You are on page 1of 10

PERSEPSI GURU TERHADAP E-PEMBELAJARAN: PERSEKITARAN

PEMBELAJARAN MAYA (VLE) DI SEKOLAH RENDAH

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan salah satu elemen


penting daripada 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) menggalakkan para pendidik memanfaatkan penggunaan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Sistem pendidikan di Malaysia telah
mengalami transformasi. Antaranya KPM telah memperkanal sistem e-Pembelajaran
di semua hampir 10000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Guru Media
dan Bestari pula diberi pendedahan awal cara melaksanakan sistem pembelajaran ini.
Perkembangan ICT dan internet kini membuka lebih banyak peluang kepada
guru untuk meneroka dan meraih pengetahuan secara atas talian (online). Pengurusan
pengajaran dan pembelajaran juga menjadi mudah jika menggunakan komputer
sebagai alat bantu mengajar. Sistem e-Pembelajaran ini di bawah kendalian program
1BestariNet dengan kerjasama syarikat telekomunikasi YTL.
1BestariNet merupakan satu evolusi daripada rangkaian Schoolnet yang tamat
pada 2010. Sistem ini dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada 2013
melibatkan 10 000 buah sekolah terpilih di seluruh negara. Rangkaian akan dipasang
secara End to End (E2E) dengan liputan yang lebih luas. Projek ini akan
mengintergasikan semua yang berada dalam sistem pendidikan, termasuk ibu bapa
serta komuniti. Sistem rangkaian ini akan menyediakan prasarana terbaik untuk
mempromosikan persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment-
VLE)
1.2 Latar Belakang Masalah

Virtual Learning Environment (VLE) ini merupakan salah satu cabang dalam
Learning Management System (LMS) dan sebahagian daripada ICT. Penggunaan
ICTdalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek
pengajaran di mana guru menggunakan alat teknologi dan aspek pembelajaran iaitu
pelajar menggunakan alat teknologi. Dalam kontek pengajaran pula, ICT sebagai alat
persembahan dan alat demonstrasi. Sepatutnya tugas guru dapat diringankan.
Manakala dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT boleh dikategorikan sebagai
tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. (Bahagian Teknologi Pendidikan,
2002)
Walaupun penggunaan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-
sekolah Malaysia masih baru, namun pada peringkat pengajian tinggi sistem VLE ini
sudah lama diguna pakai. Halangan-halangan seperti kekurangan pengetahuan dalam
mengendali alat ICT, kurang minat dan kemahiran mengunakan komputer yang
rendah boleh menyebabkan sistem ini berjalan tidak sempurna.
Kursus-kursus berkaitan penggunaan VLE amat terhad untuk para guru pada
ketika ini sedangkan pelaksanaannya melibatkan semua guru di bawah KPM. Oleh
itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui persepsi guru terhadap
penggunaan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun dirumah.

1.3 Penyataan Masalah

Di peringkat sekolah rendah, guru masih lagi serasi menggunakan kaedah


pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru dan kaedah tradisional. Kaedah
tradisional tersebut adalah menggunakan kapur dan papan hitam dan pembelajaran
berpusatkan kepada pelajar itu sendiri. Dengan mengintegrasikan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sekaligus akan menarik minat pelajar untuk lebih
mengukuhkan tahap pemahaman terhadap sesuatu subjek.
1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi guru sekolah rendah terhadap
VLE dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun di rumah.

1.5 Persoalan Kajian

1) Bagaimanakah penerimaan guru terhadap penggunaan VLE dalam pengajaran dan


pembelajaran di sekolah dan di rumah?
2) Adakah penggunaan VLE memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran?

1.6 Kepentingan Kajian

Komputer telah menjadi alat yang semakin penting kepada manusia pada hari
ini. Jika seseorang itu tidak mengetahui kewujudan atau aplikasinya maka dia
dianggap telah ketinggalan. Oleh itu pengetahuan asas mengenainya adalah dianggap
perlu untuk menempuh cabaran dunia globalisasi yang semakin mencabar ini. Hasil
kajian ini adalah penting untuk rujukan kerana:

(a) Menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan kepada Bahagian Pendidikan


Guru (BPG) agar dapat membuat penyemakan terhadap program latihan yang
disusun atur untuk melatih guru-guru.

