You are on page 1of 4

PK01 Pengurusan Panitia

LAPORAN PERTANDINGAN BOLA JARING BAWAH 12 TAHUN


MSS DAERAH KULAI 2017

1. Nama Program : Pertandingan Bola Jaring Bawah 12 Tahun MSS


Daerah Kulai 2017.
2. Tarikh : 13 APRIL 2017
3. Hari / Masa : Khamis / 7.45 pagi 5.30 petang
4. Tempat : Dewan SMK. Sultan Ismail
5. Objektif :
5.1 Melatih murid bertanding dalam sesebuah permainan yang bertaraf lebih
tinggi.
5.2 Membuka lebih banyak peluang kepada murid untuk terlibat dalam
pertandingan peringkat daerah dan selanjutnya.
5.3 Meningkatkan daya saing yang sihat di kalangan murid.
5.4 Menimba lebih banyak pengetahuan dan pengalaman.
6. Sasaran :13 orang murid tahun 4, 5 dan 6.
7. Butiran aktiviti :
Tepat jam 7.45 pagi pendaftaran pasukan bermula di atas pentas
SMK Sultan Ismail. Setelah itu, taklimat kepada pengurus pasukan
menyusul pada jam 8.10 pagi di tempat yang sama. Pengurus pasukan, Pn.
Fazliaton mendengar taklimat dengan tekun dan teliti.
Para peserta pasukan dari sekolah masing-masing bersedia di luar
dewan dengan aktiviti regangan bagi persediaan fizikal sebelum
pertandingan. Pasukan dari SK Taman Kota Kulai juga tekun melakukan
aktiviti regangan dengan diawasi jurulatih pasukan di bawah bimbingan Pn.
Nurul Habibah dan Cik Nor Wahidah. Setiap pasukan yang bertanding
dikategorikan dalam empat liga kumpulan. Pasukan SK Taman Kota Kulai
dikategorikan dalam liga kumpulan B bersama pasukan lain antaranya
pasukan dari SK IP (1), SK Ayer Manis dan SK SB. Sebelum pertandingan
bermula, setiap pemain diberi taklimat ringkas oleh pengurus pasukan dan
jurulatih pasukan masing-masing. Antaranya pengisian taklimat ialah, masa
bermain dalam liga kumpulan ialah 8-2-8 dan peringkat seterusnya 10-3-10.
Perlawanan pertama, pasukan SK Taman Kota Kulai menentang
pasukan SK Indahpura (1) dengan berakhirnya pungutan mata 10 1.
Perlawanan kedua, pasukan SK Taman Kota Kulai menentang pasukan SK
Ayer Manis dengan berakhirnya pungutan mata 5 4. Kedua-dua pasukan
bermain dengan penuh bersemangat dengan perbezaan pengutan mata
yang begitu sengit. Seterusnya dalam pertandingan ketiga, pasukan SK

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 Pengurusan Panitia

Taman Kota Kulai menentang pasukan SK SB dengan berakhirnya


pungutan mata 6 1. Dengan berakhirnya perlawanan antara kumpulan
bersama pungutan mata yang diperolehi, pasukan SK Taman Kota Kulai
layak ke pringkat suku akhir. Pada perlawanan peringkat suku akhir, tempat
pertandingan bertukar ke Gelanggang Flat Temenggung.
Bermulanya perlawanan di peringkat suku akhir, pasukan SK Taman
Kota Kulai menentang pasukan SK Senai dengan berakhirnya pungutan
mata 6 5 dan melayakkan pasukan SK Taman Kota Kulai ke peringkat
separuh akhir. Di peringkat separuh akhir, pasukan SK Taman Kota Kulai
menentang pasukan SK Taman Muhibbah dengan berakhirnya pungutan
mata 6 11. Dengan keputusan mata di peringkat separuh akhir, pasukan
SK Taman Kota Kulai tidak layak ke peringkat seterusnya. Namun begitu,
bagi menentukan kedudukan tempat ketiga dan keempat, pasukan SK
Taman Kota Kulai perlu menentang pasukan SK Taman Kota Kulai 2.
Dengan berakhirnya pungutan mata 10 5, akhirnya SK Taman Kota Kulai
layak di tempat ketiga.
Perlawanan di peringkat akhir menyaksikan pasukan SK Sibol dan
pasukan SK Taman Muhibbah bersaing untuk merebut gelaran juara.
Akhirnya, pertandingan tamat dengan SK Taman Muhibbah menyandang
juara baharu.
Majlis penutup dijalankan pada jam 5 petang. Senarai pemenang
adalah seperti berikut:
Tempat pertama : SK Taman Muhibbah
Tempat kedua : SK Sibol
Tempat ketiga : SK Taman Kota Kulai
Tempat keempat : SK Taman Kota Kulai 2
Majlis bersurai pada 5.30 petang.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 Pengurusan Panitia

8. Penilaian Program :
8.1 Kekuatan Program :
8.1.1 Pemain memberikan mutu permainan yang sangat baik.
8.1.2 Pemain faham dan mengaplikasikan teknik yang dipelajari dalam
permainan.
8.1.3 Pemain menunjukkan rasa seronok dan bekerjasama sesama ahli
pasukan sepanjang permainan.
8.2 Kelemahan Program :
8.2.1 Stamina dan ketangkasan sesetengah pemain agak lemah.
8.2.2 Keadaan lantai gelanggang SMK Sultan Ismail agak licin.
8.2.3 Arahan daripada beberapa pengadil pertandingan kurang jelas dan
dapat sukar difahami oleh pemain bawah 12 tahun.
8.3 Cadangan Penambahbaikan :
8.3.1 Pemain perlu bersedia dari segi fizikal dan mental apabila
berhadapan dengan keadaan yang berbeza-beza semasa
perlawanan berlangsung. Elakkan sikap mudah mengalah dan
menyalahkan ahli pasukan mahupun pasukan lain.
8.3.2 Keadaan gelanggang yang bakal digunakan pada pertandingan
akan datang perlu dibaikpulih.
8.3.3 Pemain perlu didedahkan dengan arahan-arahan daripada para
pengadil apabila perlawanan dalam gelanggang berlangsung.

9. Dokumentasi Bergambar :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 Pengurusan Panitia

Pendaftaran dan Taklimat

Aktiviti Fizikal
Majlis penutup dan penyampaian hadiah

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( ) ( )

SK Taman Kota Kulai SK Taman Kota Kulai

Disahkan oleh,

( MOHD YUSOF BIN HAMAT )


Guru Besar
SK Taman Kota Kulai

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like