You are on page 1of 28

BAB SATU

1
1.0 PENDAHULUAN

Dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk
beriman dan taat kepada Allah S.W.T. sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan akhlak Islam.
Kata dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti
panggilan, seruan atau ajakan.

Di dalam al-Quran, Allah S.W.T. telah merakamkan pelbagai kegiatan dakwah yang
dipelopori oleh nabi-nabi serta rasul. Apa yang disampaikan oleh Allah S.W.T. melalui
ayatnya ialah tentang tanggungjawab, gerak kerja dan strategi dakwah para utusan-Nya ke
atas umat manusia menjadi pengajaran dan ambilan yang baik untuk pendakwah-pendakwah
masa kini untuk menghadapi pelbagai situasi dan perangai umat masa kini.

Kertas kerja ringkas ini mengambil beberapa contoh gerakan dakwah serta strategi
yang dilakukan oleh nabi Allah Nuh A.S. sepertimana yang diceritakan oleh Allah S.W.T. di
dalam al-Quran Surah Nuh. Kertas kerja ringkas ini akan mengenal pasti, menyusun kaedah
Nabi Nuh A.S. seterusnya menganalisa kaedah-kaedah tersebut untuk dijadikan panduan bagi
pendakwah masa kini dalam menghadapi pelbagai situasi manusia.

1.1 LATAR BELAKANG NABI NUH

Nabi Nuh A.S menerima dakwah dari Allah S.W.T. dalam masa fatrah, iaitu masa
kekosongan di antara dua rasul. Pada masa ini, biasanya manusia secara beransur-ansur
melupakan ajaran agama dan kembali melakukan perbuatan syirik, meninggalkan amal
ibadah serta melakukan kemungkaran. Sehingga ketika Nabi Nuh A.S. datang di tengah-
tengah mereka, kaumnya sedang menyembah berhala yang diberikan dengan pelbagai nama
silih berganti menurut kehendak mereka. Berhala-berhala tersebut disembah sebagai Tuhan
yang membawa kebaikan dan menolak segala kesengsaraan.

Nama asal Nabi Nuh A.S. ialah Nuh bin Lamik bin Matwasyalah bin Khanukh (Idris)
bin Yarad bin Mahlayil bin Qanin bin Anwasy bin Syits bin Adam A.S. Nabi Nuh A.S. ialah
Nabi pertama yang berhadapan dengan kaum yang menyembah berhala. Selain itu juga, Nabi

2
Nuh A.S. ialah manusia pertama yang mencipta bahtera dan Nabi Nuh A.S. telah berdakwah
selama 950 Tahun.

Menurut Ibn Kathir dalam kitab Bidayah wa al Nihayah para ulama berpeza pendapat
mengenai tahun kelahiran Nabi Nuh A.S. Ibn Jarir pula berpendapat Nabi Nuh A.S. lahir
setelah lebih kurang seratus dua puluh enam tahun kewafatan Nabi Adam A.S. Manakala Ibn
Hibban menyatakan bahawa Nabi Nuh A.S. lahir setelah seratus empat puluh enam tahun
kewafatan Nabi Adam A.S. Ibnu Kathir berpendapat bahwa Nabi Nuh A.S. ialah generasi
yang kesembilan dari anak cucu Adam A.S., sebagaimana yang telah beliau nyatakan dalam
kitabnya. yaitu, Nabi Nuh a.s anak Lamik anak Mutawasylih anak Idris anak Yurdi anak
Mahlayil anak Qainan anak Anusy anak Syits anak Adam a.s baginda juga adalah nabi yang
paling banyak umurnya menurut imam Nawawi.

Antara kelebihan yang dianugerahkan Allah S.W.T. kepada Nabi Nuh A.S. adalah
beliau seorang cerdas, petah berbicara. Beliau juga seorang nabi yang mempunyai tahap
kesabaran yang amat tinggi. Oleh yang demikian beliau dianggkat oleh Allah S.W.T. sebagai
salah seorang rasul yang mendapat gelaran ulul azm. Baginda dipuji oleh Allah S.W.T.
sebagai seorang hamba yang selalu bersyukur.

Nuh A.S. merupakan keturunan ke-9 Nabi Adam A.S. Kaum Nuh yang ada saat itu
sudah sangat jauh menyimpang dari jalan Allah S.W.T. Mereka mendustakan nikmat yang
selalu dilimpahkan Allah S.W.T. kepada mereka. Kaum Nuh menyembah patung-patung
yang mereka anggap sebagai tuhan. Mereka meniru bapak-bapak mereka terdahulu dan
menganggap perbuatan itu pasti benar.

Syaitan dan Iblis berhasil membuat kaum Nuh menjadi sangat jauh kesesatannya
dalam ketaatan kepada Allah S.W.T. Mereka masih mengamalkan amalan khurafat seperti
mengimani dan menyembah berhala dan tidak kepada Allah S.W.T. Dan syaitan merasa
senang ada yang menemaninya menjadi penghuni neraka Jahanam. Nuh A.S. yang terbebas
dari segala bentuk kesyirikan kaumnya, melepaskan diri dari penyembahan kepada patung-
patung buatan tersebut.

