You are on page 1of 39

BACHELOR OF TEACHING (PISMP)

TEACHING OF ENGLISH AS A SECOND LANGUAGE (TESL)


YEAR 1 SEMESTER 2 (2016)

NOTES
ELMK3043
ISU MORAL DAN PERANAN
AGEN-AGEN MORAL
FOO SU YI
APRIL 2016
ISI KANDUNGAN

1. Konsep Sosialisasi Contoh Isu-Isu Moral Tempatan


Sosialisasi - Penyalahgunaan Dadah
Norma sosial - Vandalisme
Kawalansosial - Pengabaian Warga tua
- Ragut
2. Peranan dan Tanggungjawab - Penderaan Kanak-kanak
Agen-agen Moral - Jenayah Kolar putih
- Keluarga - Pergaulan Bebas
- Rakan Sebaya - Ketagihan Alkohol
- Sekolah/ Institusi - Rempit
- Komuniti/Masyarakat - Pembuangan Bayi
- Media Massa/ Globaisasi - Jenayah Jalanan
- Pertubuhan Bukan Kerajaan
Agensi AgensiTempatan Contoh Isu-Isu Moral Global
- Yayasan SALAM - Peperangan/Keganasan
- Majlis AIDS Malaysia - Pemanasan Global
- PENGASIH - Homoseksual
- MERCY - Pemerdagangan Manusia
Agensi Antarabangsa - Pencemaran Alam Sekitar
- WHO - Jenayah Siber
- WWF - Penyeludupan
- UNESCO
- UNICEF 4. Penyelesaian Konflik Moral
Strategi Penyelesaian Masalah
3. Isu-Isu Moral Semasa Strategi Pemibinaan Hierarki
Strategi Pencairan Masalah
Contoh Isu-Isu Moral di Sekolah
Strategi Analisis Nilai
- Buli
Strategi Kompromi
- Ponteng Sekolah
Strategi Perkembangan Kognitif
- Budaya Melepak
Kaedah Penyelesaian Masalah
- Gengsterisme
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Kaedah Scaffolding
BAB 1 KONSEP SOSIALISASI

Sosialisasi

Proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai,sikap ,kemahiran yang dipunyai oleh
keluarga/masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli
masyarakat tersebut.
Sosialisasi dapat membantu seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna.

Fungsi :
Sosialisasi dapat membantu mengekalkan idea-idea,nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang
menyatukan masyarakat supaya terus kekal walaupun ahli-ahli masyarakatnya silih berganti.

Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi,bekerja dalam satu kumpulan atau
melakukann kawalan diri.

Seorang anak dan pelajar juga akan tekun belajar jika ia sedar bahawa itu adalah
tanggungjawabnya dan harapan ibu bapanya.Jadi, sosialisasi menyedarkan seseorang tentang
apa yang patut dan tidak patut dilakukan.

Proses sosialisasi berlaku dalam tiga jenis, iaitu:


sosialisasi primer Proses ini berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. Kanak- kanak
(permulaan) mempelajari konsep diri,psikomotor,penaakulan dan kemahiran Bahasa
daripada keluarganya.
sosialisasi sekunder Berlaku pada peringkat kanak-kanak,remaja dan dewasa. Pada peringkat ini
(penyertaan) akan berlaku proses pengembangan konsep diri, menerima konsep baru,
berlaku perubahan dan penyesuaiaan akibat daripada interaksi dengan rakan
sebayasekolah,media massa dan masyarakat.
sosialisasi semula Sosialisasi semula ini berlaku akibat daripada perubahan secara
(resosialisasi) drastik,mendadak,radikal atau terpaksa yang dialami oleh seseorang

Sosialisasi berperanan :

mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat


memastikan aspirasi masyarakat terpelihara,
menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat,
mengajar individu untuk memenuhi peranan sosial.
Norma
kelakuan standard yang dipersetujui oleh semua ahli kumpulan.Norma sosial pula merupakan
peraturan-peraturan yang diterima pakai oleh sebahagian besar ahli masyarakat.Kepatuhan
kepada norma-norma sosial akan menjamin kewujudan perpaduan dalam satu-satu masyarakat
Norma sosial
lahir daripada proses interaksi antara masyarakat. Norma dapat dipelajari melalui pemerhatian
dan juga interaksi sosial.Norma sosial sering berubah seiring dengan perubahan yang berlaku
dalam sesuatu masyarakat.

Contohnya:
Sikap berterima kasih kepada kedua ibu bapa yang telah mendidik dan berkorban dalam
mendewasakan kita dianggap sebagai norma ,mana kala perderhakaan terhadap ibu bapa
dikatakan lencongan.
Beratur dan berbaris ketika hendak membeli makanan dan minuman di kantin sekolah.
Pelajar melafazkan ucapan salamAssalamualaikum atau Selamat Pagi kepada guru dan
sesiapa sahaja yang dikenali atau tidak dikenali.
Beratur ketika hendak menaiki bas
Menjaga kebersihan sekolah dan persekitarannya.

Perbezaan Antara Norma Dengan Undang-undang


Norma Undang-undang
Dikuatkuasakan oleh mahkamah dan hukuman
dijatuhkan jika seseorang melanggar undang-undang
Tentukan batas adapt, idealisme, Tentukan batas yang pasti. Jenayah jika melanggar
keyakinan dan nilai moral undang-undang
Mematuhi norma pasti jauh dari melanggar Mematuhi undang-undang tidak pasti mematuhi norma
undang-undang
Batas kelakuan yang baik dan jahat yang Tidak meliputi untuk menjadi panduan individu dan
meliputi individu dan masyarakat yang masyarakat yang pelbagai ragam
pelbagai ragam

Kawalan sosial

Cara-cara yang digunakan oleh masyarakat bagi mempengaruhi tingkah laku anggotanya
supaya ahli-ahlinya menghargai nilainilai dan mematuhinya.
Dua bentuk kawalan sosial:

Kawalan Positifboleh berbentuk pemberian ganjaran ,hadiah dan pujian


Kawalan Negatifmerupakan hukuman dan dendaan
Kawalan sosial berlaku secara perundangan,peraturan penguatkuasaan .pasukan polis dan
secara formal kehakiman merupakan badan yang mendidik masyarakat supaya akur kepada
norma-norma sosial.
kawalan sosial - ganjaran sosial seperti kenaikan pangkat - pujukan
tidak formal - hukuman atau kritikan -norma yang ditakrif oleh individu yang berstatus tinggi
BAB 2 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

2.1 Agen-agen moral


2.1.1 Keluarga

Keluarga merupakan agen sosial yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak


Ibu bapa akan mengajar anak-anak berhubung dengan apa yang harus dilakukan dan apa yang
tidak boleh dilakukan.
anak-anak akan mempelajari kemahiran,sikap,norma dan nilai-nilai
didikan ibu bapa
(a) Keluarga Asas

Terdiri daripada bapa, ibu yang ada ikatan perkahwinan yang sah dan mempunyai anak-anak
sendiri atau anak angkat dan tinggal bersama.
Tanggungjawab membentuk tingkah laku anak-anak dijalankan sepenuhnya oleh ibu dan bapa.
ibu bapa mencorakkannya dan membentuk perwatakan anak-anak mereka semenjak kecil
Kebanyakkan proses interaksi anak-anak berlaku di rumah . Ibu bapa menjadi model utama
yang boleh dicontohi anak-anak.
(b) Keluarga kembangan

Keluarga kembangan ialah keluarga yang terdiri daripada sebuah atau beberapa keluarga asas
dan ahli-ahli keluarganya dan tinggal bersama.
Tanggungjawab mendidik anak-anak dan menjaga ahli keluarga yang sakit dijalankan bersama
di samping membantu ekonomi keluarga. pemupukan nilai dilakukan
bukan sahaja oleh ibu bapa tetapi juga oleh anggota keluarga yang lain seperti datuk, nenek,
bapa dan ibu saudara serta sepupu.
2.1.2 Rakan sebaya

Rakan sekolah boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang. Rakan sekolah ialah kumpulan individu
yang mempunyai umur dan taraf sosial yang hampirsama. Mereka mempunyai minat dan matlamat
yang sama dalam alam.
Rakan luar sekolah
Adalah kumpulan rakan sebaya dalam kumpulan bermain,satu geng atau satu clique. Aktiviti-
aktiviti kumpulan lebih berbentuk acara sukarela.Mereka belajar berdikari dan membentuk
peraturan, nilai dan norma-norma kumpulan tersendiri.

Pengaruh positif:
a) Akan membantu kita dalam pelajaran dan membantu kita mencari matlamat
b) Menasihati kami jika kita membuat kesalahan danmotivasi kami apabila dalam kesusahan
c) Mebantu kami apabila kita menghadapi kesukaran
Pengaruh Negatif
a) mengajak kita melepak atau perkara yang tidak baik seperti merokok
b) tidak akan menghormati guru-guru dan ibu baapa
c) bersikap ikut-mengikut rakan sebaya yang membuat perkara negative dan hilang matlamat
sendiri

2.1.3 Sekolah atau institusi

Pentadbir
Pentadbir yang efektif adalah penting untuk mewujudkan suasana mendorong pengajaran yang
bermakna dan menyeronokkan.Pentadbir hendaklah berupaya membentuk satu struktur dan amalan
yang mengintegrasikan maklum balas,membuat refleksi dan amalan-amalan dan tindak balas yang
diterima berlandaskan aspek-aspek berikut:
mengesan kecekapan pentadbiran sekolah.
menilai budaya moral sekolah.
menilai secara moral guru-guru dibawah pentadbirannya.

