You are on page 1of 8

Aktiviti : 2

Tajuk : Mari Dengar Ini Cerita


Masa : 45 -60 Minit
Alat : Kertas Edaran untk ahli mulakan perbualan
(lihat lampiran)
Bilangan Ahli : 10 org atau lebih

Objektif :

1. Ahli dapat melibatkan diri supaya berinteraksi antara satu sama lain dengan
mengetepikan prasangka, rasa malu dan rasa tidak selesa

2. Menggalakkan perhubungan mesra sesama ahli.

Langkah :

1. Meminta ahli duduk di atas lantai dalam bentuk bulatan.

2. satu bulatan mengandungi sekurang-kurangnya 10 orang.

3. Terangkan kepada semua ahli bahawa aktiviti ini bukan untuk menguji kepintaran
otak tetapi lebih kepada menumpu kepada perbualan seharian yang menonjolakan
perasaan, reaksi peribadi, pengalaman hidup dan perkongsian peristiwa untuk dijadikan
teladan. Ahli tidak digalakkan bercakap tentang pendapat mereka tetapi menyatakan
tentang perasaan dan pengalaman mereka walaupun pahit.

4. Edarkan kertas yang mengandungi tajuk perbualan kepada ahli (lihat lampiran)

5. Pilih satu tema perbualan kumpulan, misalnya Kehidupan Saya Semasa Kecil
Minta ahli brcerita tentang pengalaman mereka semasa kecil yang memberi pengaruh
kepada perasaan dan sikap mereka masa kini. Ahli lain boleh bertanya jika perlu.

6. Berikan masa lima minit bagi setiap individu untuk bercerita. Fasilitator
menggalakkan ahli supaya memastikan agar individu yang bercerita memberi fokus
kepada perasaan dan reaksi mereka.
7. Fasilitator tidak harus masuk campur dalam perbincangan ini tetapi hanya
pastikan aktiviti ini berjalan lancar. Ahli diberikan kebebasan memilih tajuk yang disukai
dalam lampiran ini.

8. Fasilitator membuat rumusan bahawa setiap individu punya cerita tersendiri


sedih atau suka. Oleh itu ahli harus cuba menjelaskan bagaimanakah perasaannya
membentuk sikap dan pandangan hidup mereka.dan kesannya pada kehidupan sendiri.
Pengalaman pahit yang disimpan dalam jiwa mungkin mengakibatkan seseorang itu
menjadi bitterlalu ditunjukkan melalui cara berinteraksi. Menganalisis perasaan dan
pengalaman secara terbuka akan membantu seseorang itu menerima serta mamahami
dan berusaha untuk berubah kepada yang lebih positif lagi.
Lampiran

MARI TUAN-TUAN DENGAR INI CERITA

Contoh Tajuk-Tajuk Perbualan

1. Kehidupan saya semasa kecil

2. Adik beradik saya yang berjaya

3. Bolehkah saya menjadi jutawan?

4. Peristiwa yang paling menyeronokkan dalam hidup saya

5. Peristiwa lucu yang pernah saya alami

6. Nilai hidup positif yang saya amalkan

7. Kasih sayang ibu bapa kepada saya

8. Kehidupan yang bagaimanakah menjadi idaman saya.

9. Keluarga impian saya.

10. Kehidupan remaja saya

11. Individu yang paling mempengaruhi hidup saya

12. Pesanan yang saya ingin tinggalkan kepada anak cucu saya

13. Pesanan ibubapa yang paling saya tidak lupakan.

14. Kesukaran hidup yang berjaya saya dan keluarga atasi

15. Detik yang paling sukar saya lupakan.

16. Orang yang paling sukar saya lupakan

17. Mereka yang saya cuba maafkan

18. Mereka yang menjadi penawar ketika saya bersedih

19. Tempat yang saya suka berada ketika saya sedih.

20. Peristiwa yang menukar kehidupan saya kini.


Aktiviti : 3
Tajuk : Kusayang Diriku
Masa : 60 minit 120 minit
Alat : Borang Soalan imej kendiri (Lihat Lampiran)
Bilangan ahli : Tiada Had

Objektif :

1. Membolehkan ahli menilai, memahami dan meningkatkan


imej kendiri mereka
2. menggalakkan ahli menilai kelemaham dan kekuatan diri
supaya menjadi lebih realistik

Langkah:

1. Terangkan kepada ahli bahawa mereka mempunyai


perasaan sendiri yang terpendam. Ada yang berasa dirinya tidak
berharga dan ada yang merasakan dirinya serba sempurna.
Mempunyai imej kendiri kendiri yang tinggi membolehkan
seseorang itu membina keyakinan diri dan memandang sesuatu
perkara dengan positif.
2. Edarkan borang soalan kepada ahli dan nyatakan bahawa
mereka perlu mengisinya dengan jujur tanpa melihat
keterangan skor.
3. Setelah semua soalan diberikan respon dan dijumlahkan
skor, barulah keterangan skor ini diberikan. Keterangan skor
membantu ahli melihat pencapaian skor diri masing-masing.
4. Bincangkan maksud skor itu dengan ahli kelompok. Perlu
dinyatakan bahawa alat ini hanyalah sebagai petunjuk untuk
membantu mereka memahami diri sendiri.
5. Fasilitator membuat rumusan bahawa;
a. Jika kita mempunyai imej kendiri yang rendah, kita akan selalu
mengutuk diri sendiri dan kerap berasa rendah diri dan hilang
keyakinan diri bila membandingkan diri dgn orang lain. Kita perlu
bercakap secara lebih positif Kita perlu bercakap dengan diri sendiri
supaya diri tidak mudah berputus asa. Setiap oran melakukan
kesilapan- oleh itu , terima dan maafkan diri dan belajarlah dari
kesilapan. ( mendalami pernyataan ini secara perbincangan dan
penerokaan diri adalah amat digalakkan)
b. Jika kita mempunyai imej kendiri yang terlalu tinggi pula, kita mungkin
menjadi seorang yang angkuh dan akan timbul masalah dalam
perhubungan dengan orang lain. Justeru itu, binalah imej kendiri yang
seimbang!
IMEJ KENDIRI

ARAHAN: Alat ini hanyalah petunjuk kepada kunci memahami diri


anda. Sila jawab soalan ini dengan jujur. JANGAN lihat penerangan
penerangan kepada analisis skor anda terlebih dahulu. Sila semak
skor anda di bawah dan fahami pengertiannya selepas anda memberi
respon kepada senua soalan.

1. Pernahkah anda berasa bahawa orang kurang menyukai anda


sekiranya mereka mengetahui banyak maklumat tentang diri anda?
(a) Selalu
(b) Kadang-kadang
(c) Tidak pernah

2. Apabila anda dipuji biasanya anda ;


(a) Tidak begitu selesa
(b) Sangat suka
(c) Rasa sangat malu

3. Apabila anda membuat silap di rumah atau di sekolah adakah anda


(a) mengabaikan saja kesilapan ini dan mngatakan pada diri orang lain
pun buat silap juga.
(b) Berasa tidak sedap hati tetapi akhirnya anda menerima kesilapan
dan memaafkan diri anda dengan menganggap tiada siapapun yang
sempurna
(c) Berasa runsing dan asyik memikirkan kesilapan anda sahaja
sehingga anda berasa sangat malu dan mengutuk hebat diri sendiri

4. Bagaimanakah cara anda berdepan dengan cabaran ?


(a) Saya berani menghadapinya secara bersendirian sahaja
(b) saya akan tabah menghadapi cabaran dengan sokongan dan
galakan orang lain
(c) Saya tidak peduli langsung cabaran itu, kecuali bila dikerah dan
didesak.

5. Apabila saya melihat bayangan wajah saya dicermin,


(a) saya sering rasa malu sendiri untuk melihat kembali wajah dicermin
(b) Saya sering rasa amat gembira dengan penampilan wajah saya
selama ini
(c) Saya rasa selesa dengan penampilan diri pada imej diri di cermin

6. Apabila saya menangguh-nangguhkan masa belajar atau membuat


kerja-kerja di rumah untuk bersantai,
(a) Saya sering rasa bersalah sehingga tidak dapat rasa keseronokan
ketika saya bersantai kerana memikirkan kerja yang bertangguh.
(b) Rasa sedikit bersalah, tetapi saya mennyatakan pada diri, aku ingin
rasa seronoknya bersantai sebentar.
(c) Seronok sentiasa, dan tak pula rasa bersalah

7 . Apa bila saya membandingkan diri saya dengan teman-teman


rapat saya, saya sering merasakan mereka
(a) Lebih hebat dari saya dan kadang-kadang jauh lebih hebat
(b) Selesa saja, kami serasi
(c) dapat saya atasi kehebatannya

8.Apabila saya bertemu dengan seseorang yang kelihatannya tidak


menyenangi saya , saya rasa
(d) rasa amat risau dan resah kerana memikirkan mungkin saya telah
melakukan sesuatu yang tidak disenanginya.
(e) syak yang orang ini berasa iri hati dengan kelebihan diri saya.
(f) saya menerima saja keadaan ini, sebab saya sedar bukan mudah
memenangi hati senua orang.

9. Saya rasa simpati dengan nasib

(a) burun merak


(b) burung pipit
(c) burung helang
Skor

Arahan: Sila Berikan poin kepada pilihan jawapan anda . Poin


jawapan pilihan anda adalah seperti berikut:

No Soalan Poin bagi setiap Pilihan Jawapan Poin jawapan


(a) (b) (c) pilihan saya
1. 0 1 2
2. 1 2 0
3. 2 1 0
4. 2 1 0
5. 0 2 1
6. 0 1 2
7. 0 1 2
8. 0 2 1
9. 2 0 1
JUMLAH SKOR

You might also like