3
Allah S.W.T. kemudian mengangkat Nuh A.S. menjadi pembawa risalah kenabian.
Nabi Nuh A.S. mendapatkan beberapa petunjuk dan Allah agar membersihkan keimanan
kaumnya untuk menyembah hanya kepada Allah S.W.T.

Pada masa itu, setiap manusia memiliki usia yang panjang. Nuh diangkat oleh Allah
S.W.T. menjadi nabi dan rasul pada usia 480 tahun. Sepanjang usianya tersebut, Nabi Nuh
A.S. berdakwah dan menyeru tiada kenal lelah. Tidak hanya kepada orang-orang di
sekitarnya tapi yang utama kepada anggota keluarganya sendiri. Istri Nabi Nuh A.S. dan
seorang anaknya yang bernama Kanan, terpengaruh keadaan dan ikut-ikutan pula durhaka
kepada Allah S.W.T.

1.2 PENGENALAN SURAH NUH DAN KANDUNGANNYA SECARA RINGKAS

Surah Nuh merupakan merupakan surah yang ke 71 menurut susunan di dalam mushaf
uthmani. Surah ini di kategorikan sebagai surah makkiyah iaitu suatu surah yang diturunkan
oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. sebelum baginda diperintahkan hijrah ke
Mekah.1 Surah ini mengandungi 27 ayat. Kandungan surah ini tertumpu kepada ajakan
mentauhidkan Allah S.W.T., mengajak manusia beribadat hanya kepada Allah S.W.T. selain
itu surah ini juga menceritakan tentang azab dan balasan syurga.

Surah ini dimulakan dengan pengkhabaran dari Allah S.W.T. bahawa Nabi Nuh A.S.
diutuskan kepada kaumnya untuk membawa manusia mengesakan-Nya. Nabi Nuh A.S.
memulakan dakwah baginda dengan mengajak manusia kembali kepada Allah S.W.T. dan
menyembah-Nya. Dengan ibadat yang ikhlas, pasti Allah S.W.T. menganugerahkan kepada
mereka keampunan dari segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Seterusnya Allah
S.W.T. merakamkan mengenai perjalanan dakwah Nabi Nuh A.S. secara terang-terangan dan
secara sembunyi termasuk segala kepayahan yang baginda hadapi apabila berdepan dengan
kaumnya. Antara lain, kandungan surah ini membawa pembaca mengenai cara Nabi Nuh
A.S. menarik perhatian kaumnya dengan memberi dalil atau bukti yang nyata tentang keesaan
Allah S.W.T. dalam mencipta alam termasuk kejadian manusia.

4
Di pertengahan surah, Nabi Nuh A.S. mengadu kepada Allah S.W.T. perihal kaumnya
yang masih berdegil untuk menerima seruan tauhid meskipun baginda telah komited dan
memberi sepenuh jiwa raga dalam dakwah baginda selama 950 tahun ditambah lagi dengan
mengemukakan bukti yang nyata mengenai kekuasaan Allah S.W.T. terhadap sekalian
mahkluk. Di akhir surah ini, Nabi Nuh A.S. memohon kepada Allah S.W.T. agar dihapuskan
kaum yang degil dari muka bumi Allah S.W.T. agar mereka tidak menyesatkan orang lain
dan agar mereka tidak melahirkan mahkluk yang menjadi perosak di bumi-Nya. Allah S.W.T.
menutup surah ini dengan doa nabi Nuh a.s yang memohon keampunan untuk diri baginda
sendiri diikuti dengan keampunan untuk ibu bapa baginda serta kaum muslimin dan
muslimat. Sekali lagi baginda mengulangi doa supaya orang-orang zalim ditambah
kebinasaan ke atas mereka.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Untuk mengetahui cabaran dan peristiwa Nabi Nuh A.S.

1.3.2 Mengenal pasti Manhaj Nabi Nuh A.S.

1.3.3 Mengenal pasti kesan Dakwah Nabi Nuh A.S.

1.4 CABARAN DAN PERISTIWA NABI NUH

Dakwah Nabi Nuh A.S. merupakan satu kisah unik sehingga Allah S.W.T. menguji baginda
untuk menguruskan anaknya yang tidak mahu beriman kepada Allah S.W.T. Kisah Nabi Nuh
A.S. banyak disebutkan di dalam ayat al-Quran pada beberapa surah. Dalam Surah Al-Araf
ayat 59, Allah berfirman yang bermaksud, Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi
Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah,
(sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang,
kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat).

