You are on page 1of 1

JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi
kekosongan jawatan berikut:-

Jawatan : 1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (LX41)


2. SETIAUSAHA PEJABAT (NX29)
3. PENYELIA RANCANGAN TANAH (GX19)-PELATIH
4. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (SX19)
5. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT (SX19)
6. PEMANDU KENDERAAN (HX11)

Taraf Jawatan : KONTRAK

Jadual Gaji : Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan


Gred
(RM) (RM) Gaji Tahunan (RM)
LX41 2,418.00 9,607.00 225.00
NX29 1,493.00 5,672.00 145.00
GX19 1,357.00 4,008.00 100.00
SX19 1,352.00 4,003.00 100.00
HX11 1,218.00 2,939.00 80.00
A. SYARAT LANTIKAN

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (LX41)

Syarat Wajib
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Kelulusan;
i. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination).
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktirafkan setaraf dengannyan oleh Kerajaan.

Syarat Tambahan
Sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman mengendalikan urusan guaman di dalam bidang
korporat di mana-mana firma guaman atau syarikat.

2. SETIAUSAHA PEJABAT (NX29)


a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Kelulusan :
i. Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
ii. Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. PENYELIA RANCANGAN TANAH (GX19)-PELATIH

Syarat Wajib
a) Warganegara Malaysia (Lelaki Sahaja);
b) Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Kelulusan :
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
Syarat Tambahan
a) Pelantikan tertakluk kepada keputusan penilaian diakhir tempoh kursus.
b) Calon-calon yang berjaya dikehendaki menghadiri Kursus Asas Penyelia Rancangan Tanah
sepenuh masa selama enam (6) bulan di Institut Latihan FELDA.
c) Dalam tempoh kursus pelatih penyelia akan dibayar elaun sebanyak RM1,000.00 sebulan.

4. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (SX19)


a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Kelulusan :
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
i. Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
ii. Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Kerajaan.
5. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT (SX19)
a) Warganegara Malaysia (Perempuan Sahaja);
b) Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Kelulusan;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Kerajaan.

6. PEMANDU KENDERAAN (H11)


a) Warganergara Malaysia (Lelaki Sahaja);
b) Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Kelulusan;
i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan ;
ii. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan
Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
iii. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh
skim perkhidmatan ini.
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

B. CARA MEMOHON
1. Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan perkhidmatan secara online melalui
sistem e-jobs dengan melayari laman web www.felda.net.my. Permohonan selain itu tidak
diterima.
2. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan, Badan
Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing
dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah
dikemaskini.
3. Tarikh tutup permohonan : 27 Ogos 2017.

C. CATATAN
1. Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Calon-calon
yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap
bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
2. Calon-calon yang berjaya bagi lantikan gred LX41 dan NX29 akan ditempatkan di Ibu Pejabat Felda,
Kuala Lumpur.
3. Calon-calon yang berjaya bagi lantikan gred GX19, SX19 dan HX11 akan ditempatkan di rancangan
FELDA Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.
4. Sila hubungi talian 03-2191 2320/2176/2177 untuk pertanyaan.

You might also like