You are on page 1of 34

BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

BAB 2
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN SISTEM
PEMERINTAHAN NEGARA

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN


1. Selepas kemerdekaan Tanah Melayu Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai
Perlembagaan Tanah Melayu.
2. Pada 16 September nama itu diubah kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
3. Pembentukan Perlembagaan Malaysia telah melalui proses sejarah yang agak panjang.
4. Ia bermula dengan penguasaan British ke atas negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB).
5. Selepas Jepun menduduki Tanah Melayu (1942-1945), British kembali menduduki Tanah
Melayu dan memperkenalkan satu bentuk pemerintahan yang baharu iaitu Malayan
Union pada April 1946.
6. Pemerintahan baharu ini (Malayan Union) mendapat tentangan yang hebat daripada
orang Melayu.
7. Ini menyebabkan British memperkenalkan satu pentadbiran yang baharu, iaitu Perjanjian
Persekutuan 1948.
8. Melalui perjajnjian ini kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang Pesuruhjaya Tinggi
British, Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.
9. Hasil daripada perjanjian ini lahirlah satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang
berkuat kuasa pada 1 Februari 1948. Perlembagaan ini dikenali sebagai Persekutuan
Tanah Melayu 1948.
10. Selepas pilihan raya 1955 Parti Perikatan menang majoriti dan menjadi pemerintah
telah menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu persidangan di London
untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
11. Persidangan tersebut telah berjaya menubuhkan Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya Reid
telah mengadakan referendum dalam kalangan semua penduduk Tanah Melayu .
12. Pada Oktober 1956, Suruhanjaya Reid telah berjaya menerima 131 cadangan daripada
penduduk Tanah Melayu.
13. Akhirnya, draf perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31
Ogos 1957.

80
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara yang menjadi punca


kepada semua undang-undang yang sedia ada atau bakal digubal.
Semua undang-undang yang bakal digubal tidak boleh bercanggah dengan mana-mana
peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya terdapat percanggahan,
maka undang-undang tersebut akan terbatal setakat yang bercanggah sahaja.
Kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang yang tertinggi amat penting bagi
negara yang mengamalkan Sistem Persekutuan seperti Malaysia. Hal ini adalah kerana
wujud pembahagian kuasa yang jelas, kerajaan pusat dapat menjalankan kuasa
pemerintahan dan pentadbiran dengan licin dan teratur tanpa terpaksa bersaing dengan
pihak-pihak lain, terutamanya kerajaan negeri.

Tidak ada mana-mana badan atau institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan
kedudukan tertinggi yang diperuntukkan kepada Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tertinggi
ini dikenali sebagai Konsep Ketinggian Perlembagaan yang termaktub dalam Perkara 4 (1)
Perlembagaan Persekutuan.

Merujuk kepada satu dokumen yang mengandungi


Takrif himpunan undang-undang dasar tentang prinsip-prinsip
Perlembagaan yang dianggap penting untuk pemerintahan dan
pentadbiran negara.

Tujuan Perlembagaan

Perlembagaan menyatakan secara jelas pembahagian kuasa antara semua badan


dengan institusi terlibat dengan pemerintahan dan pentadbiran negara itu serta cara
pelaksanaan kuasa tersebut dijalankan.
Perlembagaan juga mengandungi prinsip-prinsip tentang perkaitan antara satu badan
pemerintah dengan pemerintahan yang lain seperti eksekutif, perundangan dan
kehakiman dengan memperincikan secara khusus, serta peranan setiap badan itu
dalam kerangka pemerintahan negara.
Perlembagaan mempunyai peranan tertentu dalam sesebuah negara iatu:
a) Menentukan cara pemerintahan sesebuah negara
b) Membatasi bidang kuasa pemerintah
c) Menetapkan bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan

81
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

d) Menjelaskan hak-hak yang diperuntukkan kepada rakyat.


Perlembagaan digubal untuk menjadi panduan tentang corak pemerintahan, sistem
politik dan pentadbiran negara serta memberikan jaminan perlindungan kepada
rakyat. Perlembagaan menyatakan secara jelas tentang tanggungjawab dan kewajipan
setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara.

Peranan Perlembagaan

a) Mewujudkan pemerintahan yang adil


Jaminan kepada semangat tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti
hak istimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu dan lain-lain.
Contohnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi terdapat kelonggaran
bahasa-bahasa lain di Malaysia

b) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa


Sebagai negara yang menjalankan pemerintahan beraja, perlembagaan telah
memperuntukkan peruntukan khusus untuk YDPA dan Raja atau Yang Dipertua
Negeri.
Selain itu turut berperanan dalam mengawal pergerakkan kerajaan yang memerintah
agar menjalankan kuasa mengikut peruntukan yang terkandung dalam
perlembagaan.

c) Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat


Perlembagaan persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukan kuasa kepada
pemerintah, juga kepada rakyat melalui konsep kebebasan asasi.
Membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa
oleh sesuatu pihak sahaja yang akhirnya terhakis prinsip demokrasi dan penindasan
rakyat.

d) Alat untuk menyelesaikan masalah


Perlembagaan menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi sumber rujukan
utama.
Sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa
hukuman adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip perlembagaan.

82
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

e) Menjamin Riwayat Negara Bangsa


Perlembagaan berperanan penting dalam menentukan hala tuju perjalanan
pentadbiran negara oleh kerajaan.
Perlembagaan sendiri adalah asas pembentukan demokrasi di Malaysia.
Pembentukan perlembagaan mengekalkan identiti sesebuah negara bangsa
Malaysia karana mencorakkan sistem pentadbiran Dan perjalanan undang-undang
negara.

f) Menjaga kestabilan negara


Terdapatnya sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan
setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan
tertentu.

2.2.3. CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN YANG BAIK

1. Keperluan dan kehendak undang-undang mestilah terperinci dan jelas untuk


mengelakkan keraguan dan perdebatan mengenai isi kandungannya.
2. Perlembagaan mestilah bertulis.
3. Isi kandungan perlembagaan mestilah mencakupi sermua aspek pentadbiran dan
negara. Semua perkara dasar hendaklah disentuh.
4. Hak-hak keistimewaan dan tanggungjawab warganegara adalah aspek paling penting
dalam perlembagaan. Perlembagaan juga menjelaskan syarat dan peraturan di mana
terbatalnya hak-hak tersebut dalam keadaan-keadaan tertentu.
5. Perlembagaan menghadkan kuasa pemerintah. Ini bertujuan untuk menghalang
pemusatan kuasa melampau sehingga menggugat kepentingan dan hak-hak rakyat.
6. Perlembagaan mestilah mudah dan boleh dipinda dalam keadaan tertentu.
7. Mestilah tidak menggugat kestabilan, kepentingan dan keharmonian negara.
8. Perlembagaan mestilah sesuai dengan keperluan negara. Ia bersifat idealistik dan
berkemampuan memenuhi aspirasi rakyat. Perlembagaan adalah rangka yang
mewujudkan apirasi tersebut.

83
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut:

a) Bahasa Melayu
Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa perantaraan (lingua franca) semenjak
kewujudan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15.
Pada zaman penjajahan British, Bahasa Melayu mengalami kemerosotan apabila
Bahasa Inggeris lebih diutamakan sama ada dalam bidang pentadbiran mahupun
pendidikan.
Kedudukan Bahasa Melayu telah dikaji semula semasa pembentukan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini disebabkan pemerintah Tanah Melayu
menyedari bahawa Tanah Melayu tidak boleh menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa rasmi jika ingin menyatukan penduduk Tanah Melayu.
Oleh itu, mereka berpendapat bahasa Melayu perlu dimaktubkan dalam
perlembagaan yang memperuntukan nahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Bahasa Melayu telah dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
yang memperuntukan bahawa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud
rasmi. Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak sesiapa yang
dilarang menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu.
Jika ada pihak-pihak yang cuba menggunakan isu Bahasa di khalayak ramai, ia
boleh dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.
Akta Bahasa Kebangsaan 1967 digubal untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi tunggal.
Pada 1969, nama Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia.

b) Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu


Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, sistem beraja mutlak telah
digantikan dengan sistem raja berpelembagaan.
Kuasa raja dibatasi oleh perlembagaan dan raja dikehendaki menjalankan kuasa
pemerintahan berpandukan peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan dan
undang-undang negara.
Bertanggungjawab dalam pemilihan Yang Di Pertuan Agong serta merupakan kuasa
tertinggi dalam Hal Ehwal Agama Islam di Malaysia.