5
Allah S.W.T. mengutuskan kehadiran Nabi Nuh A.S. sebagai penyelamat agar kaum
dan pengikutnya untuk beriman tetapi mereka tidak memperdulikannya. Ini dijelaskan lagi
Allah S.W.T. dalam firman-Nya, Ketua-ketua dari kaumnya berkata: Sesungguhnya kami
nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata. (Surah Al-Araf ayat 60).
Lalu, Nabi Nuh A.S. yang ditugaskan Allah S.W.T. untuk menjadi daie kepada kaumnya
itu tidak pernah mengalah malah menyandarkan bahawa baginda adalah utusan daripada
Yang Maha Esa.

Firman Allah S.W.T., Nabi Nuh menjawab: Wahai KaumKu! Tidak ada padaku
sebarang kesesatan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam. (Surah Al-
Araf ayat 61). Imam Bukhari meriwayatkan daripada hadith Juraij bin Atho dari Ibnu Abbas
r.a. ketika mentafsirkan firman Allah S.W.T. di dalam Surah Nuh ayat 23, memperihalkan
berkenaan sebab kaum Nabi Nuh A.S. yang sesat itu.

Firman Allah S.W.T., Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata:


`Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan)
Wadd, dan Suwaa, dan Yaghuth, dan Yauuq, serta Nasr. Wadd, Suwaa, Yaghuth,
Yauuq, dan Nasr merupakan orang soleh dari kaum Nabi Nuh A.S. Sewaktu mereka wafat,
syaitan telah membisikkan kepada kaumnya untuk membuat patung mereka di kawasan
tempat mereka duduk, lalu setiap patung diberi nama dengan nama mereka.

Ibnu Jarir At-Thabari dalam tafsirnya menyebutkan bahawa nama-nama di atas itu
adalah orang soleh yang hidup pada masa di antara Nabi Adam A.S. dan Nabi Nuh A.S.
Mereka memiliki ramai pengikut yang selalu mengikut jejak langkah mereka. Namun,
apabila mereka meninggal dunia, para pengikutnya menyatakan bahawa, Seandainya kita
buatkan patung mereka, tentu akan membuatkan kita akan mengingati mereka dan
mendorong kita untuk rajin beribadah. Lalu perkara itu dilaksanakan.

6
Namun, apabila para pengikutnya telah meninggal dunia, Iblis telah membisikkan
generasi berikutnya dengan berkata, Sungguh mereka menyembahnya dan meminta hujan
dengan perantara patung-patung ini. Akhirnya patung-patung itu disembah oleh mereka.
Daripada peristiwa inilah, wujudnya kerosakan yang amat dahsyat terhadap kaum Nabi Nuh
A.S. dengan penyembahan patung-patung itu (berhala) di atas muka bumi ini. Lalu, Allah
S.W.T. telah mengutuskan Nabi Nuh A.S. untuk menyeru kaumnya agar beribadah hanya
kepada Allah S.W.T. dan tidak menyekutukan-Nya serta melarang penghambaan selain
kepada-Nya.

Kemudian, selepas diutus seorang rasul, Nabi Nuh A.S. menjalankan dakwah kepada
kaumnya untuk beribadah semata-mata kepada Allah. Dia melarang kaumnya itu untuk
menyembah berhala, patung atau berbagai bentuk taghut. Allah S.W.T. berfirman di dalam
al-Quran pada Surah An-Nahl ayat 36 yang bermaksud, Dan sesungguhnya Kami telah
mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya
menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di
antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh
Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi,
kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-
rasulnya.

Usaha Nabi Nuh A.S. untuk berdakwah kepada kaumnya tidak membatasi waktu di
antara siang dan malam. Seruan Nabi Nuh A.S. ini menunjukkan betapa cekal dan kuatnya
baginda untuk meninggalkan urusan dunia untuk mentadbir kaumnya itu. Nabi Nuh A.S.
berkata seperti yang diceritakan di dalam al-Quran dalam Surah Nuh ayat 5 yang bermaksud,
(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh A.S. berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku,
sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman).

Kata Nabi Nuh A.S. lagi, Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu
faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran). (Surah
Nuh ayat 6). Kemudian Nabi Nuh A.S. berkata, Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali
menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka

7
menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya,
serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.
(Surah Nuh ayat 7)

Begitulah Allah S.W.T. memperihalkan kisah Nabi Nuh A.S. berusaha menjalankan
amanah untuk menyeru kebaikan kepada kaumnya itu. Proses pendidikan dan pentarbiahan
bukanlah satu tempoh yang singkat kerana usaha yang berterusan akan memberikan natijah
yang luar biasa.

8
BAB DUA

9
2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 DAKWAH

Dakwah (Arab: , da'wah; "ajakan") adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan
memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah sesuai dengan garis aqidah, syari'at
dan akhlak Islam. Kata dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u
yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.

Dakwah berasal daripada perkataan Arab dari segi bahasanya membawa maksud
meminta tolong, beribadah, menyeru, menjemput, mengajak, memanggil atau meraung (Abd.
Aziz Mohd Zin, 1991). Ianya juga membawa maksud memanggil, mengajak, menyeru dan
menjemput pada sesuatu untuk merangsang kepada sesuatu tujuan (Ghazali Darusalam,
1996).

