You are on page 1of 5

ULASAN FILEM SEMERAH PADI

PENGENALAN

Menurut Mustafar A.R dan Aziz Sattar (2008), Semerah Padi (1956) merupakan
filem kedua arahan P.Ramlee. Pelakon dalam filem ini terdiri daripada Saadiah sebagai
Dara, Nordin Ahmad sebagai Teruna dan Daeng Idris sebagai Penghulu Semerah Padi
dan P.Ramlee sebagai Aduka. Filem ini menterjemahkan kelangsungan hidup
masyarakat Semerah Padi berlandaskan agama Islam yang sebenar. Filem ini
menyumbang kepada perkembangan dan keutuhan Islam dan sehingga ke hari ini
Semerah Padi dianggap naskah terhebat P.Ramlee dalam memperjuangkan nilai
agama dalam masyarakat dan banyak diperbincangkan dalam kajian dan kritikan filem
tempatan. Anuar Nor Arai (2007) menyatakan bahawa Semerah Padi sebagai filem
masyarakat Melayu yang dilihat dalam konflik sosial dan agama. Mereka meletakkan
agama sebagai tunggak penentu seluruh sistem sosial yang dianuti oleh masyarakat
Semerah Padi. Berdasarkan filem Semerah Padi, saya akan membincangkan
aspek sosial, ekonomi dan politik masyarakat Melayu yang terdapat dalam filem ini.

ASPEK SOSIAL

Dalam kebudayaan melayu, terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaitkan dengan
sudut sosial. Antaranya aspek Sosial yang akan saya bincang merangkumi seni muzik,
agama, adat masyarakt Semerah Padi seperti berikut:

SENI MUZIK YANG BERUNSURKAN MELAYU ASLI

Berdasarkan filem Semerah Padi, saya mendapati bahawa kesemua lagu dalam
filem ini bercorak Melayu asli dan turut mewarnai filem ini yang memperlihatkan
keunggulan P.Ramlee, antaranya ialah lagu Semerah Padi oleh P.Ramlee, Makan
Siren Di Semerah Padi oleh P.Ramlee, Sekapur Sireh Seulas Pinang oleh Saloma,
Putus Kasih Di Semerah Padi oleh Momo, Lenggang Kangkong Baru oleh Saloma.

Lagu-lagu dalam filem ini berdasarkan rentak tradisional, dinyanyi secara


beramai, dan sesuai untuk majlis-majlis perayaan Melayu seperti yang dinyatakan oleh
Razij Mohd (2007) bahawa filem Semerah Padi mempunyai muzik yang agak unik,
melodi dan susunan muziknya lebih kepada unsur-unsur tradisional dan bercorak
kekampungan yang kuat dengan adat. Menurut Razij Mohd juga, kebanyakan lagu-Iagu
P.Ramlee berbentuk cerita. Misalnya, lagu "Semerah Padi" memberi gambaran tentang
cerita filem Semerah Padi.

MASYARAKAT MELAYU YANG TAAT DAN SETIA DENGAN AGAMA ISLAM

Dalam filem Melayu Semerah Padi ditunjukkan hukum Islam terlaksana pada
waktu itu di sebuah negerI Melayu bernama Semerah Padi terhadap pesalah zina yang
belum berkahwinan. Penghulu yang tegas serta setia dan taat kepada Allah mengambil
keputusan menghukum dengan hukum al-Quran iaitu Aduku dan Dara yang melakukan
perbuatan zina disebat dengan rotan sebanyak 100 kali tiap-tiap seorang walaupun
Taruna meminta untuk mengurangkan sebatan. Mereka menerima apa sahaja hukuman
yang dijatuhkan menunjukkan sifat manusia yang lemah dan patuh kepada undang-
undang Islam.

Menurut Mat Rofa Ismail (2015), kaedah penghakiman yang dilaksanakan dalm
filem ini tidak sepenuhnya dilakukan di bawah syariah yang sebenar termasuk kaedah
pukulan dan syarat empat orang saksi yang adil, namun filem ini menggambarkan
budaya Islam dalam masyarakat Melayu di zaman keagungan mereka sebelum
kedatangan Portugis. Tidak dapat dinafikan, budaya orang Melayu bergantung dan
berlandaskan kepada unsur-unsur keagamaan. Oleh itu, amat jarang didapati orang
Melayu menyangkal seruan di dalam al-Quran. Menurut

Menurut Sayyid Sabiq (1996), pelaku zina yang pertama kali melakukan zina
dikenakan rotan 100 kali. Pelaku zina yang telah berulang kali melakukan zina, selain
dikenakan rotan 100 kali, juga dikenakan denda paling banyak 100 gram emas atau
penjara paling lama 12 bulan. Ketiga, setiap orang atau badan hukum yang menyedikan
fasilitas untuk perzinahan, dihukum paling banyak 100 kali sebatan atau denda paling
banyak 100 gram emas murni, atau juga penjara paling banyak 100 bulan.

