You are on page 1of 19

AGIHAN KOD PAFA (UPSR)

TAHUN KOD DINILAI TAJUK

01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah


02 Rukun Islam
1
03 Rukun Iman
04 Beristinjak
06 Cara Berwuduk.
10 Solat Fardhu:
a) Lafaz niat Solat Subuh, Zuhur, Asar,
2 Maghrib dan Isyak.
b) Takbiratul Ihram.
c) Semua Rukun Fili.
d) Surah al-Fatihah
10 Solat Fardhu:
Semua Rukun Fili & Semua Rukun Qauli
3
13 Adab Terhadap Ibu Bapa.
05 Membersihkan Diri, Pakaian dan Tempat
daripada Najis.
08 Cara Mandi Wajib.
4 10 Solat Fardhu:
a) Rukun-rukun Solat.
b) Sunat Abad dan Haiat.
16 Kewajipan Menutup Aurat.
07 Tayammum.
09 Azan, Iqamah, Jawapannya dan Doa Selepas
Azan dan Iqamah.
5 10 Solat Fardhu:
a) Rukun-rukun Solat.
b) Sunat Abad dan Haiat.
c) Dua Surah (Pilihan Murid).
10 Solat Fardhu:
a) Rukun-rukun Solat.
b) Sunat Abad dan Haiat.
6 c) Dua Surah (Pilihan Murid).

12 Puasa
15 Ihsan
KOD : 01

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

SOALAN Sebutkan lafaz Dua Kalimah Syahadah dengan sempurna.


L1.1

JAWAPAN




SOALAN Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadah.
L1.2

JAWAPAN Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan
aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah.

KOD : 02

RUKUN ISLAM

SOALAN Sebutkan Rukun Islam satu persatu.


L2.1

JAWAPAN Rukun Islam ada lima perkara:


1) Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
2) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
3) Berpuasa dalam bulan Ramadhan.
4) Mengeluarkan Zakat.
5) Menunaikan Fardhu Haji ke Mekah bagi yang berkemampuan.
KOD : 03

RUKUN IMAN

SOALAN Sebutkan Rukun Iman satu persatu.


L3.1

JAWAPAN Rukun Iman ada enam perkara:


1) Beriman kepada Allah.
2) Beriman kepada Malaikat.
3) Beriman kepada Kitab.
4) Beriman kepada Rasul.
5) Beriman kepada Hari Akhirat.
6) Beriman kepada Qadak dan Qadar.( )

SOALAN Bagaimanakah anda beriman kepada Allah s.w.t?


L3.2

JAWAPAN Mengaku bahawa Allah s.w.t ada dan melaksanakan perintah-Nya dengan
sempurna.

KOD : 04

BERISTINJAK ( )

SOALAN Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan air.


L4.1
JAWAPAN Membasuh qubul dan dubur ( ) dengan menggunakan air
mutlak sehingga diyakini bersih.

SOALAN Sebutkan benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinjak selain air.
L4.2

JAWAPAN Benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinjak selain air ialah:
1) Batu.
2) Benda kesat.

SOALAN Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan batu atau benda kesat.
L4.3

JAWAPAN Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan sekurang-kurangnya


tiga biji batu atau benda yang kesat sehingga diyakini bersih.
KOD : 05
MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS

SOALAN Kain ini terkena najis Mukhaffafah (


) .
L5.1 Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya.

JAWAPAN Cara menyucikan najis Mukhaffafah ialah dengan memercikkan air mutlak
di kawasan yang terkena najis.

SOALAN
Kaki anda terkena najis Mutawassitah ( ) .
L5.2 Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya.

JAWAPAN Cara menyucikan najis Mutawassitah ialah:


1) Buangkan najis.
2) Basuh bahagian yang terkena najis dengan menggunakan air
mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa.

SOALAN ) .
Di lantai ini terdapat najis Mughallazah (
L5.3 Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya.

JAWAPAN Cara menyucikan najis Mughallazah ialah:


1) Buangkan najis.
2) Basuh dengan air mutlak yang bercampur tanah ( satu kali ).
3) Basuh dengan air mutlak ( enam kali ) sehingga diyakini bersih.

KOD : 06
CARA BERWUDHUK ( ) .

SOALAN Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna.


