You are on page 1of 1

Mengapakah lambang negara diperlukan?

Lambang negara amat penting dan diperlukan dalam kehidupan masyarakat. Rakyat dapat menunjukkan
ketaatan dan kesetiaan terhadap tanah air melalui menghormati dan menghayati lambang-lambang
negara. Ia merupakan simbol perpaduan dan lambang kemegahan penduduk. Lambang negara Malaysia
adalah sesuatu pekara yang membezakan Malaysia dengan negara lain. Hal ini dikatakan demikian
kerana ia merupakan lambang jati diri bangsa dan negara dan juga identiti negara Malaysia. Selain itu,
ia merupakan lambang kedaulatan negara kita, Malaysia. Lambang negara dapat melahirkan perasaan
kecintaan terhadap tanah air.

Sejauh manakah lambang-lambang menjunjukkan unsur perpaduan?

Unsur perpaduan digambarkan dalam jata negara di mana slogan bersekutu betambah mutu
menunjukkan permuafakatan akan mengeratkan perpaduan anatara negeri-negeri di Malaysia dan pada
waktu yang sama dapat mengeratkan hubugan perpaduan anatara masyarakt berbilang kaum. Lambang-
lambang jata setiap negeri yang digabungkan dalam jata negara memaparkan semangat setia kawan
antara semua negeri di Malaysia.

Sebaliknya dalam lagu kebangsaan pada unsur perpaduan dapat dilihat di dalam rangkap ketiga lagu
Negaraku iaitu rakyat hidup bersatu dan maju. Selain itu, di dalam rangkap kke-4 lagu Jalur Gemilang
iaitu biru perpaduan kami semua. Apabial perpaduan dapat dicapai, Malaysia akan maju dalam pelbagai
sector iaitu politik, ekonomi dan sosial. Dalam masa yang sama, wawasan 2020 dapat dicapai.

Maksud Lambang?

Lambang negara memiliki deskripsi tersendiri yang diwujudkan dalam motif tertentu.

Menurut kamus dewan,

Definisi : tanda (lukisan, lencana dll) yg digunakan utk memperkenalkan atau utk menyatakan
sesuatu; simbol; isyarat.

You might also like