You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KENANGA

KERTAS KERJA PROGRAM BERSEPADU


(KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA)

ANJURAN:
(SK SERI KENANGA JOHOR BAHRU)
DAN
POLIS TRAFIK CAWANGAN JOHOR BAHRU
UTARA

1
1. NAMA PROGRAM
Program keselamatan jalan raya SK Seri Kenanga 2017 bertema Melahirkan Persekitaran
Yang Selamat.

2. PENDAHULUAN
Kempen ini diadakan bagi menyahut dan melaksanakan arahan seperti mana SURAT
PEKELILING IKHTISAS BIL 8/2011, pengurusan keselamatan murid di sekolah. Oleh
yang demikian, unit hal ehwal murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga mengambil
langkah intensif bagi mengadakan kempen sepertimana yang dinyatakan di atas.

3. MATLAMAT
Matlamat utama kempen ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan dan
Pendedahan yang sewajarnya kepada semua warga sekolah terhadap kepentingan menjaga
keselamatan ketika berada di jalan raya serta langkah-langkah keselamatan yang perlu
dititikberatkn sepanjang masa.

4. OBJEKTIF
4.1 Pelajar dapat mengetahui panduan keselamatan diri ketika berjalan dan berkenderaan.
4.2 Memberi maklumat tentang kepentingan menjaga keselamatan diri di jalan raya.
4.3 Memberi pendedahan kepada warga sekolah tenatng isu-isu semasa keselamtan di jalan
Raya.

5. TARIKH DAN HARI


Tarikh : 14 Mei 2017
Hari : Ahad
Masa : 7.30 pagi hingga 11.00 pagi

6. TEMPAT
Dewan Permata SK Seri Kenanga

7. KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar, guru-guru dan staf sokongan SK Seri Kenanga.

8. AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Aturcara
7.20 pagi : Guru, pelajar dan staf sekolah berkumpul di dewan permata.

2
7.30 pagi : Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu sekolah dan lagu negeri Johor.
: Ucapan aluan guru besar.
: Perasmian kempen keselamatan jalan raya.
: Bacaan sajak
7.50 pagi : Ceramah keselamatan jalan raya dari tetamu jemputan
(Polis Trafik Cawangan Johor Bahru Utara)

9.00 pagi : Nyanyian lagu negaraku dan bersurai


9.30 pagi : Pameran keselamatan jalan raya di dewan terbuka ( waktu rehat tahap 1 dan 2)
11.00 pagi

9. JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Cik Norpisah Binti Ibrahim


Guru Besar SK Seri Kenanga

Timbalan Pengerusi 1. Pn Wan Normawati Binti Wan Abd Malik


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Setiausaha : En. Ahmad Shahir Bin Muhamad

Ahli Jawatan kuasa

Pengacara Majlis : En. Nik Mohd Mahiran Bin Omar

Siaraya : En. Mohd Zaferi Bin Dollah

Disiplin dan Keselamatan pelajar : En. Fadli Bin Omar

Jurugambar : En. Mahadhir Bin Adnan

Buku Program : En. Mohd Razin Bin Supangat

Pelaporan & Dokumentasi : En. Muhamad Nabil Bin Mat Daud

Persiapan Tempat & Peralatan : En. Mohd Zaki Bin Mamat

Perhubungan dan jamuan tetamu : En. Mohd Noh Bin Ujang

3
10. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah Catatan


1. Saguhati penceramah RM 100.00 RM 100.00
2. Cenderahati penceramah RM 20.00 x 3 RM 60.00
3. Jamuan tetamu jemputan RM 50.00 RM 50.00
4. Dokumentasi RM 20.00 RM 20.00
5.
JUMLAH RM 230.00

11. SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah

1. Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Seri Kenanga RM 230.00

JUMLAH RM 230.00

12. PENUTUP

Program ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar seterusnya memberi
impak serta kesan yang positif kepada semua guru, staf dan para pelajar supaya mendapat
pengetahuan yang amat berguna mengenai panduan keselamatan semasa berada di jalan raya
semasa sekolah dan luar waktu persekolahan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................ .............................................
(AHMAD SHAHIR B. MUHAMAD) ( )

Setiausaha,

4
Jawatankuasa kebakaran/keselamatan (HEM)
SK Seri Kenanga Johor Bahru

Tarikh: Tarikh :

Diluluskan oleh:

.......................................................
( )

Tarikh :

You might also like