You are on page 1of 19

Temu bual

Kaedah Lisan Ucapan

1 Rajah di atas merujuk kepada kaedah pengkajian sejarah. X ialah

A Penceritaan
B Perbahasan
C Pengkajian
D Pembacaan

Dalam upacara pengkebumian, mayat dikebumikan


dengan barang-barang seperti makanan dan alat-alat batu.

2 Penyataan di atas merujuk kepada upacara pengkebumian dalam masyarakat

A Zaman Logam
B Zaman Neolitik
C Zaman Mesolitik
D Zaman Paleolitik

Setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai


semangat

3 Rajah di atas menunjukkan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Zaman


Prasejarah. Kepercayaan X ialah

A Animisme
B Hinduisme
C Buddhisme
D Politiesme

4 Apakah kepentingan Gunung Jerai kepada kerajaan Kedah Tua?

A Pusat perdagangan hasil tempatan


B Panduan kepada pedagang
C Pusat persinggahan pedagang
D Pusat pengeluaran padi yang utama

1
`

5 Gambar di atas adalah gambaran pelukis menunjukkan kemudahan yang terdapat di


pelabuhan Melaka. Antara kemudahan yang disediakan ialah

I tenaga kerja
II tempat rekreasi
III alat timbang dan sukat
IV bekalan air bersih dan makanan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Pembesar Kawasan Pegangan


Bendahara Muar dan Bentan
Penghulu Bendahari Sening Hujung dan Kampar
Temenggung Tiada kawasan pegangan
Laksamana Temasik
Hulubalang Sungai Raya dan Siantan.

Pembesar Melaka dan Kawasan Pegangan

6 Mengapakah wujudnya kawasan tersebut dalam Kesultanan Melayu


Melaka?

A Memastikan keamanan setiap wilayah jajahan terjamin.


B Meningkatkan sokongan dan taat setia rakyat kepada pembesar.
C Meningkatkan sokongan dan taat setia pembesar terhadap Sultan
D Memastikan setiap wilayah jajahan menyerahkan ufti kepada Sultan.

2
 Ketua polis dan penjara
 Ketua protokol istana
 Hakim di darat

7 Maklumat di atas merujuk kepada peranan pembesar dalam Sistem


Pembesar Empat Lipatan di Melaka.Siapakah pembesar tersebut?
A Laksamana
B Bendahara
C Temenggung
D Penghulu Bendahari

8 Walaupun Melaka sudah jatuh di tangan Portugis, Sultan Mahmud Shah mendirikan
kerajaan baru dan berusaha mendapatkan semula Melaka.
Apakah ikhtibar yang dapat diperoleh daripada peristiwa tersebut?

A Menghargai pemimpin
B Mencabar kuasa Portugis
C Mengadakan rundingan damai
D Mempertahankan kedaulatan bangsa

9 Sistem di bawah diamalkan oleh kerajaan Johor.

A Memantapkan hubungan luar


B Melicinkan sistem pentadbiran
C Melindungi negeri naungan Johor
D Menjaga keselamatan pedagang asing

10

Rajah di atas merujuk kepada Perang Tiga Segi yang berlaku pada kurun ke-16. Apakah punca
tercetusnya peperangan tersebut?

A Perebutan Selat Melaka


B Penyebaran dakwah Islam
C Penyebaran agama Kristian
D Penguasaan jalan perdagangan

3
11
Siam

Kedah Burma

Bugis

Gambarajah di atas menunjukkan Kedah menghadapi ancaman daripada ketiga-tiga kuasa


tersebut pada kurun ke-18. Situasi ini telah menyebabkan Sultan Kedah

A memohon bantuan daripada pihak British


B memohon perlindungan daripada pihak Belanda
C meminta bantuan ketenteraan daripada negeri Perak
D menandatangani perjanjian sulit dengan pihak Belanda

12
Negeri Sembilan mempunyai sistem
pentadbiran yang unik berbanding
negeri-negeri Melayu yang lain

Sistem pentadbiran Negeri Sembilan adalah berasaskan

A Adat Melayu
B Adat Perpatih
C Adat Temenggung
D Adat Minangkabau

13
 Serkap
 Tanggul
 Tangguk

Apakah kegunaan alatan di atas dalam masyarakat Melayu tradisional?

A Menangkap ikan
B Menyimpan bijirin
C Melombong galian
D Menternak binatang

4
14
Etnik di Sarawak

 Orang Melayu
 Orang Melanau

Di manakah lokasi kawasan petempatan etnik tersebut di Sarawak?


