You are on page 1of 2

Kerangka Karangan - Kepentingan Pengangkutan Awam

Pendahuluan:

Kepesatan pembangunan negara kita turut menyaksikan perkembangan yang baik dalam
penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam - pelbagai langkah telah diambil oleh pihak
kerajaan untuk menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam - penggunaan
pengangkutan awam masih dipandang enteng oleh segelintir masyarakat - ramai yang masih
tidak sedar kebaikan atau manfaat yang diperoleh apabila menggunakan pengangkutan
awam

Isi-isi:

Mengurangkan kesesakan lalu lintas - para pengguna jalan raya memilih untuk
menggunakan pengangkutan awam - masalah kesesakan lalu lintas terutama sekali ketika
waktu puncak dapat diminimakan - contoh: naik bas awam, komuter atau Transit Aliran
Ringan (LRT) - bilangan kenderaan persendirian di atas jalan raya akan berkurang

Darjah ketersampaian tinggi - terdapat pelbagai pengangkutan awam - mudah untuk sampai
ke destinasi yang dituju - pengguna hanya perlu memilih satu atau beberapa jenis
pengangkutan awam yang sesuai - Contoh: Kuala Lumpur Sentral - terdapat perkhidmatan
bas, kereta api, teksi, komuter dan Transit Aliran Ringan (LRT) - memudahkan pengguna -
dari satu destinasi ke satu destinasi dengan lebih lancar

Menjimatkan masa - Komuter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorel tidak menggunakan
jalan raya - perkhidmatan ini dibina di bandar-bandar yang sesak dan kawasan tumpuan
orang ramai - kita masih dapat ke tempat-tempat tersebut tanpa menempuh dengan
kesesakan lalu lintas - tidak membuang masa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas

Mengurangkan kos - menggunakan pengangkutan awam - kos lebih murah berbanding


menggunakan kenderaan sendiri - perlu sediakan kos petrol, bayaran parkir dan bayaran tol
- pengangkutan awam hanya perlu sediakan tambang - harga tambang berpatutan -
perbelanjaan harian berjaya dikurangkan

Merancang perjalanan - setiap pengangkutan awam mempunyai jadual perjalanan dan


kekerapan perkhidmatan - mudah untuk pengguna untuk merancang perjalanan

Mengurangkan pencemaran udara - apabila kenderaan di atas jalan raya semakin


berkurangan, maka pelepasan gas karbon monoksida yang berbahaya kepada manusia turut
berkurangan - jika pengguna sepakat untuk menggunakan pengangkutan awam - dapat
mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah hijau.

Memberi kemudahan kepada pelancong asing - perkhidmatan yang efisien memberi impak
yang baik kepada sektor pelancongan - para pelancong yang datang berkunjung - mudah
bergerak dan melawat tempat-tempat menarik di negara kita

Dapat menyumbang kepada ekonomi dan pendapatan negara - apabila berjaya menarik
kedatangan pelancong asing dengan perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien,
pendapatan negara akan meningkat
Penutup:

Penggunaan pengangkutan awam - pelbagai faedah/manfaat buat rakyat dan negara.


Penggunaan pengangkutan awam ini perlu digalakkan - semua pihak perlu menggembleng
tenaga bagi memastikan prasarana yang disediakan - diselenggara dan dijaga dengan rapi -
memastikan kelangsungan penggunaannya dalam masyarakat.

http://funcrayons.blogspot.my/2014/01/kerangka-karangan-kepentingan.html

You might also like