You are on page 1of 5

PK07 Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN LA SALLE 2 JINJANG


KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT POST MORTEM PERCUBAAN UPSR TAHUN 6


BIL 4/TAHUN 2016

Tarikh : 12 Ogos 2016 (Khamis)

Masa : 2.00 petang- 3.25 petang

Tempat : Kabin 1, SK La Salle 2 Jinjang

Pengerusi : En Mohd Izuddin bin Mohd Zain

Kehadiran(Bilangan) : 12/15 orang

BIL NAMA JAWATAN

1 En Mohd Izuddin bin Mohd Zain Pengerusi/ PK Tadbir dan Kurikulum


2 Pn Rosmaini bt Mohamed Nawi PK Kokurikulum
3 En Mior Sazmer bin Mohd Isa Guru Sains 6 Cerdik
4 Pn Siti Zanariah bt Abdullah Penyelaras Tahun 6/Guru Matematik 6 Cerdas
5 Pn Hasnida bt Ab Ghani Guru Bahasa Melayu 6 Cerdas
6 Pn Noramiza bt Abd Rahim Guru Bahasa Inggeris 6 Cerdas
7 Pn Fatimah bt Mamat Guru Bahasa Melayu 6 Cerdik
8 Pn Norsheeda bt Ahmad Guru Sains 6 CerdasPenolong Bendahari
9 Pn Norasikin bt Abd Rahman Guru Sains 6 Cemerlang
10 En Venu a/l Mokhana Sundram Guru Bahasa Inggeris 6 Cerdik
11 Pn Kamarosshalina bt Noh Guru Matematik 6 Cerdik
12 Pn Siti Mustaqimah bt Abdul Rahman Setiausaha/Guru Bimbingan dan Kaunseling

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

Tidak hadir : 1. Pn Tan Geok Hong Guru Besar


2. Pn Aloyah bt Jaafar PK HEM
3. Pn Yeo Ai Hua Guru Bahasa Inggeris 6 Cemerlang

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih diatas kehadiran semua guru
yang terlibat dalam Mesyuarat Post Mortem Percubaan UPSR Murid Tahun 6 2016.
Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MNIT MESYUARAT:


2.1 Minit Mesyuarat Bil 3/2016 dicadangkan pengesahannya oleh En Venu a/l Mokhana Sundram
dan disokong oleh Puan Siti Zanariah bt Abdullah.
Tindakan : Makluman
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Pengerusi berharap tindakan diambil oleh semua guru mata pelajaran. Sebagai contoh
menekankan murid-membuat pembetulan sangat penting.
Tindakan: Makluman

Hak Cipta Terpelihara Jabatan Pendidikan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


| 11 Mei 2012 - Keluaran 01 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

4 ANALISIS KESELURUHAN PENCAPAIAN PERCUBAAN UPSR 1 TAHUN 6 MENGIKUT MATAPELAJARAN.

4.1 Berikut ialah analisis keseluruhan pencapaian murid dalam Percubaan UPSR Tahun 6.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR TAHUN 2016


TAHUN 6/2016
JUMLAH
JUMLAH JUMLAH A B C D MENGUAS E
BIL MATA PELAJARAN CALON AI GPMP
CALON AMBIL
BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %

1 BM-PEMAHAMAN 78 78 6 7.69 15 19.23 33 42.31 12 15.4 66 84.6 12 15.4 3.12


2 BM-PENULISAN 78 78 7 9.0 11 14.1 16 20.5 24 30.8 58 74.4 20 25.6 3.50
BAHASA INGGERIS-
3 78 78 5 6.4 12 15.4 18 23.1 16 20.5 51 65.4 27 34.6 3.62
PEMAHAMAN
BAHASA INGGERIS
4 78 78 0 0.0 6 7.7 14 17.9 15 19.2 35 44.9 43 55.1 4.22
-PENULISAN
5 MATEMATIK 78 78 4 5.1 4 5.1 9 11.5 23 29.5 38 48.7 38 48.7 4.12
6 SAINS 78 78 5 6.4 17 21.8 26 33.3 15 19.2 63 80.8 15 19.2 3.23
GPS 3.63

Hak Cipta Terpelihara Jabatan Pendidikan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


| 11 Mei 2012 - Keluaran 01 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.2 Pengerusi memaklumkan peratus lulus bagi Percubaan UPSR meningkat,tetapi GPS
menurun berbanding PKSR 1 iaitu 3.5 kepada 3.63.
Tindakan: Makluman