84
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

c) Islam sebagai agama Persekutuan


Perkara 3 (1), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam ialah
agama bagi Persekutuan, tetapi Perlembagaan Persekutuan juga memberi
kebebasan kepada semua orang untuk mengamalkan agamanya sendiri dengan
cara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.
Perkara 11(4), memperuntukkan undang-undang negeri, undang-undang
Persekutuan boleh mengawal atau menyekat apa-apa kepercayaan agama di
kalangan orang-orang Islam.
Kerajaan pusat diberi kuasa untuk membelanjakan wang bagi tujuan pentadbiran
agama Islam dan undang-undang syariah.
Bantuan disediakan oleh kerajaan bagi menyelenggara dan membantu pertubuhan-
pertubuhan Islam.
Dalam Perlembagaan persekutuan, perkara agama Islam adalah perkara negeri
Kuasa berkenaan Hal Ehwal Islam adalah Hak Kerajaan Negeri melalui Majlis
Agama Islam yg diketuai Sultan negeri-Negeri Masing kecuali Wilayah Persekutuan,
Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang yang diketuai YDPA.
Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Agama Islam bagi negerinya, Melaka, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Manakala Sultan adalah Ketua
Agama Islam bagi negeri masing-masing.
17 Oktober 1968 sebuah jawatankuasa yang dikenali Majlis Kebangsaan Hal Ehwal
Agama Islam telah ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja bagi tujuan penyelarasan Hal
Ehwal Agama Islam.

d) Hak Istimewa Orang Melayu, Bumiputera dan Hak Kaum-kaum lain


Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertuan Agong adalah
bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum
Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.
Kepentingan ini adalah dari segi jawtan dalam perkhidmatan awam, pemberian
biasiswa, kemudahan pendidikan serta lesen untuk perdagangan dan perniagaan.

e) Hak Kebebasan Asasi


Fasal 1, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tidak seorang pun
boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya menurut undang-
undang.
Kebebasan- Tiada keabdian dan kerja paksa, kesamarataan di sisi undang-undang,
larangan buang negeri, kebebasan bergerak, bercakap, berhimpun, menubuhkan

85
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

persatuan, kebebasan beragama, keseramataan dalam pelajaran dan hak untuk


memiliki harta.

f) Kewarganegaraan
Peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan di senaraikan dalam
Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Perkara 28 pula menyenaraikan ciri-ciri yang berkaitan dengan kehilangan
kewarganegaraan.
Kewarganegaraan diperolehi melalui tiga cara
a) Individu yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan
menjadi warganegara persekutuan akan menjadi
warganegara secara automatik.
b) Individu yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia
Kewarganegaraan dan menjadi warganegara atas peruntukan
secara kuatkuasa kelayakan yang ditetapkan:
undang-undang Lahir di Malaysia dimana bapa atau ibunya
warganegara.
Lahir di luar di Malaysia dimana bapanya
warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan.
Isteri dan anak warganegara
Seorang yang berumur kurang daripada 21 tahun
Kewarganegaraan Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan
secara pendaftaran lahir di Persekutuan sebelum Hari Merdeka.
Seseorang yang berumur 18 tahun dan bermastautin
di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia.
Individu tersebut telah menetap di Persekutuan
Kewarganegaraan Malaysia 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh
Secara kemasukan permohonan.
Neutralisasi Berniat menjadi permastautin tetap Persekutuan
Tingkah laku baik
Berpengatahuan dalam Bahasa Melayu
Kewarganegaraan Penduduk Singapura, Sabah, Sarawak mendapat
Secara Percatuman taraf kewarganegaraan apabila ketiga-tiga wilayah ini
Wilayah menganggotai Persekutuan Malaysia pada 18
September 1963

86
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

HILANG HAK KEWARGANEGARAAN

a) Kerajaan melucutkan kewarganegaraan individu tersebut dengan sebab berikut :


Telah menjadi warganegara asing
Membuktikan bahawa dia tidak taat setia kepada negara melalui perbuatan dan
percakapan.
Menderhaka kepada kerajaan semasa peperangan dengan menjalankan urusan
atau perniagaan dengan musuh negara
Seoranng yang memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran telah
dihukum penjara tidak lebih daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang
RM5000,00 tanpa pengampunan bagi kesalahannya.
Seorang yang telah bermastautin di negara asing melebihi linma tahun tanpa
mendaftar di pejabat Konsul Persekutuan.
b) Individu tersebut menolak kewarganegaraan.

KONTRAK SOSIAL
Kontrak Sosial bermaksud persetujuan yang dicapai sebelum merdeka dalam
kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili,
UMNO, MCA dan MIC.
Kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat
berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu.
Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui
kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta
sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.
Kontrak sosial bukan istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan pada
tahun 1957 tetapi permuafakatan yang mewakili semangat Perlembagaan.
Dengan adanya kontrak sosial ketika proses ke arah mencapai kemerdekaan, usaha
telah dapat dilakukan untuk menggubal Perlembagaan.
Ia merupakan muafakat antara kaum yang mewarnai Perlembagaan, persepakatan
yang diterjemahkan ke dalam Perlembagaan. Walaupun istilah kontrak sosial tidak
ada dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada pada ciri-ciri perlembagaan itu.

87
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Kepentingan Kontrak Sosial


Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada
empat perkara utama iaitu perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem
pemerintahan negara.
Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun
1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat.

Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang
termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem
pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja
berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan

Hubung Kait Kontrak Sosial dengan Negara dan Bangsa Malaysia

Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang dilahirkan


daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan itulah juga yang
mentakrifkan negara kita serta menentukan sifat bangsa dan negara Malaysia.

Malaysia adalah negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay polity
atau sistem kenegaraan Melayu.

Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan


terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya imigran dan diterima secara
automatis sebagai warga negara dan diberikan jus soli.

Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus difahami berbilang kaum
tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan juga
mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama
rasmi dan sistem pemerintahan beraja.

88
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

RAJA BERPERLEMBAGAAN
1. Semenjak era Kesultanan Melayu Melaka, Raja merupakan tonggak pemerintahan dan
lambang kekuatan negeri.
2. Semasa prakolonial, raja-raja Melayu memerintah di bawah sistem monarki mutlak.
3. Sistem pemerintahan beraja masih dikekalkan dalam pemerintahan negara ini namun
dengan sistem Raja Berperlembagaan.
4. Sistem ini bermula secara rasmi apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957.
5. Raja Berperlembagaan adalah satu sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan
dalam perlembagaan Malaysia.
6. Raja Berperlembagaan bermaksud Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga atas nasihat Perdana Menteri.
7. Ini bernmakna apabila menjalankan tanggungjawabnya, baginda tidak boleh bertindak
sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan pertimbangan atau budi
bicara dalam membuat keputusan. Perkara ini dijelaskan dalam Perlembagaan Perkara
39 dan 40.

