You are on page 1of 1

ZAZA ISZARUL & CO

KUMPULAN B [LWH1B]
 Fatimah Zahirah binti Mohd Damanhuri
 Isabilla Najah binti Zaini
 Khairul Idzwan bin Kamarudzaman
 Siti Nurzafirah binti Mohd Padzil KES CURI
 Siti Safura binti Ab. Rahman

Tuan majistret, sebelum menjatuhkan hukuman kepada yang tertuduh, pihak mahkamah
perlu memberi perhatian sewajarnya terhadap segenap aspek kes ini sebelum hukuman
dijatuhkan kepada tertuduh. Pihak peguambela berpendapat bahawa hukuman yang lebih
ringan perlu dijatuhkan kepada tertuduh yang telah melakukan kesalahan mencuri buku
iaitu suatu kesalahan yang diperuntukkan dalam seksyen 378 Kanun Keseksaan. Jika sabit
kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau didenda atau kedua-
duanya sekali. Jika kesalahan tersebut adalah kesalahan ulangan, tertuduh boleh dihukum
penjara, denda serta disebat.

Tuan, tertuduh perlu dijatuhkan hukuman yang ringan kerana tertuduh merupakan
seorang anak muda yang baru berusia 22 tahun. Tertuduh merupakan seorang pelajar
tahun ketiga yang cemerlang dalam jurusan ekonomi di Universiti Malaya. Sebagai
seorang pelajar, tertuduh telah berjaya mendapat Anugerah Dekan untuk dua semester
berturut-turut. Hal ini menunjukkan bahawa tertuduh merupakan seorang yang cemerlang
prestasi akademiknya. Tidak mustahil sekiranya tertuduh mampu berjasa kepada negara
suatu hari nanti. Tambahan pula, kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan kali pertama
dan nilai buku yang dicuri hanya RM 150. Walaupun tertuduh telah melakukan satu
kesalahan, namun hukuman yang bakal dikenakan haruslah setimpal dengan kesalahan
yang dilakukan.

Tuan majisteret, latar belakang tertuduh juga perlu diambil kira sebelum hukuman
dijatuhkan kepadanya. Tertuduh merupakan anak sulung dari tujuh orang adik beradik
dan tertuduh merupakan seorang anak yatim. Tertuduh berasal dari keluarga miskin dan
bagi menampung kos pembelajaran tertuduh dan adik-adiknya, tertuduh membantu
ibunya menjual nasi lemak dan pisang goreng pada waktu terluang. Hal ini menjukkan
bahawa tertuduh merupakan harapan kepada keluarganya dan hukuman yang berat akan
memberi kesan yang lebih negatif kepada keluarga tertuduh.

Berdasarkan sebab-sebab yang telah dinyatakan di atas, saya selaku peguambela tertuduh
dengan ini merayu kepada mahkamah yang mulia agar menjatuhkan hukuman yang
paling ringan kepada tertuduh. Pihak mahkamah perlu meneliti setiap aspek sebelum
menjatuhkan hukuman terhadap anak guam saya. Hal ini adalah supaya hukuman yang
bakal dijatuhkan tidak akan menyebabkan prejudis berlaku kepada tertuduh.

You might also like