You are on page 1of 1

Sebab-Sebab Pelajar Ponteng Sekolah

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Gejala ini perlu diatasi supaya tidak menjejaskan masa hadapan mereka.

Terdapat sebilangan pelajar berjaga hingga lewat malam kerana menonton televisyen atau
melayari internet. Akibatnya, mereka sukar untuk bangun pagi kerana keletihan dan masih
dibelenggu rasa mengantuk. Ponteng sekolah juga berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri
yangtidak berminat terhadap pelajaran. Hal ini disebabkan mereka tidak mempunyai motivasi diri
atau aktiviti pembelajaran di dalam kelas yang kurang menarik.

Gejala ini juga berlaku berpunca daripada pengaruh rakan sebaya.Terdapat sesetengah
pelajar ponteng sekolah kerana menghabiskan masa bersama-sama rakan mereka sama ada di kafe
siber, pusat snooker atau melepak di pasar raya. Akhir sekali, kurangnya pemantauan daripada ibu
bapa turut menjadi penyebab ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.
Sebagai intihar, gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar perlu diatasi oleh semua
pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah, polis dan
sebagainya.