Menurut Kamus Dewan, pengertian dakwah dapat dibahagikan kepada dua pengertian
iaitu penyebaran agama yang lazimnya dimaksudkan dengan agama Islam dan mengikut
bahasa percakapan ia membawa erti mematuhi ajaran agama islam dengan lebih sempurna.
Menurut Yusof Qaradawi pula, dakwah ialah satu usaha untuk membawa orang lain kepada
agama Allah S.W.T., mengikut segala suruhan-Nya, melaksanakan ketetapan Allah S.W.T.
dan melepaskan diri daripada segala ajaran taghut.

2.2 NABI

Pengertian nabi dari sudut Bahasa :

Orang-orang Arab pada kebiasaannya menggunakan perkataan nabi dj dalam dua bentuk
seperti berikut:

Pertama : Perkataan nabi yang berakhir dengan huruf hamzah.


Kedua : Perkataan nabi yang berakhir tanpa huruf hamzah.

10
Perbezaan pendapat di kaiangan ahli bahasa dan ulama Islam mengenai perkataan
tersebut adalah berpunca daripada kedua-dua bentuk tadi. Berhubung dengan persoalan ini,
Ibn Durayd berpendapat perkataan nabi yang dimasukkan huruf hamzah di akhir adalah
berasal daripada perkataan al-naba' yang membawa pengertian khabar atau berita.

Menurut Ibn Manzur yang turut berpendapat demikian berdasarkan dalil yang dipetik
daripada al-Qur'an: "Tentang apakah mereka saling tertanya-tanya? Tentang berita (al-
naba") yang besar." Dalil kedua: "Siapakah yang memberitahukan (anba'a) hal ini
kepadamu? Nabi menjawab: Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenai
telah memberitahukan (nabba'a) kepadaku. Dalil ini menunjukkan bahawa seseorang itu
dikenali sebagai nabi kerana dia menyampaikan berita yang diberitahu oleh Allah S.W.T.
kepadanya. Dalil ketiga yang menunjukkan kepada pengertian tersebut dapat dilihat dalam
ayat berikut: "Khabarkanlah {nabbi') kepada hamba-hamba-Ku bahawa sesungguhnya Aku-
lah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dalil terakhir yang dikemukakan
oleh Ibn Manzur adalah menerusi ayat: "Dan khabarkanlah (nabi') kepada mereka tentang
tetamu Ibrahim.

Perkataan nabi yang tidak berakhir dengan huruf hamzah pula berasal daripada
perkataan al-nabwah atau al-nabawah yang memberi erti ketinggian daripada sekalian isi
bumi.8 Ibn Durayd sebaliknya mengatakan perkataan tersebut berasal daripada al-nubuwwah
dengan pengertian yang sama. Al-Raghib menjelaskan pengertian al-nubuwwah di sini
merujuk kepada para nabi yang menjadi orang perantara di antara Allah S.W.T. dengan
orang-orang yang berakal daripada kalangan hamba-Nya dengan tujuan untuk mengenepikan
alasan mereka di dalam segala urusan yang melibatkan kehidupan dunia dan akhirat.

Terdapat sebahagian ulama mengatakan perkataan al-nubuwwah adalah asas kepada


perkataan nabi berdasarkan kepada kemuliaan kedudukan dan martabat mereka jika
dibandingkan dengan parahamba Allah S.W.T. yang lain. Pengertian mereka tersebut adalah
berpandukan dalil al-Qur'an: "Dan Kami telah mengangkatnya kepada martabat yang tinggi."
Justeru itu, perkataan nabi boleh dimaksudkan seorang yang mempunyai kedudukan yang
tinggi dan mulia di sisi Allah S.W.T.

11
BAB TIGA

12
3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 METODOLOGI DAKWAH DALAM ISLAM

Allah S.W.T. dengan yang kaya dengan sifat pemurah dan penyanyang tidak meredhai
kerosakan penyelewengan akidah, kerosakan akhlak dan hilang kerharmonian di muka bumi.
Maka Allah S.W.T. mengutus seorang rasul untuk membetulkan keadaan yang telah rosak itu
seterusnya membawa manusia kembali kepada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya:

Sebagaimana (Kami Telah menyempurnakan nikmat kami kepadamu) kami Telah mengutus
kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat kami kepada kamu dan
mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan
kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

Menurut Dr. Wahbah Zuhaili dalam tafsir beliau Tafsir al-Munir, Nabi Allah Nuh
A.S. telah memulakan dakwah beliau dengan cara sembunyi-sembunyi setiap siang dan
malam tanpa henti tetapi tidak mendapat sambutan malah orang yang diseru itu lari dari
baginda. Kemudian Nabi Nuh A.S. ke peringkat seterusnya iaitu dakwah secara terang-
terangan tetapi masih lagi tidak mendapat sambutan dan tidak memberi kesan kepada hati
kaumnya.