Guru
Seseorang guru mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri kerana ada guru yang bersifat
autokratik,demokratik dan kreatif.

Guru yang demokratik memberi kesan yang positif kerana pelajar-pelajar diberi ruang untuk
berinteraksi dan berkomunikasi secara terbuka.Suasana sosioemosi yang demokratik akan
menggalakkan perkembangan yang positif dan meningkatkan kemahiran sosial.

Guru yang laissez-paire memberi kebebasan penuh kepada pelajar untuk memikir dan
menyusun aktiviti mereka dan kurang memberi idea dan inisiatif terhadap aktiviti yang
dijalankan.Guru juga tidak menilai tingkah laku pelajar menyebabkan pengurusan bilik darjah
yang longgar dan suasana pembelajaran dan pengajaran terganggu oleh masalah disiplin.

2.1.4 Komuniti / Masyarakat

pemimpin menekankan nilai kerajinan dan peningkatan produktiviti akan menghasilkan ahli-ahli
yang bersikap tekun,rajin membuat sesuatu dengan bersungguh tanpa cepat putus asa.

Slogan seperti 1 Malaysia:rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan ,Malaysia Boleh


dan Cemerlang,Gemilang dan Terbilang sering dilaungkan oleh pemimpin kita bertujuan untuk
membentuk masyarakat yang dinamik dan progresif serta mengamalkan nilai-nilai murni ,cekap
bersih dan amanah.

Komuniti merujuk kepada sekelompok manusia yang hidup setempat dan kerap berinteraksi
antara satu sama lain. Bilangan ahli dalam sesuatu komuniti adalah lebih kecil berbanding
dengan masyarakat.
Ada dua corak komuniti dalam masyarakat: komuniti yang bersifat homogenous dan hetrerogenous.

Contoh komuniti homogenous ialah guru pelatih yang tinggal di asrama.Mereka mempunyai ciri-
ciri yang hampir sama seperti umur,matlamat dan gaya hidup.Dalam komuniti kampus ada sikap
positif seperti semangat bersaing untuk berjaya,nilai kekitaan,hormat kepada pensyarah.
Manalaka sifat negatif adalah seperti merokok,bersembang ,pulang lewat malam dan lain-lain.

Contoh komuniti hetererogenous ialah jiran di kawasan perumahan bandar terdiri daripada
pelbagai bangsa,kaum,agama dan peringkat umur.Mereka mempunyai gaya hidup ,latar
belakang ,profesion dan matlamat hidup yang berbeza.Komuniti mempunyai pengaruh yang
penting dalam penghayatan dan amalan nilai-nilai murni dalam membentuk kehidupan ahli-
ahlinya.

2.1.5 Media massa


Media massa sama ada media eletronik atau media cetak menyediakan sebahagian besar dari
maklumat sosial dalam kehidupan seharian kita.
Media massa boleh meninggalkan kesan yang negatif dan positif keatas sosialisasi seseorang
individu.

TV program seperti Upin dan Ipin akan mengajar murid tentang keperibadian diri sendiri dan
juga dapat membantu mereka dalam menguasai Bahasa. Di samping itu, program TV seperti
National Geography akan membantu masyarakat menguasai lebih banyak ilmu yang jarang
mereka tahui di sekeliling tempat kehidupan mereka.

Akhbar akhbar tabloid dan majalah seperti URTV,Mangga lebih banyak memberikan
pendedahan seks negatif kepada pembaca remaja.Akibatnya mereka lebih matang dalam aspek
keseronokan seks daripada hal-hal kemanusiaan.

2.1.6 Pertubuhan Bukan Kerajaan


Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan atau Non Government Organization(NGO) mempengaruhi
sosiolisasi individu sebagai sukarelawan yang bermoral.Dengan cara ini nilai murni individu
NGO dapat diperkukuhkan untuk membantu masyarakat dalam pelbagai bidang kebajikan

Contohnya bencana tsunami,bencana banjir di Pakistan dan peperangan di Palastin,ramai


sukarelawan dari Yayasan Salam,Peace Malaysia,MERCY dan Pertubuhan Bulan Sabit
Merah,Lions Club,Interact Club,Kelab Rotary dan Program Rakan Muda. telah banyak
membantu tenaga ,kepakaran ,kewangan,motivasi,material bagi meringankan beban mangsa.

Pengalaman tersebut memberi kesedaran tentang pentingnya nilai kasihan belas dan nilai
kemanusiaan. Program Khidmat Negara juga merupakan salah satu daripada proses sosialisasi
yang akan membentuk dan melahirkan remaja Malaysia yang tahan cabaran dan tinggi sikap
patriotiknya.
2.2 Agen Tempatan

2.2.1 Yayasan Salam Malaysia

sebuah organisasi bebas dan bukan mencari keuntungan, sebaliknya menggalakkan semangat
khidmat sukarela di kalangan rakyat Malaysia.
Tujuan:

Bertujuan untuk memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkhidmat sebagai
sukarelawan di kalangan komuniti di dalam dan luar negara yang memerlukan perkhidmatan.
Menganjurkan program-program perkhidmatan sukarela dan berbagai bidang dengan tumpuan
khasnya terhadap pendidikan, kesihatan dan juga kerja pembangunan komuniti.
2.2.2 Majlis AIDS Malaysia

Pada 1992, atas inisiatifKementerian Kesihatan Malaysia, telah membawa kepada


penggabungan badan-badan bukan kerajaan dalam usaha untuk memerangi HIV/AIDS.
ia berharap agar dapat memaksimakan usaha mereka dan memastikan bahawa sumber-sumber
yang terhadp dapat digunakan sebaik-baiknya.
Ia berkembang sejak 10 tahun lalu, daripada hanya 2 individu kepada lebih 20 pekerja.
Tugas-tugas Majlis AIDS Malaysia:

Mengkordinasikan usaha-usaha badan bukan kerajaan dan meningkatkan kapasiti


Undang-undang
Pencegahan dan pendidikan
Skop Aktiviti
2.2.3 PENGASIH
Peranan:
Rawatan & Pemulihan Kami membantu dan membimbing sesiapa jua yang ingin bebas dari
penagihan bahan dan tabiat
songsang. Mereka akan kembali ke pangkuan keluarga sebagai seorang yang lebih produktif
dan berketrampilan.
Latihan & Rundingan Kami menyediakan latihan kemahiran di dalam bidang rawatan &
pemulihan. Kami menawarkan
khidmat rundingan kepada institusi pendidikan, agensi kerajaan serta syarikat swasta untuk
menghidupkan suasana bebas dadah.

Rumah PENGASIH (RP) ialah sebuah Pusat Rawatan dan Pemulihan Persendirian yang telah
diwartakan kerajaan. RP mula beroperasi pada tahun 1993 dan rawatannya menjurus kepada sistem
Bimbingan Kepulihan Rakan Sebaya

Peranan Rumah PENGASIH:


menekankan pengstrukturan semula pemikiran, pengurusan dan penstabilan emosi, peubahan
tingkah laku dan penyuburan kerohanian.
secara sukarela. Tempoh rawatan adalah di antara 6 hingga 12 bulan.
digalakkan menyertai Kelompok Sokong Bantu (Aftercare).
2.2.4 MERCY

Pada Jun 1999, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) ditubuhkan secara rasminya
atas keperihatinan Dr Jemilah Mahmood.
Ia bermula sebagai sebuah pertubuhan bantuan perubatan, sukarelawan dari bidang-bidang
berlainan mula menjadi sebahagian daripadanya.
Ini membolehkan MERCY memberikan bantuan kemanusiaan dan sehingga kini, ia telah
memulakan projek dan program dalam bentuk latihan vokasional, penggalian perigi, bantuan
makanan dan sebagainya.
MERCY menggunakan kaedah Pengurusan Risiko Bencana Menyeluruh atau Total Disaster
Risk Management (TDRM) dalam melaksanakan beberapa projek domestik dan antarabangsa.
Tujuan penggunaan kaedah ini adalah untuk menyediakan pemahaman yang labih baik, dan
yang paling penting ialah membuat respon terhadap pengurusan bencana, mengenalpasti
sebab utama dan faktor-faktor yang membawa kepada bencana.

