You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG

70450, SENAWANG, SEREMBAN, NEGERI SEMIBILAN


No tel: 06-6776871
No Fax: 06-6784763

TARIKH PERLAKSANAAN :
AKTIVITI TAHUNAN PENGAKAP
2016

SASARAN:

PENGAKAP SK SENAWANG

KERTAS CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN


UNIT BERUNIFORM SEKOLAH 2016 (PENGAKAP)

Tajuk : Aktiviti Tahunan Pengakap.


Dikemukakan oleh : Unit Beruniform Pengakap

1. LATAR BELAKANG
Aktiviti pengakap adalah penting untuk murid-murid pengakap. Program seperti ini harus dijalankan dengan
konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar
dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali sebelum ini.
Aktiviti ini mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak
langsung dan tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan pelajar berkeperluan khas mempunyai
potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan
bersosial yang lebih baik. Maka program yang berbentuk outdoor ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan
mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.

2. TUJUAN
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang
dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan
kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.

3. OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
3.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
3.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.
3.4 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
3.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
3.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.

4. STRATEGI PELAKSANAAN
4.1 Hari : Sepanjang tahun
4.2 Tarikh : April-November 2016
4.3 Peserta : Ahli Pengakap SK SENAWANG
4.4 Pengelola : Unit Badan Beruniform (pengakap)
4.5 Kewangan : i ) PIBG

5. SASARAN PESERTA
Pengakap SK SENAWANG

7. ANGGARAN PERBELANJAAN AKTIVITI TAHUNAN PENGAKAP


A.
BIL. PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH
1. PERKHEMAHAN TAHUN 4-30 100 ORANG X RM 800.00
UJIAN LENCANA (8,9 ORANG RM8.00=RM800.00
DAN 10 APRIL 2016) TAHUN 5-40
ORANG
TAHUN 6-30
ORANG
2. AKTIVITI 12 ORANG 12 ORANG X RM35 X RM 840.00
KEMAHIRAN 2 HARI=RM840.00
PENGAKAP MEI 2016
3 KOROBORI JUN 2016 20 ORANG 20 ORANG X RM50.00 RM1,000.00
3. JOTA JOTI NOV 2016 30 ORANG 30 ORANG X RM14.00 RM 420.00
JUMLAH RM3060.00

Sumber Kewangan : Peruntukan daripada kewangan sekolah (PIBG)

Diharapkan dengan perlaksanaan Aktiviti Tahunan Unit Beruniform Sekolah (pengakap) ini murid dapat
menimba pengalaman sebenar untuk berdikari tanpa perlu bantuan orang lain dan memberi kesedaran tentang
pentingnya hidup dalam satu masyarakat. Selain itu, dengan penglibatan murid-murid pada setiap aktiviti yang
dijalankan, diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid untuk memahami kebolehan diri sendiri serta orang
lain ke arah membentuk perkembangan positif serta berpotensi menjadi individu yang cemerlang dan berdisiplin.

Disediakan, Disahkan oleh,

..
Ainee Adina Bt Mohamed Pozhiah Bt Ahmad
Setiausaha I Guru Besar
Unit Beruniform (pengakap) Sekolah Kebangsaan Senawang
Sekolah Kebangsaan Senawang

*Peruntukan yang diluluskan : _____________________ ...................................

You might also like