MASYARAKAT MELAYU MEMATUHI ADAT


Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti dilihat dalam
amalan hidup seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuk pantang-
larang dan adat isitadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-menurun., misalnya
dalam filem ini, walaupun hati Dara tidak ingin menerima Taruna sebagai suaminya,
malah kerana adat Semerah Padi seseorang anak itu apatah lagi anak perempuan
harus menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu, Dara yang amat mematuhi adat ini dan
bertunang dengan Taruna. Menurut Norhuda Salleh (2014), adat bertunang ialah ikatan
secara rasmi untuk memberitahu masyarakat bahawa pasangan lelaki dan perempuan
akan hidup bersama sebagai suami isteri. Simbol tepak sirih dalam adat bertunang
membawa maksud ikatan janji bahawa kedua lelaki dan perempuan akan berkahwin
dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

MASYARAKAT MELAYU YANG MENGGUNAKAN BAHASA YANG SANTUN

Bahasa yang penuh santun dan alur pekerti seorang Muslim banyak didapati
dalam paparan babak-babak Semerah Padi. Misalnya dalam file mini, babak Dara dan
Taruna yang memohon lalu dengan membongkokkan badan di belakang orang yang
lebih tua menonjolkan pekerti dan akhlak terpuji Muslim. Pak, pak! Dara tumpang lalu
ya. (Sambil membongkokkan badan)

Semerah Padi juga mengangkat budaya bangsa dan agama Islam dengan
bahasa yang amat tinggi santunnya. Kesan ketinggian bahasa ini telah
menggambarkan keluhuran bangsa Melayu itu sendiri dalam memartabatkan Islam
sebagai agama rasmi penduduk Semerah Padi seperti dalam dialog-dialog filem berikut:

1. Pertunangan adalah soal perseorangan tetapi agama, bangsa dan tanahair ialah
soal bersama.

2. Mengapakah yang dilarang agama kamu lakukan.

3. Kerana nafsumu dikuasai syaitan. Perbuatan mu derhaka kepada Tuhan, derhaka


kepada tanah air, bangsa dan agama. Kita semua beragama Islam yang taat kepada
undang-undang agama.
4. Kamu taat kepada ketua mu tapi kamu lupa penduduk Semerah Padi lagi taat
kepada agama Islam.

5. Alang-alang hidup bergelumang dosa, biar mati dijilat neraka.

6. Biar busuk daging ku mamah agar kau terhindar cemar.

ASPEK EKONOMI

Latar masa filem ini adalah sebelum zaman penjajahan Portugis, maka dalam filem ini
masyarakat Melayu menjalankan kegiatan ekonomi mengikut acuan sendiri tanpa
adanya pengaruh daripada negara Barat. Amalan gotong-royong yang diamalkan dalam
masyarakat Melayu Semerah Padi telah dibincang seperti berikut: semangat bantu
membantu.

MASYARAKAT MELAYU YANG MENJALANKAN KEGIATAN EKONOMI SECARA


BERGOTONG-ROYONG

Menurut Jeannot Abdul Karim dan Khairul Anuar Rezo (2012), sejak zaman-
berzaman, keluarga Melayu tinggal di dalam komuniti yang terdiri daripada beberapa
keluarga Melayu yang lain yang membentuk sebuah kampung. Kampung merupakan
unit asas sesebuah negeri. Semangat bantu-membantu diperlukan dalam sesebuah
kampung untuk menjalankan kegiatan ekonomi seperti yang digambarkan dalam filem
Semerah Padi, orang kampung Semerah Padi telah bergotong-royong mengerjakan
sawah dan ladang. Perlakuan dan perbuatan orang-orang kampung Semerah Padi,
menggambarkan situasi sebenar kehidupan masyarakat Melayu di zaman silam.
Masyarakat Melayu di zaman silam mempraktikkan semangat bergotong-royong kerana
amalan tersebut diwarisi sejak nenek-moyong mereka.Kesan daripada berganding bahu
dalam mengusahakan bidang pertanian yakni bercucuk tanam, makanya terbit
semangat kesepaduan dan kasih-sayang sebagai hubungan kekeluargaan.
ASPEK POLITIK

Dalam filem Semerah Padi, masyarakat Melayu di Semerah Padi mengamalkan sistem
politik tradisional. Menurut Ismail Hamid. (1991), sistem politik tradisional merupakan
sistem pemerintahan yang dominan sebelum berlakunya proses pemodenan politik
yang bermula dengan kedatangan penjajah pada abad ke-18. Sistem politik tradisional
digambarkan dalam rajah di bawah:

Raja/
Sultan

Golongan
Bangsawan

Pembesar

Penghulu

Rakyat Biasa

Hamba

Sistem Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Sumber: Diadaptasi dari Sivachandralingam, Tamadun Dunia, 1999.

SISTEM SOSIAL MASYRAKAT MELAYU TRADISIONAL

Dalam filem ini, saya mendapati bahawa wujudnya jurang perbezaan antara golongan
pemerintah, aristokrat/bangsawan dan rakyat jelata/bawahan seperti yang digambarkan
dalam filem ini Sultan sebagai tonggak kedaulatan dan amat dihormati oleh rakyat.
Sesiapa yang melanggar perintah sultan dianggap menderhaka dan dipercayai akan
ditimpa tulah. Dalam filem ini, penghulu memain peranan yang penting untuk mentadbir
unit politik terkecil, iaitu kampung di Semerah Padi.

You might also like