2.3 Agensi Antarabangsa


2.3.1 WHO

Pengertian WHO (World Health Organization) adalah merupakan organisasi kesehatan dunia
yang berada di bawah nauangan Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB). WHO bekerja untuk
memastikan bahwa setiap orang memiliki akses untuk mendapatkan pelayanan kesehatan yang
berkulitas
Peranan

berusaha untuk membantu pemerintah dan masyarakat di berbagai negara untuk


mempersiapkan diri dalam menghadapi seluruh keadaan krisis yang mungkin terjadi
memastikan tindakan yang tepat dan efektif, serta memastikan bahwa sistem kesehatan lokal
dapat berfungsi dengan baik untuk mengatasi efek dari keadaan yang dapat membahayakan
keadaan kesehatan masyarakat
memberikan rekomendasi tindakan yang bersifat non teknis apabila terjadi sesuatu hal yang
berpotensi membawa akibat besar secara global dari segi kesehatan. Hal ini termasuk di
dalamnya bantuan dalam memberikan pelatihan personil medis dan berbagi pengetahuan
tentang penyakit seperti influenza, malaria, smallpox virus, poliomyelitis, tuberculousis,penyakit
akibat hubungan seksual, Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS), dan Severe
AcuteRespiratory Syndrome (SARS). Perhatian lain yang diberikan WHO termasuk juga
masalah kesehatan ibu dan anak, gizi, rencana pertumbuhan penduduk, lingkungan kesehatan,
penyakit kronis, dan konsumsi rokok atau cerutu dan segala hal yang berhubungan dengan
masalah kesehatan.
2.3.2 WWF

WWF Malaysia telah memulakan kerja-kerja pemuliharaan di Malaysia sebaik saja ianya
ditubuhkan pada tahun 1972.

Kerja-kerja awal yang dijalankan oleh organisasi ini adalah pemeliharaan spesis-spesis binatang
dan pemuliharaan habitat alam semulajadinya.
Cth projek adalah Projek Marin yang dijalankan diseluruh Malaysia.

Melibatkan penyelidikan terumbu karang, membantu Taman-taman Negara untuk membuat


kajian dan cara-cara untuk memelihara kemandirian haiwan dan alam sekitar di Malaysia.

Pada masa ini selain daripada pemuliharaan habitat dan spesis, keutamaan diberikan kepada
kajian untuk mencari jalan bagi menggunakan sumber-sumber alam semulajadi yang lebih
berkekalan.

Pada tahun 1988, Yayasan Sabah telah bekerjasama dengan WWF Malaysia untuk mengatur satu
kajin ekspedisi saintifik di kawasan yang belum pernah diterokai dan terdapat beberapa usaha
dalam memajukan kajian dengan beberapa perancangan. Antaranya :
a. Strategi Pemuliharaan di Malaysia
b. Kursus Pendidikan dan Saintifik
c. Plan Polar Pelancongan Negara
d. Program Pendidikan dan Pembangunan Luar Bandar

2.3.3 UNESCO

UNESCO merupakan organisasi internasional di bawah PPB yang mengurusi segala hal yang
berhubungan dengan pendidikan, sains, dan kebudayaan dalam rangka meningkatkan rasa
saling menghormati yang berlandaskan pada keadilan, peraturan hukum, dan HAM. UNESCO
didirikan pada tanggal 4 November 1946, di kota Paris-Perancis. Tugas utamanya adalah
memajukan kerja sama antarbangsa di bidang pendidikan, sains, dan kebudayaan tersebut.
Sekarang ini, UNESCO beranggotakan 191 negara (termasuk Indonesia) dan bermarkas besar
di Unesco House, Place de Fontenoy, Paris de, France.
Misi utama UNESCO adalah untuk meningkatkan pengetahuan, standard dan kooperasi
intelektual dalam menggalakkan transformasi sosial yang kondusif kepada nilai keadilan,
kebebasan dan maruah kemanusiaan secara universal

Pengertian, Kepanjangan, dan Tujuan UNESCO - UNESCO adalah singkatan dari kepanjangan
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization.

Adapun tujuan berdirinya organisasi UNESCO antara lain:

Meningkatkan kerjasama antarnegara di dunia di bidang pendidikan, sains dan kebudayaan;


Melakukan kegiatan pemberantasan buta huruf (buta aksara) dan kewajiban belajar bagi seluruh
rakyat negara-negara anggota; dan
Mengangkat martabat dan derajat kehidupan manusia.
Peranan

Menyelidik dan mendalami isu-isu hak asasi kanak-kanak yang penting kepada anda.
Belajar mengenai HIV/AIDS dan bagaimana anda melindungi diri anda dan orang-orang yang
anda sayangi dari dijangkiti.
Ambil bahagian dalam program dan kempen yang mempunyai matlamat untuk menghentikan
penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
Tunjukkan keperihatinan anda terhadap isu-isu yang memberi kesan kepada kanak-kanak di
Malaysia dengan menulis kepada Ahli Parlimen anda melalui akhbar.
Berikan tumpuan masa dan sumber anda kepada program-program yang akan membantu
memenuhi keperluan kanak-kanak di Malaysia dan di seluruh dunia.

- Melalui pengumpulan dan penganalisaan data, sokongan kepada penyelidikan mengenai


perkembangan kanak-kanak, perlindungan, penglibatan dan tanggungjawab, dan analisa kritikal
mengenai usaha-usaha yang berjaya

- program-program untuk mengukuhkan sokongan dan meningkatkan kesedaran akan dipergiatkan.


Penglibatan agensi-agensi Kerajaan, pemimpin-pemimpin agama, komuniti akademik, NGO, institusi
latihan dan penyelidikan, media dan sektor swasta adalah amat penting kepada kejayaan kami.
TOPIK 3 ISU-ISU MORAL SEMASA

DEFINISI
Gejala Buli

Gejala buli boleh didefinisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut,
menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang
terhadap pemangsanya.
Ponteng sekolah

Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas
tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah
tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua
kelas dalam satu-satu hari.

Budaya Melepak

amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh
golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil
bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu
dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu.
Budaya lepak ini juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.
Melepak bolehlah ditakrifkan sebagai suatu aktiviti berehat di kawasan-kawasan tertentu tanpa
sesuatu tujuan yang berfaedah. Sejak akhir-akhir ini masalah melepak sering disiarkan melalui
media massa di negara kita, dan keadaan ini telah membimbangkan semua pihak terutamanya
pihak sekolah dan ibu bapa. Sejak belakangan ini gejala ini didapati semakin serius sehingga
terdapat ramai pelajar yang sanggup ponteng sekolah kerana ingin melepak.

Gengsterisme

gangsterisme boleh dirujukan sebagai aktiviti yang bersifat jenayah atau sosial yang dijalankan
oleh individu atau sekumpulan individu.Mereka ini sanggup melakukan sesuatu tindakan yang
salah di sisi undang undang demi mencapai kepuasan dan matlamat bagi dirinya, Kamus Dewan
edisi ke 4 Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) 2010 halaman 458,
gengsterisme didefinisikan kegiatan gengster atau kumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan
untuk maksud atau kegiatan jenayah tertentu. Menurut Trasher (1963) yang merupakan pelopor
awal tentang kajian gangsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini
berpotensi untuk mewujudkan gang.Golongan ini mudah terdedah dengan keadaan
persekitaran dengan syarat mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka.

*****Punca Isu-Isu moral di Sekolah

1. Sikap ibu bapa


Ada ibu bapa yang terlalu mengharap anak-anak dididik sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah
dan tidak mengambil perhatian yang berat dalam pendidikan anak-anak.
Sikap ibu bapa yang mementingkan diri sendiri, sering bertengkar, dan berselisih faham
menimbulkan ketakutan dan kebosanan di kalangan anak-anak.

2. Pengaruh rakan sebaya


Remaja mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang
baru.
3. Pengaruh media massa dan eletronik

Rancangan-rancangan televisyen yang dihasilkan dari negara Barat sudah mendominasi


hampir separuh daripada slot-slot rancangan televisyen yang disiarkan.

4. Tekanan Hidup
Remaja memilih melepak sebagai satu escapism atau cara untuk lari daripada tekanan hidup
seharian. Antara golongan remaja yang melepak terdiri daripada kalangan remaja yang sedang
belajar atau sudah bekerja. Mereka menghadapi tekanan semasa belajar dan tekanan di tempat
kerja kerana terpaksa menanggung bebanan pelajaran dan pekerjaan yang teralu banyak.

Kesan Isu- Isu Moral di Sekolah

1. Pembaziran masa dan tenaga


adalah masa dan tenaga mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan
dipulang ataupun dikembalikan.
Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng sekolah dan
mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang dan
kerjayaannya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi seterusnya.

2. Masyarakat memandang serong kepada pelajar


Sebagai contoh, apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar tengah ponteng sekolah,
satu-satunya pendapat mereka terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah sampah
masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarat pada masa
depan. -Masyarakat juga akan memarahi ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik
anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga.

3. Masa Depan tidak terjamin


pelajar tersebut adalah mereka akan ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal
dan masa depan pelajar ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh
masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.

4. Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar

Kesannya lebih meruncing sekiranya peratus kedatangan pelajar terbabit tidak mencapai syarat
wajib kedatangan harian ke sekolah sebanyak 85%. Justeru, sekiranya tidak memenuhi syarat
tersebut peluang bagi pelajar terbabit untuk mengikuti peperiksaan akhir tahun turut terjejas.
5. Kesan Gejala Ponteng Sekolah Kepada Guru
Merasa kerugian kerana tidak dapat memberi ilmu setaraf dengan pelajar lainnya kepada pelajar
yang kerap ponteng sekolah dan akibatnya memberi kesan kemerosotan terhadap corak
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Mengangu proses pembelajaran pelajar-pelajar lain dan merumitkan lagi tugas seorang guru
kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta tidak
difahami oleh pelajar ponteng.
Pelajar yang ponteng sering menganggu kelas dan pelajar lain serta memburukkan pencapaian
mata pelajaran iaitu melibatkan keseluruhan tahap pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran
tertentu.