A Pesisiran pantai
B Lembah sungai
C Kawasan berbukit
D Kawasan pedalaman

15
 Mendaki bukit
 Memburu binatang
 Memanjat pokok

Mengapakah masyarakat kawasan pedalaman di Sabah mengutamakan pendidikan di atas


kepada anak-anak mereka?

A Melatih kekuatan fizikal


B Memupuk semangat jati diri
C Mewarisi pekerjaan keluarga
D Mengutamakan asas kemahiran

16
Pelantikan Tunku Abdullah sebagai pewaris
takhta Kedah

Penentangan kerabat diraja Kedah dan


serangan Bugis

Peristiwa Q

Berdasarkan rajah di atas, Apakah peristiwa Q?


A Sultan Muhammad Jiwa melarikan diri ke Kota Bharu
B Sultan Muhammad Jiwa meminta bantuan SHTI
C Sultan Kedah memperbesarkan angkatan tenteranya
D Sultan kedah menyerahkan takhtanya kepada orang Bugis

5
17

Peta di atas menunjukkan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.


Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap Kepulauan Melayu?
I Empayar Johor-Riau berpecah
II Kepulauan Melayu dibahagikan kepada dua lingkungan pengaruh
III Bangkahulu dan Melaka dijadikan garis pemisah antara dua kuasa
IV Kepulauan Riau serta Lingga menjadi kawasan perdagangan yang pesat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

18
Pegawai British “Pahang tidak kaya dengan hasil bumi
A: seperti negeri-negeri Melayu yang
lain.”
Pegawai British “Betul, tetapi kita mesti juga
B: menguasainya!”

Dialog di atas mungkin sekali berlaku pada akhir kurun ke-19.


Mengapakah British bertindak sedemikian?

A Rasa tanggungjawab British membangunkan Pahang


B Pembesar Pahang memohon bantuan ketenteraan
C Bimbang dengan kemaraan kuasa Eropah lain
D Kawasan perlombongan emas di Pahang belum diterokai

19 Sistem Residen diwujudkan setelah British berjaya campur tangan di negeri-negeri Melayu.
Apakah tugas Residen British?

A Menjaga keamanan negeri


B Mengadakan sistem cukai yang seragam
C Menjadi wakil syarikat Hindia Timur Inggeris
D Menasihati sultan dalam hal pentadbiran kecuali agama

6
20

Pada tahun 1909 satu perjanjian telah ditandatangani antara British dengan Siam yang
Melibatkan negeri yang berlorek dalam peta di atas.
Apakah faktor yang mendorong British menandatangani perjanjian tersebut ?

A Permintaan daripada Raja Siam


B Kekayaan hasil bumi di negeri tersebut
C Perebutan kuasa antara pembesar tempatan
D Kebimbangan terhadap campur tangan kuasa lain

21
Sebelum anda
menjalankan urusan di
sini, anda mestilah
mendapatkan Surat
Sungai terlebih dahulu

Baiklah, kami menerima


syarat ini.

Dialog di atas mungkin sekali berlaku di Johor yang berkaitan dengan Sistem Kangcu.
Apakah kepentingan Surat Sungai berdasarkan dialog tersebut
A Mengusahakan pertanian di tebing sungai
B Menentukan jenis pendapatan negeri
C Menentukan jenis sewaan tanah
D Mengiktiraf Kangkar

22
Pada tahun 1885 Maharaja Abu Bakar telah
7
menandatangani perjanjian persahabatan dengan Kerajaan
British
Berdasarkan maklumat di atas, mengapakah perjanjian tersebut dianggap satu kejayaan kepada
Maharaja Abu Bakar?

I Beliau diiktiraf sebagai sultan Johor


II Bebas melantik penasihat British dalam pentadbiran
III Tidak berhubung terus dengan kerajaan British di London
IV Berkedudukan lebih tinggi daripada pesuruhjaya Tinggi British d Singapura
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

23

Ilustrasi di atas menggambarkan perbincangan yang membawa kepada perjanjian 184


antara Pangeran Muda Hashim dengan James Brooke.
Apakah faktor yang mendorong termeterainya perjanjian tersebut?

A Menamatkan pemberontakan
B Menentukan kuasa pemerintahan
C Memperkemaskan sistem pendidikan
D Mendapatkan bantuan pentadbiran British

24
Datu Patinggi Ali ialah pembesar tempatan
yang memimpin orang Melayu menentang
pemerintahan Pangeran Indera Mahkota di
Sarawak pada kurun ke-19

Pernyataan di atas merujuk kepada penentangan rakyat Sarawak terhadap pemerintahan


wakil Brunei di Sarawak pada tahun 1837.
Mengapakah berlakunya penentangan tersebut?
8
I Perlaksanaan perdagangan
II Pengenalan cukai yang tinggi
III Pekerja Bidayuh tidak diberi upah
IV Perebutan kawasan perlombongan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

25

Walaupun pemerintahan Brooke mengadakan


perubahan sosial, tetapi rakyat tidak menikmati faedah
sepenuhnya

Berdasarkan maklumat di atas, mengapakah berlaku keadaan sedemikian?