4.3 SAINS
4.3.1 Peratus lulus meningkat dan GP meningkat dari 3.27 kepada 3.23.
4.3.2 Bagi Kelas 6 Cemerlang, En Mior Sazmer memaklumkan bahawa murid boleh mendapat
A sekiranya diusahakan lagi.3 orang murid yang mendapat A dalam kelas ini kurang
konsisten dan sukar diramal untuk mendapat A. Murid yang dikenal pasti mendapat A
ialah Hadirah Adlina. Shakif Aiman boleh dapat A tetapi perlu diberi perhatian.
4.3.3 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru fokus kepada 4 orang murid yang telah
disasarkan
4.3.4 Pn Kamarosshalina, guru kelas 6 Cerdik memaklumkan Muhd Danish Fikri tidak
bersemangat untuk belajar kerana perlu bergerak ke kelas berlainan. Guru Kaunseling
juga telah membantu dan mendapatkan punca sebenar.
4.3.5 Selain Itu,Muhd Khairul juga menurun dari gred A ke gred C. Guru kurang pasti masalah
murid tersebut.
4.3.6 Pengerusi berharap Bengkel Sains dilaksanakan semasa Goal Camp. En Mior
memaklumkan Pn Norsheeda akan memberikan maklumat dalam bengkel tersebut.
4.3.7 Pn Norsheeda memaklumkan murid-murid JUARA Muhd Aqiel,Nuruzul Hada Ayuni dan
Puteri Balqis antara calon yang boleh menigkat. Tetapi Puteri Nur Balqis agak kurang
konsisten dan perlu perhatian.
4.3.8 Selain itu, Pn Norsheeda juga memaklumkan 2 orang murid iaitu Kashwini dan
Annaporani yang akan diusahakan supaya mendapat sekurang-kurangnya gred C.
4.3.9 Bagi kelas 6 Cerdik pula, En Mior Sazmer memaklumkan murid perlu ada pengetahuan
kerana format tahun ini berbeza dari tahun lepas.
Tindakan: Makluman

4.4 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN


4.4.1 Bagi Kelas 6 Cemerlang hanya 4 orang murid mendapat A ,6 orang B dan 5 orang C.
4.4.2 Bagi Kelas 6 Cerdas pula, Puan Hasnida memaklumkan semakin meningkat iaitu
2 orang mendapat gred A iaitu Nur Jannah dan Muhd Aqiel.
4.4.3 Beliau juga memaklumkan 2 orang murid yang gagal iaitu Deeban dan Kashwini. Masalah
yang dikenalpasti ialah mereka tidak memahami soalan dan hanya menjawab secara
logik. Bagi Bahagian A, Deeban hanya mendapat markah 8/20 dan Kashwini pula 7/20.
Bagi Bahagian B pula, Deeban mendapat 7/30 dan Kashwini mendapat 11/30.
4.4.4 Bagi kelas 6 Cerdik, Puan Fatimah memaklumkan murid yang gagal ialah 10 orang
berbanding PKSR 1 hanya 5 orang gagal. Bagi murid yang bernama Moshika menurun
dari gred C ke E. Guru belum mengenalpasti masalah murid ini.
4.4.5 Selain itu skema pemarkahan semakin ketat. Pn Fatimah juga memaklumkan murid tidak
mendapat markah sekiranya ejaan salah walaupun jawapan yang diberikan betul.
4.4.6 Murid yang dikenalpasti bermasalah ialah Mark Steven dan Tirisanthini. Pada
peperiksaan kali ini dia hanya mendapat 10 markah kerana Bahagian B tidak dijawab.
Tirisanthini pula masalah kehadiran. Guru Kelas memaklumkan dia malas ke sekolah.
Guru Kaunseling telah mengenalpasti masalah seperti yang telah disebutkan oleh guru
kelas.
4.4.7 Bagi mengatasi maslaah tersebut, Puan Fatimah dan Pn Aloyah akan mengadakan
bengkel Bahasa Melayu semasa program Goal Camp akan datang kerana dalam
bilangan kecil lebih mudah untuk murid memahami.
Tindakan: Makluman
4.5 BAHASA MELAYU PENULISAN
4.5.1 Bagi kelas 6 Cerdas, Muhd Aiman Shahkirin gagal kerana kurang faham petikan dan dia
hanya salin semula petikan tersebut. Bagi Bahagian C,dia menulis ulasan tetapi isi tidak
menepati jawapan. Pn Hasnida mengenalpasti punca kurang pendedahan daripada guru.
4.5.2 Puan Hasnida telah memberi penerangan dan pendedahan tentang membuat ulasan.
4.5.3 Bagi kelas 6 Cerdik, Puan Fatimah memaklumkan murid yang gagal ialah 18 orang
Hak Cipta Terpelihara Jabatan Pendidikan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
| 11 Mei 2012 - Keluaran 01 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

kerana mereka tidak menjawab mengikut kehendak soalan.