6. Imej Negara akan tercemar

Langkah- langkah untuk mengatasi isu- isu moral

Peranan Pentadbir :
1. Berjumpa dgn pihak pentadbir sekolah utk menangani kes ponteng
2. Peraturan sekolah perlu diketatkan lagi
3. Mengadakan pemriksaan yg lebih mengejut dan kerap
4. Pihak pentadbiran perlu lebih kerap memantau aktiviti pelajar
5. Mengujudkan aktiviti kokurikulum utk menarik minat pelajar - Mengadakan aktiviti luar sekolah
seperti perkhemahan dan lawatan utk menarik minat pelajar
6. Memastikan bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah atau Lembaga Tatatertib sentiasa proaktif
dengan menggariskan program dan aktiviti yang berupaya mencegah salahlaku ponteng sejak
awal-awal lagi terutamanya sebelum sesi persekolahan bermula.
7. Pihak sekolah hendaklah merealisasikan Sekolah Penyayang, Pelajar-pelajar berhak disayangi,
dikasihi, dikasihani dan dibimbing. Dengan ini pelajar akan terpikat, terpanggil dan tergerak
untuk ke sekolah.

Peranan Guru :
1. Mempelbagaikan kaedah P&P memotivasikan / menarik minat pelajar
2. Mengadakan program keagamaan dan kemoralan pelajar
3. Mengadakan kem motivasi
4. Meningkatkan keceriaan bilik darjah utk mengujudkan suasana pembelajaran di bilik darjah
5. Menjalankan sesi kaunseling kepada pelajar bermasalah
6. Mengwujudkan dan mengaktifkan lagi Program Pembimbing Rakan Sebaya dalam
mengurangkan atau mengatasi masalah ini.

Peranan Ibu bapa


1. Peranan PIBG
2. Ibubapa sepatutnya mendenda anak mereka yg tidak hadir ke sekolah
3. Ibubapa perlu bertanggungjawab dlm memastikan kehadiran anak mereka ke sekolah
4. Pihak sekolah dan PIBG sentiasa dari masa ke semasa secara berterusan berusaha
berkerjasama untuk menyelasaikan masalah ini.
5. Semua ibu bapa mestilah mengambil berat dan memberikan perhatian serta kerjasama kepada
pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini.
3.2 Isu-Isu Moral Tempatan

(a) Penyalahgunaan dadah


Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkansimtom atau
mengubahsuai proses kimia didalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu.Penggunaan dadah
yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Dadah
yang seharusnya digunakan sebagai ubat dijadikan bahan untuk menghilangkan stress (menjadi
khayal) dan untuk berhibur.

(a) Penyalahgunaan dadah

Faktor Rujuk kepada *

Kesan
Individu yang berada dalam keadaan hepatik (khayal) akibat dadah menjadi lemah,mengantuk
pengsan bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Mereka ini perlu dirawat
dengan segera.
segi tingkah laku diri penagih itu sendiri.
- Si penagih akan mula menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan
kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Dari segi fizikal, penagih menjadi
kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan. Selain itu, penagih juga akan
kehilangan tenaga seks, mudah pitam, pengsan, ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit
perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan. Daya tahan badan
penagih akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi,
mandul dan sebagainya.
maruah dan nama baik keluarga penagih pula akan tercemar di kalangan masyarakat.
- Masyarakat akan sentiasa memandang serong dan menghina mereka. Diri penagih pula boleh
menjadi beban kepada keluarga mereka kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan
wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang terlibat dengan
dadah telah musnah. Rumah tangga akan memjadi porak peranda. Seterusnya, perpisahan dan
penceraian antara ahli keluarga juga mungkin berlaku.
Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami
kerosakan pada otak,hati,paru-paru,tulang dan sistem imun.Oleh kerana HIV( Human
Imminodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum,ramai penagih dadah
dijangkiti penyakit AIDS dan seterusnya boleh membawa maut.
negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah
yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi
kos nyata dan kos tidak nyata.Kos nyata termasuklah:
Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
Kos bagi menyediakan kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah.
Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan.
Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis,
kakitangan jabatan penjara, makamah, hospital dan sebagainya.
Langkah Mengatasi Penyalahgunna Dadah

Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat


- Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis Syabu. Kesalahan mengedar
dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta
Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali
sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi
daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi
memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27,
boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya
sekali.
Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.
Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.
- Penubuhan pusat-pusat pemulihan.
- Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali
sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah
laku mereka kepada jalan yang benar serta di redhai Allah.

(b) Vandalisme

Menurut Kamus Dewan (2007: 1787) vandalism merujuk kepada perbuatan membinasakan atau
merosakkan harta benda awam atau persendirian. Vandalism juga dikenali sebagai pugut atau
pemugut atau laku musnah.
membuat sebarang perubahan seperi melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan
atau mengotorkan harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa.
laku musnah yang berupa pelanggaran disiplin yang mana termasuklah merosakkan harta
benda sekolah, menconteng meja, memecahkan cermin tingkap, menendang pintu tandas,
mematah-matahkan pokok, bermain dengan alat pemadam api, mengotorkan kawasan sekolah,
menconteng dinding bilik darjah, merosakkan harta benda guru dan guru besar dan mengguris
kenderaan guru.(konteks sekolah)

Faktor vandalisme
Rujuk kepada *

Kesan Vandalisme
Diri sendiri :-
Masa depan kita akan gelap
Tidak berwawasan
Merugikan diri sendiri kerana tidak mendapat menggunakan lagi harta benda awam yang kita
telah rosakkan

Masyarakat :-
Masyarakat tidak lagi dapat menggunakan kemudahan yang telah dirosakkan
Masyarakat perlu mengeluarkan wang untuk membaiki harta benda awam yang telah rosak
Masyarakat akan pandang rendah kepada kita
Keluarga :-
Berasa malu kepada masyarakat
Keluarga tersebut perlu bertanggungjawab atas erosakkan harta benda awam
Dapat memburukkan nama keluarga

Langkah menangani isu vandalisme


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan
kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda awam ini dengan
membentuk Jawatankuasa Anti vandalisme yang turut dianggotai oleh jabatan lain dan agensi
kerajaan.
Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan Harta Benda Awam Milikku-Milikmu .
Pertandingan seperti ini penting untuk menanamkan sifat bertanggungjawab dan menyemaikan
perasaan sayang terhadap harta benda awam. .
Penubuhan Rukun Tetangga merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang
bertanggungjawab mengelakkan gejala vandalisme berlaku terutamanya berdekatan dengan
kawasan perumahan mereka.
Pertubuhan Persatuan Pencegah Jenayah telah ditubuhkan di setiap sekolah bagi
mengurangkan kadar masalah sosial dalam kalangan remaja.

(c) Pengabaian Warga tua

Warga tua ialah golongan yang berumur 60 ke atas. Mereka ini merupakan golongan yang
sering diabaikan kerana dianggap sebagai golongan yang tidak lagi memberi sumbangan
kepada negara

Punca
sikap manusia
- masyarakat itu memandang serong terhadap warga emas yang kurang bernasib baik
sekali gus menyisihkan mereka
anak-anak juga sering memandang ringan terhadap orang tua mereka.
- Mereka menganggap ibu bapa telah tua tidak berguna dan berjasa lagi. Mereka tidak terfikir
tentang jasa-jasa yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka sehingga anak-anak dapat
menikmati kesenangan seperti yang dinikmati hari ini
tindakan ibu bapa itu sendiri.
- Pengabaian terhadap ibu bapa disebabkan pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak-
kanak, mungkin semasa kecil kedua ibu bapa mereka bersikap bengis, suka mendera Maka,
anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap
kedua ibu bapa mereka yang dianggap kejam itu
Kesan

Warga tua yang diabaikan akan berasa sedih dan tersinggung.


Pengabaian warga tua juga turut menambahkan beban negara.
- Banyak rumah penjagaan dan rumah orang tua akan dibina meningkatkan kos kerana kerajaan
terpaksa membina lebih banyak pusat jagaan warga tua. Bilangan pekerja di rumah warga tua
juga terpaksa ditambah. Seterusnya, kos untuk makan dan minum warga tua yang tinggal di
situ pun turut meningkat
memberikan gambaran bahawa institusi kekeluargaan di negara kita semakin rapuh.
apabila ibu bapa gagal untuk menunjukkan teladan yang baik seperti mengabaikan warga tua
dalam keluarga sendiri, anak mereka juga akan bertindak sedemikian setelah mereka dewasa
nanti.

Langkah
manusia haruslah baik dimana manusia perlu mengikis sifat memandang remeh kepada orang
tua yang kurang bernasib baik
mengamalkan sistem keluarga luasan
memupuk rasa tanggungjawab, perasaan kasih sayang, sokongan dan ikatan kekeluargaan
yang kuat oleh ahli keluarga terhadap warga tua.
anak-anak haruslah diberi didikan agama dan pendedahan dari awal lagi tentang menghormati
ibu bapa.

