You are on page 1of 4

1.

Video
Video ditunjukkan dan dibincangkan bersama murid.
Video perlu ditapis dahulu dan boleh dilihat oleh murid.
2. Nyanyian Lagu
Lagu dinyanyikan dan lirik dibincangkan. Lagu pula
haruslah yang memberi semangat dan rancak.
3. Perbualan Audio
Audio dipasangkan dan murid kenalpasti mesej dan isi
yang disampaikan.
4. Gambar/poster
Gambar/poster ditunjukkan. Murid bincangkan elemen-
elemen tertentu seperti objek, perbuatan, proses dan
sebagainya.
5. Objek/benda maujud
Objek ditunjukkan dan murid bincangkan. Boleh juga
beri murid pegang dan rasa dengan deria sentuhan.
6. Entry Ticket
Murid nyatakan apa yang mereka ingin tahu daripada
tajuk pembelajaran dan ditulis pada stickey notes.
Kemudian mereka tampal pada dinding. Kemudian
semua pergi melihat notes itu. Jika sesiapa ada jawapan
kepada notes tersebut, mereka ambil dan kongsikan
jawapan kepada kelas.
7. Running Dictation
Setiap kumpulan ada seorang runner untuk dapatkan
maklumat tertentu di sekeliling kelas. Kemudian, balik ke
kumpulan dan seorang akan tuliskan maklumat sehingga
siap. Dapatan dikongsikan. Maklumat pula perlu yang
mudah dan ringkas.
8. Who/What am I?
Satu objek tersembunyi dimasukkan dalam kotak. Kota
dilubangkan cukup untuk masukkan tangan. Murid
masukkan tangan ke dalam kotak dan meneka apakah
objek itu.
9. Jigsaw
Maklumat dipecahkan kepada beberapa kumpulan,
kemudian setiap kumpulan akan berkongsi maklumat
sehingga maklumat yang lengkap didapatkan.
10. I have, Who has... (Loop)
Kaedah interaktif murid diberi bahan dan biasakan
dengan set perkataan yang akan dipelajari. Seorang dari
kumpulan bertanya; I have bananas, Who has
watermelon? Kumpulan yang ada watermelon pula
menjawab, I have watermelon, Who has pineapple?
Prinsip Loop..
(refer to previous post: Loop!
11. Error Detection
Cikgu tunjukkan apa sahaja bentuk bahan
media/simulasi dan murid kenalpasti kesilapan atau
masalah. Kemudian PdPc dibuat berasaskan
Penyelesaian Masalah (Problem Solving).
12. Puppet/Mascott
Perkenal satu watak puppet, mascott dan apa sahaja yang
bersesuaian dan murid boleh berbual dengan watak
tersebut.
13. Role Play/Simulasi
Satu situasi diberikan dalam bentuk lakonan
(guru/guru+murid/murid/murid+murid). Kemudian,
situasi ini dibincangkan.
14. Spot the objects
Murid mengenal pasti objek melalui pemerhatian pada
sekeliling kelas, kawasan sekolah, gambar, video dan
sebagainya.
15. True or False
Tajuk diberikan dan kemudian murid meneka samada
beberapa kenyataan adalahBetul ataupun Salah.
16. 2 Truths and A Lie
3 kenyataan diberikan dan murid meneka mana 2
kenyataan yang betul dan 1 yang salah. Dibuat dalam
beberapa pusingan.
17. PreTest
Berikan soalan dan semak jawapan murid. Biarkan murid
lihat jawapan mereka yang salah dan betul.
18. KWL
K: What I Know
W: What I want to know
L: What I learned
Fokus kepada What I Know..Murid samada tuliskan
respon di atas sehelai kertas secara individu atau 'whole
class approach'.
19. Jigsaw Puzzle
Beberapa keping gambar dipotong dan murid
cantumkan. Kemudian murid kongsikan dapatan
mereka.
20. Buidling Blocks (Dengan Lego) Atau bahan
binaan, kraf
Murid cantumkan bahan binaan mudah mengikut
panduan guru dan murid tunjukkan hasil mereka.
(Jangan yang susah-susah ya). Contonya, rumah, kereta.
21. Take One Out
Murid diberikan beberapa perkataan, gambar, ayat, atau
sebarang bahan. Dalam satu ketgori itu, murid perlu
keluarkan satu yang tidak berkaitan daripada rangkaian
atau kumpulan tersebut.
22. Grouping
Murid diberikan beberapa bahan dan murid dalam
kumpulan bahan-bahan tersebut mengikut kategori atau
pengelasan.
23. Match or Place
Dengan bahan seperti poster, beberapa kepingan kertas
atau objek perlu diletakkan di tempat yang sepatutnya
dalam gambar. Boleh juga gunakan aplikasi online.

You might also like