You are on page 1of 2

LAPORAN POST-MORTEM GG3/2014 BAGI MATA PELAJARAN SAINS

1.Peratusan Pencapaian Sains

Peratusan kelulusan mata pelajaran Sains bagi setiap kelas adalah seperti berikut:

Kelas Peratusan

1K 100 %

1S 94.7 %

2K 95.8%

2S 90.9%

3K 73.3%

3S 83.9%

4K 57.7%

4S 36.0%

5K 86.7%

5S 58.5%

6K 73.9%

6S 71.4%

2. Kelemahan-kelemahan Murid

i. Murid-murid yang mendapat gred C sukar menumpukan perhatian yang lama


terhadap pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan oleh guru.

ii. Murid-murid suka bercakap dan membuat bising semasa proses pembelajaran
dan pengajaran sedang dijalankan.

iii. Murid-murid kurang mahir untuk memahami kosa kata Bahasa cina menyebabkan
mereka tidak dapat menjawab soalan peperiksaan.

iv. Murid-murid terutamanya murid tahun 4 masih tidak dapat menyesuaikan diri
dengan format ujian yang baru.

v. Murid-murid tidak mempunyai kemahiran untuk menjawab soalan bahagian B


(soalan subjektif) dengan teknik yang betul.

vi. Murid-murid cuai semasa menjawab soalan peperiksaan.

3. Tindak susul
i. Menyusunkan semula kedudukan murid-murid di dalam kelas.

ii. Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan
mereka semasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

iii. Memberi motivasi dengan memuji dan memberi penghargaan kepada setiap
murid bagi setiap usaha atau aktiviti yang berjaya dilakukan.

iv. Melebihkan latihan bertulis supaya murid dapat mengenal dan mengecam
perkataan.

v.Ujian ejaan untuk murid-murid yang kurang mahir dalam Bahasa Cina.

vi. Bimbingan dan nota tambahan yang berkaitan diberi kepada murid supaya
menguasai kemahiran menjawab soalan Bahagian B.

vii. Latihan tambahan diberi supaya murid dapat memahami kata kunci kehendak
soalan.

Viii. Bimbingan yang lebih kepada murid yang mendapat gred C dan tidak lulus
dalam ujian.

You might also like