You are on page 1of 6

Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku (EDUP 3043)

Tutorial 7

Berdasarkan petikan di atas, kenal pasti masalah-masalah disiplin yang wujud


dan bincangkan bagaimana Cikgu Zara dapat mengatasi masalah-masalah
disiplin tersebut. Hujah anda perlu dikaitkan dengan teori pengurusan masalah
bilik darjah.

Pendahuluan

Pengurusan bilik darjah yang berkesan perlulah mempunyai asas pengurusan


disiplin yang kukuh. Perkataan disiplin berasal daripada perkataan Latin, iaitu
disciplina yang bermaksud mengajar. Melalui kamus bahasa, disiplin bermaksud
kawalan yang diperoleh daripada penguatkuasaan peraturan. Disiplin juga
bermaksud kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib,
menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku yang baik, hormat-
menghormati, tolong-menolong dan sentiasa berusaha membaiki keadaan sedia ada
menerusi usaha yang membina. Dalam konteks bilik darjah, disiplin merupakan satu
set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan
mendapatkan tingkah laku ynag diingini. Dengan itu, guru perlu mengetahui cara
untuk mengenal pasti punca utama kepada masalh disiplin yang berlaku di dalam
bilik darjah. Pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara
pelaksanaannya perlu diterapkan oleh guru supaya dapat menjadi panduan guru
dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan tanpa sebarang masalah disiplin
murid.

Isi-isi penting

Berdasarkan petikan di atas, masalah-masalah disiplin yang wujud dalam bilik darjah
termasuklah:

Tidak mendengar Tidak menyiapkan


Masalah-masalah dan menghantar
arahan guru
disiplin yang latihan
semasa P&P
mengganggu
dijalankan
pelaksanaan P&P

Tidak memberi
Tidak terlibat dalam
perhatian dalam
perbincangan Meniru dan
perbincangan dan
kumpulan dan menyalin hasil
menggangu rakan
bersifat pendiam kerja orang lain
Langkah-langkah yang boleh Cikgu Zara lakukan untuk mengatasi masalah-masalah
disiplin di atas termasuklah:

Langkah-langkah
mengatasi masalah
disiplin boleh dilihat
dari segi:

Menunjukkan sikap
Respons guru terhadap Keprihatinan guru asertif dalam
Sikap dan Tingkah Laku
disiplin dan masalah terhadap masalah menangani masalah
Guru
tingkah laku murid. murid disiplin dan tingkah laku
di dalam bilik darjah.

1. Sikap dan tingkah laku guru

Cara guru menyampaikan gaya kepemimpinan boleh mempenagruhi


pembentukan suasana bilik darjah, hubungan serta budata pembelajaran dalam
kelas. Oleh itu, Cikgu Zara perlu menetapkan jangkaan tingkah laku yang jelas,
menyatakan objektif pembelajaran dengan jelas serta menunjukkan tingkah laku
yang asertif.
Cikgu Zara perlu memperakukan tingkah laku murid dengan memberi
pengukuhan bagi setiap tingkah laku yang diterima dan memberikan kesan dan
akibat negatif bagi tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Cikgu Zara perlu menetapkan dan memaklumkan peraturan dan rutin bilik darjah
semasa pertemuan pertama kepada murid untuk kelancaran proses P&P.
Peraturan yang ditetapkan perlu mengambil kira peraturan sekolah yang sedia
ada, umur murid serta keupayaan guru untuk menguatkuasakan peraturan
tersebut. Misalnya, tidak boleh berbual-bual dengan rakan kumpulan lain semasa
sesi perbincangan dijalankan, mesti menyiapkan tugasan yang diberi pada masa
yang ditetapkan dan lain-lain lagi.
Tindakan-tindakan di atas sesuai dengan teori disiplin asertif canter. Teori ini berasaskan peneguhan
terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang
ditunjukkan. Matlamat utama teori model ini adalah berlandaskan kepentingan pematuhan pelajar di dalam
bilik darjah supaya dapat membentuk satu suasana belajar yang kondusif serta berkesan untuk
pembelajaran.

