You are on page 1of 1

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menganalisis peralatan


renang yang mudah dibeli melalui dalam talian. Kajian ini
mengemukakan dua objektif kajian. Objektif pertama adalah
mengenalpasti tingkah laku perbelanjaan penduduk di Taman
Menglembu Timur terhadap pembelian peralatan renang dalam talian.
Seterusnya, mengkaji kesan-kesan pembelian peralatan renang dalam
talian terhadap penduduk di Taman Menglembu Timur. Kaedah
kajian yang digunakan ialah soal selidik, temu bual dan rujukan untuk
mengumpul maklumat. Seramai 30 responden soal selidik dalam
kalangan penduduk di Taman Menglembu Timur dan 5 orang
responden yang menjadi responden temu bual. Dapatan kajian
menunjukkan tingkah laku perbelanjaan penduduk di Taman
Menglembu Timur terhadap pembelian peralatan renang dalam talian.
Kajian mendapati kesan-kesan pembelian peralatan renang dalam
talian terhadap penduduk di Taman Menglembu Timur. Tuntasnya,
diharapkan kajian ini dapat membantu dalam memajukan perniagaan
peralatan renang dalam talian dan semua pihak seharusnya berusaha
dan berganding bahu untuk melaksanakan inisiatif untuk memajukan
perniagaan dalam talian agar ekonomi negara dapat ditingkatkan lagi
sehingga mampu setanding dengan ekonomi negara maju seperti
Jepun.

You might also like