You are on page 1of 9

7.

0 ANALISIS DATA

Topik ini mengandungi huraian tentang keputusan kajian dalam penyelidikan


tindakan. Bahagian ini melaporkan keputusan kajian daripada analisis data yang
telah dilakukan.

7.1 Analisis Pemerhatian

Pengkaji menggunakan instrumen senarai semak untuk membuat pemerhatian


terhadap tahap penguasaan kemahiran subjek kajian semasa menyanyi. Antara
kemahiran yang diperhatikan ialah mengajuk pic dengan tepat, menggunakan
nyanyian solfa, isyarat tangan Curwen dan pendengaran dalaman dengan betul.
Kemahiran-kemahiran yang diperhati akan dikod sebagai 1, 2, 3 dan 4 (rujuk
Lampiran A). Pemerhatian dilakukan secara berstruktur dengan menggunakan
borang senarai semak pemerhatian bagi merekod setiap fokus pemerhatian yang
diperhatikan (rujuk Lampiran B). Pemerhatian dijalankan secara individu semasa
intervensi pertama, kedua, ketiga dan keempat dijalankan.

Jadual 7.1 : Keputusan Pemerhatian Intervensi Pertama, Kedua, Ketiga Dan


Keempat.
Gelungan Kitaran 1 Gelungan
Kitaran 2
Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Intervensi 4
Kod 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Bil. Murid
yang 10 8 11 - 10 21 17 14 19 38 29 38 23 38 38 38
berjaya
Peratusan
murid
26.32

21.05

28.95

26.32

52.26

44.74

36.84

76.32

60.53
100

100

100

100

100
50

yang
-

berjaya
(%)

Melalui data yang telah dikumpul oleh penyelidik semasa intervensi dijalankan,
penyelidik mendapati penguasaan kemahiran penggunaan nyanyian solfa, isyarat
tangan Curwen dan pendengaran dalaman murid terdapat peningkatan selepas
empat intervensi.

Seramai 26.32% murid dapat mengajuk pic yang dipendengari dengan tepat pada
intervensi pertama. Selepas intervensi kedua, intervensi ketiga dan intervensi
keempat dijalankan, seramai 60.53% murid dapat mengajuk pic yang dipendengari
dengan tepat.
Menurut keputusan pemerhatian pada intervensi pertama, seramai 21.05% murid
dapat menyanyi menggunakan solfa sahaja, dan akhirnya peratusan meningkat
kepada 100% pada intervensi keempat.

Seramai 28.95% murid yang berjaya menggunakan isyarat tangan Curwen dengan
betul pada intervensi pertama dan akhirnya 100% murid dapat menggunakan
isyarat tangan Curwen pada intervensi keempat.

Pada intervensi kedua, seramai 36.84% murid yang dapat menunjukkan bahawa
mereka dapat menyanyi solfa mengikut isyarat tangan Curwen yang ditunjukkan
oleh penyelidik. Pada intervensi keempat, seramai 100% murid dapat menyanyi
solfa mengikut isyarat tangan Curwen yang ditunjukkan (rujuk Graf 7.1).

120

100

80
1
60 2

40 3

4
20

0
Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Intervensi 4

Graf 7.1 : Keputusan Pemerhatian Intervensi Pertama, Kedua, Ketiga Dan Keempat.
7.2 Analisis Ujian Pra dan Pos

Penyelidik memberi markah pada borang pemarkahan ujian pra dan pos (rujuk
Lampiran F) mengikut rubrik (rujuk Lampiran E) yang disediakan. Penyelidik
menggunakan skor permarkahan analitik untuk mengkategorikan murid mengikut
tahap pencapaian murid (rujuk Lampiran K).

Jadual 7.2 : Keputusan Ujian Pra dan Pos Sebelum Intervensi, Gelungan Kitaran 1
dan Gelungan Kitaran 2
Tahap Bilangan Murid Perbezaan
Keberkesanan Peratusan antara
keputusan ujian
Sebelum Gelungan Gelungan
sebelum dan
Intervensi Kitaran 1 Kitaran 2
selepas intervensi
(%)
A 10.5%(4) 26.4%(10) 42.1%(16) +31.6
B 26.4%(10) 31.6%(12) 52.6%(20) +26.2

