You are on page 1of 2

Aktiviti: Arahanmu dan Lukisanku

Arahan:

1. Lukis sebuah bulatan bersaiz sederhana di tengah kertas A4 anda.


2. Lukis sebuah segi empat sama bersaiz sederhana di bawah bulatan tadi
tetapi bahagian atasnya bersentuhan dengan bahagian bawah bulatan
tersebut.
3. Lukis sebuah bentuk heart bersaiz sederhana di dalam segi empat
sama tadi.
4. Lukis dua segi empat tepat bersaiz kecil di setiap bahagian sisi segi
empat sama tadi. Kedua-dua segi empat tepat tersebut perlu dalam
keadaan mendatar dan bersentuhan dengan tepi segi empat sama.
Bahagian atas kedua-dua segi empat tepat tersebut perlu sebaris
dengan bahagian atas segi empat sama.
5. Lukis sebuah segi tiga bersaiz sederhana di atas bulatan tadi. Bahagian
bawah segi tiga tersebut perlu bersentuhan dengan bahagian atas
bulatan tersebut.
6. Lukis tiga bintang yang kecil di mana-mana bahagian dalam segi tiga
tadi.
7. Lukis sebuah segi tiga kecil di tengah bulatan bersaiz sederhana tadi.
8. Lukis sebuah lengkuk yang melengkong ke atas di bawah segi tiga kecil
tadi.
9. Lukis dua buah bulatan kecil di atas segi tiga kecil tadi, satu di sebelah
kanannya dan satu di sebelah kirinya.

Tamat

You might also like