4.5.4 Murid yang semakin merosot keputusan ialah Rilla Nabilla dan Nurul Zafirah kerana
masalah sikap.
4.5.5 Selain itu Romen Teck Hua masalah dalam penulisan dan dia tidak menjawab soalan
semasa peperiksaan kerana keletihan sehingga tertidur. Puan Fatimah memaklumkan dia
bermain game 7 jam tanpa henti.
4.5.6 Bagi membimbing dan membantu murid, Pn Fatimah akan fokus kepada teknik menjawab
soalan.
Tindakan: Makluman
5.6 BAHASA INGGERIS PEMAHAMAN
4.6.1 Bagi kelas 6 Cemerlang 5 orang mendapat A, 5 orang B dan 5 orang C.
4.6.2.Bagi kelas 6 Cerdas, Puan Noramiza memaklumkan bilangan lulus meningkat dari 21
orang kepada 25 orang. Muhd Aqiel mendapat B (74 markah) dan boleh dapat A
sekiranya dia rajin.
4.6.3 Puan Noramiza memaklumkan 6 orang murid yang gagal. Antaranya ialah Muhd Azmi,
Muhd Hadif dan Nor Shahira Alya. Mereka mempunyai masalah sikap malas kecuali Nor
Shahira sangat rajin.
4.6.4 Bagi kelas 6 Cerdik, En Venu memaklumkan murid lulus meningkat dari 7 orang semasa
PKSR 1 kepada 11 orang dalam Percubaan UPSR. Masalah yang dihadapi ialah murid
kekurangan vocabulary. Kaedah yang dilaksanakan seperti ujian ejaan memberi kesan
yang baik dan harus diteruskan.
Tindakan: Makluman

4.7 BAHASA INGGERIS PENULISAN


4.7.1 Bagi kelas 6 Cerdas, 2 orang mendapat B, 7 orang C, 2 orang D dan 14 orang E.
4.7.2 Murid yang berpotensi ialah Muhd Aqiel dan Nuruzul Hada Ayuni. Muhd Aqiel sukar
mendengar pesanan dan pembetulan oleh guru,manakala Nuruzul Hada Ayuni
mendengar dan rajin.
4.7.3 Bagi 6 Cerdik, En Venu memaklumkan penandaan sangat strict dan 3 orang murid yang
lulus. Kebanyakan murid cuba menjawab soalan dan tidak tinggal kosong kecuali Lailatul
Hasanah, Agaleswari dan Yasinth Kumar.
Tindakan: Makluman
4.8 MATEMATIK
4.8.1 Bagi kelas 6 Cemerlang 4 orang mendapat A, 4 orang B, 5 orang C dan 2 orang D.
Pengerusi memaklumkan markah Matematik menurun. Soo Kian Keong banyak
membuat kesilapan walaupun telah dipesan banyak kali. Yashwini juga merosot dan
Danish Fikri mendapat E kerana cuai. Guru Kelas 6 Cerdik,Pn Kamarosshalina
memaklumkan Danish malas dan tidak membuat kerja sekolah.
4.8.2 Bagi kelas 6 Cerdas, Puan Siti Zanariah memaklumkan 12 orang murid yang gagal.
Antaranya ialah Muhd Hadif,Muhd Ahsraf, Mark Steven dan Wan Muhd Aizat banyak
bermain.
4.8.3 Bagi Kelas 6 Cerdik, Pn Kamarosshalina memaklumkan murid yang kurang minat
belajar ialah Muhd Alif, Shahrizuan dan Yasinth.
Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN:
5.1 Pengerusi memaklumkan target dan GPS sekolah ialah 2.4. Pengerusi menegaskan
bahawa pengarah mementingkan data. Dalam tempoh 3 minggu ini guru-guru diharapkan
dapat membantu murid-murid.
5.2 Pengerusi juga menggalakkan guru-guru memberikan kata-kata semangat kepada murid-
murid
5.3 Bagi program Goal Camp penambahan seorang murid yang berminat iaitu Saramathi.
Guru Kelas Pn kamarosshalina memaklumkan murid tersebut baik dan tidak menggangu
orang lain.
5.4 Sesi taklimat sebelum rehat kepada murid yang terlibat dengan Goal Camp.
Tindakan: Makluman
Hak Cipta Terpelihara Jabatan Pendidikan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
| 11 Mei 2012 - Keluaran 01 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi berharap semua guru menggunakan strategi yang sebaiknya.
6.2 Mesyuarat diakhiri pada jam 3.25 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... ................................
(SITI MUSTAQIMAH BINTI ABDUL RAHMAN) (MOHD IZUDDIN BIN MOHD ZAIN)
Setiausaha/ Guru Bimbingan dan Kaunseling PK Tadbir dan Kurikulum
SK La Salle 2 Jinjang SK La Salle 2 Jinjang
Kuala Lumpur Kuala Lumpur

Tarikh : 11 Ogos 2016 Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara Jabatan Pendidikan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


| 11 Mei 2012 - Keluaran 01 | Pindaan 00

You might also like