DEMOKRASI BERPARLIMEN
1. Istilah demokrasi berasal daripada perkataan Yunani iaitu demos yang bermaksud
rakyat dan kratos yang bermakna kuasa.
2. Demokrasi merupakan satu sistem pemerintahan yang memberikan peluang kepada
rakyat untuk melibatkan diri dalam proses pembuatan keputusan, iaitu satu corak
kerajaan yang bergantung kepada persetujuan ramai.
3. Demokrasi Berparlimen pula bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara
perwakilan. Ini bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara,
manakala raja-raja menjadi lambing taat setia rakyat.
4. Demokrasi Berparlimen dibentuk hasil daripada proses pilihan raya. Dalam proses pilihan
raya, rakyat diberi mandat untuk memilih pemimipin mereka dan pemimpin inilah yang
akan menjadi rakyat di Parlimen.

89
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

PENGASINGAN KUASA
1. Pemerintahan dan pentadbiran negara adalah berasaskan suatu sistem yang sedia
dipraktikan oleh masyarakat Melayu sebelum era kolonial lagi.
2. Pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka terdapat tiga unsur teras yang
mendasari pentadbiran kerajaan Melaka iaitu raja/sultan para pembesar dan rakyat.
3. Setelah kedatangan British, khususnya pada abad ke-19 berlaku perubahan dalam hala
cara berpolitik, sistem pemerintahan dan pentadbiran negara. Hal ini berlaku apabila
British mula campur tangan hal ehwal pentadbiran negeri-negeri Melayu dan
memperkenalkan bentuk pentadbiran baharu di Tanah Melayu.
4. Keadaan ini berlanjutan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sistem yang
baharu yang diperkenalkan oleh British dikenali sebagai Sistem Pengasingan Kuasa.
Melalui sistem ini, badan yang menggubal undang-undang (Parlimen) bertindak
menjalankan urusan menggubal undang-undang sahaja dan tidak melibatkan diri dalam
bidang kehakiman dan pentadbiran.
5. Dalam konteks negara Malaysia pada hari ini, konsep pengasingan kuasa ini dapat
dilihat melalui tiga bentuk pemerintahan yang utama seperti berikut:

Badan Eksekutif (Pentadbiran)

Menjalankan hal-ehwal pentadbiran negara

Badan Legislatif (Perundangan)

Membentuk undang-undang

Badan Judisiari (Kehakiman)

Menjalankan proses kehakiman/keadilan

Rajah 3.1 : Pengasingan kuasa pemerintahan negara

90
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Yang di Pertuan Agong

Perundangan Eksekutif Kehakiman

Parlimen Kabinet Mahkamah

Rajah 3.2 Struktur pemerintahan di Malaysia

6. Badan eksekutif berperanan menjalankan kuasa pemerintahan dan


menguatkuasakan undang-undang. Badan ini tidak boleh membuat undang-undang
dan penghakiman
7. Badan perundangan hanya berfungsi membuat undang-undang dan tidak boleh
menyerahkan kuasa ini kepada sesiapa pun.
8. Badan kehakiman ditugaskan untuk menjalankan penghakiman dan mentafsirkan
undang-undang. Badan ini tidak dibenarkan menjalankan kuasa eksekutif atau
membuat undang-undang.
9. Pengasingan kuasa ini bertujuan untuk mengelakkan wujudnya sebarang bentuk
permuafakatan atau komplot antara badan pemerintah dengan badan-badan lain.
Langkah ini bagi menjamin kebebasan rakyat dan menghindarkan mereka daripada
sebarang bentuk kezaliman pihak pemerintah.
10. Pengasingan kuasa juga perlu supaya tidak berlaku pemusatan kuasa antara ketiga-
tiga badan tersebut, di samping membolehkannya memainkan peranan sebagai
pemeriksa dan penimbang (check and balance) dalam sistem pemerintahan negara.

MAJLIS RAJA-RAJA

Majlis Raja-raja merupakan badan rasmi yang paling tinggi kedudukan dan statusnya
dalam negara.
Badan ini dianggotai oleh Sembilan orang sultan dan empat orang Yang di-Pertua
Negeri.
Badan ini dipimpin oleh Yang di-Pertuan Agong.
Tugas utama Majlis Raja-raja adalah memillih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan
Yang di-Pertuan Agong. Keempat-empat Yang Dipertua Negeri tidak mengambil
bahagian dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong.

91
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Majlis Raja-raja biasanya bersidang tiga atau empat kali setahun.

Sejarah Majlis Raja-raja


1. Majlis Raja-raja ditubuhkan secara formal pada tahun 1948 apabila Persekutuan
Tanah Melayu diwujudkan. Sebelum Persekutuan Tanah Melayu wujud, Sembilan
negeri-negeri Melayu dan dua Negeri Selat telah ditadbir sebagai Malayan Union
dibawah pemerintah tertinggi seorang Gabenor British antara tahun 1946 dan 1948.
Singapura yang juga sebuah Negeri Selat telah dipisahkan sebagai Tanah Jajahan
British. Malayan Union menggatakan
2. Sebelum ini negeri-negeri di Tanah Melayu di perintah secara berasingan iaitu
terdapat lima negeri yang tidak bergabung iaitu Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu
dan Johor (NNMTB) manakala empat negeri yang bergabung sebagai Negeri-negeri
Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Pahang, Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan antara tahun 1896 hingga 1941 dan juga tiga Negeri-negeri Selat iaitu
Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
3. Negeri-negeri Melayu menubuhkan DURBAR iaitu forum bersama antara Raja-raja
dan pihak pentadbir British. DURBAR merupakan pelopor kepada Majlis Raja-raja
sekarang.

BIDANG TUGAS

Pemilihan dan pemecatan Yang di-


Pertua Agong dan Timbalan Yang di-
SETIAUSAHA: Pertuan Agong.
Penyimpan Mohor Besar Memelihara adat istiadat orang
Raja-raja Melayu dan agama Islam di seluruh
persekutuan
Memelihara kedudukan istimewa
AHLI-AHLI orang Melayu dan kaum Bumiputera
di Sabah dan Sarawak.
Raja-raja Melayu dari
Membincangkan dasar-dasar negara
Sembilan buah negeri
Menimbangkan perubahan
Yang Di Pertuan Negeri
sempadan negeri
(Pulau Pinang, Melaka,
Merundingkan perlantikan hakim-
Sabah dan Sarawak
hakim, Ketua Audit Negara dan ahli-
ahli Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam dan Suruhanjaya Pilihan
Raya.

Rajah 3.3: Keanggotaan dan Bidang Tugas Majlis Raja-raja

92
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

YANG DI-PERTUAN AGONG


1. Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai Ketua Negara dalam pemerintahan yang
berasaskan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Baginda juga
bertindak sebagai ketua bagi bidang kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman.
2. Yang di-Pertuan Agong memegang jawatan selama lima tahun tetapi baginda boleh
meletakkan jawatan secara sukarela sebelum tamat tempoh perkhidmatan. Baginda juga
boleh dilucutkan daripada jawatan itu oleh Majlis Raja-raja atau usul yang disokong oleh
sekurang-kurangya lima daripada sembilan orang raja Melayu.
3. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh didakwa dimana-mana mahkamah kecuali Mahkamah
Khas. Jika Yang di-Pertuan Agong melakukan sesuatu kesalahan semasa melaksanakan
tugasnya secara rasmi, pihak yang mendakwa boleh membuat dakwaan dengan
menamakan kerajaan persekutuan sebagai defendan.

