You are on page 1of 10

Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017

1.0 PENDAHULUAN
Perkhemahan unit beruniform Program Pendidikan Khas Integrasi SK Bandar
Baru Sri Damansara adalah satu aktiviti tahunan yang melibatkan murid murid
Pendidikan Khas yang mengikuti Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak.

2.0 MATLAMAT
2.1 Menanam semangat kecekalan hati, meningkatkan keyakinan diri, berdisiplin,
membina kecergasan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran untuk
melahirkan generasi yang berwibawa.
2.2 Memupuk kesedaran cintakan alam sekitar dan cakna dengan kehidupan
sekeliling.
2.3 Melatih dan membimbing semangat setia kawan dan bekerja secara
berkumpulan bagi melahirkan komuniti yang saling bertanggungjawab antara
satu sama lain
2.4 Mengukuhkan nilai keperibadian dan jati diri dalam rangka membentuk asas
penghidupan di samping memupuk sikap hormat-menghormati dan
bertanggungjawab.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memupuk semangat setiakawan dan berkerjasama.
3.2 Mewujudkan hubungan yang harmoni dan mesra di antara guru-guru, murid-
murid dan ahli pasukan.
3.3 Melahirkan insan yang cekap dan bersedia memberi perkhidmatan pada setiap
masa.
3.4 Pendedahan ikhtiar hidup.
3.5 Meningkatkan kesihatan, kecergasan rohani dan jasmani.

4.0 SASARAN
4.1 Diwajibkan kepada semua ahli-ahli Unit Beruniform murid Pendidikan Khas
yang boleh menguruskan diri sendiri iaitu seramai 19 orang (Lampiran B)
4.2 Guru-guru penasihat Unit Beruniform Pengakap Pendidikan Khas.

1
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017

5.0 HARI, TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh : 19 Julai 2017
Hari : Rabu
Tempat : Kawasan bangunan Pendidikan Khas
Masa : 8.00 pagi 4.00 petang

6.0 TENTATIF PROGRAM

BIL PERKARA MASA


1. Pendaftaran peserta 7.40 pagi
2. Taklimat perkhemahan 8.00 pagi
3. Aktiviti 1 : Senaman pagi/permainan pengakap 8.10 pagi
4. Minum pagi 9.10 pagi
5. Aktiviti 2 : Praktikal mendirikan Khemah 9.20 pagi
6. Rehat 10.30 pagi
7 Aktiviti 3 : Latihan Kawat Kaki 11.00 pagi
8 Aktiviti 4 : Persedian & memasak Rimba 12.00tghri
9 Pengurusan diri/solat zohor berjemaah 1.30 ptg
10 Aktiviti 5 : Ujian Lencana Keahlian (Lampiran 2.30 ptg
A)
11 Membersihkan kawasan dan mengemas alatan 3.30 ptg
perkhemahan
12 Penyampaian Lencana Keahlian dan sijil 3.45 ptg
penyertaan
13 Peserta bersurai 4.00 ptg

7.0 JAWATANKUASA PERKHEMAHAN PPKI 2017

Pengerusi : En Ooi Ban Aik (Guru Besar)


Naib Pengerusi I : Pn Nik Zubaidah Binti Nik Mat (PK Kokurikulum)

2
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017

Naib Pengerusi II : Pn Zuraidah Binti Mohamad Zubit (PK Kurikulum )


Naib Pengerusi III : Pn Surina Binti Suara (Penyelaras PPKI)
Setiausaha : En Ahmad Khusairi Bin Ahmad Anwar
Bendahari : Pn Ruzilawati Binti Mohd Taib
Kem Komandan : En Ahmad Khusairi Bin Ahmad Anwar
AJK Pendaftaran : Pn Nur Hazatul Shema Binti Ahmad
AJK Makanan dan Minuman : Pn Ziyanna Binti Sabarom
AJK Sijil Dan Hadiah : Pn Idazura Binti Mohd Shahari

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan :
Yuran pendaftaran RM 15.00