13
Kemudian baginda ke peringkat seterusnya iaitu menggabungkan kedua-dua cara
beliau tadi. Ini berdasarkan apa yang difirmankan oleh Allah S.W.T. dalam ayat 5-9 surah
Nuh:

Maksudnya : (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: Wahai
Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka
beriman); Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada
menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran. Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali
menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka
menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya,
serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.
Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang. Selain dari itu, aku (berulang-
ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka
lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.

Ketika menjalankan kerja-kerja dakwah penulis mendapati Nabi Nuh A.S. telah
menggunakan beberapa teknik dakwah. Antara metode atau teknik yang digunakan Nabi Nuh
A.S. adalah seperti yang di perincikan di bawah ini:

Abd. Aziz (1991) menjelaskan bahawa kaedah dakwah bermaksud cara atau kaedah
penyampaian islam kepada sasaran. Dakwah seharusnya mengikut kaedah tertentu kerana
tanpanya, dakwah tidak akan memberi sebarang kesan. Manakala Abd. Karim Zaidan (2002),

14
berpendapat dakwah adalah perkara yang berhubung dengan penyampaian Islam dan
menghilangkan halangan-halangan dalam penyampaian dakwah. Oleh itu pendekatan dakwah
haruslah diambil kira untuk membolehkan sasaran menerima sesuatu dakwh dengan
kefahaman yang jelas dan penuh kesedaran tanpa wujud perbezaan, tekanan dan rasa tertipu.

Kaedah dakwah yang perlu dilakukan oleh pendakwah adalah dengan cara berhikmah,
nasihat yang baik dan perbincangan. Ketiga-tiga perkara tersebut merupakan asas utama
kepada metodologi dakwah Islamiyah.

1) Dakwah dengan hikmah (Bi al-hikmah)

Perkataan hikmah dari segi bahasa ada lapan erti iaitu keadilan, tahan marah,
kenabian (benar, amanah, tabligh), tidak memperlihatkan kejahilan, perkataan yang
tepat dan hak ( kebenaran ), meletakkan sesuatu pada tempatnya, sesuatu yang
mencegah kerosakan, dan pengetahuan yang terbaik yang didapati dari ilmu yang
terbaik. Dari segi tafsir ada dua iaitu:
a. Al-Quran al-Karim
b. Dalil yang kuat yang boleh menerangkan kebenaran dan menghilangkan
keraguan.

Kesimpulan dari erti-erti hikmah diatas, maka hikmah itu boleh dikatakan
mengandungi tiga kategori:

1. Hikmah sifat pendakwah :


Keadilan
Tahan marah
Kenabian (benar, amanah, tabligh)
Tidak memperlihatkan kejahilan
Meletakkan sesuatu pada tempatnya
Sesuatu yang mencegah kerosakan

15
2. Hikmah isi kandungan dakwah :
Al-Quran
Perkataan yang tepat dengan kebenaran
Sesuatu yang mencegah kerosakan
Dalil yang kuat dan terang yang boleh menerangkan kebenaran dan
menghilangkan keraguan.

3. Hikmah alat dan strategi dakwah :


Sesuatu yang boleh mencegah kerosakan
Sesuatu yang diletak dan digunakan betul-betul sesuai dengan tempat
dan masa.

2) Nasihat Yang Baik (Al-Mauizah al-Hasanah)

Nasihat yang baik atau dalam bahasa Arab al-Mawizah al-hasanah. Berasal dari kata
dasar waaz. Al-Wazuww ertinya memberi nasihat dan pengertian terhadap akibat
yang baik. Dikatakan orang yang bahagia ialah orang yang mengambil nasihat
daripada orang lain manakala orang yang malang ialah sesiapa yang orang lain
mengambil nasihat darinya.

Nasihat yang baik boleh menjadi pemangkin dalam usaha dakwah. Walaupon
nasihat yang baik lebih senang untuk difahami pengertiannya kerana selalu dilakukan
oleh orang ramai, namun ia juga mengandungi berbagai-bagai bentuk dan keadaan.
Pada asasnya, manusia tidak suka dinasihati kerana dia akan dianggap lemah. Oleh
yang demikian, nasihat untuk tujuan dakwah hendaklah dlakukan dengan cara yang
baik supaya sasaran dapat menerima dan memahami adanya kejujuran penasihat, dia
sendiri yang memerlukan nasihat dan akan mengalami kerugian jika menolaknya.

16
Nasihat yang baik bererti kata-kata yang dilakukan secara halus, lembut dan
tenang sehingga boleh menyejukkan kepanasan dan jauh sekali daripada
menyinggung dan terpancar dari hati yang ikhlas. Nasihat seperti ini memerlukan
kefahaman orang yang dinasihati bahawa tujuan daripada nasihat tersebut ialah untuk
kebaikan dan semata-mata menjaga kepentingan sasaran untuk masa depan di dunia
dan akhirat. Syed Qutb menyatakan mawizah al-hasanah ialah cara masuk ke
dalam hati dengan lemah lembut, menyelami perasaan secara halus, bukan dengan
mengherdik, tidak mencela dalam perkara-perkara yang tidak wajib dicela.