Kaedah Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

1. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja dalam kalangan Sembilan orang
raja Melayu mengikut kedudukan terkanan berdasarkan tarikh baginda menaiki takhta.
Pemilihan ini dibuat melalui undian secara sulit dalam kalangan raja yang layak dipilih
dalam senarai pemilihan.
2. Raja yang pertama dalam senarai pemilihan tersebut mendapat sokongan daripada
sekurang-kurangnya lima orang raja akan ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong
untuk tempoh lima tahun.
3. Majlis Raja-raja akan mengisytiharkan pemilihan Yang di-Pertuan Agong selepas
baginda bersetuju menerima jawatan itu melalui dokumen bertulis yang disampaikan
oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Dewan Parlimen.
4. Setelah menjadi Yang di Pertuan Agong baginda tidak boleh meneruskan tugas-tugas
sebagai raja di negerinya kecuali:
a) Tugas sebagai ketua agama Islam
b) Tugas dan kuasa yang berkaitan dengan pindaan perlembagaan.
c) Kuasa untuk melantik seorang Pemangku Raja dan ahli Majlis Pangkuan Raja di
negerinya.

Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong

Kuasa Eksekutif

1. Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif


terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Namun baginda bertindak atas nasihat Kabinet

93
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Kabinet (Perdana
Menteri).
2. Yang di-Pertuan Agong berhak memperoleh maklumat tentang pemerintahan
persekutuan daripada Kabinet. Perdana Menteri akan mengiringi Yang di-Pertuan
Agong semasa mesyuarat Majlis Raja-raja yang membincangkan perkara-perkara yang
berkaitan dengan dasar-dasar negara.

Kuasa Perundangan

1. Yang di-Pertuan Agong merupakan salah satu daripada tiga unsur utama Parlimen.
Parlimen terdiri daripada Yang Di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen iaitu Dewan
Negara dan Dewan Rakyat.
2. Yang di-Pertuan Agong berkuasa memanggil Parlimen supaya bersidang
menangguhkan dan membubarkan Parlimen. Baginda boleh menyampaikan titah
ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau dalam kedua-dua Majlis Parlimen
secara serentak.
3. Rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen perlu mendapat persetujuan
daripada Yang di-Pertuan Agong kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam
perkara 66 Perlembagaan Persekutuan sebelum dijadikan undang-undang.
4. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dititahkan mengenakan Cop Mohor Besar ke atas
rang undang-undang yang telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Rang undang-undang itu akan berkuat kuasa setelah diwartakan dalam Warta
Kerajaan.

Kuasa Kehakiman

1. Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Hakim Negara, hakim-hakim besar serta hakim-
hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri
selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
2. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan berikut:
a) Kesalahan yang dibicarakan dan hukuman yang dijatuhkan di Mahkamah Tentera.
b) Kesalahan yang dilakukan dalam mana-mana bahagian Wilayah Persekutuan (Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya)
c) Kesalahan yang dilakukan dan dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

94
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Kuasa Budi Bicara

1. Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang di-


Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam tiga perkara
berikut:
a) Melantik seorang Perdana Menteri
b) Tidak mempersetujui permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan
Parlimen.
c) Meminta diadakan satu mesyuarat Majlis Raja-raja untuk membincangkan
perkara yang menyentuh kedudukan, keistimewaa, kemuliaan dan kebesaran
raja-raja.

Tugas-tugas lain

1. Yang di-Pertuan Agong ialah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.


2. Ketua Agama Islam di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sawarak dan Wilayah
Persekutuan serta negeri baginda sendiri.
3. Baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera di Sabah dan Sarawak selain menjaga kepentingan kaum-kaum lain.
4. Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dalam keadan-keadaan
tertentu, baginda berkuasa mengisytiharkan darurat jika ketenteraman awam
terancam serta memperkenankan undang-undang darurat dilaksanakan.
5. Berkuasa melantik atau melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan timbalannya atas
nasihat Perdana Menteri
6. Baginda juga melalui peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan berkuasa
untuk membuat perlantikan bagi jawatan-jawatan berikut:
a) Ahli-ahli Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya
b) Ketua Audit Negara
c) Peguam Negara
d) Ahli-ahli Dewan Negara dari seluruh negara
e) Yang di Pertua Negeri atas nasihat Perdana Menteri
7. Melantik duta-duta dan Pesuruhjayan Malaysia ke negara-negara luar serta
menerima tauliah daripada perwakilan asing.

95
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

BADAN PERUNDANGAN

Yang di-Pertuan
Agong

Majlis
Parlimen

Dewan Dewan
Negara Rakyat

Rajah 3.4 : Struktur Badan Perundangan Peringkat Persekutuan

a) Yang di Pertuan Agong


1. Parlimen ialah badan perundangan bagi Malaysia. Badan ini mengandungi tiga
komponen iaitu Yang di Pertuan Agong dan dua majlis iaitu Dewan Negara dan
Dewan Rakyat. Segala undang-undang yang diluluskan oleh badang perundangan
peringkat persekutuan mesti melalui ketiga-tiga komponen di atas.
2. Fungsi Yang di-Pertuan Agong dalam badan perundangan adalah memberi
perkenan kepada sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan, memanggil,
memberhentikan dan membubarkan persidangan Parlimen serta memberi titah
ucapan dan merasmikan Majlis Parlimen.

b) Dewan Negara
1. Dewan Negara ialah dewan yang tertinggi dalam badan perundangan di Malaysia.
Dewan Negara ditubuhkan untuk membahaskan rang undang-undang dengan
lebih teliti berbanding Dewan Rakyat yang hanya memberikan tumpuan kepada
perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum.
2. Dewan Negara berperanan sebagai satu forum bagi membolehkan ahli-ahli politik,
orang awam atau sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan
untuk turut sama memberikan sumbangan dan buah fikiran dalam persidangan
Parlimen tanpa terpaksa bersaing dalam pilihan raya untuk memenangi kerusi di
Dewan Rakyat.
3. Dewan Negara diwujudkan bertujuan memastikan kepentingan kerajaan-kerajaan
negeri, terutama negeri yang kecil terus terjamin kerana mereka mempunyai hak
yang sama dengan negeri yang lebih besar. Hal ini kerana negeri yang kecil tidak

96
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

dapat menghantar lebih ramai wakil ke Dewan Rakyat berbanding dengan negeri
yang lebih besar.
4. Sebagai contoh negeri Perlis yang mempunyai saiz keluasan yang kecil dan
bilangan penduduk yang sedikit hanya dapat menghantar tiga orang wakil Dewan
Rakyat berbanding dengan negeri lain yang besar seperti Perak, Sarawak dan
sebagainya. Keadaan ini berbeza dengan Dewan Negara kerana semua negeri
mempunyai kedudukan yang sama dengan setiap negeri akan diwakili oleh dua
orang wakil.
5. Berdasarkan alasan ini keahlian Dewan Negara diwakili oleh pelbagai lapisan dan
golongan dalam masyarakat yang mewakili semua negeri dan persekutuan.
6. Bilangan Ahli Dewan Negara adalah tertakluk kepada Fasal (1) Perkara 45
Perlembagaan Persekutuan iaitu tidak melebihi daripada 70 orang ahli pada satu-
satu masa yang dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu:
a) Ahli yang dipilih oleh setiap Dewan Undangan Negeri dan bilangannya adalah
dua orang setiap negeri.
b) Dua ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang mewakili Wilayah Persekutuan Labuan
dan Putrajaya.
c) Ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bilangannya adalah seramai
40 orang.
7. Jawatan sebagai ahli dewan hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun)
dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada pemilihan pada
peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.
8. Ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong terdiri daripada mereka yang telah
memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkhidmatan awam, sesuatu
bidang pekerjaan atau bidang-bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan,
kebajikan dan seni atau mewakili kumpulan kaum minoriti seperti masyarakat orang
asli.
9. Seorang ahli Dewan Negara dikenali dengan panggilan Senator pada pangkal
nama mereka. Tempoh jawatan bagi setiap ahli ialah selama tiga tahun dan jawatan
itu tidak terhenti jika berlaku pembubaran Parlimen. Jika seorang ahli tertentu dipilih
atau dilentik untuk menggantikan seseorang ahli lain yang meletakkan jawatan,
meninggal dunia atau bercuti, tempoh jawatan itu ialah selama tempoh baki itu
sahaja.