Guru perlu memberi peneguhan terhadap tindakan pelajar dengan wajar.


Guru juga harus merangka sistem dendaan dan ganjaran yang boleh dijadikan rujukan murid
mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.
Mengikut disiplin Canter, guru ada kuasa untuk menetapkan peraturan di dalam bilik darjah dan
mengorganisasikan satu perjumpaan dengan pelajar untuk jelaskan peraturan yang perlu dipatuhi.
Jika terdapat peraturan bilik darjah yang dilanggar, guru perlu mengambil tindakan bilik darjah
dengan serta merta.

2. Respons guru terhadap disiplin dan masalah tingkah laku murid.

Cikgu Zara juga perlu mengambil berat terhadap muridnya, memberi pujian bagi
tingkah laku atau hasil usaha yang baik, mendengar dan memberi perhatian
kepada pandangan murid, memberikan senyuman, sensitif kepada keperluan
murid khususnya apabila mereka memerlukan bantuan supaya dapat
mengurangkan masalah disiplin dan tingkah laku dalam bilik darjah dengan lebih
berkesan.
Tutur kata dan bahasa yang digunakan oleh Cikgu Zara juga perlulah sesuai
untuk meredakan masalah disiplin yang minor daripada menjadi lebih serius di
dalam kelas.
Misalnya, Cikgu zara perlu memberi arahan yang jelas dan sopan kepada murid-
murid dengan menggunakan intonasi yang lembut dan laras bahasa yang betul
supaya mereka melahirkan rasa hormat dan akur kepada guru dan seterusnya
mendengar dan mematuhi arahan guru.
Cikgu Zara juga perlu mempunyai cara komunikasi yang berkesan dalam
menangani salah laku murid seperti berkomunikasi tentang perkara-perkara yang
positif, berbincang dengan murid tentang kesilapan serta membantu murid
mengatasi kelemahan tersebut, bersifat optimis dan sering memberi galakan dan
motivasi kepada murid agar bersemangat semasa sesi P&P.
Cikgu Zara juga boleh menyedarkan murid dan berbincang dengan murid tantang
tindakan salah mereka dalam suasana yang mesra dan tidak terancam.
Tindakan-tindakan di atas selaras dengan Teori Model Akibat Logikal Dreikurs.Menurut Dreikurs,
guru dan bilik darjah yang demokratik akan menyumbang kepada pengurusan disiplin yang berkesan.

Guru mesti mengenal pasti matlamat murid yang salah, iaitu menunjukkan tingkah laku
mencuri perhatian, menunjukkan kuasa, membalas dendam dan lain-lain lagi.
Cara komunikasi yang berkesan seperti menggunakan frasa-frasa yang menyenangkan dan
mesra juga diperlukan semasa berdepan dengan salah laku murid dalam kelas.

