You are on page 1of 3

TREND PEMBELIAN BARANGAN ELEKTRONIK SECARA ATAS TALIAN

DALAM GOLONGAN LELAKI YANG MENGUNJUNGI


MEDAN ASYAKIRIN BINTULU
SATU PERBANDINGAN ANTARA PEMBELIAN SECARA ATAS TALIAN
DENGAN PEMBELIAN TERUS DI PREMIS PERNIAGAAN

ABSTRAK

Isu kajian ini dijalankan ialah pembeli sering menghadapi masalah memilih
sama ada membeli barangan elektronik secara atas talian atau membeli di kedai.
Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis barangan elektronik atas talian
yang suka dibeli oleh golongan lelaki yang mengunjungi Medan Asyakirin Bintulu dan
mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi golongan lelaki untuk membeli barangan
elektronik secara atas talian atau secara langsung di premis perniagaan. Kajian ini
dilakukan di Medan Asyakirin Bintulu. Metodologi kajian ini ialah soal selidik,
pemerhatian dan rujukan. Sampel kajian seramai 30 orang lelaki dalam kalangan
pengunjung Medan Asyakirin Bintulu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis
barangan elektronik atas talian yang paling banyak pernah dibeli oleh responden ialah
alatan komputer. Seterusnya, faktor yang paling mempengaruhi pilihan golongan lelaki
membeli barangan elektronik secara atas talian ialah mempunyai lebih banyak pilihan,
manakala faktor utama yang mempengaruhi pilihan golongan lelaki membeli barangan
elektronik secara terus di premis perniagaan ialah dapat melihat reka bentuk, warna dan
saiz barangan elektronik yang sebenar sebelum membelinya. Kesimpulannya,
pemilihan cara pembelian barangan elektronik bergantung pada masa dan sifat
seseorang.

i
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Illahi di atas limpah rahmat-Nya, dapatlah
pengkaji menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam ke atas rasul dan junjungan kita
Nabi Muhammad S.A.W.
Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, pengkaji ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Kong Mee Yoke selaku
pengetua SMK Bandar Bintulu dan kepada Encik Ting Ting Chung selaku penolong
kanan tingkatan enam SMK Bandar Bintulu yang telah memberikan kebenaran untuk
menjalankan kajian luar dan banyak memberikan sokongan moral kepada pengkaji
semasa menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada guru yang menyelia segala
perkara yang berkaitan dengan kajian ini iaitu Puan Kow Pei Hoon. Segala tunjuk ajar
dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan kerja kursus ini amat pengkaji hargai
dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik
yang dihulurkan.
Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa pengkaji iaitu
Encik Hussain Ali dan Puan Sanisah Saini serta keluarga yang telah banyak membantu
dan memberi sokongan moral mahupun kewangan kepada pengkaji.
Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah membantu
pengkaji dalam memberi idea ketika pengkaji ketandusan idea. Semoga segala usaha
rakan-rakan seperjuangan diberkati oleh Allah.
Akhir sekali, pengkaji ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua pihak yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Segala budi dan jasa yang kalian hulurkan hanya Allah S.W.T sahaja yang
dapat membalasnya. Semoga kita peroleh rahmat dan perlindungan daripada Allah
S.W.T.

ii
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Objektif Kajian 2
3.0 Lokasi Kajian 3
3.1 Peta Sarawak 3
3.2 Peta Daerah Bintulu 4
3.3 Peta Kawasan Medan Asyakirin Bintulu 5
3.4 Gambar Kawasan Medan Asyakirin Bintulu 6
4.0 Metodologi 7
4.1 Cara Mendapatkan Sampel dan Responden 7
4.2 Pengumpulan Data 7
4.3 Pemprosesan Data dan Mempersembahkan Data 8
5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 9
5.1 Analisis Data Demografi Responden 9
5.2 Analisis Jenis-jenis Barangan Elektronik Secara Atas 13
Talian yang Suka Dibeli oleh Golongan Lelaki
5.3 Analisis Faktor-faktor yang Mempengaruhi Responden 20
untuk Membeli Barangan Elektronik Secara Atas
Talian atau Secara Langsung di Premis Perniagaan
6.0 Rumusan dan Kesimpulan 26
7.0 Rujukan 28
Lampiran

iii

You might also like