C 10.5%(4) 29.0%(11) 5.3%(2) -5.2


D 52.6%(20) 13.0%(5) 0.0%(0) -52.6

Sebelum intervensi dijalankan, hanya seramai 10.5% murid yang berjaya


mencapai tahap A (cemerlang). Selepas empat intervensi dijalankan, seramai 42.1%
murid berjaya mencapai tahap A. Melalui Jadual 7.2, dari segi perbezaan peratusan
antara keputusan ujian sebelum dan selepas intervensi dalam tahap A telah
meningkat sebanyak 31.6%. Manakala dalam tahap B, terdapat peningkatan
sebanyak 26.2%. Seramai 26.4% berjaya mencapai tahap B sebelum intervensi
dijalankan, dan akhirnya telah meningkat sehingga 52.6%. Tetapi, peratusan tahap
C dan Tahap D pula telah menunjukkan penurunan sebanyak 5.2% dan 52.6%.
Dalam tahap C, terdapat 10.5% murid yang mencapai tahap ini. Data menunjukkan
penurunan sehingga 5.3% murid. Di samping itu, tahap D juga menunjukkan
penurunan dari 53.6% sehingga 0% (rujuk kepada Graf 7.2).
60

50

40
A

30 B
C
20 D

10

0
Sebelum Intervensi Gelungan Kitaran 1 Gelungan Kitaran 2

Graf 7.2 : Keputusan Ujian Pra dan Pos Sebelum Intervensi, Gelungan Kitaran 1
dan Gelungan Kitaran 2
7.3 Analisis Temu Bual

Instrumen temu bual separa struktur dijalankan bagi meninjau persepsi pelajar
terhadap penggunaan nyanyian solfa, isyarat tangan Curwen dan pendengaran
dalaman untuk peningkatan ketepatan pic nyanyian. Hasil analisis dapatan temu
bual telah dijalankan ke atas enam murid yang terdiri daripada dua murid lelaki dan
4 murid perempuan. Setelah meneliti kesemua transkripsi temu bual, penyelidik
telah membuat kategori transkripsi tersebut dan menyusunnya mengikut tema yang
telah dibina (rujuk Lampiran L)

Soalan 1 : Adakah anda suka menyanyi? Mengapa?

Jadual 7.3 : Maklum Balas Murid terhadap Soalan 1


Murid Jawapan Kategori Tema
M1 Tak berapa suka. Saya Tak suka Minat
tidak dapat menyanyi
dengan merdu. Suara saya
tak merdu.
M2 Sangat suka. Suka
M3 Suka.
M4 Saya suka menyanyi. Saya Gembira Perasaan
rasa gembira selepas
menyanyi.
M5 Saya suka. Saya rasa Tahap Keyakinan Motivasi
lebih beryakin semasa
saya menyanyi. Saya rasa
gembira semasa
menyanyi.
M6 Suka. Kawan saya selalu Pujian
pujikan saya.

Melalui temu bual yang telah dijalankan, penyelidik mendapati bahawa murid
terdapat pandangan yang berbeza terhadap keberkesanan penggunaan nyanyian
solfa, isyarat tangan Curwen dan pendengaran dalaman untuk peningkatan
ketepatan pic nyanyian. M2, M3, M4, M5, dan M6 suka menyanyi, tetapi M1 tidak
suka menyanyi. M1 tidak suka menyanyi kerana menurut pandangannya, dia tidak
menyanyi dengan merdu. M4 dan M5 berasa gembira selepas mereka menyanyi,
terutamanya M5 rasa lebih beryakin semasa menyanyi. M6 suka menyanyi kerana
dia selalu dipuji oleh kawannya.
Soalan 2 : Apakah anda rasa terhadap prestasi anda semasa menyanyi?

Jadual 7.4 : Maklum Balas Murid terhadap Soalan 2


Murid Jawapan Kategori Tema
M1 Tak berapa bagus. Tidak bagus Penilaian Kendiri
M2 Sederhana. Saya rasa suara Sederhana
saya tidak merdu.
M3 Errr. Saya rasa tak bagus.
Suara saya tidak merdu.
M4 Saya rasa okay sahaja. Tahap Keyakinan Motivasi
M5 Saya rasa nyanyian saya
sederhana. Kadang-kadang,
saya akan nyanyi pic yang
salah.
M6 Macam biasa. Okay okay lo.

M2, M4, M5 dan M6 rasa nyanyian mereka sederhana sahaja. Manakala M1 dan
M3 rasa prestasi nyanyian mereka kurang bagus. M2 dan M3 berpendapat bahawa
suara mereka tidak merdu.
Soalan 3 : Apakah anda rasa terhadap prestasi rakan yang lain semasa menyanyi?