(b) Untuk pihak sekolah pula adalah diharapkan agar dapat mengadakan
perancangan, pendekatan atau kursus-kursus dalaman bagi mendedahkan
perkembangan semasa mengenai pengajaran dan pembelajaran yang berpandukan
komputer agar guru-guru dapat maklumat yang tepat dan mengikuti arus
perubahan dalam sistem pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar, guru
dan sekolah itu sendiri.
1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan guru-guru subjek teras sekolah rendah sahaja di
SK Perumahan Tampoi 2 sahaja di mana responden telah menerima latihan
penggunaan ICT sebelum ini di bawah program PPSMI
BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Dalam bahagian ini akan diutarakan hasil kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji yang terdahulu mengenai penggunaan pembelajaran maya dan VLE dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu konsep e-pembelajaran juga akan dibincangkan dalam bahagian ini.
Peranan komputer itu sendiri dalam pendidikan banyak memberi impak yang positif
kepada warga pendidik. Satu kaedah pembelajaran yang menarik dan pengurusan
yang mudah jika teknologi diguna pakai dalam pembelajaran.
Dalam bab ini juga akan dibincangkan kesan-kesan positif yang boleh
diperolehi jika menggunakan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Kajian Terdahulu

Penggunaan VLE dalam sistem pendidikan di Malaysia akan dilaksanakan


secara menyeluruh di semua hampir 10000 buah sekolah pada 2013. Sehingga kini,
peringkat pelaksanaan masih dalam percubaan di mana hanya sebilangan sekolah
terutama peringkat menengah telah memperoleh sistem ini. Kajian secara khusus
mengenai penggunaan VLE di sekolah-sekolah Malaysia belum dihasilkan oleh mana-
mana penyelidik. Namun, banyak perbincangan mengenai sistem pembelajaran
elektronik (e-pembelajaran) telah dihasilkan oleh pengkaji lain di kalangan pelajar
institusi pengajian tinggi.
Antaranya Zahiah dan Abdul Razaq (2005), menyatakan bahawa pembelajaran
atas talian menerusi laman web adalah salah satu simulasi yang membolehkan pelajar
mengalami pengalaman pembelajaran sebenar dan berinteraksi dengan individu lain
tanpa perlu bersemuka.
Begitu juga dengan Wahyu dan Yahya (2006) dalam kajian mereka
menyatakan pembelajaran elektronik ini masih baru di Malaysia berbanding negara-
negara barat. Fokus utama dalam e-pembelajaran ini adalah pelajar. Suasana
pembelajaran yang teratur dan tersusun membuatkan minat pelajar semakin
bertambah dan menjadi lebih aktif.
Pengkaji lain yang turut membincangkan kaedah pembelajaran ini adalah
Wong Ming Ming (2006), Muhammad Amin (2012), Kung Shiung Ting (2007) dan
Kalthum & Norwati (2005). Kesemua mereka ini menjalankan kajian mengenai
kepentingan e-pembelajaran di kalangan pelajar IPT

2.3 Konsep E-Pembelajaran

E-pembelajaran telah lama diperkenalkan pada peringkat pengajian tinggi.


Definisi e-pembelajaran kerap dikelirukan dengan definisi online learning.
Kadangkala terdapat pertindihan maknaonline learning itu sendiri. Contoh seperti
pembelajaran online, pembelajaran berasaskan Internet, pembelajaran berasaskan
teknologi, pembelajaran berasaskan komputer, pembelajaran berasaskan web dan
pembelajaran maya atau disamakan dengan Learning Management System (LMS)
seperti Blackboard, WebCt dan Moodle (Mohd Koharudin, 2008).
E-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran berasaskan kendiri dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan. Guru hanya sebagai fasilatator menentukan
corak pembelajaran pelajar. Pelajar pula bebas dalam memilih masa, kandungan serta
hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah
berulang kali sehingga pemahaman tercapai. Pelajar ini juga boleh berbincang dalam
keadaan yang selamat secara online dan perasaan malu itu dapat dihakis. Guru pula
dapat mengawal selia sesi perbincangan dalam kumpulan secara atas talian dalam
keadaan teratur dan terancang.

2.4 Kesan Positif Penggunaan E-Pembelajaran

Terdapat beberapa kebaikan dalam penggunaan sistem pembelajaran maya ini.