A6.1

JAWAPAN 1) Membaca :




2) Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangan
tangan ( tiga kali ).
3) Berkumur ( tiga kali ).
4) Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya ( tiga kali
).
5) Menyebut lafaz niat wuduk, seperti:


6) Membasuh muka ( tiga kali ). Basuhan pertama disertakan dengan
niat, seperti : Sahaja aku berwudhuk kerana Allah Taala.

Catatan:
Kawasan muka ialah:
Dari gigi rambut hingga ke bawah dagu dan dari anak telinga
kanan hingga ke anak tellinga kiri.

7) Membasuh tangan kanan hingga ke siku ( tiga kali ).


8) Menyapu sebahagian kepala dengan air ( tiga kali ).
9) Menyapu kedua-dua telinga dengan air ( tiga kali ).
10) Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali ( tiga kali ), kemudian
membasuh kaki kiri hingga ke buku lali ( tiga kali ).
11) Membaca doa wuduk:








.
Ertinya:
Saya naik saksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang disembah
melainkan Allah Tuhan Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan
saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad ialah hamba dan
pesuruh-Nya. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami daripada
kalangan yang bertaubat, suci bersih dan jadikanlah kami daripada
kalangan hamba-Mu yang soleh.

KOD : 07

CARA BERTAYAMMUM ( )
SOALAN Tunjukkan cara bertayammum dengan betul dan sempurna.
A7.1
JAWAPAN Cara bertayammum ialah :
1) Sediakan debu yang suci.
2) Menghadap kiblat.
3) Membaca :




4) Menyebut lafaz niat tayammum seperti :


5) Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari
terbuka sambal berniat sahaja aku bertayammum untuk
mengharuskan solat fardhu kerana Allah Taala dan mengekalkan
niat sehingga menyapu muka.
6) Menipiskan / mengurangkan debu dengan meniup atau
menengkuh kedua-dua belah tangan di luar tempat debu.
7) Menyapu debu ke muka.

Catatan :
Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari
anak telinga kanan ke anak telinga kiri.

8) Membuang debu yang telah digunakan / Mustakmal ( )


yang masih melekat di tapak tangan.
9) Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari
terbuka untuk kali kedua di tempat yang lain kemudian
menipiskannya dengan meniup atau menengkuh kedua-dua
tangan.
10) Menyapu tangan kanan dengan cara:
10.1 Meletakkan jari tangan kiri di bawah jari tangan kanan
kecuali ibu jari.
10.2 Lurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan
kanan.
10.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga
ke siku.
10.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.
10.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan
dengan kedudukan ibu jari terangkat.
10.6 Lurutkan ibu jari kiri di belakang ibu jari kanan.
11) Menyapu tangan kiri dengan cara:
11.1 Meletakkan jari tangan kanan di bawah jari tangan kiri
kecuali ibu jari.
11.2 Lurutkan jari tangan kanan hingga ke pergelangan tangan
kiri.
10.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga
ke siku.
10.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.
10.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan
dengan kedudukan ibu jari terangkat.
10.6 Lurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri.
12) Menyelati jari kanan dan kiri.
KOD : 08

CARA MANDI WAJIB (MENGANGKAT HADAS BESAR)

SOALAN Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi.


L8.1

JAWAPAN Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah:


1) Keluar mani.
2) Haid ( ) .
3) Jimak ( ) .
4) Wiladah ( ) .
5) Nifas ( ) .
6) Mati selain mati syahid

SOALAN Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna.


L8.2

JAWAPAN Cara mandi wajib adalah seperti berikut:


1) Bersihkan badan daripada segala kekotoran.
2) Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke
anggota badan.
3) Disunatkan berwudhuk.
4) Sebut lafaz niat, seperti:


5) Jiruskan air ke kepala beserta niat. niatnya ialah: Sahaja aku
mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.
5.1 Jiruskan air ke kepala (tiga kali).
5.2 jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan (tiga kali).
5.3 Jiruskan pula air ke anggota sebelah kiri (tiga kali).
6) Ratakan air ke seluruh anggota badan dengan cara:
6.1 Selati rambut, janggit dan semua bulu supaya air sampai ke
kulit.
6.2 Ratakan juga air ke pelipatan dan celah anggota
badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak,
pusat, celah peha, qubul dan dubur dalam keadaan
mencangkung.