3. Keprihatinan guru terhadap masalah murid

Sesetengah murid menghadapi masalah pembelajaran. Hal ini akan


menyebabkan mereka menunjukkan tingkah laku yang kurang sesuai dan
menimbulkan masalah disiplin misalnya tidak memberikan perhatian,
memencilkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan kerana
tugasan yang kurang sesuai bagi tahap kemampuan mereka.
Cikgu Zara perlu mengenal pasti punca sebenar masalah murid dengan
mengetahui perkara asas berkenaan murid seperti nama, hobi, kekuatan dan
kelemahan pelajar.
Kesedaran dan kepekaan Cikgu Zara dalam mengawasi pergerakan dalam
bilik darjah juga perlu dipraktikkan. Beliau perlu bertanggunjawab
memerhatikan sikap pelajar dalam kelas dan merancang topik-topik
perbincangan kumpulan yang dengan mengambil kira aspek minat,
kebolehan dan perkembangan setiap pelajar. Guru juga perlu menerangkan
konsep terlebih dahulu kepada murid terutamanya terhadap murid yang
lemah dalam mata pelajaran supaya mereka lebih memahami konsep
tersebut dengan mudah sebelum perbincangan kumpulan dijalankan.
Cikgu Zara juga perlu peka terhadap keperluan emosi murid supaya murid
mempunyai kesepunyaan dan disayangi serta tidak mencetuskan masalh
disiplin untuk mendapat perhatian daripada guru.
Cikgu Zara juga sewajarnya membangunkan kesedaran dalam murid supaya
membantu murid yang lebih lemah dalam mata pelajaran dan mengurangkan
sikap mementingkan diri sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti lukisan mural,
membuat persembahan kelas boleh dilakukan untuk menggalakkan
perkongsian persepektif di mana murid melihat situasi berdasarkan
pandangan orang lain sekali gus membina sifat kerjasama antara murid.
Tindakan-tindakan di atas bersesuaian dengan teori pengurusan kelompok Kounin yang
menekankan kepentingan pengawasan dan penyeliaan teliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di dalam
bilik darjah.

Guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil dan peka terhadap
pergerakan murid dalam bilik darjah.- disebut sebagai withitness oleh Kounin.

Teori Model Beyond Disiplin Alfie Kohn juga telah dipraktikkan dalam tindakan di atas. Keutamaan
model ini adalah untuk membina bilik darjah yang penyayang, prihatin dan menyokong murid-murid
supaya mereka dapat meneroka topik atatu P&P ynag diminati mereka.

Guru membina hubungan yang mesra dengan murid dengan memberi perhatian kepada
murid dan bersikap prihatin terhapa keperluan emosi murid supaya murid merasai
kesepunyaan dan disayangi.

4. Menunjukkan sikap asertif dalam menangani masalah disiplin dan tingkah


laku di dalam bilik darjah.

Cikgu Zara harus menampilkan sikap asertif terhadap murid dengan


mengambil tindakan yang wajar sesuai dengan masalah yang telah
ditimbulkan oleh murid. Misalnya, Cikgu Zara tidak boleh bersikap sambil
lewa atau buat tak endah terhadap perbuatan murid yang salah. Mereka
haruslah memberi peneguhan atau hukuman yang setimpal kepada murid
yang melanggari peraturan kelas supaya murid menyedari kesilapan diri dan
memberi perhatian dalam kelas.
Cikgu Zara juga harus memberikan teguran yang jelas dan nada yang serius
dengan menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan.
Cikgu juga boleh memberikan arahan atau teguran terhadap salah laku murid
dengan memberikan akibat kepada salah laku tersebut dalam arahan.
Misalnya, Mun Yee, berhenti bercakap dan duduk bersama dengan ahli
kumpulan awak sekarang atau saya akan suruh awak berdiri di penjuru
kelas.

Langkah-langkah di atas mempunyai kolaborasi yang rapat dengan teori pengurusan


kelompok kounin. Menurut Kounin , teguran atau tindakan guru terhadap seseorang
murid yang melakukan salah laku akan turut memberikan kesan kepada murid-murid
yang lain di dalam bilik darjah. Kesan ini disebut sebagai Kesan Gelombang(Ripple
Effect).

Guru haruslah mempunyai 3 ciri semasa menjalankan tindakan mendisiplinkan


murid, iaitu jelas, tegas dan serius untuk mendapatkan kesan gelombang yang
Kesimpulan

Masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam bilik darjah
mengganggu pelaksaaan P&P disebabkan oleh beberapa faktor seperti murid yang
hendak perhatian dan kasih sayang, murid yang mempunyai masalah pembelajaran,
murid yang mementingkan diri sendiri, guru yang tidak memahami keperluan murid
dan murid yang mempunyai masalah emosi. Oleh itu, guru haruslah sentiasa peka
dan mendapat maklumat terkini berkaitan dengan perkembangan muridnya serta
mengetahui cara dan kaedah yang sesuai untuk menangani disiplin kelas supaya
kelancaran P&P di dalam bilik darjah dapat dijalankan.

You might also like