You are on page 1of 2

Funding (pendanaan semula) adalah salah satu alat dasar kewangan kuantitatif bank

pusat. Funding bertujuan untuk mengubah bekalan/penawaran wang dalam ekonomi.

Funding adalah tindakan kerajaan mengurang atau meningkatkan pengeluaran sekuriti


jangka panjang.

Semasa Inflasi bekalan wang dalam ekonomi adalah tinggi dan harus dikurangkan.
Semasa inflasi juga bank perdagangan mempunyai harta cair (wang tunai) yang
sangat banyak. Bagi mengurangkan bekalan wang dan keupayaan bank perdagangan
untuk memberikan pinjaman, bank pusat akan meningkatkan pengeluaran sekuriti
kerajaan (juga merupakan hutang negara, iaitu pinjaman kerajaan daripada pihak
bank) jangka panjang (bermakna tempoh bayaran balik hutang negara oleh kerajaan
kepada pihak bank menjadi lebih panjang). Hal ini akan menyebabkan harta cair bank
akan berkurang dan keupayaan bank untuk memberikan pinjaman turut berkurang.
Semasa inflasi bank pusat akan mengurangkan pengeluaran sekuriti kerajaan jangka
pendek (seperti bil perbendaharaan yang mempunyai tempoh matang < setahun).

Misalnya pada tahun 2015 Bank A mempunyai RM50,000 semasa inflasi. Bagi
mengurangkan keupayaan Bank A memberi pinjaman, bank pusat menjual sekuriti
kerajaan jangka panjang (melebihi setahun) kepada bank A dengan nilai RM25,000.
Bank A hanya mempunyai RM25,000 sahaja untuk dipinjamkan kepada orang ramai.
Baki RM25,000 lagi akan hanya diperoleh oleh Bank A pada tahun 2017. Pada masa
yang sama bank pusat telah mengurangkan bekalan wang sebanyak RM25,000 yang
dimiliki oleh Bank A.

Semasa deflasi bank pusat akan meningkatkan pengeluaran sekuriti kerajaan jangka
pendek. Huraiannya adalah terbalik berbanding semasa inflasi.

Tindakan bank pusat meningkatkan pengeluaran sekuriti kerajaan (tempoh


matang melebihi setahun) dan mengurangkan pengeluaran bil perbendaharaan
(tempoh matang kurang setahun).
Pendanaan dibuat oleh bank pusat apabila bank perdagangan mempunyai harta cair
yang sangat banyak.
Pendanaan menyebabkan tempoh matang hutang negara menjadi lebih lama.
Langkah ini akan mengurangkan keupayaan bank perdagangan untuk memberi
pinjaman.
KNK potensi & KNK sebenar

Keluaran Negara Kasar (KNK) potensi adalah tingkat keluaran negara kasar yang boleh dicapai oleh
sesebuah negara apabila semua faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya.

Keluaran Negara Kasar (KNK) sebenar merupakan tingkat keluaran negara kasar yang sebenarnya
dicapai oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.

Jika KNK potensi lebih tinggi berbanding KNK sebenar, ia menunjukkan masih terdapat faktor
pengeluaran yang tidak digunakan atau mengalami pengangguran. Situasi ini boleh menyebabkan
ekonomi sesebuah negara mengalami kemelesetan.

Jika KNK potensi lebih rendah berbanding KNK sebenar, ia menunjukkan pencapaian ekonomi
melebihi daripada pencapaian yang sepatutnya dicapai. Hal ini boleh menyebabkan ekonomi sesebuah
negara mengalami perkembangan yang pesat dan lebih cenderung untuk mengalami inflasi.

Jika KNK potensi menyamai KNK sebenar, ia menunjukkan ekonomi sesebuah negara berada pada
pencapaian yang sepatutnya, iaitu berada pada tingkat guna tenaga penuh.

You might also like