JUMLAH PENDAPATAN : RM 285.00


15.00 x 19 orang

Perbelanjaan :
Makanan murid (8.00 x 19) RM 152.00
Bahan Iktiar Hidup RM 38.00
Hadiah RM 95.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM 285.00

9.0 PENUTUP

Semoga dengan terlaksananya program ini, ianya dapat memberi ruang kepada
para pelajar pendidikan khas untuk merasai dan mengalami sendiri pengalaman

3
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017

berkhemah bersama rakan-rakan sebaya sambil mempelajari sesuatu yang baru dan
mengaplikasikan apa yang diajar oleh guru-guru di sekolah dalam keadaan yang sebenar.
Segala bentuk bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi menjayakan program
ini amat-amat diperlukan agar program ini dapat dijayakan dengan lancar, sempurna dan
mencapai matlamat yang diharapkan.

10.0 ULASAN KETUA JABATAN

4
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

................. ..
EN AHMAD KHUSAIRI BIN PN NIK ZUBAIDAH BINTI NIK EN OOI BAN AIK
AHMAD ANWAR MAT Guru Besar,
Setiausaha Kokurikulum PPKI, Penolong Kanan SK Bandar Baru Sri
SK Bandar Baru Sri Damansara. Kokurikulum, Damansara.
SK Bandar Baru Sri
Damansara.

LAMPIRAN A

UJIAN LENCANA KEAHLIAN

Lencana Keahlian dianugerahkan kepada ahli yang lulus untuk menjadi ahli yang sah
dalam Pergerakan Pengakap. Sebelum dilantik menjadi ahli dan mendapat Lencana

5
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017

Keahlian, seorang ahli akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut untuk memberi
pengetahuan asas yang mudah serta pengalaman berpengakap.

KESETIAAN
01. Menyanyi & cara menghormati semasa menyanyi Lagu Kebangsaan.
02. Mengenal Bendera Malaysia /Negeri.
03. Lambang Pengakap Dunia.
04. Cogankata Pengakap Kanak-Kanak.
05. Pengertian Rukunegara
06. Mengetahui nama Pembesar Negara.
07. Persetiaan & Undang-Undang Pengakap.
08. Mengenali:-- Kuasa Penganjur (Guru Besar)- Pemimpin & Penolong Pemimpin sekolah
sendiri.
09. Sejarah ringkas perkembangan Pengakap di sekolah sendiri.
10. Agama yang dianuti di Malaysia.Tempat ibadat di kawasan sendiri.
11. Nilai beragama mengikut agama sendiri.

KESIHATAN & KESELAMATAN


01. Kepengingan kesihatan & kebersihan diri sendiri.- membersih gigi / sebab kerosakan gigi /
merawat kerosakan gigi / mengerat kuku / memelihara rambut, tangan, kaki / sistem pernafasan.
02. Cara membersih bilik mandi & tandas.
03. Cara pelupusan sampah
04. Kebersihan air minuman
05. Pencegahan keracunan makanan.
06. Pentingnya memakai kasut & selipar.
07. Cara menjaga kasut.
08. Mengenali jenis penyakit kulit yang berjangkit.
09. Bahaya bermain alat tajam seperti pisau/ pisau mata cukur .
10. Bahaya bermain bahan letupan seperti mercun,meriam buluh,bunga api dll.
11. Cara mendapat bantuan untuk hal-hal kecemasan.
12. Alamat dan Nombor telefon :- Balai Polis / Balai Bomba / Hospital / Doktor / tempat bekerja
ibu bapa /keluarga / rakan sebaya yang tinggal berdekatan.
13. Peraturan jalanraya.

6
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017

14. Cara melintas jalanraya.


15. Keselamatan di stesen bas / lampu isyarat / berjalan di jejantas & terowong dan lain-lain
lintasan.
16. Kemalangan jalanraya yang membabitkan penunggang basikal.
17. Mengenal isi peti pertolongan cemas.

