You are on page 1of 8

Pengenalan Permainan Rumah Idaman

Permainan Rumah Idaman memerlukan setiap kumpulan membina sebuah


rumah. Murid-murid akan dididik untuk saling bekerjasama membina rumah
tersebut.

Kesesuaian Subjek : Kajian Tempatan, PSK, PSV


Sasaran : Tahun 4/5
Tempoh cadangan : 30 minit
Alat: Kapur tulis/ pen marker, papan tulis.
Objektif: Mengembangkan bakat melukis dan imaginasi murid.
Nilai: Kerjasama.

Kaedah
1. Bahagi murid kepada kumpulan-kumpulan yang seimbang bilangan
ahlinya.
2. Lantik ketua bagi setiap kumpulan.
3. Edarkan sebatang kapur/pen marker untuk setiap kumpulan melalui ketua
masing-masing.
4. Jelaskan arahan permainan kepada murid.
Arahan untuk murid

Setiap kumpulan dikehendaki melukis sebuah rumah idaman dengan


menggunakan kapur/pen marker di papan hitam. Setiap ahli kumpulan hanya
dibenarkan melukis satu garisan sahaja dan seterusnya disambung oleh ahli
yang lain. Teruskan lakukan aktiviti ini secara bergilir-gilir dengan memastikan
semua ahli terlibat. Siapkan rumah anda dalam tempoh lima minit. Rumah yang
paling kreatif akan memenangi permainan ini.

Panduan guru

Guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Berikan kebebasan yang terkawal


kepada murid supaya mereka dapat mempamerkan imaginasi dan kreativiti
mereka. Berilah dorongan dan galakan kepada murid yang lemah. Asuh mereka
supaya mengamalkan nilai-nilai bekerjasama. Setelah permainan tamat, guru
meminta ketua kumpulan untuk membentangkan hasil kerja masing-masing.
Jika kena pada gayanya, permainan ini akan menjadi sangat menarik!

Alternatif
Selain melukis rumah, guru juga boleh menentukan objek-objek lain yang lebih
sesuai dengan subjek kelas ganti.

Apa yang anda boleh lakukan dengan MEMO PAD?

Memo Pad. Kertas bewarna (kadang-kadang bewarna putih) yang biasanya berbentuk segi
empat sama. Murah dan ada banyak gunanya.

Admin ingin berkongsi dengan pembaca semua. Admin seringkali membawa Memo pad ini ketika
ke sekolah. Biarpun kadangkala tidak digunakan.

Memo pad ini sangat berguna tatkala kita ketandusan idea untuk merancang aktiviti bagi kelas
ganti. Penggunaan memo pad ini sangat mudah dan ringkas. Sesiapa sahaja boleh
menggunakannya. Fungsi asal memo pad ini memanglah hanya untuk menulis memo atau
peringatan penting. Tetapi, guru yang kreatif seperti pembaca semua boleh mempelbagaikan
penggunaannya.
Apabila anda ditugaskan untuk
menggantikan kelas, bawa sahaja memo pad ini ke kelas. Ada beberapa aktiviti yang anda
boleh lakukan dengan memo pad ini. Admin sudah mencuba. Alhamdulillah, murid sangat
renponsif. Kini, giliran anda pula untuk mencuba! Selamat!

Cara penggunaan.

Contoh, subjek Matematik.

1. Bawa memo pad ini ke kelas.


2. Edar kepada murid, seorang sekeping.
3. Kemudian guru boleh memilih topik yang bersesuaian dengan aras murid.
Contoh, geometri.
4. Terangkan kepelbagaian bentuk geometri kepada murid. Kaitkan bentuk memo
pad yang mereka ada dengan bentuk geometri - Segi empat sama.
5. Kemudian, lipat memo pad kepada dua, menjadikannya berbetuk segi empat
tepat. Guru boleh menerangkan perbezaan segi empat tepat dengan segi empat sama.
6. Seterusnya, jadikan memo pad kepada bentuk segi tiga. Guru memainkan
peranan untuk menerangkan kepada murid berkenaan dengan ciri-ciri segi tiga.
7. Setelah selesai, guru boleh membuat rumusan bahawa 3 bentuk geometri boleh
dibina hanya menggunakan memo pad.

Aktiviti ini sangat menarik kerana murid


akan menjadi begitu teruja untuk mencuba bentuk-bentuk geometri yang lain pula!
Banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat misalnya origami, membuat kad (biarpun kecil, murid-
muridangat suka kepada sesuatu yang comel!) dan banyak lagi! :)
AKTIVITI 2: KAPAL TERBANG KERTAS

1)Pelajar diminta mereka satu kapal terbang kertas .Pastikan kapal terbang itu
boleh terbang dengan laju
2) Pelajar diminta menamakan kapal terbang masing- masing
3)Di sayap kapal terbang , pelajar perlu menulis sifat-sifat buruk dalam diri
4)Pelajar perlu melancarkan kapal terbang masing-masing dengan penuh
semangat , seumpama membuang sifat buruk jauh-jauh dari diri .