(d) Ragut
Ragut membawa maksud menarik, menyentak dan mencabut secara paksa atau dengan kekuatan

Faktor ragut:
Rujuk kepada *
Silap tidak peduli dan individualistik masyarakat
Menghadapi masalah kewangan
Tindakan masyarakat yang mendorong berlakunya jenayah meragut

Kesan Ragut
Imej negara akan tercemar di mata dunia
- Pelancong asing akan berasa tidak selamat apabila datang ke negara kita ,mereka akan
menberitahu kawan-kawan mereka tentang kejadian yang berlaku terhadap mereka di negara
kita . Maka , imej megara yang terjejas akan menjejaskan pandangan negara asing terhadap
negara kita
Menjejaskan ekonomi Malaysia
- Ekonomi negara akan terjejas kerana pelancong luar tidak sudi untuk datang melancong ke
negara kita akibat keadaan negara kita yang tidak selamat . Kesannya , industri pelancongan
akan merosot .
- Sektor perhotelan tidak akan mendapat sambutan handal akibat industri pelancongan
yang merosot .Hal ini menyebabkan rakyat menganggur akibat kekurangan sector
pekerjaan.
Masyarakat menjadi semakin huru-hara.
Bagi mangsa yang diragut, mereka akan menanggung kesengsaraan akibat kecederaan fizikal
dan masalah kesihatan di samping mengalami trauma akibat gangguan mental dan emosi
seperti rasa takut, tekanan perasaan dan rasa rendah diri.
Bagi peragut, mereka akan terus berleluasa dalam melakukan jenayah.
Langkah:
Meningkatkan pengawasan polis
Memasang kamera litar tertutup di tempat awam.
Kesedaran masyarakat

(e) Penderaan Kankak-Kanak


Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada
golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.Ia
dibahagikan kepada 4 jenis iaitu penderaan fizikal, mental, emosi dan seksual

Punca penderaan kanak-kanak


ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja.
Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang
merengek
masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu.
Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak
ganas terhadap anak-anak.
krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin
disebabkan gangguan pihak luar.
kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa

Kesan
Akibat gangguan emosi dan perlakuan
Rasa rendah diri
Lasak terlampau/hiperaktif
Mencederakan diri sendiri
Kurang hubungan rakan sebaya
Merasa malu/bersalah
Gangguan somatik, histeria
Penurunan prestasi pelajaran
Masalah pemakanan
Kemurungan, kerisauan
Penyalahgunaan dadah/alcohol

Akibat penderaan fizikal dan emosi


Hiperaktif, agresif, panas baran dan mudah terangsang dengan perbuatan kasar/ganas
Tiada perasaan
Terdedah kepada masalah emosi seperti buli atau ponteng sekolah
Menyalahkan orang lain
Lemah dalam perhubungan sesama sendiri , pembelajaran dan juga vokasional

Langkah
Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan
hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak.
Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan
pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga.
lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau
isteri dengan baik.
Semangat kejiranan yang tinggi dan peka dengan keadaan sekeliling

(f) Jenayah Kolar Putih

Jenayah kolar putih merupakan jenayah tanpa kekerasan atau secara halus. Jenayah ini
termasuklah jenayah perdagangan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Punca

nafsu tamak haloba manusia (Kelemahan kawalan dalam diri )-


kehidupan yang mewah atau status sosial yang tinggi
kelonggaran undang-undang (Kelemahan kawalan dalam organisasi )
- Birokrasi yang ketat serta kelonggaran prosedur kerja
Wujudnya Peluang-peluang
Amalan tradisi dan budaya masyarakat yang suka memberi hadiah
Pembangunan yang tidak seimbang antara fizikal dan spiritual
Kelemahan system pentadbiran
Kelemahan peruntukan undang-undang
Kesan

Melemahkan pentadbiran negara


- Terdapat kalangan pemimpin dan pegawai kanan kerajaan dikatakan sering menerima rasuah.
Pembangunan negara gagal berada atas landasan yang betul
- Kegagalan sesuatu projek yang tidak mematuhi peraturan dan piawaian akibat
sogokan menyebabkan keselamatan rakyat akan terancam
- Berlaku pembaziran wang rakyat
- Pelabur asing akan menjauhi diri daripada Malaysia
- Menyebabkan peningkatan kos pengeluaran

Kepercayaan kepada kepimpinan negara tergugat


- Rakyat sukar mempercayai kepemimpinan Negara
- Sebagai contoh, kontraktor yang menyogok pegawai kerajaan untuk mendapatkan
kontrak projek pembangunan, peluang dan hak kontraktor lain dinafikan
- Meluaskan jurang ekonomi dalam kalangan rakyat
- Kontaktor yang kaya bertambah kaya
- Pembangunan negara dan kebajikan rakyat akan terjejas

Pertambahan gejala social


- Gejala sosial akan menjahanamkan keamanan dan keharmonian social
- Jika pegawai jabatan imigresen menerima rasuah, kadar jenayah akan mencapai aras yang
bahaya
- Kemasukan pendatang tanpa izin berleluasa akan meningkatkan kadar jenayah
- Rakyat tempatan akan terdedah kepada jenayah curi, diragut dan dibunuh
- Kemasukan pendatang tanpa prosedur yang betul akan menyebabkan menularnya penyakit
berbahaya yang berasal dari negara lain
Langkah

Penguatkuasaan undang-undang.
- Kakitangan kerajaan yang terlibat dalam jenayah ini harus dikenakan tindakan tatatertib.
- Pemimpin politik yang terlibat dalam rasuah juga harus dilucutkan daripada jawatannya.
- Akaun bank pesalah dan keluarganya harus dibekukan malah
- Jika seseorang disabitkan dengan kesalahan jenayah kolar putih, hukuman penjara dan
sebat mandatori yang berat harus dikenakan. Harta mereka juga patut dirampas bagi
tujuan pembangunan negara.

organisasi dan jabatan yang mudah terdedah kepada salahlaku jenayah harus dikawal dengan
ketat
- agensi kerajaan yang mungkin terdedah kepada rasuah, pegawai atasan mahupun bawahan
perlu dikawal oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM)
- Harta kakitangan kerajaan seperti kakitangan JPJ dan anggota polis perlu diisytiharkan.
- Pegawai bawahan bank tidak harus diberi kuasa untuk mengeluarkan wang yang banyak.
Segala kelonggaran prosedur kerja yang mungkin boleh menyebabkan jenayah kolar putih
harus diketatkan.

Kerjasama SPRM dan Polis Diraja Malaysia

(g) Pergaulan Bebas


pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tanpa batasan
Faktor Pergaulan Bebas:
Rujuk kepada *

Kesan:

Kemerosotan pelajaran
Perceraian dan keruntuhan rumah tangga
- Pembinaan rumaht angga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. Sekiranya
sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan
bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama.
Kes pelacuran .
- memilih untuk menjadi pelacur supaya menarik tumpuan ibu bapa mereka.
- sesetengah golongan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran adalah berasal daripada keluarga
bermasalah seperti ibu bapa masing-masing mempunyai masalah psikologi.
Keruntuhan akhlak
o Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut
o Cth: AIDS
Langkah

Memperbaiki Cara Pandang


- Bersikap optimis dan hidup dalam kenyataan untuk mendidik anak-anak untuk berusaha dan
menerima hasil usaha walaupun tak sesuai dengan apa yang dinginkan sehingga apabila
hasilnya mengecewakan dapat menanggapi dengan positif.
Jujur Pada Diri Sendiri
- Menyadari dan mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya sehingga tidak menganiyaya emosi
dan diri mereka sendiri.
Menanamkan Nilai Ketimuran
- Nilai ketimuran atau nilai keislaman sangat penting dalam membentuk kepribadian
seseorang dengan meningkatkan keimanan sebagai pegangan atau perisai untuk berpikir
ke pergaulan bebas.
Banyak Beraktivitas Secara Positif
- Dengan banyak aktivitas positif maka tidak ada waktu untuk memikirkan hal-hal negatif.
Berfikir Masa Depan
Berfikir masa depan adalah agar dapat menyusun langkah-langkahnya dalam menggapai masa
depan yang ia cita-citakan yang dia impikan agar tidak menjadi seorang yang hampa tanpa
harapan dan tanpa cita-cita.

(H) Ketagihan Alkohol


Arak ialah alkohol di dalam bentuk ethyl alcohol dan merupakan sejenis dadah yang bertindak
ke atas otak manusia dan sering kali menyebabkan ketagihan

Punca(Boleh Rujuk *)
dasar hubungan di antara orang tua (orang dewasa)
- remaja lebih cenderung meniru orang dewasa dalam setiap aspek kehidupan dalammencari
identiti sebagai seorang remaja yang hendak melangkah ke alam dewasa.
krisis kejiwaan
- menggunakannya arak agar dapat menghilangkan tekanan jiwa, tetapi tanpa disedari
pengambilan arak yang seterusnya akan lebih menekan jiwanya kerana sudah tidak dapat
dikawal lagi yang pada mulanya adalah dianggap sebagai penawar akan tetapi apa yang terjadi
adalah sebaliknya seperti dirinya terjebak dalam ketagihan arak.

