You are on page 1of 2

Perbincangan proses perlu dibuat berdasarkan panduan soalan Big six seperti

dibawah:

Langkah 1: Definisikan Tugasan

1. Apakah jenis produk akhir yang perlu dipersembahkan kepada pensyarah?


2. Adakah tugasan ini ada had jumlah mukasurat, saiz serta tempoh masa?
3. Apakah topik tugasan ini?
4. Bilakah tarikh terakhir menyiapkan tugasan ini?

(Sertakan Gantt Chart dan peta minda)

1. Apakah katakunci atau frasa ( key words or key phrases) yang boleh saya gunakan
untuk mencari maklumat yang saya perlukan?
2. Apakah soalan-soalan yang saya perlu jawab bagi menyempurnakan tugasan ini?
3. Apakah jenis rujukan (cara penulisan rujukan) yang perlu saya gunakan?
4. Apakah jenis maklumat yang perlu saya cari? (Do you need descriptions, maps,
pictures, statistics, biographical information, etc.?)

Langkah 2 : Strategi Pencarian Maklumat

1. Apkah pilihan sumber-sumber yang boleh saya gunakan bagi mendapatkan


maklumat yang saya perlukan? Senaraikan sumber-sumber.
2. Sumber-sumber manakah yang terbaik dan sesuai untuk digunakan untuk tugasan
ini?

(Huraikan semua jenis sumber yang boleh digunakan dan pilih yang terbaik termasuk
laman-laman web)

Langkah 3: Mengenalpasti Lokasi dan Akses maklumat

1. Manakah saya perlu pergi untuk mencari setiap sumber yang hendak gunakan?
2. Bagaimana saya boleh mencari apa yang saya kehendaki di sini?
3. Siapakah yang boleh bantu saya sekiranya saya menghadapi masalah?
4. Bagaimana saya boleh peroleh maklumat yang saya kehendaki dari sumber-sumber
ini?

(Huraikan cara mengenalpasti lokasi dan akses maklumat)

Langkah 4: Penggunaan Maklumat yang dikenalpasti

1. Apakah maklumat yang diberikan oleh sumber-sumber ini? Adakah maklumat dari
sumber ini cukup mendalam? Atau mudah sangat.
2. Bolehkah saya memahami maklumat-maklumat dari sumber ini?
3. Adakah maklumat yang terdapat dalam sumber ini cukup untuk menyempurnakan
tugasan ini?
4. Adakah maklumat dari sumber ini memberikan idea tambahan untuk mengubahsuai
jawapan saya?
5. Bagaimana cara saya mengeluarkan maklumat dari sumber ini? (Note-taking,
Photocopying, Printing (from a computer source), Videotaping, Scanning (requires a
scanning device) or Drawing or sketching.
6. Adakah maklumat dari sumber ini memberikan kata kunci lain yang boleh membawa
ke maklumat lain?
7. Adakah saya bersedia untuk merangka draf pertama tugasan saya? (semakan fakta
dari sumber pelbagai, semua jenis maklumat, penulisan rujukan, cukup maklumat).

(Huraikan bagaimana maklumat-maklumat tersebut diperolehi e.g download, Fotostat, scan


dll)

Langkah 5: Sintesis (Penyusunan dan persembahan Maklumat)

1. Apakah format hasil tugasan saya? (paper, poster, oral presentation, etc.)
2. Apakah bahan-bahan yang saya perlukan untuk menyusun hasil tugasan saya?

(Dalam langkah ini berikan huraian tentang Blog yang anda hasilkan segi organisasi, post,
label dll)

Langkah 6: Penilaian Produk (Blog) dan proses yang dilalui

1. Adakah saya berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah?


(Semak semula soalan tugasan, pastikan anda selesaikan semua bahagian soalan
dan susunannya betul).
2. Bagaimana saya menyempurnakan tugasan ini? (bahasa, kekemasan kerja, susunan
yang betul, penulisan rujukan kenyataan disokong dengan bukti)

(Tuliskan refleksi tentang kualiti Blog dan keberkesanan proses yang anda lalui dalam
pembinaan Blog ini)

* Aspek-aspek lain boleh ditambah dalam perbincangan

You might also like