You are on page 1of 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA HUA MIN

BATU PAHAT, JOHOR.

KERTAS KERJA
PROJEK TUTORIAL MATEMATIK TAHUN 6
SJK(C) HUA MIN

ANJURAN
GURU PELATIH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
INTERNSHIP

TARIKH
30 JULAI 2017

TEMPAT
BILIK MESYUARAT SJK(C) HUA MIN, BATU PAHAT.
PROJEK TUTORIAL MATEMATIK TAHUN 6 SJK(C) HUA MIN

1.0 PENDAHULUAN
Projek tutorial Matematik tahun 6 merupakan salah satu projek yang akan
dijalankan oleh guru pelatih dari IPG Tun Hussein Onn bagi memenuhi
syarat Internship bagi semester 8 ini. Kertas kerja ini sedapat mungkin
menggariskan pengisian program dengan mengambil kira penglibatan
murid tahun 6 di atas bantuan dari semua guru-guru SJK (C) Hua Min.

2.0 MATLAMAT
Projek tutorial Matematik Tahun 6 diwujudkan atas tujuan membantu
murid tahun 6 yang bermasalah terhadap pembelajaran Matematik di
dalam bilik darjah. Tutorial ini juga berperanan dalam pengukuhan ilmu
pengetahuan yang telah dipelajari oleh murid di sekolah. Hal ini
membantu mereka meningkatkan pencapaian akademik dalam
peperiksaan UPSR.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan prestasi dan potensi yang sedia ada pada murid
agar mampu memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang dalam
akademik.
3.2 Memberi didikan dan tunjuk ajar kepada murid dalam mendalami
mata pelajaran Matematik.
3.3 Melahirkan murid-murid yang berpendidikan, berilmu, bersikap
positif, jujur pada diri dan masyarakat serta yakin dengan
kebolehan diri sendiri.

4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN


4.1 Tempat
Bilik Mesyuarat SJK(C) Hua Min, Batu Pahat
4.2 Sasaran
Murid-murid Tahun 6H yang berpencapaian rendah dalam mata
pelajaran Matematik.

4.3 Tarikh
1 - 24 Ogos 2017

5.0 JAWATANKUASA
Pengerusi : Jamie Lee Jia Chyi
Setiausaha : Sia Yiik Siau
Bendahari : Chew Min Shan

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Item Kuantiti Harga Seunit(RM) Jumlah Harga (RM)
1. Kertas putih 10 keping -
Sumbangan sekolah
2. Set kertas latihan 3 set -
Jumlah -

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

i. Guru pelatih berbincang dengan guru pembimbing tentang projek


ini dan mendapatkan sokongan daripada guru pembimbing.
ii. Menghasilkan kertas kerja dan mendapatkan kelulusan daripada
guru besar/ GPK pentadbiran.
iii. Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
tahap murid.
iv. Membuat persediaan bahan yang akan digunakan.
v. Menjalankan bimbingan dengan murid-murid Tahun 6.
vi. Apabila kerja sudah siap, mengemaskan tempat pelaksanaan.
vii. Guru pelatih mengambil gambar untuk membuat laporan.
8.0 PENUTUP
Diharapkan projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga projek tutorial ini dapat meningkatkan pengetahuan, keyakinan
dan prestasi murid di samping memotivasikan murid belajar. Oleh itu,
kerjasama daripada semua pihak amat kami hargai dan dahului dengan
ucapan terima kasih.

Yang menjalankan tugas, Disemak oleh,

( SIA YIIK SIAU ) ( TAN LEE HONG )

Setiausaha, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,


Projek Tutorial Matematik Tahun 6, SJK(C) HUA MIN, BATU PAHAT.
SJK(C) HUA MIN, BATU PAHAT.

Disahkan oleh,

( KHOO ENG HENG @ KOH ENG HENG )


Guru Besar,
SJK(C) HUA MIN, BATU PAHAT.

You might also like