A Masalah kekurangan modal


B Rancangan pembangunan tidak cekap
C Tentangan daripada pihak pemberontak
D Pembangunan tertumpu di Bahagian Pertama dan Kedua

26.
Akhbar Tahun
Warta Malaya 1930
Majlis 1931

Apakah yang diperjuangkan oleh kedua-dua akhbar dalam jadual di atas ?


A Memajukan pendidikan
B Meningkatkan taraf hidup
C Memajukan bidang agama
D Mengkritik sikap penjajah

27.
Tarikh Peristiwa

1846 Sultan Omar Ali Saifuddin mengiktiraf


James Brooke sebagai Raja Sarawak

1842 Sultan Omar Ali Saifuddin mengiktiraf


perjanjian antara Pangeran Raja Muda
Hashim dengan James Brooke

1841 Pangeran Raja Muda Hashim melantik


James Brooke sebagai Gabenor Sarawak
9
Garis masa di atas menunjukkan peringkat pengukuhan kuasa James
Brooke di Sarawak.
Apakah faktor kejayaan James Brooke mengukuhkan kuasa di Sarawak?

A Kekukuhan kewangan
B Kekuatan ketenteraan
C Kemahiran berdagang
D Kehebatan berdiplomasi

28 Mengapakah rancangan Perlembagaan 1941 yang dicadangkan oleh Vyner Brooke


gagal dilaksanakan?
A Meletusnya Perang Dunia Kedua
B Menimbulkan kemarahan British
C Memerlukan perbelanjaan yang tinggi
D Mendapat tentangan penduduk tempatan

29
Satu rompakan dan pembunuhan telah berlaku di Sibu,
Sarawak semasa pentadbiran keluarga Brooke

Berdasarkan situasi di atas, siapakah yang akan mengadili kes tersebut?

A Raja Sarawak
B Pegawai Daerah
C Pegawai Anak Negeri
D Ketua-ketua tempatan

30
TAHUN PERISTIWA
Perjanjian antara Sultan
1877 Brunei dengan Syarikat
Overback dan Dent
Perjanjian antara Sultan Sulu
1878 dengan Syarikat Overback
dan Dent

Berdasarkan maklumat di atas, apakah kesan daripada perjanjian tersebut?

10
A Penguasaan Sabah oleh pihak British
B Perdamaian rakyat Sabah dengan pihak British
C Penguasaan ekonomi Brunei oleh pihak British
D Perdamaian rakyat Brunei dan Sulu dengan pihak British

31

Hasil eksport Sagu di Sabah dalam nilai dolar

Carta di atas menunjukkan nilai eksport sagu di Sabah antara tahun 1884
hingga 1886.
Apakah faktor yang membawa kepada peningkatan nilai eksport di atas

I permintaan meningkat
II penanaman secara komersial
III penggunaan teknologi moden
IV pelaburan pengusaha Barat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

32

11
Dialog di atas mungkin sekali berlaku di Sabah semasa pentadbiran Syarikat
Borneo Utara British.
Sekolah yang dimaksudkan dalam dialog tersebut ialah

A Sekolah Latihan
B Sekolah Inggeris
C Sekolah Melayu
D Sekolah Bumiputera

33

Peta di atas menunjukkan perkembangan pertanian dagangan di Tanah Melayu


pada kurun ke-20.
Apakah kesan perkembangan pertanian tersebut?

A Pengenalan landasan kereta api


B Persaingan kuasa imperialis Barat
C Penguasaan orang asing dalam ekonomi
D Peningkatan taraf hidup penduduk tempatan

34
Tahun Pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu
1889 26 000 tan
1904 51 733 tan
1929 70 000 tan
12
Jadual di atas menerangkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu
antara tahun 1889 hingga 1929
Apakah sebab pengeluaran bijih timah meningkat?

A Penglibatan buruh India yang ramai


B Kejatuhan harga getah di pasaran dunia
C Perkembangan perindustrian di Eropah
D Permeteraian Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa

35 Apakah peristiwa yang menyebabkan Jepun dianggap sebagai satu kuasa besar pada abad
ke-20?

A Berjaya menewaskan Korea


B Berjaya menewaskan Russia
C Berjaya menakluki Manchuria
D Berjaya menakluki Indo-China

36
 Semangat Asia
 Asia Untuk Asia

Slogan di atas digunakan oleh Jepun sebelum menyerang Tanah Melayu. Apakah matlamat
penggunaan slogan di atas?