Peringatan
Wudhuk terlaksana sekiranya sepanjang mandi tidak menyentuh qubul
dan dubur dan perkara-perkara lain yang membatalkan wudhuk.
KOD : 09

AZAN ( ) , IQAMAH ( ) , JAWAPANNYA DAN DOA SELEPAS AZAN DAN


IQAMAH

SOALAN Soalan kepada murid lelaki.


A/L9.1 Anda dikehendaki melaksanakan azan dengan betul dan sempurna.

Soalan kepada murid perempuan.


Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan Azan dengan betul
dan sempurna.

JAWAPAN 1) Berwudhuk, makruh Azan tanpa wudhuk.


2) Berdiri dan menghadap kiblat.
3) Meletakkan jari telunjuk di telinga.
4) Melaungkan Azan.

Lafaz Azan.





















PERINGATAN:
a) Sunat Tarji( ) , iaitu menyebut secara perlahan terlebih
dahulu kalimah








Sebelum melaungkannya dengan kuat.

b) Azan Subuh hendaklah ditambah kalimah:




Selepas melaungkan kalimah:




SOALAN Dengar Azan dan jawab dengan betul dan sempurna.
A9.2

JAWAPAN Murid dikehendaki menjawab secara perlahan satu persatu hingga akhir.
Jawapan Azan adalah sama seperti lafaz yang dilaungkan oleh Muazzin
) kecuali pada lafaz yang berikut: (

Jawab Azan Lafaz azan












SOALAN Anda kehendaki memperdengarkan Iqamah dengan betul dan sempurna.
A9.3

JAWAPAN 1) Berdiri menghadap kiblat.


2) Menyebut lafaz Iqamah:

SOALAN Dengar Iqamah dan jawab dengan betul dan sempurna.


A9.4
JAWAPAN Murid dikehendaki menjawab Iqamah secara perlahan satu persatu
hingga akhir.

Jawab Iqamah Lafaz Iqamah































SOALAN Anda dikehendaki membaca doa selepas Azan dan Iqamah.
A9.5

JAWAPAN Doa Azan dan Iqamah:

Erti doa selepas Azan dan Iqamah:


Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan Azan dan sembahyang
yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad saw
ketinggian dan kelebihan serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau
janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji.

KOD : 10

SOLAT FARDHU
SOALAN Anda dikehendaki memperdengarkan ( Tasmi ) bacaan-bacaan berikut:
L10.1 1) Lafaz niat solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
2) Takbiratul Ihram.
3) Doa Iftifah.
4) Surah al-Fatihah.
5) Dua surah ( pilihan murid .
6) Bacaan Ruku.
7) Bacaan Itidal.
8) Bacaan Sujud.
9) Bacaan duduk antara dua Sujud.
10) Bacaan Tahiyyat.
11) Salam.
12) Bacaan Qunut.

JAWAPAN Bacaan-bacaan tersebut ialah:


1) Niat Solat:
a) Solat Subuh.




Ertinya:
Sahaja aku solat fardhu Subuh dua rakaat tunai kerana
Allah Taala.

b) Solat Zohor.




Ertinya:
Sahaja aku solat fardhu Zohor empat rakaat tunai kerana
Allah Taala.

c) Solat Asar.



Ertinya:
Sahaja aku solat fardhu Asar empat rakaat tunai kerana
Allah Taala.

d) Solat Maghrib.





Ertinya:
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat tunai kerana
Allah Taala.
e) Solat Isyak.




Ertinya:
Sahaja aku solat fardhu Isyak empat rakaat tunai kerana
Allah Taala.

2) Takbiratul Ihram :
) : ( 3) Doa Iftitah

.





.

.

.
4) Surah al-Fatihah:










) 5) Dua Surah: (Surah al-Kafirun dan Surah al-Ikhlas











)6 Bacaan Rukuk :
)7 Bacaan Itidal :
)8 Bacaan Sujud :

9) Bacaan Duduk antara Dua Sujud :



.


10) Bacaan Tahiyyat:
Bacaan Tahiyyat Awal:








Bacaan Tahiyyat Akhir:








.

11) Memberi Salam :




12) Bacaan Doa Qunut :

SOALAN Anda dikehendaki melakukan cara solat dengan betul dan sempurna.
A10.2
( Soalan ini hanya layak dikemukakan apabila calon telah berjaya
menjawab soalan L10.1 diatas ).

