EKONOMI AE015 22


Rajah 2.3.1 (a) Subsidi

B
P2
PENGELUAR E0
P0 A
PENGGUNA
P1 E1

0 Q0 Q1 Q
UNIT EKONOMI AE015 23
Berdasarkan rajah:
-- Keseimbangan asal tercapai pada titik EO
apabila keluk penawaran SOSO bersilang dengan
keluk permintaan D0D0 dimana tingkat harga
keseimbangan PO dan kuantiti keseimbangan
QO.
-- Setelah subsidi dikenakan, keluk penawaran
akan beralih ke kanan dari SOSO ke S1S1.
-- Titik keseimbangan berubah dari EO ke EI,
tingkat harga jatuh dari PO ke PI manakala
kuantiti keseimbangan meningkat dari Q0 ke QI.
-- Jumlah subsidi yang diperolehi oleh pengguna
ialah PIPOAEI, manakala jumlah subsidi yang
diperolehi oleh pengeluar ialah POP2BA.

UNIT EKONOMI AE015 24


1) -- Fungsi penawaran sebelum subsidi
QS1 = a + bP
-- Setelah subsidi dikenakan, fungsi penawaran
berubah menjadi
QS2 = a + b (P + Subsidi)
ATAU
2) -- Jika fungsi penawaran sebelum subsidi
PI = a + dQ
-- Setelah subsidi dikenakan, fungsi penawaran
berubah menjadi
P2 = a + d (Q subsidi)

UNIT EKONOMI AE015 25

You might also like