97
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

10. Syarat kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Negara ialah :


a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 30 tahun
c) Sempurna akal
d) Bukan seorang muflis
11. Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan
Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat
menjalankan tugas-tugas mereka sebagai Ahli Dewan sebaik yang mungkin dan
taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan
Perlembagaan.
12. Dewan Negara tidak boleh menolak rang undang-undang yang telah diluluskan
oleh Dewan Rakyat tetapi berkuasa menangguhkan rang undang-undang yang
diluluskan itu daripada dipersembahkan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan
Agong. Bagi rang undang-undang kewangan, tempoh masa yang boleh
ditangguhkan oleh Dewan Negara ialah satu bulan dan rang undang lain ialah satu
tahun.

c) Dewan Rakyat
1. Dewan Rakyat merupakan dewan yang penting kerana ahli-ahlinya dipilih secara
langsung oleh rakyat melalui pilihan raya umum yang diadakan setiap lima tahun
sekali. Ahli Dewan Rakyat berjumlah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya
seluruh negara.
2. Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 21 tahun
c) Sempurna akal
d) Bukan seorang muflis
e) Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua dewan, Dewan Rakyat
dan Dewan Negara.
3. Seseorang itu dianggap hilang kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat jika memenuhi
salah satu daripada syarat-syarat berikut :
a) Diisytiharkan sebagai seorang yang tidak sempurna akal.
b) Muflis yang belum lagi dibebaskan.
c) Memegang jawatan bergaji dan berfaedah iaitu jawatan sepenuh masa dalam
perkhidmatan awam.

98
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

d) Tidak menghadiri persidangan dewan selama enam bulan berturut-turut tanpa


mendapatkan keizinan daripada Dewan Rakyat.
e) Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh yang
ditetapkan setelah mengambil bahagian dalam pilihan raya.
f) Disabitkan dengan sesuatu kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah
dalam persekutuan dan dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau
didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak mendapat
pengampunan.
g) Memperoleh kewarganegaraan asing secara sukarela dan membuat pengakuan
taat setia kepada negara asing itu.
4. Setiap ahli Dewan Rakyat dikehendaki mengangkat sumpah taat setia kepada
negara dan perlembagaan sebelum mengambil tempatnya dalam dewan.
5. Tugas utama Dewan Rakyat adalah untuk menggubal dan meluluskan undang-
undang. Sesuatu rang undang-undang kecuali rang undang-undang berkaitan
dengan kewangan boleh dimulakan sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
6. Rang undang-undang berkaitan dengan kewangan hendaklah di mulakan di Dewan
Rakyat terlebih dahulu dan dibentangkan oleh seorang menteri kerana hal ehwal
kewangan terletak di bawah hak Dewan Rakyat.

Keistimewaan Ahli Majlis Parlimen

Perkara 63, Perlembagaan Persekutuan meemperuntukkan beberapa keistimewaan


tertentu yang dinikmati oleh ahli-ahli Majlis Parlimen bagi menjamin kekebebasan
bersuara dan berbahas. Antara keistimewaan tersebut ialah:
a) Kesahihan apa-apa perjalanan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana
jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
b) Seseorang ahli tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah tentang apa yang
dikatakan atau undian yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam apa-
apa prosiding mana-mana Majlis Parlimen atau jawatankuasanya.
c) Seseorang ahli Majlis Parlimen tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah
tentang apa-apa yang disiarkan atau di bawah kuasa mana-mana Majlis Parlimen.

Penggubalan dan Kelulusan Undang-undang di Parlimen

1. Sesuatu undang-undang yang digubal di Parlimen melibatkan beberapa proses yang


perlu dilalui. Rang undang-undang itu hanya akan dianggap menjadi undang-undang
setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta mendapat perkenan
daripada Yang di-Pertuan Agong.

99
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

2. Seorang menteri akan mengusulkan rang undang-undang setelah merangka sesuatu


dasar. Dalam mengusul rang undang-undang itu menteri berkenaan perlu berunding
terlebih dahulu dengan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perbendaharaan (jika
melibatkan implikasi kewangan) dan kementerian-kementerian yang berkaitan.
3. Jabatan Peguam Negara akan menyediakan rang undang-undang itu sebelum
dibawa dalam mesyuarat Kabinet untuk dibincangkan. Rang undang-undang yang
diluluskan oleh Kabinet akan diusulkan untuk dibentang di Parlimen.
4. Menteri berkenaan akan menghantar notis pemberitahuan kepada Setiausaha
Dewan Rakyat dan Setiuasaha Dewan Negara. Selepas itu rang undang-undang
berkenaan akan dicetak sebelum diedarkan kepada ahli-ahli Dewan Rakyat dan
Dewan Negara untuk diteliti oleh mereka.
5. Setelah dibentangkan dan dibahaskan dalam persidangan Dewan Rakyat dan
Dewan Negara, rang undang-undang itu akan diluluskan selepas melalui proses
bacaan pertama, bacaan kedua dan bacaan ketiga.
6. Rang undang-undang itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong
untuk memperoleh perkenan sebelum menjadi undang-undang. Rang undang-
undang itu akan disiarkan dalam Warta Kerajaan untuk dimaklumkan kepada
masyarakat umum sebelum dikuatkuasakan dalam persekutuan.

Bacaan Pertama Menteri membaca buat kali pertama tajuk rang undang-
undang yang akan dibentangkan.
Menteri juga akan memberitahu secara lisan bila bacaan kali
kedua akan dilakukan.
Bacaan Kedua Rang undang-undang akan dibahaskan dengan
membincangkan prinsip-prinsip am serta pengaruh dan
implikasinya kepada rakyat dan negara.
Menteri menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan
dalam sidang dewan.
Rang undang-undang itu diundi untuk mendapatkan kelulusan
sama ada melalui majoriti mudah atau majoriti dua pertiga.
Peringkat Rang undang-undang itu dibentangkan pada peringkat
Jawatankuasa jawatankuasa untuk dibahaskan dengan lebih teliti dengan
melihat semua fasal, jadual dan pendahuluan rang undang-
undang serta pindaan yang sesuai dibuat.
Bacaan Ketiga Menteri akan mengusulkan kepada Dewan Rakyat supaya

100
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

rang undang-undang itu diluluskan.


Undian akan dibuat untuk kali kedua sebelum diluluskan oleh
Dewan Rakyat

Jadual 3.5 : Ringkasan proses penggubalan Rang Undang-undang di Parlimen

7. Perkara 66(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Yang di-Pertuan


Agong hendaklah memperkenankan sesuatu rang undang-undang dalam tempoh 30
hari selepas rang undang-undang itu dipersembahkan kepada baginda.
8. Jika Yang di-Pertuan Agong tidak berbuat demikian maka rang unadang-undang itu
hendaklah menjadi undang-undang setelah tamat tempoh tersebut seolah-olah rang
undang-undang itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
9. Parlimen mempunyai kuasa untuk menangguhkan kuat kuasa sesuatu undang-
undang atau membuat undang-undang yang berkuat kuasa kebelakangan (iaitu
berkuat kuasa mulai tarikh yang lebih awal daripada tarikh yang diwartakan).