Kesan
melambatkan tindak balas fizikal dan mental peminumnya. Selain itu, etanol juga adalah dadah
yang boleh mendatangkan kebergantungan atau ketagihan jika diambil setiap har
hilang koordinasi gerak tubuh dan juga gangguan kepada pertimbangan dan kewarasan fikiran
Mereka boleh terjatuh, mengalami kemalangan, bergaduh, tercedera dan memory blackout yang
mana merupakan komplikasi atau kesan kemudaratan jangka pendek berkaitan pengambilan
minuman beralkohol.
Kesan toksik alkohol kepada otak boleh menyebabkan gangguan mental seperti kemurungan
dan psikosis. Selain itu, alkohol boleh menyebabkan sirosis hati dan kegagalan fungsi hati,
kegagalan jantung, gastritis, ulser, radang pankreas dan kanser saluran oro-farink (mulut dan
tekak).
Kajian saintifik juga telah menunjukkan kaitan antara pengambilan minuman beralkohol
dikalangan wanita yang mengandung dengan kecacatan dan keabnormalan janin yang
dikandung, contohnya Fetal Alcohol Syndrome.
menjejaskan kehidupan aman berumahtangga apabila wang perbelanjaan keluarga akan
dihabiskan semata-mata menurut hawa nafsu ketagihan arak.
Kesan terhadap keselamatan umum
Langkah

mengelak diri anda dari menjadi penagih alKohol dengan mengakui diri anda sebagai seorang
peminum
Ubah gaya hidup
Dapatkan sokongan sosial dengan menghadiri perjumpaan kumpulan motivasi atau bantu diri
untuk menguatkan pendirian anda

(i) Rempit / Jenayah Jalan

FaktorRempit/ Jenayah Jalan:


Rujuk kepada *

Kesan

Anak-anak gadis ini sanggup menggadaikan maruah untuk menjadi pembonceng kepada
teman lelaki mereka yang merupakan ahli kumpulan mat rempit.
mereka terdesak untuk mendapatkan duit
mereka mula memeras ugut, meragut dan mencuri
merugikan ekonomi negara kita.

Langkah

Usaha polis trafik mengadakan sekatan jalan raya dan mengawasi pergerakan mat rempit
seolah-olah diperlekehkan sehingga ada yang berani merempuh sekatan yang diadakan.
Usaha yang dimainkan Putera UMNO untuk mengadakan kempen dan program bersama mat
rempit
Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus memainkan peranan yang aktif dalam bersama
kerajaan menangani isu mat rempit ini. Malahan, peruntukan undang-undang
yangmembolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas
Kementerian Pengangkutan juga perlu memainkan peranan dan bersikap lebih proaktif.
Kementerian Pengangkutan boleh juga menjalankan Kempen keselamatan jalan raya yang
memberi penekanan terhadap gejala mat rempit.
Perdana Menteri yang menggalakkan pihak polis meningkatkan pemasangan kamera litar
tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi juga merupakan cara efektif untuk mengawal kes
jenayah yang sering berlaku di Malaysia
(g) Pembuangan Bayi
Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja
yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan
takut akan akibat yang bakal ditanggung.

Faktor:
tiada persediaan untuk menjadi ibu bapa
- ibu akan berasatertekan apabila tiada keinginan untuk berhamil.
- seseorang ibu menyedari tanggungjawab yang harus dipikul setelah bayi itu dilahirkan
ibu bapa kurang kesedaran terhadap kepentingan perancangan keluarga.
- ibu bapa melahirkan anak mengikut hawa nafsu tanpa mengambil kirabilangan anak mengikut
kemampuan mereka.
ibu akan mengalami gangguan psikologi
- ibu itu akan sesal dan menganggap diri sebagai pembunuh.
- Keadaan bertambah buruk lagi apabila ahli keluarga menyalahi dan memarahi ibu bapa yang
membuang bayi mereka sendiri.
hilang sikap tanggungjawab dalam kalangan masyarakat
- merasakanperkara ini adalah satu kebiasaan

Kesan pembuangan bayi


Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna
Kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah, jangkitan kuman, kecederaan sewaktu
bersalin
maruah diri dan keluarganya akan musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang
bayi memang amat memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus
Digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang
kejam

Langkah
Peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan pembuangan
bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan
lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja.
pihak polis juga perlu tegas mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah
itu di penjara seumur hidup
Badan-badan NGO pula hendaklah mengadakan program peringkat awal pendidikan agama
dan sosial dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
Peranan pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan pembuangan bayi
kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan.
ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan tidak mudah terpengaruh
dari gejala sosial yang bercegahan dengan agama
3.3 Contoh Isu-Isu Global

(a) Peperangan/keganasan
Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan
penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak.

Faktor
Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri
Lambang kemegahan
- Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang
pentingkan diri sendiri.
- Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas dendam.
Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11
September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan
Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.
Ekonomi dan Sosial Dasar ekonomi dan sosial antara punca kemunculan radikalisme dalam
masyarakat dunia.
- Kebiasaanya dasar ekonomi dan sosial yang tidak adil menyebabkan sifat perkauman semakin
menebal dan api dendam mula membara.
- Contoh,Keganasan di Thailand Selatan disebabkan oleh dasar ekonomi dan sosial Kerajaan
Thailand. Kerajaan Thai selalu menganggap penduduk Islam di Selatan Thailand sebagai
warganegara kelas dua. Kekayaan ekonomi selalunya diagihkan di kawasan utara negara
tersebut.
- sosial rakyat yang tidak terbela. Akibatnya berlaku demonstrasi berdarah di Tak Bai dan
pengeboman di Sungai Golok.

Kesan

Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan


mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda
dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.
pemulihan sistem dan struktur politik sesebuah negara akan terbantut.
Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan
Contohnya, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia. Keadaan politik
yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana, malah ada pelabur yang
terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia
Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika
Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh.
Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan.
perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan
banyak orang tidak berani melancong ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke
negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk
perasaan berbentuk ganas.
Ekonomi dan Sosial Ketidakadilan ekonomi dan sosial menyebabkan permusuhan antara kaum
akan berlaku secara berpanjangan.
contoh, Tuntutan Gerakan Aceh Merdeka, Barisan Pembebasan Mindanao dan Pertubuhan
Pembebasan Rakyat Patani menuntut hak-hak sosial dan ekonomi ke atas wilayah mereka.
Tuntutan sukar diterima oleh pihak pemerintah menyebabkan peperangan terus berlaku.
kesan- Pelabur asing dan dalaman tidak berani melabur .Tiada keyakinan berbuat demikian
kerana takut kerugian .

Langkah
Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan.
- pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Mereka
yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat.
Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera
diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana
pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan
negara dapat dikekalkan.
Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan.
pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang
keterlaluan daripada kerajaan.
Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah
diselesaikan dengan cara rundingan.
Sukan Sukan adalah wahana untuk meningkat perpaduan antara sesebuah negara dengan
negara lain. Sukan Olimpik sebagai membawa pertemuan antara negara musuh. Perlawanan
ini boleh mengeratkan perhubungan positif dengan negara yang bermusuhan.

(b) Pemanasan Global

Pemanasan global (Global Warming) merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali
sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas (karbon dioksida, karbon monoksida,
kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida ) ini menghalang dan memerangkap haba
bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. - See more at: http://www.ciktom.com/punca-dan-kesan-
pemanasan-global-global-warming/#sthash.FHxrSkvf.dpuf

Punca
pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil.
Perindustrian
- Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global.
Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu bagi menggerakkan
mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas
karbon dioksida.
Penjanaan Tenaga Elektrik
Penghasilan tenaga elektrik di pusat-puat penjanaan tenaga elektrik yang menggunakan
bahan api fosil juga telah menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida yang mendadak.
Keseluruhan negara di dunia termasuk Malaysia menggunakan bahan api fosil untuk
penjanaan tenaga elektrik.
(Malaysia menggunakan hampir 80% penjanaan tenaga elektrik melalui pembakaran bahan
api fosil dan 20% melalui penjanaan hidro elektrik.)
Pengangkutan
Penggunaan kenderaan bermotor yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan untuk
menggerakkan enjin banyak membebaskan gas karbon dioksida.

Kesan

Peningkatan Paras Laut


- Suhu tinggi yang berterusan akan mencairkan bongkah-bongkah ais di Barat Artatika dan
membawa kepada peningkatan suhu dan air laut.
- hakisan, kehilangan tanah lembab dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang
boleh mengancam bekalan air bersih.
Ancaman Hidupan Laut
- Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan
kepada ekosistem laut seperti terumbu karang.
Perubahan Habitat
- Perubahan cuaca sama ada dari panas ke sejuk atau sebaliknya akan menyebabkan
hidupan dibumi akan berpindah ke habitat atau lokasi baru.
Gangguan Cuaca
- Keadaan suhu yang tidak konsisten akan membawa kemusnahan pada muka bumi.
Perubahan suhuini menyebabkan bentuk taburan hujan akan merubah sama ada
menyebabkan banjir atau kemarau.
.
Langkah
menghadkan pembebasan karbon dioksida dengan mengantikan bahan api fosil kepada
sumber tenaga alternatif. enaga alternatif seperti tenaga boleh baharu (TBB) iaitu tenaga
solar, biomass, hidro dan biogas sebagai salah satu alternatif dalam mengurangkan
pembebasan karbon dioksida.
SEDA Malaysia - merealisasikan tahap kelestarian pengeluaran dan perluaskan pengunaan
tenaga boleh baharu (renewable energy) sebagai sumber alternatif akan datang di Malaysia.
Ianya dilaksanakan melalui Sistem FiTuntuk membolehkan elektrik yang dihasilkan daripada
sumber tenaga boleh baharu oleh industri atau individu dijual kepada syarikat utiliti
kuasa(contoh: TNB, SESB & NUR) pada kadar harga yang ditetapkan dalam tempoh tertentu

Homoseksual
Orang yang tertarik secara personal, emosional, seksual, atau paduan ketiganya, kepada orang
berjenis kelamin sama dengannya.

