Professional Documents
Culture Documents
FAKULTI:
PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KBC 3023
PENSYARAH:
DR. MD NASIR BIN MASRAN
TAJUK:
FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI KAJIAN KES
TUGASAN:
INDIVIDU (1)
OLEH:
NORSHAHIDA BINTI JUSOH
NO.MATRIK:
D20091034771
PROGRAM:
PENDIDIKAN KHAS
1
Kandungan
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Definisi
2.1 Fizikal 2
2.2 Emosi 2
2.3 Sosial 2
3.0 Teori perkembangan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak pintar cerdas 3
5.0Perkembangan responden 13
8.0 Kesimpulan 21
2
Abstrak
1.0 Pendahuluan
Sebagai sebuah negara, Malaysia perlu membangunkan sumber tenaga manusia sebagai usaha
untuk meningkatkan tahap kemajuannya. Setiap masyarakat sentiasa berharap untuk menambah
bilangan individu yang mampu menyumbang terhadap kesejahteraan dan kemajuan masyarakat
tertentu. Setiap individu yang telah dikenalpasti berpotensi tinggi atau berbakat wajar diberikan
peluang untuk memaksimumkan perkembangan mereka sehingga menjadi cemerlang dalam
bidang-bidang yang berlainan. Kanak-kanak pintar cerdas merupakan kepentingan pembangunan
modal insan negara. Milgram (2000) merujuk kepada Feldhusen menyatakan bahawa sehingga
ke hari ini perubahan yang besar telah berlaku dalam bidang pendidikan untuk pelajar pintar
cerdas dan berbakat.
Ramai yang menganggap bahawa individu yang mempunyai tahap kecerdasan yang
tinggi tidak mempunyai sebarang masalah dalam kehidupan seharian mereka. Walaupun telah
dianugerahkan kelebihan berbanding individu lain, tetapi golongan mereka juga tetap
memerlukan tumpuan dan perhatian daripada orang lain terutama individu yang rapat dengan
mereka. Bukti saintifik menunujukkan bahawa mereka juga memerlukan keperluan menyeluruh
sebagai manusia, sama seperti rakan sebaya mereka.
Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat.
Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi kesan yang besar dalam perkembangan dan
pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka terutama mereka yang dikenali
sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar-pelajar pintar cerdas juga terdapat dalam kalangan pelajar-
3
pelajar khas yang mempunyai pelbagai ketegori keistimewaan (Gallagher & Gallagher 1994). Ini
merujuk kepada pelbagai jenis keistimewaan seperti masalah pendengaran, penglihatan, emosi
dan sebagainya.
Anggapan bahawa pelajar pintar cerdas tidak memerlukan bantuan atau tidak menghadapi
masalah dalam apa jua perkara hanyalah satu mitos sahaja. Walaupun diberikan kelebihan
melebihi orang lain, namun sebagai manusia biasa mereka juga tidak sempurna. Mereka juga
terlibat dalam masalah gelodak perasaan seperti sedih, gembira, marah, malas dan sakit hati.
Justeru, mereka memerlukan bantuan dan perhatian daripada orang yang terdekat.
Perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas iaitu
keseimbangan, pergerakan dan manipulasi (Gallahue, 1993) . Perkembangan ini penting
bagi diri kanak-kanak tersebut untuk berinteraksi. Keseimbangan merujuk kepada
kebolehan dalam mengekalkan kedudukan badan mereka kepada tindakan graviti.
Pergerakan merupakan aspek berkaitan dengan tingkah laku, manakala manipulasi adalah
kemahiran berhubung dengan objek di persekitarannya.
Emosi merupakan setiap kegiatan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu, keadaan
mental. Emosi merujuk kepada suatu perasaan dan fikiran-fikiran yang khas. Kematangan
emosi menghubungkan dengan perwatakan orang yang berkeperibadian yang matang.
Individu sebegini mampu mengekspresikan rasa cinta kasih dan takutnya secara cepat
dan spontan.
4
kalanya kelakuan dalaman dan luaran turut mengalami perubahan. Aspek sosial berkaitan
dengan pergaulan dan interaksi seseorang individu dengan individu yang berada di
sekitarnya. Tingkah laku sosial juga dihubungkan dengan proses sosialisasi dan dapat
dikaitkan dengan perlakuan, sikap dan nilai. Dari aspek psikologi sosial, bidang ini
menerangkan bagaimana fikiran, perasaan dan tingkah laku individu dipengaruhi
jangkauan, khayalan atau kehadiran orang lain (Azizi Yahaya, 2004).