BADAN EKSEKUTIF
Peringkat Persekutuan

a) Kabinet
Dari segi sejarah sistem jemaah kabinet telah dilaksanakan sebelum negara kita
merdeka lagi iaitu pada tahun 1951 melalui pengenalan Sistem Ahli (Member System).
Melalui sistem ini, beberapa buah jabatan kerajaan akan diletak dibawah kawalan
seorang ahli. Sistem Ahli ini berakhir apabila Pilihan Raya Umum pertama diadakan
pada bulan Ogos 1955.
Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul
Rahman telah mengetuai kabinet pertama yang dibentuk selepas Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan.
Kabinet ialah badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan
atas nama Yang di-Pertuan Agong. Kabinet dibentuk oleh parti yang mendapat kerusi
majoriti di Dewan Rakyat.
Kabinet merupakan sebuah badan eksekutif dan bukannya badan pentadbiran. Dasar
dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan.
Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri dan dianggotai oleh menteri-menteri
sebagai ahlinya. Menteri-menteri Kabinet dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas
nasihat Perdana Menteri daripada kalangan ahli kedua-dua Majlis Parlimen.

101
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan bertanggungjawab memaklumkan kepada


Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa tentang hal ehwal pentadbiran
negara. Perdana Menteri juga mempengerusikan Kabinet dan memimpin kerajaan
dalam semua perkara yang berkaitan dengan dasar-dasar negara.
Perdana Menteri dibantu oleh seorang Timbalan Perdana Menteri dan beberapa orang
Menteri Kabinet.Timbalan Perdana Menteri merupakan satu jawatan biasa yang tidak
diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang.
Timbalan Perdana Menteri menjalankan tugas-tugas Perdana Menteri semasa
ketiadaan dan keuzuran Perdana Menteri.
Menteri-menteri akan mengetuai sesebuah kementerian dengan memegang satu atau
beberapa portfolio tertentu. Bilangan menteri juga berubah-ubah mengikut keperluan
semasa dan ditentukan oleh Perdana Menteri.
Kabinet sebagai badan penggubal dasar negara yang tertinggi akan membincangkan
dan memutuskan sesuatu dasar atau perkara penting dalam mesyuarat Kabinet.
Menteri-menteri akan membentangkan kertas Kabinet dalam mesyuarat ini untuk
dibincangkan dan dipertimbangkan oleh anggota jemaah menteri yang lain.
Pegawai tinggi kerajaan seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha
Kementerian dan ketua-ketua jabatan bertanggungjawab memberikan nasihat dan
membantu Kabinet dalam menggubal dasar-dasar negara.
Kabinet biasanya mengadakan mesyuarat sekali dalam seminggu (biasanya hari
Rabu). Semua keputusan dalam mesyuarat Kabinet dibuat secara kolektif. Semua
menteri bersama-sama bertanggungjawab kepada segala keputusan yang dibuat oleh
Kabinet. Hal ini bermakna Kabinet bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen.
Jika seorang menteri bersetuju dengan sesuatu keputusan Kabinet, beliau harus
meletakkan jawatan. Seorang menteri juga bertanggungjawab ke atas semua
perjlanan kementerian dan jabatan di bawah bidang kuasanya.
Segala perbincangan dalam Kabinet adalah rahsia. Minit mesyuarat Kabinet
merupakan segala keputusan yang telah dibuat serta arahan kepada menteri-menteri
untuk melaksanakan keputusan tersebut.

102
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Kebaikan dan Keburukan Kabinet

Kebaikan Keburukan
Rakyat diberi peluang untuk memilih Rakyatlah yang menentukan pembentukan
pemerintah. Hal ini bermakna suara rakyat Kabinet dan pucuk pimpinan. Oleh itu ada
diambil kira bukan sahaja semasa memilih kalanya kesempatan ini disalahgunakan oleh
wakil-wakil mereka, malahan suara mereka pihak-pihak tertentu untuk memancing undi
juga diambil kira untuk dibentangkan di dengan mengamalkan rasuah.
Parlimen.

BIDANG TUGAS PERDANA MENTERI

Menjadi penasihat Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal pemerintahan negara.
Memaklumkan kepada Yang di Pertuan Agong tentang dasar-dasar kerajaan dari
masa ke semasa.
Menamakan senarai barisan Jemaah Menteri untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong.
Menetapkan portfolio bagi setiap menteri dalam kabinet.
Menyembahkan segala keputusan Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.
Mempengerusikan mesyuarat kabinet yang diadakan setiap minggu dan beberapa
jawatankuasa penting.
Menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan perkhidmatan mana-mana
Menteri, Timbalan Menteri atau jawatan-jawatan lain yang gagal melaksanakan
tugas masing-masing tetapi enggan meletakkan jawatan apabila diminta oleh
Perdana Menteri.
Memantau tugas-tugas Menteri dan pelaksanaan dasar dari masa ke semasa.
Memastikan segala keputusan Jemaah Menteri dilaksanakan oleh kementerian dan
agensi-agensi di bawahnya.
Menyelesaikan sebarang pertikaian antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan
negeri
Menjadi jurucakap utama kerajaan dalam hal ehwal dalam negeri dan pada
peringkat antarabangsa.
Menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi
membolehkan satu pilihan raya baru diadakan apabila tempoh masanya tiba atau
dirasakan perlu.

103
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

b) Kementerian, Jabatan dan Badan-badan Kerajaan


1. Beberapa buah kementerian, jabatan dan badan-badan kerajaan ditubuhkan bagi
melaksanakan tugas-tugas eksekutif kerajaan pusat. Bilangan kementerian, jabatan
dan badan-badan kerajaan ini berubah dari semasa-semasa begantung kepada
keperluan dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
2. Pada masa ini terdapat 24 kementerian. Setiap satunya diketuai oleh seorang
Menteri dengan dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.
3. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana boleh juga mengetuai sebuah atau
beberapa buah kementerian.
4. Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
atas nasihat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri daripada kalangan ahli
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Setiausaha Parlimen ditugaskan membantu
menteri untuk menjawab pertanyaan lisan dalam sidang Parlimen, menerangkan
dasar-dasar kementerian dan mengusulkan rang undang-undang atas nama
Menteri.
5. Ada juga menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian, tetapi diberi
beberapa tanggungjawab tertentu. Mereka biasanya ditugaskan di Jabatan Perdana
Menteri dan dikenali sebagai Menteri Tanpa Berportfolio.
6. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,
merancang dan menyelaraskan pelaksanaan rancangan pembangunan ekonomi
dan sosial yang berada di bawah portfolio menteri berkenaan.
7. Pegawai perkhidmatan yang tertinggi ialah Ketua Setiausaha Negara. Beliau ialah
ketua kepada semua kakitangan dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Beliau
juga bertugas sebagai penasihat dan pentadbir utama kepada Perdana Menteri.
8. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Ketua Setiausaha. Beliau menjadi
penasihat utama kepada menteri dan bertanggungjawab kepada menteri dalam
melaksanakan program-program pada peringkat kementerian. Dalam melaksanakan
tugas dan arahan-arahan menteri beliau dibantu oleh para pegawai dan kakitangan
awam pentadbiran.
9. Selain kementerian dan jabatan terdapat badan-badan kerajaan yang dikenali
sebagai badan-badan berkanun. Badan berkanun adalah agensi separuh kerajaan
yang ditubuhkan melalui undang-undang tertentu. Badan ini berperanan melicinkan
pentadbiran dan pelaksanaan program pembangunan negara, terutama rancangan
pembangunan lima tahun kerajaan.
10. Badan-badan berkanun memiliki peruntukan kewangan tersendiri dan kuasa
autonomi tertentu tetapi bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. Antara

104
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

contoh badan berkanun yang ditubuhkan di bawah badan kuasa persekutuan ialah
Dewan Bahasa dan Pustaka, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA) dan lain-lain.

