You are on page 1of 4

Aku seekor kucing

Aku seekor kucing. Aku bernama Tompok. Aku berwarna hitam. Aku
seekor kucing yang bijak. Aku tinggal di rumah tuan aku yang bernama
Mahmud.

Mahmud ialah tuan yang baik hati. Dia selalu menjaga aku dengan
baik. Setiap hari, dia mandikan aku dengan air bersih. Kadang-kala, dia
membawa aku ke taman untuk bermain. Dia juga memberikan aku makanan
kegemaran aku iaitu ikan dan nasi.

Apabila dia pergi kerja, dia menyuruh aku tinggal di rumah. Dia
pulang ke rumah pada pukul lima petang. Semasa dia pulang ke rumah, aku
akan menunggu tuan aku di depan pintu. Dia memberi aku makanan yang
dibeli dari tempat kerjanya..

Aku juga mempunyai kawan. Aku berkawan dengan seekor kucing


yang bernama Si Belang. Si Belang ialah kawan paling rapat aku. Kami
selalu berjalan di taman yang berdekatan. Pada suatu hari, sedang kami
berjalan-jalan, tiba-tiba ada seekor anjing yang ganas muncul di hadapan
kami. Kami terus berlari dengan cepat. Nasib baik kami dapat
melepaskan diri kami daripada cengkaman anjing yang ganas lagi hodoh itu.
Kami berasa lega kerana terselamat..Kadang kadang, kami selalu
menangkap tikus yang terdapat di dalam rumah tuanku.

Pada suatu hari, tuanku membeli seekor arnab yang comel sekali.
Mulai hari itu, aku berasa sedih, aku menjadi kucing yang terbiar. Tuanku
tidak mempedulikan aku lagi. Sekarang aku melepak bersama-sama kucing
terbiar yang lain. Namun aku tidakberputus asa, aku harap ada manusia yang
baik hati akan membela aku.
Hazaz
Pengenalan diri:
Nama: Zainuddin Ismail
Lahir: Melaka - 1961
No telefon: 0162121911
email: zain7478@gmail.com

Tajuk: Kucing Saya

Bahagian 1 - Menulis isi dalam bentuk ayat paling mudah


1. Saya ada seekor kucing.

2. Nama kucing saya 'hitam-putih'.

3. Setiap pagi, saya beri kucing saya susu.
/
4. Saya balik dari sekolah setiap hari selepas zuhur.

5. Saya letak beg saya di bilik saya.

6. Saya bermain dengan kucing saya.

7. Saya sangat sayang kucing saya.

8. Kucing saya sahabat baik saya.

Bahagian 2 - Menggabungkan ayat-ayat muda dan memperluaskannya serta mengolah


semula menjadi ayat yang lebih mantap.

Saya ada seekor kucing yang cantik.



Warna kucing saya hitam dan putih.

Oleh kerana warnanya hitam dan putih, saya menamakan kucing saya 'hitam-putih'.


Setiap pagi, sebelum saya pergi ke sekolah, saya beri kucing saya susu.

Apabila saya balik dari sekolah setiap hari selepas zuhur, saya dapati kucing sedang
menunggu saya di depan rumah.


Saya terus meletakan beg saya di bilik saya dan bermain dengan kucing saya, sebelum saya
makan tengahari bersama keluarga saya, dan kadang-kadang bersama kucing saya.



7. Saya sangat sayang kucing saya kerana dia sentiasa berada di sisi saya, di kala saya sedih
atau gumbira dan pada bila-bila masa sahaja.




8. Bagi saya, kucing saya adalah sahabat baik saya yang akan saya kenang sehingga akhir
hayat saya.



( ) ...
Posted by Zainuddin Ismail at 8:17 PM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

.

.

.
.


.
.

You might also like