You are on page 1of 21

ISI KANDUNGAN

BIL ITEM-ITEM CATATAN

BIODATA GURU PELATIH


1

PERYATAAN PROFESIONAL
2.

PERIHAL SEKOLAH
3.

HASIL KERJA HARIAN


4.

PANDUAN PORTFOLIO
5.
PENYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 2 2012
Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, saya
wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 14 minggu untuk fasa 2. Praktikum
untuk sesi ini ialah opsyen Pendidikan Islam dan Minor Bahasa Arab. Saya akan menjalankan
pratikum di Sekolah Rendah Agama Saidina Umar Al-Khattab, WP Kuala Lumpur. Pratikum
fasa 2 ini bermula 5 Mac 2012 sehingga 8 June 2012. Latihan praktikum ini dilaksanakan
sebagai memenuhi syarat yeng telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru.

Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk
membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai
pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan di sekolah khususnya. Selain itu, dalam
praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid
dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum
saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal
guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga saya akan dapat mengambil dan
menimba ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat digunakan dan diaplikasikan
semasa mengajar kelak.

Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu diterima oleh guru-guru, murid-
murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga
sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Disamping itu, saya
dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan
professional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Saya juga dapat dapat membantu meningkatkan prestasi murid-
murid. dan sekolah. Akhir sekali, saya dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran saya dalam
bidang pendidikan terutama bidang pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Ilmu yang dipelajari sepanjang 5 semester sebelum ini akan saya cuba mempraktikkan
bagi membantu murid-murid di sekolah tersebut. Dalam masa yang sama, saya boleh merasai
sendiri pengalaman melaksanakan sesi bersama murid-murid. Pada masa yang sama, saya boleh
mengaplikasikan teori-teori pengajaran yang telah saya pelajari sebelum ini.

Akhir kata, diharapkan seluruh warga Sra Saidina Umar dapat menerima kehadiran saya
di sekolah dengan menimba banyak perkara berguna di situ sebagai persediaan untuk bergelar
guru.
\
Jurnal Minggu 1 Praktikum Fasa 2 2012

JURNAL MINGGU 1

Masalah

Saya menjalani praktikum fasa 1 di SRA Saidina Umar Al-Khattab untuk tempoh 14
minggu. Untuk praktikum fasa ini saya akan mengajar subjek major iaitu Pendidikan Islam dan
Minor Bahasa Arab. Pada minggu pertama ini, saya hanya perlu memerhati guru matapelajaran
Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam
pengajaran dan pembelajaran yang saya perhatikan dalam kelas Tahun 2, 3 dan 4, saya dapati
murid-murid dalam kelas ini sering menjawab soalan yang diajukan oleh guru tanpa mengangkat
tangan. Murid-murid yang melebihi 30 orang itu tidak mengangkat tangan untuk menjawab
soalan sebaliknya terus menjawab terutama murid-murid lelaki. Keadaan ini menggangu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Analisis Masalah

Kelas 3 Bukhari ini mengandungi murid-murid yang mempunyai pencapaian yang


cemerlang pencapaian akademi. Murid-murid dalam kelas ini sering tidak mengangkat tangan
apabila hendak menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Keadaan ini telah menyebabkan
keadaan dalam kelas menjadi bising dan seterusnya mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran kelas ini dan kelas-kelas sekitarnya. Bukan seorang dua yang melakukan perkara
tersebut, sebaliknya hampir keseluruhan murid dalam kelas tersebut menjawab tanpa
mengangkat tangan terlebih dahulu. Daripada aspek guru, mungkin kerana guru yang mengajar
tidak garang atau tegas terhadap murid-murid menyebabkan murid tidak merasa takut kepada
guru. Selain itu, mungkin guru tidak memberitahu atau membiasakan murid-murid untuk
mengangkat tangan dahulu sebelum menjawab. Daripada aspek murid pula, mungkin murid-
murid merasakan bahawa mereka tidak perlu untuk mengangkat apabila ingin menjawab soalan.
Selain itu, murid-murid mungkin merasa teruja untuk menjawab soalan yang diberikan
menyebabkan mereka berebut-rebut sehingga murid-murid tidak mengangkat tangan.
Cadangan
Dalam mengatasi masalah murid-murid menjawab tanpa mengangkat tangan ini, saya akan
memberi arahan ataupun menetapkan peraturan dengan murid-murid iaitu apabila ingin
menjawab soalan hendaklah mengangkat tangan dahulu. Apabila guru memberi kebenaran
barulah murid memberi jawapan. Sekiranya murid-murid tidak mengikut peraturan yang
ditetapkan akan dikenakan dendaan. Selain itu, sekiranya murid menjawab tanpa mengangkat
tangan dahulu, jawapan yang diberikan tidak akan diterima. Disamping itu, guru menggunakan
kertas latihan berbanding soalan lisan. Selain itu, semua murid diberi peluang bagi menjawab
soalan. Oleh itu, murid-murid tidak akan berebut menjawab soalan kerana setiap murid
mempunyai peluang masing-masing. Disamping itu juga, bagi memotivasikan murid-murid agar
berkelakuan seperti yang dikehendaki guru, setiap murid yang menjawab soalan dengan
mengangkat tangan dahulu akan mendapat ganjaran sejurus selepas itu.