Jadual 7.4 : Maklum Balas Murid terhadap Soalan 3


Murid Jawapan Kategori Tema
M1 Bukan semua rakan yang
dapat menyanyi dengan
merdu. Tetapi saya rasa
Yong Rou dapat menyanyi
dengan merdu.
M2 Baik. Saya rasa Zhi Tian
menyanyi dengan sangat
merdu.
M3 Saya prestasi rakan saya
sederhana sahaja.
M4 Saya rasa Yong Rou dapat
nyanyi dengan bagus. Saya
Tahap kebolehan Penilaian terhadap
rasa pic nyanyiannya amat
rakan Rakan
tepat.
M5 Saya rasa Yong Rou
menyanyi dengan merdu.
Saya rasa selesa semasa
mendengar dia menyanyi.
Saya rasa ketepatan pic
nyanyian rakan lain tidak
berapa tepat. Mereka selalu
menyanyi pic yang salah.
M6 Okay sahaja. Ketepatan pic
nyanyian mereka kurang
tepat.

M1 berasa bukan semua rakannya dapat menyanyi dengan baik, tetapi dia rasa
Yong Rou dapat menyanyi dengan baik. M4 dan M5 juga menyatakan Yong Rou
dapat menyanyi dengan baik. M2 pula menyatakan Zhi Tian dapat menyanyi
dengan baik. M3 pula menyatakan nyanyian rakannya sederhana sahaja dan M6
rasa ketepatan pic nyanyian rakannya masih boleh meningkatkan lagi.
Soalan 4 : Adakah anda rasa penggunaan nyanyian solfa, isyarat tangan Curwen
dan pendengaran dalaman dapat membantu anda meningkatkan ketepatan pic
nyanyian?

Jadual 7.4 : Maklum Balas Murid terhadap Soalan 4


Murid Jawapan Kategori Tema
M1 Tidak. Saya tidak rasa Tidak boleh Peningkatan
kemahiran ini dapat Kemahiran
membantu saya. Saya tidak
tahu cara menggunakan
kemahiran yang diajar.
M2 Saya rasa agak berkesan Boleh
kerana menguasai kemahiran
tersebut dapat membantu
saya meningkatkan ketepatan
pic nyanyian saya. Saya akan
terus menggunakan cara ini
untuk melatih.
M3 Saya rasa cara ini berguna
untuk saya. Saya rasa saya
dapat meningkatkan
ketepatan pic nyanyian saya.
Saya akan terus gunakan
cara ini.
M4 Saya rasa cara ini dapat
membantu saya dapat
meningkatkan kemahiran
nyanyian saya. Cara ini dapat
meningkatkan ketepatan pic
nyanyian saya.
M5 Saya setuju. Tetapi, kadang- Menyanyi pic yang Penilaian Kendiri
kadang saya masih salah
menyanyi pic yang salah.
M6 Ada sedikit. Saya rasa
ketepatan pic nyanyian telah
ditingkatkan.

M1 rasa penggunaan nyanyian solfa, isyarat tangan Curwen dan pendengaran


dalaman tidak dapat membantu anda meningkatkan ketepatan pic nyanyian kerana
dia tidak tahu menggunakan kemahiran yang diajar. M2, M3, M3, M5 dan M6 rasa
penggunaan nyanyian solfa, isyarat tangan Curwen dan pendengaran dalaman
dapat membantu anda meningkatkan ketepatan pic nyanyian.M2, M3, M4 dan M6
menyatakan cara ini dapat meningkatkan ketepatan nyanyian pic mereka. M5
menyatakan kadang-kadang, dia masih akan menyanyi pic yang salah.
Soalan 5 : Apakah aktiviti yang disukai oleh anda?

Jadual 7.4 : Maklum Balas Murid terhadap Soalan 5


Murid Jawapan Kategori Tema
M1 Aktiviti yang kami perlu Gembira Perasaan
mencari not-not. Saya rasa
amat gembira semasa
menjalankan aktiviti tersebut.
M2 Errr. Saya suka aktiviti yang Seronok
memerlukan kami mencari
barang dan menyanyi solfa
sebelum memasuki bilik
muzik. Saya rasa aktiviti
tersebut sangat seronok.
M3 Tak tahu.
M4 Saya suka guru Suka Minat
memberitahu perkara yang
lucu.
M5 Aktiviti yang saya dapat Tahap Keyakinan Motivasi
menyanyi dengan merdu.
Saya tidak kisah aktiviti apa
yang dijalankan.
M6 Aktiviti yang kami perlu cari Aktiviti Pengajaran
gambar di kawasan bilik Dan Pembelajaran
muzik.

M3, M4 dan M5 rasa tiada aktiviti tertentu yang disukai oleh mereka. M4 suka
penyelidik memberitahu perkara yang lucu. M1, M2 dan M6 suka aktiviti yang
memerlukan mereka mencari gambar, menyanyi solfa mengikut isyarat tangan
Curwen yang ditunjukkan pada kertas tersebut. Itu merupakan aktiviti intervensi
keempat, Find Out The Secret Code.

You might also like