3.0 Teori Perkembangan Fizikal, Emosi Dan Sosial Kanak-Kanak Pintar Cerdas
Perkembangan merupakan perubahan yang tidak dapat diukur iaitu bersifat kualitatif.
Perkembangan ialah perubahan secara kualitatif serta cenderung kea rah yang lebih baik daripada
segi pemikiran, rohani dan sosial. Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait
antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk
struktur kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa
aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan
sebagai pengaliran berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke
arah tertentu yang telah dijangkakan.
5
perlu dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup dan terbuka. Bagi aspek kemahiran
fizikal tertutup bermakna mereka menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal.
Manakala bagi aspek terbuka pula bermakna persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak
menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah.
Menurut English and English emosi adalah A complex feeling state accompanied by
characteristic motor and glandular activities , iaitu suatu keadaan perasaan yang
kompleks yang disertai karakteristik kegiatan kelenjar dan motoris. Emosi merupakan
setiap keadaan pada diri seseorang yang disertai warna afektif baik pada tingkat lemah
maupun pada tingkat yang luas. Warna afektif disini dapat diartikan sebagai perasaan
perasaan tertentu yang dialami pada saat menghadapi ( menghayati ) suatu situasi tertentu,
contohnya gembira, bahagia, putus asa, terkejut, benci, tidak senang dan sebagainya.
6
lebih terkawal. Terdapat lima subkompetensi iaitu kawalan kendiri, amanah, berhemah,
kebolehsuaian dan inovasi.
Seterusnya ialah berkaitan dengan keupayaan untuk mendorong diri sendiri untuk
bertindak. Individu yang mempunyai emosi yang cerdas mampu untuk mengambil
inisiatif ke arah mencapai matlamat yang ingin dikecapi. Kebolehan ini dapat membantu
seseorang ke arah yang lebih baik dan lebih maju seterusnya dapat bangkit daripada
kegagalan.
Manakala komponen yang seterusnya ialah kemahiran sosial iaitu untuk membina
hubungan dengan seseorang. Telah dipercayai bahawa individu yang cerdas ini berupaya
untuk mengurus dan memahami situasi serta emosi orang lain dengan tepat. Ini akan
menyebabkan seseorang berinteraksi dengan baik. Di samping itu, kebolehan juga
membolehkan seseorang mempengaruhi sesuatu penyelesaian masalah. Selain itu,
kemahiran ini juga mengurus perhubungan antara seseorang melibatkan usaha memahami
emosi orang lain.
7
kecerdasan emosi. Dimensi pertama ialah kesedaran kendiri, kedua ialah kawalan kendiri,
amanah dan inisiatif. Dimensi yang ketiga ialah kesedaran sosial, memasukkan empati,
kesedaran organisasi dan orientasi perkhidmatan. Dimensi terakhir ialah kemahiran sosial
iaitu kebolehan bekerjasama dan berkumpulan, membantu rakan dan menjalinkan
hubungan.
8
Kesedaran emosi
1)Mengenali emosi diri Ketepatan menilai diri
sendiri sendiri
Keyakinan kendiri
Komponen
emosi
Kawalan kendiri
2)Mengatur emosi diri Amanah
sendiri Berhemah
Kebolehsuaian
inovasi
Dorongan
Pencapaian
3) Memotivasikan diri sendiri
Komitmen
Inisiatif &
optimisme
Pengaruh
Komunikasi
Pengurusan konflik
Kepimpinan
5) Membina hubungan
Pemangkin perubahan
Menjalin ikatan
Bersatu
Bekerjasama & keupayaan,
berkumpulan
9
Bahagian Otak yang dikaitkan dengan emosi adalah seperti berikut:
10
3.3 Teori Perkembangan Sosial
Tokoh ini berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap
psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap yang seterusnya dengan
mempunyai ciri-ciri yang berlawanan pada tahap-tahap tertentu. Pada setiap
peringkat bayi, kanak-kanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan
tua terdapat pelbagai konflik sosial yang akan di atasi untuk perkembangan
seterusnya.
12
-Kurang kesempurnaan, Putus harapan
ketidakpuashatian.
ASAL: Kelantan
UMUR: 17 TAHUN
BANGSA: Melayu
AGAMA: Islam
STATUS: Bujang
13
NAMA IBU: Salma Bt Mamat
EMEL: syahrulazwari_93@yahoo.com
FACEBOOK: syahrulazwari_93@yahoo.com
TINGGI: 172 cm
BERAT: 63 kg
KENANGAN PAHIT TENTANG PIALA DUNIA: Diejek oleh keluarga kerana pasukan
kegemaran kalah.