Peringkat Negeri

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif


peringkat negeri di setiap negeri dijalankan oleh Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri.
Semua Perlembagaan Negeri mengandungi Seksyen 1(2)seperti yang terkandung
dalam peruntukan Perlembagaan Malaysia yang membolehkan raja bertindak
menurut budi bicaranya dalam menjalankan tugas-tugas berikut:
a) Melantik Menteri Besar/Ketua Negeri
b) Mempersetujui atau tidak mempersetujui pemintaan membubarkan Dewan
Undangan Negeri.
c) Memperkenankan perlantikan Menteri Besar/Ketua Menteri dalam kalangan
mereka yang mengetuai parti yang berjaya memenangi undi majoriti dalam
pilihan raya pada peringkat negeri.
d) Memperkenankan perlantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(EXCO)/ Jemaah Menteri atas nasihat Menteri Besar/Ketua Negeri.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)/Jemaah Menteri/Kabinet Negeri

Raja/Sultan/Yang Dipertuan Negeri perlu melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan


Negeri. Sebelum itu, Raja/Sultan/ Yang Dipertuan Negeri perlu melantik seorang
Ketua Menteri atau Menteri Besar untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Atas nasihat Menteri Besar, Raja/ Sultan/Yang Dipertua Negeri perlu melantik tidak
lebih daripada lapan atau tidak kurang daripada empat belas orang ahli Dewan
Undangan Negeri (DUN) untuk menganggotai majlis ini.
Peranan EXCO adalah lebih kurang sama dengan peranan kabinet pada peringkat
persekutuan. EXCO memainkan peranan memberikan nasihat kepada
Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri dalam menjalankan pemerintahan.
Selain ahli DUN yang menang dalam pilihan raya yang dilantik ke dalam EXCO,
terdapat tiga orang anggota perkhidmatan awam negeri yang turut menjadi anggota
EXCO sebagai ex-officio, iaitu:
a) Setiausaha Kerajaan Negeri
b) Penasihat Undang-undang

105
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

c) Pegawai Kewangan Negeri


Majlis Mesyuarat Negeri bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Undangan
Negeri dan bukan kepada Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri.
Semua ahli Majlis Mesyuarat Negeri, kecuali Menteri besar/Ketua Menteri,
memegang jawatan selama diperkenankan oleh Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri.
Seseorang Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak boleh mengambil bahagian
dalam apa-apa aktiviti perdagangan, perniagaan atau profesion yang ada kaitannya
dengan jabatan-jabatan tertentu.

BADAN KEHAKIMAN

1. Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia diperuntukkan dalam


Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Fungsi-fungsi kehakiman ini pula
dimuatkan dalam Perkara 121-131 Perlembagaan Persekutuan. Untuk
melaksanakan tugas-tugas kehakiman di Malaysia, sistem mahkaman telah
diwujudkan.
2. Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kuasa membicarakan,
menyelesaikan pertikaian dan menghukum pesalah terletak dalam kuasa badan
kehakiman yang dilaksanakan oleh pihak mahkamah.
3. Bagi membolehkan mahkamah berfungsi secara bebas, teradapat beberapa
peruntukkan dalam perlembagaan yang menjamin kebebasan mahkamah supaya
tidak dikawal oleh badan perundangan dan eksekutif.
4. Kuasa kehakiman di Malaysia terletak pada dua buah Mahkamah Tinggi1 dan
beberapa buah mahkamah rendah.
5. Mahkamah mempunyai bidang kuasa yang besar dalam bidang perundangan dan
eksekutif iaitu:
a) Kuasa mentafsir perlembagaan dan undang-undang.
b) Kuasa mengisytiharkan sesuatu undang-undang persekutuan dan undang-
undang negeri tidak sah dan batal.
c) Kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah dan batal di sisi
undang-undang.
6. Menurut Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibuat pada tahun 1988, kuasa
kehakiman tidak lagi berada secara eksklusif kepada pihak mahkamah. Sebaliknya,
kuasa mahkamah tertakluk kepada peruntukkan dalam undang-undang persekutuan.

1
Mahkamah Tinggi Malaya bagi Semenanjung Malaysia dan Mahkmah Tinggi Borneo

106
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

7. Kuasa untuk menetapkan tempat atau mahkamah bagi perbicaraan sesuatu kes kini
terletak pada Peguam Negara. Sebelum pindaan ini kuasa memindahkan tempat
bagi perbicaraan sesuatu kes pada pihak mahkamah sendiri. Walau bagaimanapun,
kuasa mentafsir sesuatu undang-undang masih terletak pada pihak mahkamah.
8. Sepanjang menjalankan tugas mereka, para hakim tertakluk kepada Kod Etika
Hakim yang diperkenalkan pada tahun 1994. Perkara 125 (3A) Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua
Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi
setelah dengan Perdana Menteri menetapkan bahawa:
a) Hakim-hakim dikehendaki mematuhi satu kod etika yang ditetapkan sepanjang
tempoh perkhidmatan mereka.
b) Pelanggaran mana-mana peruntukkan dalam kod etika ini boleh menjadi alasan
untuk seseorang hakim itu dipecat daripada jawatannya.
9. Antara perkara yang disebut dalam Kod Etika Hakim 1994 adalah seseorang hakim
tidak boleh melakukan perkara-perkara berikut.
a) Kurang cekap atau kurang berusaha serta membelakangi tugas-tugas
kehakiman.
b) Berkelakuan tidak jujur sehingga mencemarkan nama badan kehakiman.
c) Melengah-lengahkan kes tanpa sebarang alasan yang munasabah.
d) Tidak mematuhi apa-apa arahan statutori.
e) Tidak hadir mahkamah pada waktu pejabat tanpa alasan atau kebenaran
daripada Ketua Hakim Negara/Presiden Mahkamah Rayuan/hakim-hakim
mengikut mana-mana yang berkenaan.
f) Seseorang hakim perlu mengisytiharkan secara bertulis segala harta miliknya
kepada Ketua Hakim Negara.

Perlantikan Hakim

1. Ketua Hakim Negara merupakan ketua badan kehakiman di Malaysia. Ketua Hakim
Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi serta
hakim-hakim lain bagi Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi di lantik oleh
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
2. Sebelum memberikan nasihat tentang perlantikan seseorang hakim, Perdana
Menteri perlu meminta pandangan Ketua Hakim Negara. Begitu juga perlantikan
seseorang Hakim Besar, Perdana Menteri perlu berunding dengan Hakim-hakim
Besar yang sedia ada. Jika perlantikan itu melibatkan Mahkamah Tinggi Borneo,

107
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Perdana Menteri perlu meminta padangan daripada Ketua Menteri Sabah dan
Sarawak.
3. Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Ketua Hakim Negara juga melantik
Pesuruhjaya-pesuruhjaya Kehakiman sepenuh masa atau sambilan yang
mempunyai kuasa yang sama seperti Hakim Mahkamah Tinggi untuk meringgankan
beban kuasa Mahkamah Tinggi.
4. Hakim-hakim memegang jawatan sehingga mencapai umur persaraan 65 tahun.
Tempoh ini boleh dilanjutkan, tetapi tidak melebihi enam bulan selepas seseorang itu
mencapai umur 65 tahun. Walau bagaimanapun sebelum mencapai umur tersebut,
seseorang hakim boleh meletakkan jawatannya secara sukarela.
5. Seseorang hakim tidak boleh dilucutkan jawatannya kecuali atas perakuan yang
ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tribunal itu diketuai oleh Ketua Hakim
Negara dan dianggotai oleh sekurang-kurangnya lima orang hakim atau bekas hakim
Malaysia atau negara-negara Kommanwel. Tribunal ini akan menjalankan siasatan
dan membuat laporan dan saranan tentang perlucutan jawatan itu.
6. Perlucutan jawatan sesorang hakim boleh dilucutkan atas sebab-sebab berikut:
a) Berlakuan tidak baik dan tidak upaya.
b) Atas alasan kelamahan tubuh badan atau otak
c) Melanggar Kod Etika Hakim 1994
d) Apa-apa sebab lain yang boleh menjejaskan mereka untuk menjalankan tugas
dengan sempurna.
7. Prosedur ini memperlihatkan bahawa perlucutan jawatan hakim tidak boleh dilakukan
dengan mudah. Sebaliknya, sama ada tindakan itu boleh diambil atau tidak
bergantung pada laporan dan perakuan yang dibuat oleh sebuah tribunal yang
dianggotai oleh hakim-hakim atau bekas hakim.