Tempoh Penyelesaian
05 Mac 2012 16 Mac 2012

Tindakan Susulan
Guru membuat peraturan yang sesuai dengan situasi murid-murid. Selain itu, guru menyediakan
kertas latihan dan menyediakan ganjaran untuk murid-murid yang kelakuan seperti yang
dikehendaki oleh guru.

Catatan
Murid-murid akan berusaha untuk mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu mengangkat tangan
dahulu untuk menjawab soalan bagi mendapatkan ganjaran yang disediakan dan mengelakkan
daripada dikenakan dendaan. Secara individu, murid-murid mempunyai motivasi untuk bersikap
positif kerana murid-murid akan mendapat ganjaran. Pasti akan timbul keinginan dalam diri
murid-murid lain untuk mendapatkan ganjaran tersebut apabila sudah ada rakan-rakan mereka
yang memperolehnya. Keadaan ini bertepatan dengan Teori Pelaziman Operan Skinner di mana
peneguhan positif (pemberian ganjaran harian) adalah rangsangan untuk menambahkan
kebarangkalian pengulangan tingkah laku positif yang diinginkan guru. Peneguhan negatif
(dendaan) juga diaplikasikan bagi memberi kesan yang tidak menyeronokkan dalam diri murid-
murid dan dengan harapan mereka akan mengulangi tingkah laku yang diingini guru.
Jurnal Minggu 2 Praktikum Fasa 2 2011

Jurnal Minggu 2

Cuti Penggal Pertama


13 March 2012-18 March 2012
Jurnal Minggu 3 Praktikum Fasa 2 2011
Jurnal Minggu 3
Masalah
Setelah 2 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi
matapelajaran Pendidikan Islam, saya dapati dan berpendapat bahawa segelintir murid kurang
memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang
melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual
dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca
daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi
berkesan dalam hubungan guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan
interpersonal. Sebagai seorang pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru seharusnya
menggunakan corak kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknik
yang pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan dengan
murid-murid menyebabkan taknik ini mempengaruhi pemupukan minat murid terhadap proses
pengajaran.

Analisis masalah
Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali terganggu akibat
daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan guru dan
murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya minat murid
untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan
menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran dan menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid dapat mendengarnya.
Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap murid-
murid yang kurang berminat untuk belajar.
Menurut Mok Soon Sang :
Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid
yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik darjah banyak mempengaruhi proses interaksi
antara guru dengan murid. Guru yang mengamalkan corak kepimpinan autokratik di mana
murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan
pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak digalakkan
dan bersifat pasif.

Cadangan
Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa perubahan untuk
memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau diatasi. Saya akan mencuba
mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti
melakuakan corak kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa
corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan
komunikasi yang berlangsung (samada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan
kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan
murid-muridnya:
Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran
berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut:
Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul,
perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh
dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi.Mok Soon Sang (2003)
Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru juga
disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan. Pengaplikasian
teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif
juga boleh membantu.
Tempoh penyelesaian
19 March 2012- 23 March 2012

Tindakan susulan
Saya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam mengendalikan P&P
dengan berkesan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka
menyatakan:
Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat murid
untuk belajar.
Disamping itu, saya akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif seperti pujian atau
hadiah dan peneguhan negatif seperti dendaan dalam usaha mengawal murid-murid semasa
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.

