You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI RAJANG

96509 BINTANGOR, SARAWAK

Program Orientasi Perkhemahan Ahli Baru Pengakap Kanak-kanak

Tarikh

18 FEBRUARI 2018

(PERKHEMAHAN & PENGENALAN BERPENGAKAP)

Tempat

Pusat Kegiatan Pelajar, SK Sri Rajang

Anjuran

Unit Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Sri Rajang


1. RASIONAL
Misi Pergerakan Pengakap telah diperbadankan di bawah Akta Parlimen No. 38 Tahun
1968 dengan pindaan No. 143 Tahun 1974 dan No. 409 Tahun 1989, adalah untuk
memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem
nilai berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap manakala matlamatnya
adalah untuk melatih dan mengasuh generasi muda bagi melahirkan individu yang
berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta
bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa.
Kesukarelaan dan kesinambungan pergerakan pengakap amat bergantung kepada
generasi penerus yang berilmu, berpengalaman, berketrampilan, dinamik, berkalibar,
berinovatif, proaktif dan sentiasa berinisiatif bagi membangunkan muda-remaja-belia
menjadi pewaris bangsa dan negara yang mendokong nilai-nilai murni dan wadah
pembangunan modal insan kelas pertama negara.

2. MATLAMAT
Program Orientasi Perkhemahan untuk ahli baru pengakap kanak kanak yang
dianjurkan adalah untuk menarik minat generasi muda untuk menyertai satu badan
beruniform untuk meningkatkan pengetahuan pembelajaran tidak formal. Selain
daripada itu, program yang dianjurkan juga dijalankan untuk memberi pendedahan
kepada ahli ahli baru yang pertama kali menyertai unit pengakap. Secara tidak
langsung, aktiviti yang dijalankan adalah untuk mendedahkah jiwa muda kepada unit
beruniform pengakap di samping berkenalan dengan ahli baru.

3. OBJEKTIF
Pada hujung program selama sehari ini, peserta program diharap akan dapat:-

3.1 Mengetahui tentang sejarah pergerakan pengakap dunia dan juga penubuhan unit
pengakap di negara Malaysia;
3.2 Membentuk dan menghargai perasaaan bersatu-padu dan solidariti. Para peserta
akan berkongsi ruang yang sama dan bertanggungjawab ke atas satu sama lain.
Program ini akan menggalakkan rasa menghormati diri dan orang lain dengan
memahami amalan budaya berlainan dan pengalaman bersama dengan
bertukaran kemahiran pengakap;
3.3 Menyemai rasa cinta terhadap negara melalui penerapan nilai di dalam setiap
aktiviti berpengakap yang dilalui semasa program orientasi berlangsung dan;
3.4 Memperoleh skim latihan asas pengakap kanak kanak untuk mendapatkan
lencana keahlian melalui aktiviti stesen yang dijalankan sepanjang program.
4. JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Pn. Yeo Nga Piing

Setiausha : En. Gelvern Rhobson Anak Anchai

Bendahari : En. Stanley Amsnov Anak Gasah

5. JAWATANKUASA KERJA PROGRAM PENGAKAP

Pengarah Program : En. Aminuddin bin Kassim

Pengerusi : En. Brolin Golayous

Setiausaha : Cik Mariana Raca

Bendahari : Cik. Erin Belo / En. Carl Nyjorie

Penyelaras Program : En. Hisyamuddin bin Husin

Penyelaras Pendaftaran : Cik Camelia Natasha


Pengacara : En. Zakwan bin Hamzah

Pengurus Keselamatan dan Kecemasan : En. Amirul Hafiz bin Tazuddin

Penyelaras Sistem PA : En. Dyyien Aben

Penyelaras Sijil, Piala dan Cenderamata : Cik Willesty Anak Ikok / Cik Patricia Lulong

Jurugambar : En. Melvin Anak Bunan

6. KEGIATAN DAN AKTIVITI RIADAH YANG DIJALANKAN

1) Pengenalan Kepada Unit Beruniform Pengakap


2) Persetiaan dan Undang undang pengakap
3) Hormat dan cogan kata pengakap
4) Penceritaan cerita hutan
5) Pengenalan laung agung pengakap
6) Aktiviti stesen;
a Ujian persetiaan dan undang undang pengakap
b Pendedahan asas pertolongan cemas dan isi peti pertolongan cemas
c Asas kawad kaki dan istiadat bendera
d Nyanyian lagu pengakap
e Demonstrasi pertolongan cemas
JADUALPROGRAM