A Menyatukan wilayah
B Meluaskan kuasa
C Menyebarkan ideologi
D Menamatkan penjajahan Barat

37 Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu telah mencetak wang pokok pisang tanpa kawalan.
Tindakan ini menyebabkan

A harga barangan tempatan turun


B inflasi berlaku di Tanah Melayu
C nilai mata wang Jepun meningkat
D sekatan perdagangan antarabangsa

38 Kekalahan Jepun menyebabkan kekosongan politik berlaku selama 14 hari di Tanah Melayu.
Apakah kuasa yang telah mengambil kesempatan mengisi kekosongan politik tersebut?

A Bintang Tiga
B Malayan Union
C Pentadbiran Tentera British
D Parti Kebangsaan Melayu Malaya

39 Sekiranya Malayan Union 1946 diteruskan pelaksanaannya di Tanah Melayu, pihak manakah
yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita?

13
A Parlimen British
B Majlis Raja-Raja
C Majlis Eksekutif
D Pejabat Tanah Jajahan

40
Tarikh Pentadbiran

1946 Malayan Union

1948 Persekutuan Tanah Melayu

Rajah menunjukkan perubahan pentadbiran di Tanah Melayu. Mengapakah British


mengambil tindakan di atas?
I Menyekat pengaruh komunis
II Menjalankan dasar dekolonisasi
III Mengatasi kebangkitan orang Melayu
IV Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

41  Parti Komunis Malaya atau PKM telah mempengaruhi golongan pekerja


untuk melakukan mogok, sabotaj dan tunjuk perasaan membantah
kenaikan cukai

Pernyataan di atas adalah antara kegiatan agresif PKM menjelang tahun 1935. Mengapakah
PKM menggalakkan tindakan di atas?

A Membantah pentadbiran British


B Melumpuhkan ekonomi British
C Menuntut kenaikan gaji pekerja
D Menguasai ekonomi Tanah Melayu

42

Memberi maklumat
Min Yuen Membekalkan makanan
Membekalkan ubat-ubatan

Rajah di atas menunjukkan tujuan Parti Komunis Malaya ( PKM) menubuhkan Min Yuen.
Apakah tindakan British yang telah berjaya melumpuhkan gerakan tersebut?

A Menjalankan siasatan
B Menubuhkan Home Guard
14
C Menambahkan bilangan tentera
D Menubuhkan kampung baru

43 1948 - 1960 : Zaman Darurat

Situasi di atas memberi kesan kepada masalah perpaduan rakyat di Tanah


Melayu. Apakah langkah awal British bagi mengatasi masalah perpaduan
tersebut?

A Mengharamkan parti-parti berhaluan kiri


B Melonggarkan syarat kerakyatan Tanah Melayu
C Memperkenalkan kampung-kampung baru cina
D Menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

44 Jadual di bawah merujuk kepada persidangan yang melibatkan parti - parti politik di negara kita.
Tahun Peristiwa
Februari 1954 Parti Negara menganjurkan Konferensi Nasional
Ogos 1954 Parti perikatan mengadakan Konvensi Nasional

Apakah kepentingan peristiwa tersebut ?

A Menamatkan darurat
B Mewujudkan perpaduan kaum
C Meningkatkan taraf hidup rakyat
D Mengembalikan kedaulatan sultan

45 Senarai berikut merupakan anggota dalam Sistem Ahli dan jawatan yang disandang oleh
mereka. X ialah...

SISTEM AHLI
Dato Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan
Dato E.E.C Thuraisingam Ahli Pelajaran
Dr. Lee Tiang Keng X
A Ahli Kesihatan
B Ahli Kewangan
C Ahli Pertanian dan Perhutanan
D Ahli Hal-Ehwal Dalam Negeri

46 “James telah dilahirkan di Australia. Bapanya seorang Pengurus Besar sebuah syarikat
perladangan di negara ini”

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, James berhak mendapatkan


kerakyatan melalui...

A naturalisasi
B permohonan
C mengangkat sumpah
15
D kuat kuasa undang-undang

47 Maklumat berikut merujuk kepada agensi yang ditubuhkan sebelum negara kita mencapai
kemerdekaan

Tahun Peristiwa
1951 Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa
(RIDA)

Apakah fungsi agensi tersebut kepada orang Melayu?