14
5.0 Perkembangan Responden
Perbincangan berkaitan dengan pengaruh genetik dan persekitaran genetik dalam menentukan
individu itu menjadi pintar cerdas atau tidak memang sudah lama berlaku. Peratus terjadinya
pintar cerdas ialah dapat dilihat iaitu sebanyak 50% berpunca daripada baka. Manakala
persekitaran individu dan keluarga masing-masing sebanyak 23%. Menurut Gardner (1983),
terdapat Sembilan jenis kecerdasan untuk mengukur potensi kecerdasan manusia. Bagi
responden saya, dia boleh dikategorikan dalam kecerdasan kinestatik badan iaitu kebolehan
dalam menggunakan keseluruhan anggota tubuh badannya untuk berkomunikasi dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Setiap anak mewarisi beberapa ciri-ciri daripada ayah dan ibunya. Dalam konteks ini,
syahrul memiliki persekitaran keluarga yang positif untuk membantunya menjadi seorang yang
berbakat. Hal ini demikian kerana latar belakang keluarga yang aktif bersukan. Bermula daripada
ayahnya yang merupakan jaguh kampung. Seterusnya ialah abangnya yang bernama Syariful
Ibrahim, 30 tahun, yang kini bertugas sebagai jurulatih pasukan Kuala Lumpur bawah 12 tahun.
Seorang lagi abangnya iaitu Ismail Ibrahim pernah bermain bola dalam peringkat daerah
Kelantan. Abangnya yang ketiga iaitu Safuan Ibrahim, 25 tahun merupakan pemain Johor FC.
Adiknya pula merupakan pemain untuk kelab Kelantan.
Bercerita mengenai dirinya yang tidak akan meninggalkan dunia bola sepak. Syahrul
menegaskan bahawa semua adik beradiknya bermain bola sepak termasuklah ayahnya.
Responden telah bermain bola ini sejak berusia 10 tahun lagi untuk wakil negeri Kelantan.
Setakat ini syahrul merupakan pemain yang mendapat pencapaian tertinggi apabila dipilih
sebagai pemain bola untuk pasukan Harimau Muda bawah 19 tahun kumpulan B. Kali pertama
beliau menendang bola ialah sewaktu berumur 6 tahun lagi. Itupun selepas diajak oleh abangnya
iaitu Shariful Ibrahim.
Menyentuh mengenai usianya yang masih lagi muda dan bakal menduduki peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini, Syahrul dengan penuh yakin mengatakan tidak
pernah terfikir untuk membuat kerja lain selain daripada bermain bola sepak. Baginya, bermain
15
bola sepak ini merupakan sesuatu yang unik. Bola sepak sebenarnya sesuatu yang sangat dekat
dengan dirinya kerana adanya semangat setia kawan.
Meminta pendapat daripada Syahrul tentang industri bola sepak tempatan, Syahrul
mengakui soalan ini terlalu sensitif dan sukar untuk dijawab. Syahrul berpendapat bahawa
Malaysia agak ketinggalan sedikit dari segi peralatan dan cara latihan berbanding dengan negara
maju yang lain. Beliau memberitahu bahawa, jika dia berpeluang untuk mengubah industry bola
sekarang, dia akan memilih orang yang betul-betul layak dan tahu bagaimana untuk
mengendalikan pimpinan bola sepak negara. Sekarang, banyak posisi jawatan tertentu dipenuhi
dengan orang yang kurang pakar dalam bidang bola sepak.
Responden saya berharap bahawa peminat bola tempatan supaya kurangkan kritikan
pedas kepada pemain tempatan. Dia menambah bahawa peminat bola tempatan melebihkan dan
mengaggungkan pemain luar negara berbanding pemain sendiri. Sepatutnya kita perlu
memartabatkan sukan kita bukannya menjatuhkan. Syahrul juga mahukan peminat untuk
mengiktiraf pemain Malaysia supaya lebih maju. Bercerita pasal bola, Syahrul tidak pernah lagi
kemalangan teruk, tapi dia sedih kerana sejek menjadi pemain bola profesional, 2 tahun berturut-
turut dia tidak dapat balik beraya di kampung halaman.