JAWAPAN Calon melakukan solat dengan betul dan sempurna seperti yang
dinyatakan di bawah. Contoh solat Zuhur:
1) Berwudhuk.
2) Menutup aurat.
3) Menghadap Kiblat.
4) Berdiri bagi yang berkuasa.

Rakaat yang pertama.

5) Menyebut lafaz niat:





6) Takbiratul Ihram sambil mengangkat kedua-dua tangan dengan
menyamakan ibu jari ke paras cuping telinga dan jari yang lain
separas bahagian atas telinga dan kedua-dua tapak tangan
menghadap Kiblat, beserta dengan niat : Sahaja aku solat fardhu
Zuhur empat rakaat tuani kerana Allah Taala.
7) Meletakkan kedua-dua tangan di antara pusat dan dada, tangan
kanan menggenggam pergelangan tangan kiri, jari telunjuk dan jari
tengah diluruskan.
8) Membaca doa Iftitah ( ) .
9) Membaca surah al-Fatihah.
10) Membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.
11) Takbir Intiqal ( ) dengan mengangkat kedua-dua belah tangan
seperti no. 6 di atas dan Rukuk serta Tamakninah ( ) sambal
membaca bacaan rukuk tiga kali.

Rukuk ialah perbuatan membongkokkan badan dengan


menyamakan belakang dengan tengkuk. Kedua-dua tapak
tangan di letakkan di atas lutut dengan jari terbuka sambil
memandang tempat sujud.

12) Itidal ( ) serta Tamakninah dengan bacaan Itidal.

Itidal ialah berdiri semula selepas Rukuk sambil mengangkat


kedua-dua tangan dan kemudian meluruskannya ke bawah.

13) Takbir Intiqal dan Sujud serta Tamakninah dengan membaca


Bacaan Sujud.

Sujud ialah perbuatan menurunkan lutut dahulu kemudian


diikuti dua tapak tangan, jari dirapatkan supaya menghadap
kiblat. Dahi pula diletakkan di tempat sujud, sementara jari
kaki ditegakkan.

14) Takbir Intiqal dan Duduk antara Dua Sujud secara Iftirasy (
) serta Tamakninah dengan membaca Bacaan Duduk antara Dua
Sujud.
15) Takbir Intiqal dan Suud serta Tamakninah seperti no. 13 di atas.
16) Takbir Intiqal dan bangun daripada Sujud dan duduk sebentar
sekadar Tamakninah, kemudian terus berdiri untuk rakaat kedua
tanpa mngangkat tangan.

Rakaat yang kedua.

17) Membaca surah al-Fatihah.


18) Membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.
19) Melakukan Rukuk, Itidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud
yang kedua seperti rakaat pertama.
20) Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyyat Awal secara Iftirasy seperti no. 14
di atas, kecuali jari tangan kanan digenggam, manakal jari telunjuk
diluruskan. Pada masa ini dibaca Bacaan Tahiyyat Awal. Ketika
menyebut perkataan:


jari telunjuk hendaklah diangkat sedikit.
21) Takbir Intiqal dan bangun berdiri untuk rakaat yang ketiga serta
mengangkat tangan.

Rakaat yang ketiga.

22) Membaca surah al-Fatihah.


23) Melakukan Rukuk, Itidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud
kedua.

Rakaat yang keempat.

24) Membaca surah al-Fatihah.


25) Melakukan Rukuk, Itidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud
kedua.
26) Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyyat Akhir secara Tawarruk ( )
dan membaca Tahiyyat Akhir.

Duduk Tawarruk ialah perbuatan meletakkan punggung ke


lantai dan melentikkan jari kaki kanan serta menyilangkan
kaki kiri ke bawah kaki kanan. Tangan kanan diletakkan di
atas lutut kanan dan jari digenggam kecuali jari telunjuk
diluruskan. Manakala tangan kiri pula diletakkan di atas lutut
kiri, jari diluruskan dan hujung jari menyamai lutut.

27) Mengucapkan Salam sambil memalingkan muka ke kanan dan


kemudian mengucap Salam Kedua sambil memalingkan muka ke
kiri.
28) Meletakkan tangan di kepala sambil berdoa:

KOD : 12

PUASA

SOALAN Sebutkan lafaz niat puasa Ramadhan dan nyatakan ertinya.


