You are on page 1of 7

Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama

berlakunya vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih


mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Rakan sebaya
merupakan komponen penting dalam membentuk
keperibadian seseorang. Pengaruh rakan sebaya akan
mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku seseorang
remaja tersebut.
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di
kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa
membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti
rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan
papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang
terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada
keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan
budaya hidup negatif
Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang
amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan
adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan
dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke
arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan
vandalisme.
Sikap tidak ambil peduli masyarakat juga merupakan
faktor berlakunya gejala vandalisme. Remaja adalah
produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang
pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.
Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan
soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu
sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia
wujud. Vandalisme biasanya banyak berlaku di bandar.
Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta
benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi
yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan
bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli
terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu
golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk
meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa
tanggungjawab terhadap harta benda awam.
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga
menjadi pendorong kepada perbuatan vandalisme.
Setakat ini, tidak ramai remaja yang ditangkap kerana
perbuatan vandalisme. Keadaan juga sedemikian
menyebabkan para remaja tidak takut untuk melakukan
vandalisme. Oleh itu, pihak berkuasa patut menambah
pegawal bagi membuat rondaan dan pemantauan di
tempat-tempat yang selalu berlakunya vandalisme. Selain
itu, pesalah vandalisme perlu didakwa di mahkamah
supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.
i. Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu


dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan
Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme1991), sesiapa
yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda
membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika
sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru
menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-
kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan
menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.(kerja ini
dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-
belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar
menjadi teladan kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan


remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu
bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang
pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti
harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah
diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah
vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi
dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku
kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu
diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan
fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan


memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak
melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu
peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang
berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat
boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman
betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut
memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai
kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan
dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap
harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan
mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau
dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran
seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran
tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.
iv. Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber


maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada
tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa
memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi
menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan
menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk
rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media
massa. Media massa juga berperanan membantu pihak
kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat
faham dan menghayati kempen Harta Awam Milik Bersama
kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media
massa maka kempen ini dapat direalisasikan
keberkesanannya.

v. Khidmat kaunseling

Perkhidmatan kaunseling perlu diberikan kepada pelajar yang


bermasalah. Dalam hal ini, guru memainkan peranan penting.
Setiap guru, terutamanya guru kelas harus bijak mengenal
pasti pelajar yang bermasalah dan harus mendalami masalah
yang dihadapi oleh mereka. Kaunseling yang diberikan pada
peringkat awal selalunya berkesan untuk membantu mereka.
Golongan sebegini mesti dinasihati agar melepaskan
ketegangan dan tekanan yang dihadapi secara positif.
Sokongan moral daripada pelbagai pihak, seperti guru, rakan,
ibu bapa dan ahli keluarga juga dapa membantu.
Memandangkan masalah ini semakin berleluasa, adalah baik
sekiranya setiap sekolah di negara ini menyediakan seorang
guru kaunseling.

You might also like