Faktor
Pengalaman atau trauma di masa anak-anak
- Kekerasan yang dialami dari segi fisik, mental dan seksual itu membuat seorang wanita itu
bersikap benci terhadap semua pria.
- golongan transgender faktor lain yang menyebabkan seseorang itu berlaku kecelaruan gender
adalah sikap orang tua yang idamkan anak laki-laki atau perempuan juga akan mengakibatkan
seorang anak itu cenderung kepada apa yang diidamkan.
Kebiasaan pergaulan dan lingkungan
- Keluarga yang terlalu mengekang anaknya. Bapak yang kurang menunjukkan kasih sayang
kepada anaknya. Hubungan yang terlalu dekat dengan ibu sementara renggang dengan bapak.
Kurang menerima pendidikan agama yang benar dari kecil. Selain itu, pergaulan dan lingkungan
anak ketika berada di sekolah berasrama yang berpisah antara laki-laki dan perempuan turut
mengundang terjadinya hubungan gay dan lesbian.
kurang pengetahuan dan pemahaman agama
- Pengetahuan agama memainkan peran yang penting sebagai benteng pertahanan yang paling
ideal dalam mendidik diri sendiri untuk membedakan yang mana baik dan yang mana yang
sebaliknya, haram dan halal dan lain-lain
Penelitian telah pun dibuat apakah itu terkait dengan genetika, ras, ataupun hormon.
- Seorang homoseksual memiliki kecenderungan untuk melakukan homoseksual karena
mendapat dorongan dari dalam tubuh yang sifatnya menurun/genetik.
Kesan
Keruntuhan Moral Dan Tamadun
- Memusnahkan kekuatan moral masyarakat.Penekanan diberikan pada golongan homoseksual
yang melakukan hubungan seksual diluar tabii. Aktiviti sedemikian mencacatkan sahsiah
budaya dan kesatuan masyarakat.
Tidak perlu diberi hak-hak istimewa.
- Golongan ini sering dikaitkan dengan sesuatu yang tidak normal, berkaitan dengantingkahlaku
syaitan dan tidak layak menerima apa-apa hak dari masyarakat. Merekasering dipinggirkan
tanpa penjelasan yang kukuh.
Mencerminkan kemunduran masyarakat.
- Apabila masyarakat menjadi terlalu terbuka, segala perbuatan yang di luar tabiI manusiaakan
timbul dan ini menjadi faktor penggalak pada keruntuhan sahsiah masyarakat.Masalah
keruntuhan akhlak akan berleluasa.
Pembunuh institusi kekeluargaan.
- Masyarakat akan menjadi tidak sihat dan unsur-unsur negatif akan disalurkan dalaminstitusi
kekeluargaan homoseksual. Ini mengurangkan populasi naturan dalammasyarakat

Langkah
Penggubalan Undang- undang
Teknologi (Azhar, 2000)
- Telifon bimbit Hentikan menghantar dan muat turun sms dangambar lucah
- Internet Hentikan menghantar, berchating, menonton, muat turungambar dan perkara-perkara
lucah
Persekitaran.
- Pub/ Disko Hentikan mengunjungi pub/disko bertujuan hiburandan hilang tekanan
- Pasaraya/pasar malam Hentikan membeli VCD/DVD lucah
Diri Sendiri
- Elakkan hidup suka berfoya-foya
- Elakkan bersendirian kerana boleh mendorong seseorangberkhay
- Elakkan membaca novel romantis atau menghairahkan
Elakkan menerima wang saku yang banyak daripada ibu bapakerana dikhuatiri digunakan untuk
menonton wayang, gambar lucah dan sebagainya.
Rakan Sebaya Elakkan berkawan dengan rakan yang rosak akhlak dangemar melakukan
perbuatan yang merugikan atau sia-sia.
Teman lelaki/wanita Hentikan semua perbuatan maksiat sepertiberdating (berdua-duaan)

Pemerdagangan Manusia
Segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan
seseorang melalui paksaan, termasukklah perbuatan merekrut, memindahkan,
melindungi,menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud ekplotasi

Faktor:
Kepesatan ekonomi negara
- Kedudukan strategik yang berada di tengah- tengah negara ASEAN menjadi tumpuan kepada
pendatang dari negara-negara jiran
- Sektor perusahan, perladangan dan perkhidmatan telah menarik pendatang-pendatang asing
untuk memenuhi keperluan tenaga
Kelemahan peraturan dan penguatkuasaan
- Kelonggaran system imigresen dan kelalaian pihak keselamatan
- Kawasan sempadan yang tidak dijaga dengan rapi memudahkan operasi membawa maksud
manusia ke negara ini dengan mudah.
Kesepitan HIdup
- Digunakan oleh sindiket pemerdagangan manusia untuk memperdaya individu
- Kebanyakan wanita dijanjikan dengan peluang pekerjaan dan akhirnya didagangkan untuk
khidmat seks
- Buruh paksa perlu bekerja tanpa dibayar gaji
Tiada kelayakan akademik
- Senang terpedaya dengan muslihat kotor pemerdagangan manusia

Kesan
Mangsa mengalami trauma
- Menyebabkan penindasan terhadap mangsa-mangsa sindiket.
Pendatang asing menimbulkan pelbagai masalah
- Perlakuan Kebanjiran pendatang asing tanpa izin(PATI)
- Menghadapi masalah peningkatan jenayah, penggunaan perkhidmatan
Tiada pembelaan yang adil terhadap mangsa
- Ada dalam kalangan warganegara Malaysia yang terkandas di beberapa buah negara seperti di
Amerika Latin dan China tidak mendapat pembelaan sewajarnya apabila mereka didakwah di
makhamah.
- Dijatuhkan hukuman bunuh dan penjara seumur hidup kerana ditipu oleh keldai dadah.
Mencemarkan imej negara
Langkah
Kawalan ketat di pintu masuk sempadan
- Memperketatkan kawalan di semua 262 pintu masuk di negara ini supaya kemasukan
pelancong asing dan orang luar dapat dikawal dengan rapi
- Operasi rondaan secara berjadual dan intensif harus dilakukan oleh pasukan keselmatan
Malaysia dengan kerjasama pihak keselamatan negara-negara jiran
Latihan kepada pihak-pihak berkaitan
- Kementerian dalam negei haruslah mengadakan kerjasama dengan badan antarabangsa
seperti melatih anggota keselamatn untuk menangani pelbagai kemungkinan kemasukan warga
asing
- Pihak penguatkuasa, pendakwa raya, hakim dan majistret tentang pelbagai perkara termaksud
Akta Antipermedagangan Orang 2007 supaya mereka bersiap sedia berdepan isu berkaitan.
Pemantauan dan tindakan terhadap pelajar asing
Kerjasama dengan negara-negara lain
- Menjalin kerjasama dari segi keselamatan, imigresen dan perundangan dengan negara-negara
seperti Indonesia,Myanmar, Vietnam dan sebagainya.
- Sebagai contoh, Malaysia dan Australia telah meningkatkan kerjasama bagi membanteras
sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi yang lebih berkesan

Pencemaran Alam Sekitar


Suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam perbuatan mencemarkan
kebersihan alam sekeliling dengansampah sarap.

Faktor
masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab.
- tiada kesedaran sivik dalam diri
- organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi
pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka
- melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya
pencemaran udara.
pembangunan secara tidak sistematik.
- tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata
- terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah
dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam
sungai atau laut yang berdekatan
penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan kapal terbang
- kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya.
- pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya penglihatan
manusia
- kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang
berhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan daya pendengaran manusia
pembakaran secara terbuka
- memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya.
- bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas.
kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan
- hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja
Kesan
Mengancam Kesihatan Manusia
- Pengeluaran gas monoksida
- di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom
kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul .
- penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun
dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak
banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan
minyak ke laut
- Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .
Kerosakan Harta Benda
- Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi
telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda .
- kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .

Langkah
Pembentukan sekolah lestari
- Sekolah Lestari membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam
sekitar dalamaspek pengurusan , kurikulum, kokurikolum dan penghijauan secara berterusan
bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Pendidikan Alam Sekitar
Konsep 3R

Jenayah Siber
jenayah yang melibatkansegala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan,peras
ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undangyang sedia ada dengan
menggunakan kemudahan komputer atau denganlebih tepat lagi, dengan menggunakan internet di
ruangan siber.