18 FEBRUARI 2018

MASA AKTIVITI CATATAN


0730 - 0735 Laung Agung Diketuai oleh Encik Stanley
Amsnov
0740 - 0750 Nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Disertai istiadat menaikkan
Lagu Pengakap bendera
0750 - 0755 Bacaan doa Encik Adri Ridhwan
0800 - 0830 Pengenalan kepada Pengakap Disampaikan oleh Ketua
Pesuruhjaya Pengakap
Negeri, Encik Sudaryo Haji
Osman
0835 - 0900 Ucapan perasmian program Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Seri Rajang
0905 - 0915 Rehat Peserta dan penganjur
bersedia ke stesen masing
masing
0920 - 0930 Taklimat Program Disampaikan oleh pengarah
program
Aktiviti stesen
1) Stesen Kesetiaan - Rujuk aktiviti stesen
2) Stesen Kesihatan dan Keselamatan (perkara 9)
0930 1230 3) Stesen Kecekapan
4) Stesen Penyertaan
5) Stesen Perkhidmatan
1240 - 1300 Penutupan Program Ucapan oleh pengarah
Program
1300 - 1310 Penutupan dengan Laung Agung Diketuai Encik Stanley
Amsnov
1315 Bersurai

7. SENARAI JEMPUTAN PERASMIAN


1. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Rajang
2. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah
3. Pegawai Pendidikan Daerah
4. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak
5. Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Sri Rajang
6. Guru Penasihat Unit Beruniform Pengakap Sk Sri Rajang

8. PERATURAN-PERATURAN PROGRAM PENGAKAP


Undang-undang Pengakap menjadi kewajipan semua peserta sepanjang aktiviti dan
pertandingan.
Semua kontijen / kumpulan pengakap dan pandu puteri mesti melapor diri / mendaftar di
bilik urusetia sebaik sahaja tiba.
Peserta dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dan arahan-arahan yang ditetapkan
oleh pihak penganjur.
Peserta mesti berdisiplin dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak penganjur.
Semua bahan/ alatan yang berbahaya dilarang membawa masuk ke dalam kawasan
penganjuran.
Peserta dikehendaki berpakaian kemas dan bersopan (pakaian seragam kemeja-T
kumpulan bersama skaf dan wogel yang diedarkan) di kawasan penganjuran.
Jika berlaku sebarang kemalangan, hubungi pihak penganjur/ urusetia dengan segera.
Pihak penganjur tidak akan bertanggunjawab atas sebarang kehilangan harta benda
peribadi, kumpulan dan alatan pertandingan.
Para peserta dilarang membuang sampah-sarap di merata tempat.
Para peserta perlu berjaga-jaga supaya tidak merosakkan harta benda di kawasan
penganjuran.
Jika terdapat sebarang kerosakan harta benda pihak penganjur yang disebabkan oleh
peserta, kerugian akan ditanggung oleh peserta tersebut.
Peserta tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan yang ditentukan oleh pihak
penganjur kecuali dibenarkan oleh pihak penganjur.
Jika ibu bapa peserta ingin berjumpa dengan peserta, mereka mesti memberitahu pengawal
keselamatan yang bertugas atau pihak urusetia sebelum memasuki ke kawasan
penganjuran. Ini adalah demi keselamatan semua pihak.
Peserta yang didapati melanggar peraturan akan dibatalkan hak daripada menyertai
pertandingan.
Penyertaan hendaklah dimaklumkan kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada atau
sebelum 13 Februari 2017 dengan menghantar borang penyertaan.
Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan perkhemahan selepas melaporkan diri
kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur. .
Kawasan perkhemahan mesti dibersihkan dan dikemaskan selepas pertandingan
dijalankan.
Semua peserta yang hadir dilarang membawa alatan yang boleh menimbulkan kebisingan
kacau-bilau. Pihak penganjur berkuasa merampas alatan tersebut dan memulangkannya
selepas majlis bersurai.

Peraturan-peraturan Semasa Menggunakan Tandas.


1. Para peserta dikehendaki menjimatkan bekalan air dan elektrik.
2. Sentiasa menjaga kerbersihan tandas.
3. Selepas menggunakan tandas, bersihkan dengan air.
4. Para peserta tidak dibenarkan mengotorkan dan mencontengkan dinding tandas.
5. Para peserta dikedendaki berjaga-jaga semua peralatan di dalam tandas.
6. Bahan buangan yang telah digunakan seperti tisu, sabun dan botol-botol syampu yang
kosong dikehendaki membuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
7. Para peserta tidak dibenarkan bermain dan menjerit-jerit di dalam tandas.
8. Pihak penganjur tidak akan bertanggunjawab ke atas sebarang kehilangan harta benda
peserta di dalam tandas.
9. Jika sesiapa yang merosakkan harta benda di dalam tandas, bayaran ganti-rugi akan
dikenakan.

Langkah-langkah keselamatan yang diambil


1. Peraturan-peraturan pengakap akan dikuatkuasakan sepanjang program.
2. Peti kecemasan selalu dibawa untuk menghadapi sebarang kemalangan berlaku.
3. Pemimpin yang berpengalaman mesti sentiasa berada di tempat bertugas dan menyelia
seluruh kerja-kerja persediaan serta perjalanan program.
4. Semua ahli dikehendaki mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk melibatkan diri
dalam aktiviti persediaan perhimpunan dan program tersebut.
5. Pihak penganjur akan memastikan peserta-peserta dijaga oleh pemimpin bertugas atau
guru pengiring sekolah berkenaan.
6. Semua aktiviti persediaan perhimpunan dan program akan dijalankan mengikut masa
yang ditetapkan.

