You are on page 1of 4

Minggu 1

Definisi Pendidikan

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, pendidikan


bermaksud perihal atau perbuatan mendidik.

Manakala berdasarkan Kamus Dewan Edisi


Empat, pendidikan diertikan sebagai pertama perihal
mendidik, kedua; ilmu pendidikan dimaksudkan
sebagai ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan
mendidik dan yang ketiga; diertikan sebagai didikan,
latihan, ajaran.
Maka bolehlah dikatakan disini bahawa pendidikan
adalah pengajaran dan ianya termasuklah semua
perkara atau perihal yang berkaitan mendidik atau
mengajar. Ini juga bermakna pendidikan boleh
melibatkan perkara yang baik mahupun yang tidak
baik. Apa-apa sahaja perkara yang boleh diajar
adalah termasuk sebagai pendidikan. Maka, semua
orang harus benar-benar memahami erti sebenar
pendidikan ini. Ia bukan hanya satu perkataan yang
dibina daripada sepuluh huruf tetapi hakikatnya ia
membawa makna yang lebih mendalam dan
merupakan suatu perkara yang dapat memberi impak
yang amat besar kepada seseorang individu,
kumpulan, masyarakat, bangsa, negara malahan
seluruh dunia. Tidak kiralah sama ada impak
tersebut positif mahupun negatif sekiranya ia
disalahgunakan.

Penulisan saya ini hanya ingin memfokuskan perihal


pendidikan, tidak kurang lebih hanya untuk berkongsi
pendapat, pandangan sekalipun memberikan cadangan.
Semuanya bergantung kepada ketelusan hati saya untuk
menghebahkannya disini.
Secara amnya, pendidikan hakikatnya telah
bermula semenjak sebelum kita dilahirkan lagi.
Pernahkah anda melihat atau anda sendiri melakukan;
menyapu atau menggosok perut ibu yang
sedang mengandung, pada waktu yang sama
menyanyikan lagu-lagu yang baik mahupun berzikir bagi
yang beragama Islam, serta ada juga yang bercakap-cakap
memberikan nasihat dengan harapan bayi yang didalam
kandungan mendengarnya lalu apabila lahirnya mereka
itu nanti, akan mereka menjadilah manusia yang baik,
berguna dan berjaya. Maka inilah salah satu bentuk
pendidikan terawal dalam hidup seseorang.
Selain daripada itu, di Malaysia khususnya, sektor
pendidikan terdapat beberapa tahap atau peringkat, yang
ianya adalah wajib untuk diikuti dan dialami
oleh semua rakyat Malaysia. Dan di setiap peringkat
pendidikan yang wujud di Malaysia, terdapat pelbagai
jenis pendidikan yang berbeza. Namun, kita masih belum
mampu untuk mewujudkan pendidikan percuma untuk
semua atas banyak faktor yang tidak mahu dibincangkan
di sini. Apa yang pasti, saya sebagai pelajar amat
merasakan betapa kita sekarang tidak menghargai
pendidikan. Saya menggunakan kita di sini kerana
ingin berkata secara am.

Menurut Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld,


pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang
diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour)
manusia. Sebagai manusia, kita dilahirkan tanpa apa-apa
pun. Tiada satu kebiasaan pun pada kita. Maka semakin
seseorang itu membesar, disitulah letaknya
tanggungjawab semua yang disekeliling untuk
mencorakkan peribadi dan mewujudkan kebiasaan pada
diri seseorang itu.
Kerana itulah, orang Jawa suka makan pedas, ada yang
tidak. Kerana telah menjadi kebiasaan mereka untuk
begitu sejak kecil lagi. Ini hanya satu contoh kecil yang
boleh saya katakan disini. Banyak lagi definisi pendidikan
yang boleh dibincangkan lagi namun buat masa sekarang,
hadamkan yang ini terlebih dahulu. InsyaAllah sekiranya
ada masa dapat kita sambung lagi perbincangan ini di lain
masa

You might also like