Catatan
Dalam mewujudkan suasana kelas atau bilik darjah yang baik dan berkesan, guru seharusnya
kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat mempengaruhi suasana P&P
di dalam kelas nanti. Murid-murid akan lebih bersedia dan bersemangat untuk belajar sekiranya
guru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru,
adalah menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus
menjadikan proses P&P berkesan.
Jurnal Minggu 4 Praktikum Fasa 2 2011
Jurnal Minggu 4

Masalah
Sepanjang 4 minggu saya menjalani praktikum, saya berdepan dengan masalah penampilan dan
kebersihan diri murid-murid. Murid-murid tidak menjaga kekemasan dan kebersihan pakaian,
dan diri sendiri. Saya dapati, murid-murid tidak mengambil berat dan memandang serius tentang
kebersihan dan kekemasan diri. Murid-murid tidak memasukkan baju ke dalam seluar supaya
Nampak lebih kemas. Selain itu, murid-murid akan bermain dalam berpakaian sekolah sehingga
baju mereka kotor dan berbau. Kebanyakan murid-murid datang pada waktu pagi dengan
berpakaian bersih dan kemas, akan tetapi, mereka akan mula berkeadaan kotor dan berbau
setelah bermain-main terutama selepas waktu rehat.
Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid-murid sekolah. Seharusnya, murid-
murid menjaga penampilan diri dari segi kekemasan dan kebersihan diri. Malahan, terdapat
murid-murid yang mempunyai bau badan yang busuk. Masalah kebersihan ini bukan sekadar
berlaku kepada murid Tahap 1, malah melibatkan murid Tahap 2.
Sebagai seorang guru, perkara ini membimbangkan kerana ianya melibatkan imej sekolah dan
guru-guru. Sekiranya pihak luar datang ke sekolah dan mendapati murid-murid tidak berpakaian
kemas dan kotor, mereka akan menyalahkan guru-guru dan pihak sekolah. Ini akan memberikan
malu dan merosakkan imej guru dan sekolah.saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa
membimbangkan dan perlu diatasi segera. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan baik dan lancar sekiranya murid-murid berkeadaan bersih dan kemas.

Analisis masalah
Dalam sesuatu kehidupan manusia, kebersihan diri merupakan salah satu unsur yang penting.
Menjaga kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan
tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni. Kebersihan menggambarkan perwatakan dan
keperibadian seseorang individu di mata masyarakat. Kebersihan perlu diambil berat dan
diamalkan sejak masih kecil lagi. Murid-murid sepatutnya menjadikan penampilan yang kemas
dan menjaga kebersihan sebagai satu budaya hidup seharian terutama ketika berada di sekolah.
Ini kerana, sekolah merupakan tempat murid-murid menimba ilmu pengetahuan. Sekiranya
suasana dan diri tidak bersih dan kemas akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu
seterusnya mengganggu tumpuan dan perhatian murid-murid menimba ilmu pengetahuan.
Menurut Islam:

Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengamalkan kebersihan mencakupi kebersihan diri,


keluarga, tempat tinggal dan tempat beribadat kerana suasana bersih dan suci membawa kepada
persekitaran sihat, selamat dan impak kesejahteraan kepada umum.

Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam juga menitikberatkan soal
kebersihan. Menurut Sabda Rasulullah SAW:

Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman

Kita harus sedar bahawa menjaga kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan
penyakit. Maka, kita bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

Cadangan
Dalam mengatasi masalah kebersihan dan kekemasan diri murid-murid, ianya menjadi
tanggungjawab semua pihak di sekolah. Murid-murid bertanggungjawab terhadap diri sendiri,
guru pula bertanggungjawab menegur dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid-
murid. Pihak sekolah pula bertanggungjawab seperti mengadakan kempen kebersihan dan
menguatkuasakan peraturan kebersihan dan kekemasan diri murid-murid.
Guru-guru merupakan individu yang paling penting dalam memastikan murid-murid menjaga
kebersihan dan kekemasan diri. Guru tidak seharusnya membiarkan perkara ini berlaku kerana
ianya melibatkan imej guru. Guru perlu sentiasa menegur dan tegas terhadap kebersihan murid-
murid. Teguran secara terus merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.
Sekiranya terdapat murid-murid yang kemas dan bersih dalam penampilan diri, guru perlu
memberi pujian kepada murid tersebut dan menjadikan contoh kepada murid-murid lain.
Selain itu, penampilan guru juga harus dijaga kerana murid-murid menganggap guru merupakan
contoh yang terbaik kepada mereka. Sekiranya guru tidak menjaga kekemasan dan kebersihan
akan memberi kesan kepada murid-murid. Murid-murid akan beranggapan kenapa mereka mesti
menjaga kekemasan dan kebersihan diri sekiranya guru tidak melakukan sedemikian.

Tempoh Penyelesaian
26 March-30 March 2012 iaitu selama 5 hari.