3) Perbincangan (Jadal)

Jadal (debat) dari sudut bahasa membawa erti perseteruan dan permusuhan yang kuat.
Diambil daripada perkataan al-jadl yang bererti tali yang tersimpul kuat. Mujadalah
adalah nama bagi perbuatan jadal. Dalam ilmi pendebatan, jadal ialah perdebatan
bukan dengan tujuan menzahirkan kebenaran bahkan untuk mengalahkan pihak
lawan.

Perdebatan (mujadalah) berbeza dengan dialog (muhawarah), kerana diakog


adalah bertukar pendapat antara kedua-dua belah pihak, berpindah dari pihak yang
pertaman dan kembali kepada pihak yang pertamadan begitulah seterusnya tanpa ada
tanda-tanda yang menunjukkan kedua-dua belah pihak itu ada permusuhan
perbincangan yang bersemuka dan bertentang mata adalah satu kaedah yang berkesan
dala menyampaikan dakwah. Melalui cara ini masing-masing akan berusaha
mengeluarkan hujah untuk mempertahankan pihak masing-masing.

17
3.2 MANHAJ DAKWAH NABI NUH

Terdapat tiga kaedah yang digunakan oleh Nabi Nuh A.S. dalam berdakwah kepada
kaumnya. Peringkat yang pertama ialah melalui perbincangan dan pendebatan yang baik.
Peringkat yang kedua pula ialah, proses memanusiakan diri,iaitu dengan menimbulkan
kesedaran dan kekurangan diri. Justeru, Nabi Nuh A.S. menggunakan pendekatan beristighfar
sebagai satu penyataan kesedaran akan kelemahan dan ketidaksempurnaan manusia.
Manakala peringkat terakhir yang digunakan oleh Nabi Nuh A.S. untuk berdakwah
kepadanya kaumnya ialah peringkat pengkhalifaan diri. Pada peringkat ini, beliau menarik
perhatian kaumnya agar melihat semesta yang diciptakan Allah dan membri keyakinan atas
sunnatullah melalui penggunaan akal dan seterusnya mengambil iktibar dengan merenung
ciptaan langit, bulan, matahari dan tumbuh-tumbuhan.

3.2.1 Dakwah Dengan Menjanjikan Pulangan Atau Manfaat Yang Baik. (Dawah Bi Al
Targhib).

Maksudnya : "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan
kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia
akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi
kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan
bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang
mengalir di dalamnya).

18
Dalam ayat yang 10 hingga 12 menceritakan bagaimana Nabi Nuh A.S. mengajak umatnya
bertaubat dan baginda menjanjikan kepada mereka 5 perkara iaitu:

Rahmat kepada mereka dalam bentuk hujan yang mencurah-curah.


Kekayaan yang melimpah ruah
Anak yang ramai.
Kebun-kebun dan tanaman.
Air sungai yang mengalir dalam kebun mereka.

Ayat di atas memberi satu gambaran kepada pendakwah bahawa kadangkala manusia
ini suka kepada pulangan atau sesuatu hasil dari amal yang dituntut ke atas mereka. Allah
S.W.T. menjanjikan 5 perkara kepada umat nabi dan keseluruhan umat manusia apabila
mereka bertaubat dan kembali ke jalan Allah S.W.T.

3.2.2 Dakwah Dengan Dalil Kejadian Manusia.

Kaedah seterusnya yang digunakan oleh Nabi Nuh A.S. adalah cara berdialog dengan
kaumnya. Komunikasi baginda dengan kaumnya adalah bertujuan untuk menimbulkan
kesedaran dengan memberi bukti keesaan dan keagungan Allah S.W.T. Ini yang diceritkan
dalam ayat 13 hingga 14 surah Nuh. Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya : "Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan


kekuasaanNya). Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang
berperingkat-peringkat?

19
Dalam ayat di atas Nabi Nuh A.S. mempersoalkan keengganan mereka tunduk dan
takut patuh pada Allah S.W.T. Sedangkan Allah S.W.T. telah mencipta mereka dengan
melalui proses yang berperingkat bermula dari air mani hingga menjadi manusia sempurna.
Kaedah Nabi Nuh A.S. cuba memberi kesedaran kepada umat betapa lemahnya manusia
dibandingkan dengan Allah S.W.T. Adakah mereka mampu mencipta sepertima Allah S.W.T.
menjadikan mereka.