KECEKAPAN
01. Latihan asas perbarisan.
02. Kemhiran asas dalam permainan berpasukan seperti bolasepak /bolajaring dll.
03. Cara meraut kayu dengan pisau lipat.
04. Cara mengasah pisau lipat , menyapu minyak, menyimpan pisau.(Pengakap kanak-kanak
hanya dibenarkan menggunakan pisau lipatdengan kebenaran Pemimpin.)
05. Mengetahui kedudukan tempat-tempat penting di Daerah sendiri.
06. Cara memakai & menjaga pakaian seragam Pengakap.
07. Cara memasang lencana.
08. Mengetahui isyarat sulit Pengakap.
09. Cara mengikat tali kasut.
10. Tahu mengikat simpulan "BUKU SILA"

LAMPIRAN B
Senarai Nama Murid Pendidikan Khas Integrasi Skbbsd 2017

7
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017

NO KAD
BIL PENGENALAN NAMA PELAJAR NO KAD OKU

1 071211140838 NUR SALBRINA BINTI MUHD FUAD LD10011500009

2 041112070857 JEFRIXANE BIN MOHD KHALIB LD10011500005

3 051212100151 EISMA HAZIM BIN EFFENDY LD14001200051

4 040807101109 LIM ZHENG XIN LD068573

5 060111100309 MUHAMAD AMMAR HAZIQ BIN MOHD SUHOR LD10021300002

6 041120060077 MUHAMMAD AFIQ ZHARFAN BIN NOOR AZMAN LD04031200160

7 070414060569 MUHAMMAD BIN HASBULLAH MD10011300004

8 040825101399 MUHAMMAD HAMIZAN BIN ABDULLAH LD10011200326

9 061011100330 AIREEN SYAKILA BINTI JAMALUDDIN LD063887

10 081104101963 AIMAN MUHAIMIN BIN MOHD HIFZAN LD10011100015

11 041118100033 MOHAMAD HAIKAL BIN MOHD RIDZUAN LD10021300055

12 040217140757 ERFAN HARITH BIN EFFENDY LD 14001200047


MOHAMMAD NAZLI MUQRI BIN MOHAMMAD
13 070523101761 NAZROL LD10011200436

14 080219140415 MUHAMMAD IRFAN HIJAZI BIN NOORAZMI LD14001400046

15 030322100520 NUR AINA HUMAIRA LD10021400025

16 050114141182 NUR SHAHIRAH SHAFIQAH BINTI SHAHBODIN LD10011300001

LAMPIRAN C
PERATURAN PERKHEMAHAN

8
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017

A. ARAHAN UMUM
Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan
dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang
perkhemahan.
Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan /
Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada
keperluan semasa perkhemahan.
Semua peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja
mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan.
Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya
kecuali mendapat kebenaran. Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi
dalam kumpulan masing-masing dan dilarang bertukar kumpulan melainkan
dengan kebenaran ataupun arahan dari pihak urusetia.

B. BAHASA PANGGILAN SEMASA PERKHEMAHAN


URUSETIA DAN JURULATIH Tuan / Puan
PESERTA Saudara / Saudari

C. KESELAMATAN
Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak.
Jika berlaku kecemasan, wisel akan dibunyikan panjang
secara berterusan serta diikuti dengan arahan / arah pergerakan

D. AMARAN DAN TINDAKAN TATATERTIB


Semua jenis senjata, termasuk pisau dan parang adalah ditegah disimpan dalam
khemah peserta.
Semua bentuk perbuatan sumbang atau menjolok mata ditegah.
Kawasan perkhemahan Puteri adalah larangan bagi peserta Putera dan
sebaliknya.

9
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017

Tindakan Tatatertib akan dikenakan jika terdapat peserta yang ditangkap atau
didapati melanggar amaran di atas sama ada disengajakan ataupun tidak
disengajakan.
Lain-lain perkara berlaku yang tidak tercatat yang difikirkan perlu.

E. KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA


Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang
telah ditetapkan.
Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan.
Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum dua orang.
Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan perkhemahan.

F. PERATURAN KEBERSIHAN :
Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa bersih dan teratur
dibenarkan makan atau minum di dalam khemah
Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Keceriaan
Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan
perkhemahan atau sekitarnya
Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan teratur
sebelum solat bermula
Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik
Bagi murid perempuan sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum
dibuang ditempat yang sepatutnya.

10

You might also like