Pada tahun lalu, iaitu 2009, Syahrul terpaksa beraya di Uzbekistan kerana terlibat dengan
pemilihan Bola Sepak Asia atau AFC. Pada waktu pemilihan berlangsung, Syahrul langsung
tidak berasa cemburu terhadap kawan-kawannya kerana telah mengetahui sejak daripada awal
lagi. Tetapi, dia berhasrat bahawa suatu hari nanti mahu menjadi pemain bola sepak yang betul-
betul profesional.
16
Pasukan Harimau Muda Kumpulan B Bawah 19 Tahun
Soalan 1
-Bilakah Syahrul mula bermain bola?
Jawapan
-Sejak umur 6 tahun.
Ulasan
-Kanak-kanak berbakat menunjukkan bakat mereka sewaktu kecil lagi. Kebolehan ini
berbeza dengan kanak-kanak lain yang hanya mampu memegang sahaja bola tersebut.
Soalan 2
Adakah mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi tentang dunia bola sepak?
Jawapan
-Ya, ayahnya memberitahu bahawa Syahrul menampakkan kematangan dalam arena bola
sepak. Dia selalu bertanya tentang bola sepak sewaktu kecil lagi. Dia juga seorang yang
kreatif dan suka mencuba dalam menghasilkan cara baru semasa perlawanan.
Ulasan
17
-Individu yang pintar mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Ini menyebabkan
mereka sentiasa berfikir berkaitan pelbagai perkara dan sentiasa berusaha mencari sebab
dan musabab sesuatu perkara. Responden juga sentiasa berimaginasi dan mencari-cari
cara yang terbaik bagi merealisasikan imaginasi itu seperti dalam bidang yang diminati.
Soalan 3
-Boleh menjangkakan dan membuat andaian sesuatu perkara?
-Jawapan
Boleh menjangkakan dan membuat andaian. Pemikiran melebihi usia.
Ulasan
-Responden mudah memahami sebab dan musabab kejadian ataupun perkara dengan
cepat. Dia mampu membuat jangkaan dan spekulasi dalam isu-isu semasa.
Soalan 4
Jawapan
-Ya, dia seorang yang mudah dibawa berbincang, peramah dan mudah menghormati
orang yang lebih tua daripadanya.
Ulasan
- Responden mempunyai kemahiran berfikir yang hebat serta dapat menyaingi pemikiran
orang yang lebih tua daripadanya. Kelebihan ini membolehkan Syahrul menyesuaikan
diri dengan mudah bersama golongan orang yang lebih tua. Kanak-kanak pintar juga
biasanya mempunyai daya kepimpinan yang lebih.
Soalan 5
Adakah cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru?
Jawapan
-Ya. Ketika mula-mula belajar di Tabika, Syahrul tidak menunjukkan sebarang masalah
sosialisasi dengan rakan baru walaupun Syahrul masuk ke tabika pada bulan yang kedua
iaitu lewat sebulan dari tarikh pendaftaran masuk ke tabika seperti kanak-kanak lain.
Ulasan
- Kanak-kanak berbakat dan kreatif suka mencuba. Ciri-ciri ini menyebabkan mereka
cepat mempelajari sesuatu perkara. Kebolehan mereka memusatkan perhatian dan cekap
18
mengadaptasi persekitaran membolehkan mereka memperkayakan pengalaman sendiri
dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Soalan 1
Bagaimana pencapaian dan prestasi Syahrul semasa memasuki pasukan Harimau Muda?
Jawapan
-memberangsangkan dan menunjukkan satu pencapaian yang positif di luar jangkaan.
Ulasan
-Responden banyak kali menjaringkan gol semasa perlawanan. Ini menyebabkan pasukan
melonjak naik.
Soalan 2
Apakah kelebihan Syahrul berbanding dengan pemain-pemain lain?
Jawapan
-Syahrul lebih berkeyakinan semasa bermain. Dia seorang yang berupaya, bertenaga dan
mempunyai kemahiran terutamanya dalam penguasaan bola.
Ulasan
-Banyak serangan telah dilakukan dan hamper menyebabkan gol.
Soalan 3
Bagaimana disiplin Syahrul semasa dalam permainan dan luar permainan?
jawapan
-Dari segi disiplin, syahrul seorang atlit yang menepati masa dan melakukan sesuatu
perkara dengan tekun atas satu prinsip.
Ulasan
-Seseorang yang bersifat pintar cerdas secara automatik akan mempunyai rasa
tanggungjawab terhadap sesuatu yang dilakukannya.