3.2.3 Dakwah Dengan Dalil Kejadian Alam Semesta

Kaedah seterusnya yang digunakan oleh Nabi Nuh A.S. ialah baginda memberikan dalil atau
bukti keagungan Allah S.W.T. melalui keajaiban dan kehebatan alam semesta. Nabi Nuh A.S.
mengajak umatnya berfikir tentang kejadian langit yang mempunyai tujuh lapisan, kemudian
baginda menerangkan bahawa Allah S.W.T. yang memberi cahaya kepada bulan dan Allah
S.W.T. jugalah yang menjadikan matahari sebagai lampu. Ia adalah satu cara mengajak
manusia berfikir betapa kecilnya manusia jika dibandingkan dengan langit, bulan dan
matahari, dimana kesemuanya itu merupakan makhluk yang tunduk pada Allah S.W.T.
Apakah mereka layak untuk berdegil dari menyembah Allah swt. Semua perkara ini
dirakamkan oleh Allah S.W.T. dalam ayat 15 dan 16 surah nuh:

Maksudnya : "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah


menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat. Dan Ia menjadikan padanya bulan
sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang).

20
3.2.4 Dakwah Dengan Dalil Nikmat Allah Kepada Manusia

Dakwah nabi Nuh kepada umatnya adalah bertujuan untuk menyedarkan mereka dari
kesesatan supaya mereka kembali menyembah Allah swt seterusnya bersyukur atas segala
nikmat yang diberikan kepada mereka. nabi Nuh mengajak umatnya melihat kembali betapa
sayang Allah swt kepada mereka dengan menjadikan bumi ini terhampar supaya mereka
boleh bebas berjalan di atasnya, mudah mencari rezeki di atas muka bumi. Apakah mereka
tidak buka mata mereka seluas-luasnya bahkan mereka terus hidup dalam kesesatan. Firman
Allah swt dalam ayat 19 dan 20 surah Nuh:

Maksudnya : "Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan. "Supaya
kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya.

21
BAB EMPAT

22
4.0 PENEMUAN DAN ANALISIS

4.1 KESAN DAKWAH NABI NUH

Sekian lama Nabi Nuh A.S. berdakwah, namun hanya sebagian kecil saja dari kaumnya yang
mengimani ajaran beliau. Pengikut Nabi Nuh A.S. hanya terdiri dari orang-orang biasa,
bukan orang ternama dan kaya raya. Kaum Nuh yang kafir tidak suka bila berdekatan dan
bersama-sama dengan orang-orang tersebut. Mereka menganggap bahwa darjat mereka lebih
baik daripada Nabi Nuh A.S. dan para pengikutnya.

Bagi kaum yang derhaka itu, Nabi Nuh A.S. manusia biasa yang tidak mempunyai
kelebihan apa pun. Alasan itulah yang mereka gunakan untuk tidak menaati ajaran yang
dibawa Nabi Nuh A.S. Pemimpin-pemimpin kaum kafir itu kemudian berkata bahawa
mereka dengan rela mengikuti Nabi Nuh A.S. dengan syarat pengikut-pengikutnya yang
terdiri dari orang-orang hina ditinggalkan atau dibiarkan dan diusir. Namun begitu, Nabi Nuh
A.S. menolak hal tersebut lalu, pemimpin-pemimpin kaum yang kafir merasa kesal kemudian
menentang Nabi Nuh A.S. Apabila mereka menolak Nabi Nuh A.S. dan derhaka kepada
Allah S.W.T., maka Allah S.W.T. mendatangkan azab yang besar, maka mereka meminta
Nabi Nuh A.S. agar menyegerakan datangnya azab tersebut.

Kehidupan manusia yang ada di muka Bumi saat itu dimulai kembali dari Nabi Nuh
A.S. dan pengikut-pengikutnya atau disebutnya juga generasi manusia kedua setelah generasi
Nabi Adam A.S. Setelah sekian lama berada di lautan air, Allah S.W.T. kemudian
memerintahkan bumi dan langit untuk mengeringkan air. Di sebuah tempat, bahtera Nabi
Nuh A.S. berlabuh karena air mulai surut. Sementara itu langit juga berhenti mencurahkan air
hujan. Nabi Nuh A.S. dan pengikutnya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T.
Mereka bersyukur karena mereka telah memperoleh pertolongan dan keselamatan. Betapa
bahagianya mereka karena mereka kini menjadi penerus kehidupan umat manusia
selanjutnya.

23
Hikmah Kisah Nabi Nuh Alaihissalam :

1. Perbuatan sesat kaum Nuh terhadap Nabi Nuh A.S. datang memberi peringatan dan
ancaman datangnya azab Allah.

2. Ajaran tauhid dan mentaati Allah S.W.T. sejak lama sudah menjadi keyakinan yang
diajarkan dari Nabi Adam A.S. dan selanjutnya.

3. Syaitan telah membuat sekutu yakni kaum Nuh dengan menentang utusan Allah
S.W.T. yakni Nabi Nuh A.S..

4. Nabi Nuh A.S. seorang manusia biasa hingga kaum yang durhaka itu menganggap
remeh lalu mendustakannya hingga balasan dan Allah datang kepada mereka.

5. Nabi Nuh A.S. bukan seorang pendusta dan Allah S.W.T. membuktikan ancamannya.

6. Semua orang kafir dan pembangkang kepada perintah Allah S.W.T. akhirnya
tenggelam dan mati dalam kesesatan termasuk isteri dan putera Nabi Nuh A.S.
sendiri.