Sebenarnya origami ini bukan hanya sesuai untuk pelajar pra sekolah, tetapi
juga untuk sekolah menengah, cuma perlu ditambah unsur-unsur kreativiti dan
nilai murni sesuai dengan tahap pelajar sekolah menengah.

AKTIVITI 1: ORIGAMI RUMAH IMPIAN

Langkah:
1)GBKSM menunjukkan langkah satu per satu kepada pelajar dengan
menyiapkan satu sampel origami rumah terlebih dahulu
Ini adalah langkah untuk membuat origami rumah impian

2)Kemudian GBKSM meminta pelajar mewarnakan dan menghias rumah


impian masing-masing mengikut kreativiti.
3) Di bahagian belakang rumah tersebut, pelajar diminta menulis ciri-ciri
rumah impian mereka.

Objektif aktiviti ini :~Supaya pelajar berusaha membina rumah impian mereka
dengan belajar bersungguh- sungguh
:Supaya pelajar tahu betapa susahnya mencapai rumah impian
mereka jika malas belajar
Tiru Macam Saya ni..adalah satu permainan yang sangat simple, tetapi banyak melibatkan
peranan murid.
Permainan ini boleh dimulakan pada awal sesi pengajaran dan dilaksanakan sebagai selingan
pada bila-bila masa anda suka. Kalau rasa anak murid dah naik bosan tu, bolehlah terus
laksanakan.
Dari aktiviti ni, kita boleh manfaatkan imaginasi murid, dan mengembangkan bakat yang
tersembunyi dalam diri mereka.

Nak tau tak ni?

Bahan-bahan
Cehh,,tajuk macam nak masak je kan? haha
Bahan-bahan dia mudah je..

Pen atau pensel

Kepingan kertas
Perencah Tambahan
Penyedap aktiviti Tiru Macam Saya ni ialah iringan muzik. Anda boleh memilih lagu-lagu yang
bersesuaian dengan tugasan yang dicatatkan di dalam kertas itu nanti.
Kalau tempat anda mengajar tu pedalaman sangat, atau
anda tak sempat nak sedia speaker bagai, boleh la mintak anak murid anda bertepuk-tepuk
tangan semasa aktiviti tu berjalan. Fleksibel kan?

Korang takyah la beli speaker besar gedabak macam ni semata-mata nak buat aktiviti Tiru
Macam Saya ni.
Kang tak pasal-pasal kena repot dekat PIBG,,sebab bawak pengaruh negatif..hahaha :P

Cara Pelaksanaan
1. Agihkan kepingan kertas kepada anak murid anda. Kecik je cukup..
2. Rasanya masing-masing dah ade pen dan pensel kot. Tapi kalau dorang tak bawak mase
tu, cikgu boleh la sediakan pen dan pensel pulak
3. Arahkan murid untuk menulis ruangan "KEPADA", "ARAHAN", dan "DARIPADA" di dalam
kertas tersebut.
4. Di ruangan 'KEPADA', murid boleh mengisi mana-mana nama rakan mereka di dalam
kelas.
5. Ruangan 'ARAHAN' pula ialah tugasan yang dorang nak rakan dorang buat. (bab ni mesti
tiba2 anak murid kita jadi genius sebab nak kenakan kawan diorang)
6. Di ruangan 'DARIPADA' pula diisikan nama murid yang memberi tugasan.
Lebih kurang macam ni la kertas tu nanti. Gigih kan Aidha buat tugasan untuk Salina? Kalau
boleh buat dalam kelas PISMP 3.06 ni mesti gempak! Haha

7. Guru akan membacakan tugasan yang diberikan. Kalau ikut contoh ni, Cikgu Amin akan
bacakan tugasan yang Aidha hantar kepada Salina. Alangkah gembiranya Aidha masa ni...sebab
dia ingat Salina akan kena kaw kaw punye lah!
8. Rupa-rupanya di Step 8 ni, sebelum Salina laksanakan arahan Aidha, Aidha kena bagi
tutorial dulu dkat Salina..sebab tu nama aktiviti dia, "Tiru Macam Saya''! Hahaha..terharu la
Aidha masa ni kan?
9. Selepas murid yang bagi tugasan tu buat tutorial, barulah murid yang diberi tugasan tu
melakukan arahan yang diberikan dengan iringan muzik.

You might also like