You are on page 1of 1

Cuba fahami penjelasan ini....

One-tailed: hipotesis satu arah apabila kita menguji skor min > atau <

Two-tailed: hipotesis dua arah apabila kita menguji min skor

Jika anda ingin mengetahui samada skor min sampel kurang atau lebih dari skor min
populasi (ujian-t satu sampel) maka ujian-t anda adalah one-tailed.

Jika anda ingin mengetahui sekadar perubahan skor min sampel A tidak sama dengan skor
min kumpulan B (ujian-t sampel tak bersandar) maka ujian-t anda adalah two-tailed.

Jika anda mengguji aras signifikan, p<0.05, maka bagi two-tailed SPSS akan membaca aras
signifikan 0.25 pada setiap hujung graf normal.

Ini bermakna LEBIH SUKAR untuk mencapai signifikan (menolak H null) kerana kawasan
kritikal menjadi lebih kecil. Two-tailed adalah default dalam SPSS

Contoh: Two-tailed (default): Jika anda mendapat nilai signifikan pada output SPSS anda
0.06, nilai ini > 0.05, iaitu tidak terdapat signifikan (dengan pengetahuan bahawa kawasan
kritikal menjadi kecil iaitu 0.25)

One-tailed: Jika anda jalankan kajian one-tailed, anda bahagi dua dahulu nilai 0.06 yang
terdapat dalam output SPSS menjadi 0.03. Perhatikan nilai 0.03 < 0.05, maka perbezaan
adalah signifikan (wpun output SPSS menunjukkan nilai 0.06 tak signifikan bagi two-tailed
kerana kawasan kritikal semakin besar bagi one-tailed).

Jika output SPSS menunjukkan nilai sig. (two-tailed) adalah 0.04 maka wujud perbezaan
signifikan, sekaligus signifikan jugalah jika kajian anda tersebut telah anda tentukan sebagai
one-tailed kerana nilai sig. (one-tailed) menjadi 0.04 / 2 iaitu 0.02 (< nilai 0.05)

Ini menunjukkan betapa two-tailed lebih sukar mendapat signifikan berbanding one-tailed.
Sebab itu SPSS jadikan two-tailed sebagai defaultjkerana jika two-tailed signfikan, SURE one
tailed juga signifikan !! Jika two-tailed tak signifikan..... kenalah kira sendiri dengan cara
yang dijelaskan di atas.

Sebab itu dikatakan one-tailed has more power (easier to reject H null) than two-tailed.

You might also like