Soalan 4
Bagaimana kekuatan mental dan psikomotor Syahrul dalam perlawanan?
Jawapan
-Dari segi ketangkasan, responden berupaya untuk mengubah arah pergerakan atau
kedudukan badan dengan pantas dan tepat.
19
Ulasan
-Responden mahir semasa mengelecek bola dengan pihak lawan.
Soalan 5
Kestabilan emosi Syahrul?
Jawapan
-Syahrul mengalami masalah dalam mengawal emosinya semasa perlawanan. Dia pernah
menghalau pengadil kerana pengadil tersalah memberi kad kuning kepadanya.
Ulasan
-Kebiasaan seseorang yang berbakat ini mempunyai emosi yang kurang stabil berbanding
orang lain. Mungkin ini merupakan kekurangan bagi golongan mereka.
3) Emosi Syahrul juga seorang yang mudah marah apabila sesuatu kehendak
tidak diperolehi. Selain itu banyak berlaku perubahan dari segi fizikal
dan fisiologikal.
20
7.0 Strategi Untuk Menangani Masalah Emosi Responden
Setelah berjumpa dengan keluarga, jurulatih dan juga diri responden, saya mendapati bahawa
responden memang memiliki kehebatan dalam sukan bola sepak. Dari segi fizikal responden
tidak mengalami sebarang masalah. Maknanya, dia seorang yang normal seperti remaja lain.
Manakala dari segi sosial dan emosi, responden mengalami sedikit masalah. Dia seorang yang
mudah agresif ketika perlawanan, tidak dapat mengawal emosi, dan lebih bersifat berani
melakukan apa sahaja sehingga menghalau pengadil. Saya sebagai gurunya, sedikit sebanyak
ingin menolong mengurangkan tahap emosinya yang tidak stabil itu.
Hal ini demikian kerana, bahagian otak yang mengawal emosi iaitu Amygdala tidak dapat
dikawal atau kurang berfungsi dengan baik semasa mengawal emosi. Kaedah yang akan saya
gunakan untuk membantunya ialah melalui kaedah kaunseling. Pertama saya akan berjumpa
dengannya secara perseorangan dan bertanya apakah perasaannya ketika perlawanan bola
diadakan dan mengapa dia tidak dapat mengawal emosinya. Seterusnya akan menasihati terlebih
dahulu dan menyuruhnya mengawal emosi. Sekiranya tidak berjaya, elaun responden akan
disekat dan digantung persekolahan selama beberapa hari. Selain itu, responden juga tidak boleh
bermain semasa perlawanan bola diadakan dan tidak dapat menyertai mana-mana latihan yang
akan diadakan di luar negara. Sekiranya responden ingin bermain dan mengikuti sesi latihan
diadakan, dia akan cuba mengawal emosinya daripada bersifat agresif.
Dari segi pergaulan dan sosial responden pula kurang memberangsangkan. Seperti yang
telah dinyatakan di atas, responden agak memilih dalam mencari kawan. Dia memberitahu
bahawa masalah loghat yang menghalangnya untuk berkomunikasi dengan individu berlainan
negeri. Saya telah memberi beberapa nasihat dan kaedah kepada responden untuk mengurangkan
atau menghapuskan terus masalah tersebut. Selain itu, responden juga memberitahu bahawa
tidak mempercayai individu yang berlainan agama dan negeri. Di sini saya dapat simpulkan
bahawa responden takut untuk mencuba mengenali seseorang.
21
Kaedah yang saya gunakan dalam menangani hal ini ialah dengan menemukan dia
dengan beberapa individu yang berlainan negeri dan agama. Selain itu, saya akan menyuruhnya
supaya mencari kenalan melalui facebook. Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan
dan menambah kenalan selain mengubah persepsinya terhadap kaum lain dan berlainan negeri.
Ini kerana komunikasi dapat meningkatkan keyakinan seseorang dan menentukan tindakan,
kepuasan dan menjalin hubungan, McAulley (1988).
Setelah berjumpa dan berbual dengan responden, saya telah mengenalpasti beberapa
kelebihan dan kekurangan responden. Selepas pemerhatian secara tidak langsung
dilakukan satu strategi jangka panjang dapat diatur kepada responden bagi membantunya
mengejar matlamat dan merealisasikan impiannya. Saya telah mencadangkan supaya
responden membuka pusat bola sepak atau futsal. Mungkin dia boleh menjadi jurulatih
kepada remaja-remaja, kanak-kanak atau golongan-golongan yang berminat.