Sistem dan Corak Kehakiman di Malaysia

1. Sistem kehakiman di Malaysia berbentuk persekutuan sebagaimana yang diamalkan


oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan India.
2. Mahkamah di Malaysia pada hari ini berdasarkan sistem persekutuan disebabkan
pembentukan mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi, Mahkamah
Sesyen, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Majistret dan sebagainya adalah dibawah
tanggungjawab kerajaan Persekutuan bukannya tanggungjawab kerajaan Negeri.
3. Mahkamah di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu:
a) Mahkamah Persekutuan : terdiri daripada Mahkamah Atasan, Mahkamah Khas
dan Mahkamah Rendah.

108
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

b) Mahkamah Negeri : terdiri daripada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat.

Pengelasan Mahkamah

Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Agung
1. Mahkamah Atasan Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan Borneo
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Juvana
2. Mahkamah Rendah Mahkamah Majistret Kelas I dan Kelas II
Mahkamah Tuntutan Kecil
Mahkamah Penghulu
Mahkamah Tentera
Mahkamah Perusahaan
3. Mahkamah Khas
Mahkamah Buruh
Mahkamah Khas Raja-raja
Mahkamah Negeri
1. Mahkamah Syariah Mahkamah Syariah Rayuan
Mahkamah Tinggi Syariah
2. Mahkamah Adat Mahkamah Adat Daerah
(Sabah dan Sarawak) Mahkamah Pegawai/Ketua Adat
Mahkamah Penghulu

Jenis-Jenis Mahkamah dan Peranannya

Mahkamah Peranan
Merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia.
Dikenali juga sebagai Mahkamah Persekutuan.
Mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian
antara kerajaan negeri dengan kerajaan
1. Mahkamah Agung Persekutuan.
Berkuasa menentukan pengesahan bagi undang-
undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri.
Merupakan mahkamah tertinggi mendengar kes-kes

109
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Mahkamah Peranan
rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Tinggi.
Kes-kes rayuan meliputi kes sivil dan kes jenayah.
Kes sivil yang nilai tuntutannya kurang daripada
RM250,000 tidak boleh membuat rayuan di
mahkamah ini.
Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah
sahaja.
Jika dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan, kes sivil
2. Mahkamah Rayuan boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang
RM250,000.
Kes-kes jenayah yang dirujuk disini juga meliputi
kes yang dikenakan di Mahkamah Tinggi.
Mempunyai kuasa membicarakan apa sahaja
kesalahan yang dilakukan oleh warganegara
Malaysia dan warganegara asing yang berada di
Malaysia.
Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah.
Kes sivil melibatkan hal-hal penjagaan kanak-kanak
dan orang tidak siuman, wasiat, perkahwinan dan
perceraian bagi bukan Islam dan kemuflisan.
3. Mahkamah Tinggi Mempunyai kuasa mendengar kes rayuan sivil dari
Mahkamah Rendah yang nilainya melebihi
RM250,000.
Bagi kes jenayah berkuasa dengan mendengar kes
rayuan dari Mahkamah Rendah yang nilai
dendanya melebihi RM 25.
Memberikan nasihat kepada Mahkamah Rendah
mengenai tatacara dan prosiding di mahkamah
serta soal-soal mengenai perlembagaan.
Merupakan mahkamah tertinggi dalam komponen
Mahkamah Rendah.
4. Mahkamah Sesyen
Membicarakan kes jenayah dan sivil. Kes Sivil
melibatkan nilai yang tidak melebihi RM250,000.

110
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Mahkamah Peranan
Kes jenayah, membicarakan apa juga jenis
kesalahan jenayah kecuali hukuman mati.
Menjalankan siasatan awal sebelum seseorang itu
dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Jika ia telah
mempunyai bukti yang cukup terhadap tertuduh, ai
akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Membincangkan kes-kes jenayah bagi mereka
yang berumur antara 10-18 tahun.
Seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah
5. Mahkamah Juvana
akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak
sehingga mencapai umur 21 tahun.
Perbicaraan akan dijalankan seara tertutup.
Membincangkan kes-kes jenayah dan sivil.
Kes jenayah melibatkan hukuman penjara dan
hukuman denda.
Hukuman maksimun yang boleh dijatuhkan oleh
6. Mahkamah Majistret mahkamah ini ialah lima tahun penjara dan denda
Kelas I RM10,000 sebatan 12 kali atau ketiga-tiiganya
sekali. Walau bagaimanapun, hukuman yang lebih
tinggi akan dikenakan sekiranya membicarakan
kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,
Akta Kastam 1957 dan Akta Keseksaan 1953.
Kes jenayah, iaitu hukuman maksimun yang boleh
dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah tidak melebihi
7. Mahkamah Majistret 12 bulan penjara dan denda RM1.000 atau kedua-
Kelas II duanya sekali.
Kes sivil iaitu nilai kes tuntutan tidak melebihi
RM3,000
8. Mahkamah Tuntutan Membicarakan kes tuntutan sivil yang tidak nelebihi
Kecil RM3,000
Merupakan mahkamah yang paling rendah dalam
komponen mahkamah rendah.
9. Mahkamah Penghulu
Membicarakan kes-kes sivi l dan jenayah.
Dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim

111
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Mahkamah Peranan
Kes sivil iaitu melibatkan tuntutan nilai tidal lebih
RM50.
Kes jenayah iaitu melibatkan denda sebanyak
RM25 sahaja.
Rayuan terhadap Mahkamah Penghulu boleh
dibuat di Mahkamah Majistret.
Menggendalikan kes yang berkaitan dengan
tingkahlaku anggota tentera.
Tidak membicarakan kes sivi dan jenayah.
Antara kesalahan yang dibicarakan di mahkamah
ini ialah tidak patuh kepada arahan yang diberikan
10. Mahkamah Tentera oleh pihak berkuasa, tidak menjalankan tugas,
mengabaikan tugas tanpa mendapat kebenaran
dan sebagainya.
Boleh menjatuhkan sebarang hukuman kecuali
hukuman mati yang memerlukan pengesahan Yang
di-Pertuan Agong.
Membicarakan kesalahan Yang di-Pertuan Agong
dan sultan dalam kes sivil dan jenayah yang
11. Mahkamah Khas Raja- dilakukan dalam Persekutuan.
raja Tindakan akan dikenakan terhadap Yang di-
Pertuan Agong atau sultan setelah mendapat
keizinan Peguam Negara.
Untuk mengadili umat Islam.
Membicarakan kes sivil dan jenayah.
Kes sivil iaitu nafkah dan tanggungan,
perkahwinan, perceraian, wasiat, wakaf,
pembahagian harta dan sebagainya.
12. Mahkamah Syariah Kes jenayah iaitu berjudi, berzina, minum minuman
keras dan tidak menunaikan zakat dan fitrah.
Kesalahan yang besar akan dibicarakan di
Mahkamah Tinggi Syariah, manakala kesalahan
yang kecil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah
Syariah.

112
BAB 2 PERLMEBAGAAN MALAYSIA & SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Mahkamah Peranan
Mahkamah Syariah Rayuan berperanan
mendengar rayuan dari Mahkamah Tinggi Syariah.
Membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh
suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak.
13. Mahkamah Adat Contoh kes seperti pelanggaran adat suku kaum,
adat perkahwinan, undang-udang adat, adat-adat
keagamaan dan sebagainya.

113

You might also like