Tindakan susulan
Guru seharusnya memberi nasihat dan teguran secara berterusan. Ini kerana, menjadi
tanggungjawab guru-guru untuk menegur murid-murid dan mengatasi masalah ini supaya tidak
berlarutan. Ketika proses P&P, guru-guru mengingatkan dan menegur murid tentang menjaga
kebersihan. Teguran tidak terhad di dalam kelas sahaja, tetapi boleh dilakukan di mana-mana
sahaja sekiranya bertemu murid-murid yang tidak berpakaian kemas dan kotor.

Catatan
Dalam memastikan kehidupan selesa dan harmoni, kebersihan diri seharusnya diambil berat
terutama kepada murid-murid yang sedang menimba ilmu pengetahuan. Murid-murid perlu
berada dalam keadaan bersih dan kemas supaya proses P&P berjalan dengan berkesan. Selain
itu, guru-guru semestinya menunjukkan contoh teladan kepada murid-murid kerana guru
merupakan contoh ikutan terbaik untuk murid-murid. Kebersihan melambangkan keperibadian
murid-murid, guru dan imej sekolah.
Jurnal Minggu 5 Praktikum Fasa 2 2011

Jurnal Minggu 5

Masalah
Saya mengajar di kelas 3 Al-Buhkari untuk subjek Bahasa Arab . Sepanjang seminggu
saya mengajar kelas ini, saya dapati terdapat beberapa orang murid yang agak nakal. Mereka
membuat bising dan tidak mahu mengikut arahan yang diberikan oleh saya. Selain itu, mereka
kadang-kadang mengganggu rakan-rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti yang saya
berikan. Oleh itu, saya telah menegur mereka sekiranya mereka melakukan perkara tersebut.

Analisis masalah

Sepanjang minggu ini, saya telah memasuki kelas 3 Al-Bukhari sebanyak 1 waktu.
Tingkah laku sebilangan kecil murid dalam kelas ini agak nakal. Tingkah laku mereka ini
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran sering terganggu. Murid-murid yang nakal ini
bukanlah dalam kalangan murid yang lemah daripada segi prestasi akademik sekiranya ingin
dikaitkan tingkah laku mereka dengan keupayaan akademik. Saya perhatikan mereka merupakan
murid yang pandai, lebih-lebih lagi berada dalam kelas yang paling hadapan. Murid-murid ini
tiada masalah pembelajaran tetapi hanyalah sikap dan perangai mereka sahaja yang
menimbulkan masalah. Kebanyakan murid-murid ini tinggal di kawasan taman perumahan
berhampiran yang mempunyai kepadatan rumah dan penduduk yang padat. Murid-murid ini
mungkin tidak mempunyai ruang atau kawasan untuk bermain ataupun berekreasi ketika di
rumah menyebabkan mereka berasa agak terkongkong dan hanya di sekolah sahaja mereka dapat
bermain dan melakukan aktiviti. Menurut Meece (2002), bermain merupakan sebahagian
daripada perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak (Woolfolk,A.,2004). Selain itu,
berkemungkinan murid-murid ini hanya ingin mendapatkan perhatian dari saya yang merupakan
guru baru yang memasuki kelas mereka dengan melakukan tingkah laku yang negatif. Selain
daripada itu, mungkin juga mereka tidak memahami pengajaran saya pada hari tersebut.
Cadangan
Bagi mencegah dan mengelakkan murid-murid ini membuat bising dan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan kelak, saya sebagai guru perlu membina
hubungan yang baik dan mesra dengan murid-murid dengan sering berbual dengan murid-murid
tersebut tentang diri, keluarga dan minat mereka. Selain itu, saya boleh selalu berinteraksi dan
berkomunikasi dengan bertanya khabar atau menegur murid bila mana bertemu dengan mereka.
Tindakan ini akan menambahkan lagi rasa senang hati di dalam diri murid kerana mereka akan
rasa ada orang mengambil berat tentang dirinya. Jika sebelum ini, murid itu hanya dimarahi
kerana berbuat nakal, kali ini dia rasa dihargai. Apabila mereka mesra dan baik dengan saya,
mereka akan merasa malu untuk berkelakuan yang negatif. Kebarangkalian untuk murid tersebut
bertingkah yang negatif pada masa hadapan akan berkurangan.
Selain itu, guru boleh memanggil murid-murid tersebut untuk berbincang dan berkongsi
masalah yang mereka hadapi secara individu. Walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah
tersebut, sekurang-kurangnya murid-murid akan merasa lega dan tenang kerana dapat berkongsi
dan melepaskan masalah dalam diri mereka. Saya sebagai guru juga boleh memainkan peranan
sebagai abang kepada murid-murid supaya hubungan yang mesra dapat terjalin tetapi mengikut
batas-batas yang tertentu. Menurut Mortimore dan Whitty (1997), sekolah tidak mempunyai
kuasa untuk mengubah kelemahan sosial sepenuhnya dalam masyarakat kita, namun
perancangan intervensi yang baik di sekolah dapat membantu mereka yang menghadapi masalah
sosial daripada tercicir dalam pendidikan. Sekolah perlu menyediakan persekitaran yang selamat
bagi membantu perkembangan kanak-kanak khususnya yang menghadapi pengalaman dan
pengaruh negatif dalam kehidupan mereka. Curwin dan Mondler menyatakan bahawa
pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu strategi untuk mencegah masalah disiplin
dan tingkah laku dan bukan satu respon kepada tingkah laku murid.
Selain itu, saya perlu membuat penerokaan untuk mengetahui sebab-sebab mereka selalu
melakukan tingkah laku negatif semasa P&P dijalankan. Setelah mengetahui dan memahami
seseorang murid dengan lebih dekat, mungkin dapat dikenalpasti punca mereka berkelakuan
tertentu. Oleh itu, teguran dan nasihat yang sesuai boleh diberikan agar murid tersebut tidak terus
berkelakuan negatif.
Tempoh Penyelesaian
2 April 2012- 6 April 2012