Antaranya adalah (Asia e University, 2010)
1. Fleksibel, mudah capai, kemudahan.
Pelajar boleh akses bahan e-pembelajaran pada bila-bila masa dan belajar
mengikut kadar dan masa yang sesuai bagi mereka.
2. Kos sebaran terendah.
Setelah isi kandungan dibina dan dimuat naik ke dalam pelayan, ia menjadi murah
untuk diedarkan di dalam dan luar negeri.
3. Mudah dikemas kini.
Isi kandungan mudah dikemas kini dan boleh diakses oleh pelajar secara serta
merta.
4. Pembelajaran kolaboratif.
E-pembelajaran menggalakkan pembelajaran kolaboratif yang membolehkan
pelajar terlibat dan memberi pengalaman pembelajaran yang lebih baik.
5. Kepelbagaian sistem operasi
Pelajar boleh mengakses kandungan melalui sistem operasi window-based, Mac-
based atau UNIXbased juga dengan teknologi terkini melalui mobile device.
BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Menurut Mohamad Najib (2003), penyelidikan adalah satu usaha


menyelesaikan masalah, meramal kejadian akan datang dan mencari kebenaran
tentang suatu peristiwa. Data yang diperolehi dikaji melalui kaedah saintifik dengan
bertujuan mencari jawapan kepada persoalan masalah kajian yang dijalankan. Bab ini
akan menerangkan tentang metadologi kajian yang dijalankan dari segi rekabentuk
kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kaedah menganalisis data dan takwim
perlaksanaan kajian.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini bakal dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu


dengan menggunakan pendekatan temubual. Pendekatan ini dipilih kerana ianya lebih
mudah untuk mendapat jawapan terhadap pandangan para guru terhadap perlaksanaan
e-pembelajaran di sekolah rendah. Teknik temubual yang digunakan pula tidak
berstruktur kerana boleh memberi peluang kepada responden untuk menjawab dan
mengambil masa berfikir, berbual-bual dan membuat interpretasi mengenai perasaan
dan ideanya sendiri.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi yang digunakan adalah guru-guru dari SK Perumahan Tampoi 2,


Johor Bahru seramai 51 orang. Namun kaedah kajian yang dijalankan adalah
menemubual responden guru yang terlibat dengan pengintegrasian ICT dalam
pengajaran subjek teras.
Responden Data Demografi
Umur, latar belakang
pendidikan, pengalaman
Guru subjek teras
mengajar, tahap
kemahiran komputer

Jadual 3.1 : Responden dan data demografi dalam temubual

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen adalah alat untuk mengutip data. Pengumpulan data kualitatif dalam
kajian ini mengunakan kaedah temubual. Transkrip dan catatan diperlukan di mana
transkrip dalam bentuk bertulis dan catatan direkod secara audio supaya transkripsi
dapat dibuat dan dianalisis. Rujuk lampiran A untuk jenis dan bentuk soalan yang
akan dikemukakan.

3.4.1 Kajian Rintis

Bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen, kajian rintis akan


dijalankan. Beberapa orang sampel guru subjek teras dari sekolah lain akan
ditemubual. Hasil daripada temubual tersebut dapatlah dianalisis dan diketahui
tempoh masa yang dapat diperuntukkan dan kefahaman setiap soalan yang
diajukan dapat diketahui dan dinilai kebolehpercayaan.

3.5 Analisis Data

Data yang diperolehi merujuk kepada maklumat yang berbentuk teks atau
ayat-ayat yang tidak mempunyai struktur. Teks ini tidak dapat dirumus dalam bentuk
nombor atau statistik seperti data kuantitatif. Maklumat yang diperoleh dalam
tembual akan diproses menggunakan perisian Nvivo 10.0
3.6 Takwim Pelaksanaan

Kajian ini akan dilaksana dalam tempoh 8 bulan bermula dari peringkat
membina kertas cadangan dan sorotan penulisan sehingga ke pembentangan kertas
kajian. Berikut adalah panduan perlaksanaan kajian bagi kertas cadangan ini.

Tarikh Tindakan
Tahun: 2012
September Membina kertas cadangan dan sorotan penulisan
Oktober Lawatan ke PPDJB, sekolah berkaitan untuk
mendapatkan kebenaran dan kerjasama bagi
melaksanakan kajian
November Membina item temubual dan melaksanakan kajian rintis
kepada 2 responden yang tidak terlibat dalam kajian
Disember Analisis data kajian rintis dan perbaiki item
Tahun: 2013 Sesi persekolahan baru bermula. Responden yang
Januari dipilih melaksanakan kajian
Januari - Februari Tadbir dan analisis transkripsi
Februari Analisis dan tafsir data
Mac - April Menyiapkan laporan kajian
Mei Pembentangan kertas kajian

Jadual 3.2 : Takwim perlaksanaan kajian

You might also like