24
BAB LIMA

25
KESIMPULAN

Kertas kerja ringkas ini telah membincangakan serba sedikit tentang kaedah dakwah Nabi
Nuh A.S. ke atas umatnya. Empat kaedah yang dikumpuldan dibincangkan merupakan
kaedah yang digunakan para nabi dan rasul dalam berdakwah. Dakwah dengan cara
mendatangkan dalil-dalil nyata merupakan cara yang berkesan untuk membawa manusia
berfikir tentang keagungan dan keesaan Allah S.W.T. Walaubagaimanapun tugas seorang
nabi, rasul dan pendakwah hanya menyampaikan kepada manusia tentang kepentingan
beriman dengan Allah S.W.T.

Sebarang keputusan atau kesan terhadap hati manusia melalui pelbagai teknik dan
cara dakwah terletak pada kuasa Allah S.W.T. Dari sudut yang lain, surah Nuh memberi
pengajaran kepada kita perlunya sikap komited dan kesungguhan dalam berdakwah dan
segala keputusan adalah tetap di tangan Allah S.W.T. Nabi Nuh A.S. telah berdakwah selama
950 tahun dengan pelbagai cara tanpa rasa jemu dan putus asa namum hasilnya tidaklah
begitu baik namum Allah S.W.T. mengangkat kedudukan baginda sebagai rasul Ulul Azm.
Kerana dalam berdakwah Allah S.W.T. tidak melihat kepada keputusan tetapi melihat pada
kesungguhan seseorang itu. Semoga dengan terhasilnya kertas kerja ringkas ini dapat
memberi sedikit panduan kepada pendakwah dalam mendepani cabaran-cabaran ketika
menjalankan kerja-kerja dakwah.

Bahawasanya hubungan antara manusia yang terjalin karana ikatan persamaan


kepercayaan atau penamaan aqidah dan pendirian adalah lebih erat dan lebih berkesan
daripada hubungan yang terjalin karena ikatan darah atau kelahiran. Kan'aan yang walaupun
ia adalah anak kandung Nabi Nuh A.S., oleh Allah S.W.T. dikeluarkan dari bilangan keluarga
ayahnya karena ia menganut kepercayaan dan agama berlainan dengan apa yang dianut dan
didakwahkan oleh ayahnya sendiri, bahkan ia berada di pihak yang memusuhi dan
menentangnya.

26
Maka dalam pengertian inilah dapat difahami firman Allah S.W.T. dalam Al-Quran
yang bermaksud : "Sesungguhnya para mukmin itu adalah bersaudara." Demikian pula hadis
Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :"Tidaklah sempurna iman seseorang kecuali jika ia
mencintai saudaranya yang beriman sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri." Juga
peribahasa yang berbunyi :"Adakalanya engkau memperolehi seorang saudara yang tidak
dilahirkan oleh ibumu."

27
RUJUKAN

Sumber Ilmiah :

Al-Quran al-Karim
Ibnu Kastir, Muhammad. (1998). Al- Bidayah wa Al- Nihayah. Mesir: Al- Risalah,
Al Suyuti. Jalal al din.( 2000M). al Itqan fi Ulum al Quran. Dar Ibn Kathir. Lubnan,
Bayrut.
Al-Zuhaily, Wahbah dr.(1998). Tafsir al-Munir. Dar al Fikr al Muasir. Lubnan,
Bayrut.
Gultom harahap, Wahyu Prakheti Wasojo. Anwar Nasihin, Kalam Setia. Nilai-Nilai
Pendidikan Islam: Kisah Nabi Nuh Dan Kaumnya. Jurnal Fikiran Masyarakat. Vol 4.
No. 1 2016
'Ibn Durayd, Kitab Jamharah al-Lugkah, III, (Baghdad, 1345/1925), h.211.
Ibid, al-Bazdawi, Kitab Usul al-Din, tahqiq Dr.Hans Peter Linss, (Kaherah,
1383/1963), h.222.
Ibn Manzur, Usan at-Arab, I, (Beirut, 1375/1956), h. 162; al-Qurtubi, Al-Jamt U-
Ahkam al-Qur'an, VII, (Kaherah, t.t), h.4472.
Ibn Manzur, Lisan at-Arab, I, h. 162; al-Bazdawi, Usulal-Din, h.222.
Ibn Durayd, Jamharah al-Lughah, III, h.211.
Al-Raghib, al-Mufradat ft Gharib at-Qur'an, lahqiq Muhammad Sayyid Kaylani,
(Misr, 381/1961), h. 195, Lane, E.W., An Arabic-English Lexicon, I, (Beirut, 1968),
h.2753.
Al-Raghib, Ibid.II A]-Baghdad\, Kitab Usul at-Din, (Beirut, 1400/1980), h. 153.

Web Internet :

https://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Nuh_a.s.
https://www.scribd.com/read/317710881/Story-of-Prophet-Noah-Nuh-In-Islam-Faith

28

You might also like