L12.1
JAWAPAN Lafaz niat puasa Ramadhan:







Ertinya:
Sahaja aku puasa esok hari, menunaikan puasa fardhu Ramadhan tahun
ini kerana Allah Taala.

SOALAN Sebutkan perkara-perkara yang membatalkan puasa.


L12.2

JAWAPAN Perkara-perkara yang membatalkan puasa:


1) Makan atau minum pada siang hari dengan sengaja.
2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja.
3) Muntah dengan sengaja.
4) Melakukan persetubuhan di siang hari.
5) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
6) Keluar darah haid dan nifas.
7) Gila.
8) Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
9) Berbuka puasa sebelum masuk waktunya.
10) Murtad ( ) .
SOALAN Nyatakan hikmah puasa.
12.3

JAWAPAN Antara hikmah puasa:


1) Mengukuhkan iman dan taqwa kepada Allah s.w.t.
2) Membentuk sifat-sifat mulis seperti sabar, berdisiplin, bertimbang
rasa dan bersyukur.
3) Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan.
4) Menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan otak.

KOD : 13

ADAB TERHADAP IBU BAPA


SOALAN Terangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh
L13.1 seseorang anak.

JAWAPAN Jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seseorang
anak ialah:
1) Mengandungkan anak.
2) Melahirkan anak.
3) Menyusukan anak.
4) Mengasuh anak.
5) Memdidik anak.
6) Memberi nafkah kepada anak.
7) Mengasihi anak.

SOALAN Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada seseorang anak terhadap
L13.2 ibu bapa?

JAWAPAN Perasaan mulia yang mesti ada pada seseorang anak terhadap ibu bapa
ialah kasih saying.

SOALAN Bagaimanakah cara menghormati ibu bapa?


L13.3

JAWAPAN Cara menghormati ibu bapa :


1) Beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul
mesra dan sentiasa menjaga perasaan mereka.
2) Mendoakan mereka.
3) Menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempatyang
berasingan.
4) Menghormati sahabat-sahabat mereka.

SOALAN Bagaimanakah cara mentaati ibu bapa?


L13.4

JAWAPAN Cara mentaati ibu bapa:


1) Mematuhi setiap arahan ibu bapa yang tidak bertentangan
dengan Islam.
2) Tidak membantah dan kasar tutur kata terhadap ibu bapa.

KOD : 15

IHSAN ( )
SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan ihsan?
L15.1

JAWAPAN Melakukan ibadah kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu


melihat Allah atau sesungguhny Allah melihat kamu. Dengan perkataan
lain bahawa:
Allah melihat apa yang kamu lakukan.
Allah mendengar apa yang kamu perkatakan.
Allah mengetahui apa yang kamu fikirkan.

SOALAN Sebutkan sifat utama dalam ihsan.


L15.2

JAWAPAN Sifat uatama dalam ihsan ialah sentiasa ikhlas semata-mata kerana Allah.

SOALAN Apakah kebaikan yang diperolehi oleh orang yang berbuat ihsan?
L15.3

JAWAPAN Kebaikan yang diperolehinya ialah:


1) Allah sentiasa mengasihinya.
2) Allah melimpahkan rahmat kepadanya.
3) Allah mengampuni dosanya.
4) Allah memberikan pertolongan kepadanya.
5) Allah memberikan ganjaran pahala.
6) Allah menjanjikan masuk syurga.

KOD : 16

KEWAJIPAN MENUTUP AURAT


SOALAN Apakah hukum menutup aurat?
L16.1
JAWAPAN Wajib kepada setiap individu muslim yang mukallaf ( ) .

SOALAN Apakah had aurat bagi lelaki dan perempuan?


L16.2

JAWAPAN Had aurat:


1) Lelaki : dari pusat hingga ke lutut.
2) Perempuan : seluruh anggota badan kecuali muka dan dua
pergelangan tangan.

SOALAN Mengapa diwajibkan menutup aurat?


L16.3

JAWAPAN 1) Untuk mentaati perintah Allah s.w.t.


2) Untuk menjaga maruah diri, agama dan umat Islam.
3) Untuk mengelakkan fitnah, maksiat dan gejala sosial.
4) Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

You might also like