A Memupuk kesedaran politik


B Merancang pembukaan bandar
C Meningkatkan taraf sosioekonomi
D Membuka penempatan baru

48
Maklumat berikut berkaitan dengan Sarawak.

Majlis Negeri telah meluluskan Cession Bill pada tahun 1946

Apakah kesan kelulusan Cession Bill?

A Penyerahan negeri
B Pemerintahan pusat
C Pengunduran British
D Pengharaman parti politik

49
Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka
pada akhir bulan Ogos 1957

Pernyataan di atas adalah perkara penting dalam kemerdekaan negara.


Pernyataan tersebut dipersetujui dalam
A Sistem Ahli
B Perjanjian London
C Titah raja-raja Melayu
D Manifesto Parti Perikatan

50
 Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
 Agama Islam sebagai agama rasmi
 Kerakyatan terbuka

Perkara di atas merupakan kandungan Perlembagaan Merdeka yang dipersetujui


hasil daripada perbincangan masyarakat pelbagai kaum di negara kita.

16
Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada sikap masyarakat Tanah Melayu?
A Bertanggungjawab
B Kesederhanaan
C Bertolak ansur
D Amanah

51 Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditulis


dalam tulisan Jawi.
Mengapakah tulisan Jawi digunakan?
A Memudahkan rakyat membacanya
B Merupakan simbol warisan negara
C Merupakan bahasa ilmu di Alam Melayu
D Merupakan tulisan yang mudah difahami

52 Suruhanjaya Reid dibentuk sebagai salah satu usaha ke arah kemerdekaan


negara kita.
Apakah tujuan suruhanjaya tersebut dibentuk?
A Mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu
B Memantau pergerakan pilihan raya Majlis Bandaran
C Menggubal perlembagaan persekutuan Tanah Melayu
D Mengumpul pandangan rakyat Sabah dan Sarawak berkaitan dengan
kemerdekaan

53 Mengapakah kerajaan British memilih kekerasan untuk menumpaskan Gerakan


Antipenyerahan Sarawak?
A Pemulauan Majlis Penyerahan
B Pembunuhan Sir Duncan Stewart
C Pembebasan anggota Rukun Tiga Belas
D Perletakan jawatan 338 orang kakitangan awam

54 Petikan sajak berikut ditulis oleh Rosli Dhobi.


Panggilan-Mu yang suci

Wahai pemuda bercita suci


Kekalkan Sarawak negara kita yang asli
Meskipun bagaimana ancaman terjadi
Hendaklah sehidup semati

Petikan sajak tersebut menunjukkan bahawa Rosli Dhobi seorang yang


A Cintakan tanah air

17
B Gigih berperang
C Tegas pendirian
D Bijak mencipta

55 Mengapakah kerajaan British ingin menguasai Sabah?


I Mengembalikan keamanan di Sabah
II Memenuhi permintaan penduduk tempatan
III Menguasai kekayaan sumber bahan mentah
IV Memenuhi desakan pelabur dan pemodal Eropah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

56 Mengapakah waris Kesultanan Sulu menentang penyerahan Sabah kepada


British?
A Memelihara kepentingan Sabah
B Menganggap Sabah sebagai miliknya
C Memperjuangkan kemerdekaan Sabah
D Melindungi hak istimewa golongan peribumi

57 Bagaimanakah pembentukan Malaysia akan memajukan sosioekonomi?


A Memajukan taraf hidup rakyat negeri anggota
B Memesatkan pembangunan bidang perindustrian
C Menghindarkan Singapura daripada ancaman komunis
D Mengimbangi jumlah penduduk bumiputera dan bukan bumiputera

58 Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong pembentukan Persekutuan Malaysia tetapi


mendapat tentangan daripada A.M Azahari.
Beliau mencadangkan penubuhan
A Indonesia Raya
B Malaya Raya
C Borneo Raya
D Kalimantan Utara

59. Maklumat berikut merupakan salah satu faktor yang membawa kepada
pemisahan Singapura dari Malaysia
Konsep Malaysian Malaysia

Apakah yang dituntut oleh Singapura


A Menentang kerakyatan jus soli

18
B Menuntut bahasa Melayu dikekalkan
C Menuntut persamaan hak semua kaum
D Menunjukkan jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia.

60. Ilustrasi di bawah menggambarkan peristiwa yang berlaku di Tanah Melayu


semasa konfrantasi Malaysia-Indonesia.

Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut?


A Bersatu padu asas kestabilan negara
B Berbangga dengan kekayaan negara
C Berdikari untuk memperjuangkan hak
D Bertoleransi dalam kalangan masyarakat

19

You might also like