Majoriti had umur seorang pemain bola ialah dalam lingkungan 30 tahun ke
bawah yang melayakkan dirinya menyertai perlawanan yang melibatkan negara. Melalui
pengalaman yang ditimba oleh responden saya, dia tidak perlu bimbang sekiranya dia
tidak diperlukan lagi dalam satu-satu perlawanan ketika umurnya meningkat 30 tahun.
Dalam jangka masa yang panjang, kemahiran, bakat, pengalaman dan kesungguhan yang
sedia ada pada diri responden tidak mustahil akan membolehkannya untuk menjadi
seorang jurulatih yang professional pada masa akan datang.
22
8.0 Kesimpulan
Secara menyeluruh, kestabilan personaliti, emosi, sosial dan tingkah laku responden adalah
penting bagi menjamin kesinambungan sesuatu program yang dirancang untuknya. Hal ini
demikian kerana untuk kepentingannya dan juga masyarakat sejagat. Oleh itu, perancangan
untuk mewujudkan satu prosedur sokongan psikologi dan sosial yang sistematik merupakan satu
keperluan yang amat sukar untuk disediakan dan dipenuhi pada setiap fasa perlaksanaan. Pelajar-
pelajar pintar cerdas dan berbakat perlu dibimbing dalam segala aspek berkaitan dalam hidup
mereka agar dapat mengimbangi tahap kepintaran atau bakat yang dimiliki oleh mereka dengan
wibawa diri yang dilengkapi dengan kestabilan emosi dan mental, serta tidak menyalahi norma-
norma sosial masyarakat umum.
Seterusnya sikap serta ciri peribadi yang memuaskan adalah penting dalam
memperkayakan seseorang individu pintar cerdas. Ciri-ciri tersebut ialah bersikap mesra
masyarakat serta cermat dan teliti dalam mengambil sesuatu tindakan. Dalam waktu itu juga,
sifat individu terbabit yang berkeupayaan untuk mempengaruhi orang lain termasuk mempunyai
daya pujuk, berwibawa dan mahir berkata-kata turut menyumbang terhadap pembangunan
individu menjadi pintar cerdas.
Individu yang pintar cerdas dan berbakat juga lebih bijak berbanding dengan rakan
sebaya mereka, tetapi ini tidak bermaksud mereka turut dewasa dalam aspek perkembangan
sosial dan emosi. Mereka juga mengalami masalah dalam pergaulan dan komunikasi. Oleh itu, di
sebalik ciri-ciri yang mengagumkan ini, mereka juga masih lagi seorang individu yang
memerlukan perhatian sama atau lebih daripada orang lain. Ibu bapa memainkan peranan penting
dalam memupuk ciri-ciri kepintaran yang dimiliki oleh seseorang individu tanpa mengabaikan
perkembangan sosial dan emosi mereka.
Ibu bapa dan guru harus memainkan peranan penting dalam menangani hal ini kerana
mereka lebih rapat berbanding dengan orang lain, dan faham akan perangai golongan tersebut.
Keseimbangan perkembangan golongan ini bergantung kepada keprihatinan ibu bapa, pendidik,
persekitaran pembelajaran dan juga masyarakat agar mereka mendapat dorongan daripada semua
pihak yang berada di sekelilingnya.
23
Rujukan
Abdul Fatah Hasan (1998), Pemikiran Keseluruhan Otak, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Zurihanmi Zakariya. (2004). Psikologi Sosial. Skudai :
Universiti Teknologi Malaysia.
Gallahue, D.L. (1993), Development Physical Education for Todays Children. Madison, WI:
Brown and Benchmark.
Goleman, D. (1995), Emotional Intelligence, New York: Bantam.
Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligence. New York: basic
Books.
Gallagher, J.J. & Gallagher, S.A. 1994. Teaching the gifted child. 4th. Ed. Boston: Allyn and
Bacon.
McAuley, J.G. 1988. Komunikasi antara Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Milgram, R.M. 2000. Identifying and enhancing talent in Israel: A high national priority.
Roeper Review, Jan. 2000, 22 (2): 108-110.
Mischell, W. (1999) Introductory to Personality (6th ed). Florida: Harcourt Brace College Pub.
Abd. Majid Mohd Isa dan Rahil Mahyuddin (1997), Psikologi Pendidikan 1-Pertumbuhan dan
Perkembangan, Selangor: Longman.
Wilmshurst, L. & Brue, A. W. 2005. A Parents guide to Special Education. New York:
AMACOM.
24