9. AKTIVITI STESEN

1. STESEN KESETIAAN

Stesen Kesetiaan akan mendedahkan peserta kepada persetiaan dan juga undang undang
pengakap
Pengurus stesen akan memberikan helaian kertas mengandungi persetiaan dan juga undang
undang pengakap.
Peserta dikehendaki menghafal dan menyusun semula persetiaan pengakap dan juga undang
undang pengakap yang telah digunting menjadi helaian kecil.
Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan stesen kecuali mendapat kebenaran daripada
pengurus stesen atau setelah menyempurnakan tugasan stesen.
Peserta yang telah berjaya menyambung semula persetiaan pengakap dan juga undang undang
pengakap mengikut urutan yang betul boleh meninggalkan stesen dan bergerak ke stesen
seterusnya.

Gambar 1 : Persetiaan Pengakap Gambar 2 : Undang-undang Pengakap

2. STESEN KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Peserta yang berada di stesen kedua akan mengikuti panduan asas pertolongan cemas.
Pengurus program akan menunjukkan cara cara memberikan pertolongan cemas dan juga
memberi pendedahan akan kepentingan pertolongan cemas.
Peserta juga akan didedahkan dengan isi dan peralatan yang berada dalam kit pertolongan cemas.
Pengurus stesen akan memberikan pendedahan tentang balutan asas untuk kecederaan biasa dan
cara untuk menangani setiap situasi kecemasan.
Setelah selesai, peserta program boleh bergerak ke stesen seterusnya.
Gambar 3 : Balutan Kepala Gambar 4 : Balutan Luka Kaki

Gambar 5 : Balutan Luka Tangan Gambar 6 : Anduh Tangan

3. STESEN KECEKAPAN

Di stesen yang ketiga, peserta akan diajar asas cara berkawad untuk unit beruniform pengakap.
Pengurus stesen akan menunjukkan cara cara berkawad yang betul terlebih dahulu.
Para peserta akan didedahkan kepada beberapa asas kawad ;
I. Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat.
Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada
kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk
baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam sedia.

II. Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15
cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka
dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.

III. Senang Diri


Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan senang diri adalah sama seperti
kedudukan sedia. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-
jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.

IV. Rehatkan Diri


Kedudukannya sama seperti senang diri. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras
pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.
V. Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan
Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu
melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan
hadapan, kecuali penanda keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki
ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.
Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat
genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan
dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama,
pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki
supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan hadapan
masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan
pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan pandang depan,
jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti
dalam keadaan sedia.

VI. Ke Kanan Pusing


Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90 ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak
kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan
menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

VII. Ke Kiri Pusing


Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing, pengakap
dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90 ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di
sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan
tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.

VIII. Ke Belakang Pusing


Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180 ke belakang mengikut arah pusingan
jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia.
Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

IX. Buka Barisan


Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan
belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan.
Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua
langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki
kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.

X. Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap yang
berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam
kedudukan sedia. Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan
bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke
hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya
berada dalam keadaan sedia semula.

XI. Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat
pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin
dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:-
Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri.

XII. Keluar Baris


Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya.
Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke
hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.

4. STESEN PENYERTAAN

Stesen penyertaan akan menguji peserta dalam nyanyian lagu pengakap.


Melalui audio yang disediakan dan helaian lirik lagu pengakap yang diagihkan di stesen, peserta
diminta menghafal dan menyanyikan lagu pengakap dengan penuh semangat.
Peserta tidak dibenarkan meninggalkan stesen kecuali setelah menyelesaikan tugasan.

GAMBAR 7 : Lagu Pengakap

5. STESEN PERKHIDMATAN

Stesen yang terakhir ini akan menguji kebolehan para peserta untuk berkhidmat kepada
masyarakat.
Di stesen yang terkahir ini, para peserta akan diuji dalam demonstrasi pertolongan cemas.
Peserta akan dinilai melalui pengetahuan tentang asas pertolongan cemas dan cara peserta
menangani krisis yang melanda.
Pengurus stesen akan membimbing dan memperbetulkan kesalahan para peserta sepanjang
demonstrasi dijalankan.
Pengurus stesen akan memberikan demonstrasi yang betul tentang cara melakukan pertolongan
cemas.
Antara ujian latihan pertolongan cemas adalah balutan luka kepala, luka kaki, balutan luka tangan
dan juga anduh tangan.
10. Penutup
10.1. Diharapkan semoga aktiviti ini dapat membantu melahirkan pelajar yang seimbang dari
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial di samping menggalakkan generasi muda
untuk melibatkan diri dalam aktiviti badan beruniform agar dapat menjadi modal insan yang
menyumbang ke arah pembangunan negara.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh;

(GELVERN RHOBSON ANAK ANCHAI)


Setiausaha,
Program Orientasi Perkhemahan Ahli Baru Pengakap Kanak-kanak,
Sekolah Kebangsaan Sri Rajang.

Disahkan oleh;

(YEO NGA PIING)


Pengerusi,
Program Orientasi Perkhemahan Ahli Baru Pengakap Kanak-kanak,
Sekolah Kebangsaan Sri Rajang.

You might also like