Tindakan Susulan
Ketika berlakunya Pengajaran dan Pembelajaran, guru perlu memantau dan memerhatikan
kelakuan murid-murid terbabit setelah teguran dan nasihat diberikan. Bermula daripada situ,
guru dapat mengenalpasti sama ada teguran dan nasihat yang diberikan kepada murid terbabit
diikuti dan dipatuhi atau tidak. Selain itu, kebiasaannya, apabila telah diberi nasihat dan teguran,
akan ada sedikit perubahan terhadap tingkah laku murid. Oleh itu, guru perlu memberi
peneguhan positif seperti pujian dan galakan kepada murid-murid tersebut. Murid tersebut
dijadikan contoh kepada murid-murid lain yang masih melakukan tingkah laku negatif.

Catatan
Menurut Kounin (1971), faktor utama dalam menguruskan tingkah laku dalm bilik darjah adalah
berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku dalam bilik
darjahnya pada setiap masa dan cara untuk menangani masalah sebelum menjadi masalah
disiplin.Seorang murid yang melakukan tingkah laku negatif akan mempengaruhi tingkah laku
rakan sebaya di sekelilingnya. Oleh itu, guru perlu bijak dalam menguruskan bilik darjah untuk
mengurang dan mengelakkan tingkah laku negatif.
Jurnal Minggu 6 Praktikum Fasa 2 2011
Jurnal Minggu 6
Masalah
Setelah 6 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi
matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab , saya masih terdapat segelintir murid kurang
memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang
melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual
dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca
daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi
berkesan dalam hubungan guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan
interpersonal.

Analisis masalah
Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali terganggu akibat
daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan guru dan
murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya minat murid
untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan
menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran dan menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid dapat mendengarnya.
Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap murid-
murid yang kurang berminat untuk belajar.

Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik darjah banyak mempengaruhi proses interaksi
antara guru dengan murid. Guru yang mengamalkan corak kepimpinan autokratik di mana
murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan
pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak digalakkan
dan bersifat pasif.
Cadangan
Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa perubahan untuk
memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau diatasi. Saya akan mencuba
mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti
melakuakan corak kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa
corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan
komunikasi yang berlangsung (samada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan
kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan
murid-muridnya:
Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran
berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut:
Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru juga
disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan dan kuiz .
Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.

Tempoh penyelesaian
9 April 2012- 13 April 2012

Tindakan susulan
Saya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam mengendalikan P&P
dengan berkesan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka
menyatakan:
Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat murid
untuk belajar.
Disamping itu, saya akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif seperti pujian atau
hadiah dan peneguhan negatif seperti dendaan dalam usaha mengawal murid-murid semasa
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.
Catatan
Dalam mewujudkan suasana kelas atau bilik darjah yang baik dan berkesan, guru seharusnya
kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat mempengaruhi suasana P&P
di dalam kelas nanti. Murid-murid akan lebih bersedia dan bersemangat untuk belajar sekiranya
guru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru,
adalah menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus
menjadikan proses P&P berkesan.

You might also like