Punca Jenayah Siber


Sukar kenal pasti penjenayah
- sukar menetukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa dan dari mana kemungkinan
oleh institusi pesaing atau di upah oleh pihak tertentu
- kurang bukti sukar ditangkap
Kepentingan ekonomi
- k-ekonomi menjadi sangat penting
- menggunakan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat
- malaysia menggalak pelabur luar membina multimedia super corridor (msc).
- untuk menarik pelaburan asing, malaysia memperkenalkan rang jaminan (bill of guarantees)
iaitu jaminan tiada penapisan internet.
- pengguna bebas menggunakan internet termasuk penjenayah siber.
Sikap manusia
- sukar di kawal
- menyerang sistem sekadar suka-suka atau mencuba ilmu dipelajari
- golongan remaja dan belum matang untuk berfikir
Kesan
Hilang hasil/keuntungan
- Perkara ini boleh berlaku apabila maklumat sulit kewangan syarikat dibocorkan atau dicuri dan
digunakna oleh pihak luar untuk engeluarkan dana dari akaun syarikat secara haram. I
- boleh berlaku kepada peniaga yang laman e-dagangnya telah terjejas akibat daripada
jenayah siber; ini menyebabkan kerugian pendapatan berharga kerana pengguna tidak boleh
mengakses laman web itu.
Membazirkan masa
- staf IT terpaksa meluangkan banyak masa mereka untuk mengendalikan dan menyelesaikan
masalah yang berlaku. Ini telah merugikan masa kerana kebolehan dan kepakarn mereka
boleh digunakan untuk langkah produktif kepada perniagaan atau organisasi.
- digunakan untuk mengendalikan pelanggaran keselamatan dan masalah lain yang berkaitan
disebabkan oleh jenayah siber.
Mencemarkan reputasi
- pelanggan akan mula hilang keyakinan terhadap kemampuan syarikat untuk menjaga
keselamatnnya dan membuatkan mereka beralih kesyarikat yang lain.
Mengurangkan produktiviti
- menghendaki pekerja memasukkan lebih banyak kata laluan dan pin keselamatan, serta
melaksanakan perbuatan lain yang memakan masa yang sepatutnya digunakn untuk
meyelesaikan kerja mereka.
- mengganggu kerja harian pekerja dan meyebabkan produktiviti merosot.

Langkah
Kerjasama antara negara secara global
- perlu bekerjasama dgn negara lain untuk meningkatkan keupayaan dlm menghadapi serangan
siber.
- hubungan diplomatik yang baik bekerjasama berkongsi maklumat dlm keselamatan computer
- menubuhkan unit pencegahan jenayah siber
- pakar dari negara maju spt amerika, britain dll.
meningkatkan kemampuan anggota keselamatan
- melatih kakitangan untuk meningkatkan kemahiran dlm bidang forensik komputer (digunakan
utk menyiasat dan analisis bagi mendapatkan bukti kukuh )
- pendakwaan ke atas penjenayah siber lebih berkesan
Kerjasama antara kerajaan dgn syarikat serta pengguna computer
- syarikat yang ingin memulakan e-dagang perlu melakukan langkah keselamatan terlebih dahulu
- berkongsi masalah pencerobohan dan penggodaman dgn kerajaan.
- memberi cadangan kpd kerajaan untuk meningkatkan keselamatan maklumat
Pemantauan pihak berkuasa di alam siber
- meronda di internet melalui unit cyber crime(jenayah siber) bukit aman membanteras jenayah
siber di laman sosial spt facebook (muka buku).
- ancaman di laman sosial spt ugutan, propaganda perkauman dll.
- kerjasama drpd skmm dan cyber security malaysia.
Menerapkan pengetahuan mengenai jenayah siber
- penerapan di bangku sekolah lagi
- kepada masyarakat melalui media massa dan media elektronik
- memberi maklumat kepada masyarakat mengenai jenayah siber dan cara mengelak drpd
menjadi mangsa
- melahirkan masyarakat celik teknologi maklumat

Penyeludupan
Jenayah penyeludupan merupakan salah satu permasalahan yang wujud antara dua
buah Negara yang berjiran dan bersempadan.

Punca
Perbezaan harga barangan antara dua buah negara yang bersempadan
- Harga barang yang rendah di sesebuah negara membuatkan ada usaha membawa
keluar barangan berkenaan untuk dijual di negara jiran yang tinggi harganya.
- Sebagai contohnya, harga beras di Thailand yang lebih rendah membawa kepada
penyeludupan beras dari Thailand memasuki Malaysia.
- Produk-produk yang menerima subsidi kerajaan atau dikawal harganya oleh kerajaan lazimnya
jauh lebih murah di negara kita
Undang-undang kawalan perdagangan yang berbeza antara negara yang bersempadan
- Malaysia melarang eksport kayu balak mentah atau yang belum diproses
- Ada negara jiran pula yang membenarkan aktiviti dan dan perdagangan sedemikian
- Penyeludupan ini bagi memenuhi permintaan kayu balak mentah di pasaran antarabangsa di
samping dalam mengelakkan pembayaran cukai eksport yang tinggi
- Tindakan ini juga dapat mengurangkan kos pengangkutan dan pemprosesan kayu
Tindakan mengelak cukai import dan cukai eksport yang tinggi dalam sesebuah negara
- Harga barangan import meningkat naik kerana kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan tinggi
- Tanpa cukai, suatu barangan boleh dijual dengan harga yang lebih murah dan akan mendapat
permintaan yang tinggi, contohnya penyeludupan produk rokok, barangan elektronik, barangan
mewah dan minuman keras
- Bagi mendapatkan permintaan yang tinggi, barangan diseludup untuk mengelak daripada dijual
dengan harga yang tinggi.
- Selain itu, penjualan barangan yang diseludup juga boleh meningkatkan margin keuntungan
peniagaan kerana modalnya rendah
Memenuhi pasaran dan permintaan bermusim di salah sebuah negara
- Semasa musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina, permintaan terhadap
barangan tertentu akan meningkat
- Sering kali barangan yang diperlukan tidak mencukupi dalam pasaran tempatan
- Contohnya, pada musim perayaan haji, banyak binatang ternakan seperti lembu dan kambing
cuba dibawa masuk dari sempadan utara Malaysia.
Kawalan sempadan
- Sempadan yang panjang kawasan hutannya, ditambah dihubungkan dengan laut.
- Menyebabkan terdapat banyak lorong tikus di kawasan sempadan Negara misalnya di
Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak
- Kawasan berhampiran lorong tikus menjadi pusat transit barangan yang ingin diseludup
- Memudahkan persembunyian sebelum dibawa ke pasaran
Kesan
spesies flora dan fauna mengalami gangguan untuk membiak dan bilangan mereka kini semakin
berkurangan.
Negara menghadapi risiko menularnya jenayah penyeludupan yang berbahaya
- Kelonggaran kawalan sempadan boleh ditafsirkan sebagai tidak sukar untuk menembusi
barangan lain.
- Ini akan membuka ruang kepada penyeledupan barangan larangan yang lebih serius seperti
penyeludupan manusia / senjata api / dadah
- Negara kemungkinan besar akan dijadikan pusat transit kegiatan penyeludupan antarabangsa

Berisiko mengeruhkan hubungan antara dua negara


- Menjejaskan hubungan baik antara dua negara yang berjiran kerana membenarkan harta intelek
negara mereka dirompak dan dijual di Malaysia.
- Penyeludupan kain batik Indonesia telah menimbulkan situasi yang tidak baik kerana dijual
dengan harga yang berbeza sedangkan mutu dan jenis barangan adalah sama.
- Keadaan akan mengundang tindakan memboikot dan protes daripada pengeluar batik negara
jiran sehingga mewujudkan keadaan yang tidak baik antara peniaga atau pedagang antara
kedua- dua buah negara.
Menularnya pelbagai penyakit berjangkit berkaitan ternakan dan tanaman
- Penyakit haiwan ternakan dari negara jiran, iaitu penyakit kuku dan mulut telah menular semula
di negara kita sedangkan penyakit ini berjaya dikawal di dalam negara.
- Penyebaran penyakit ini berpunca daripada ternakan yang diseludup masuk.
- Pemeriksaan kesihatan dan jaminan bebas penyakit tidak dapat dilakukan.

Langkah
Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengambil langkah proaktif
- memantapkan logistik melalui perolehan bot laju dan kereta peronda baru jenis BMW,
- mengikut latihan pengendalian kenderaan melalui kursus pemanduan secara defensif dan
latihan tempur tanpa senjata
- melalui operasi pemutihan bersepadu di kawasan tertentu dan kesan daripada tindakan
ini,penyeludupan secara terus telah merosot dan hasil KDRM juga meningkat
Memperketatkan undang-undang, hukuman yang lebih berat perlu diberikan kepada pesalah
supaya memberi kesedaran kepada penyeludup itu sendiri mahupun orang ramai.
menggalakkan penyertaan masyarakat bagi membantu membendung masalah penyeludupan.
Seperti melaksanakan kempen kesedaran,
Jaminan keselamatan juga perlu diberikan kepada pemberi maklumat, kerana ia penting supaya
pemberi maklumat tidak berasa terancam jika mereka memberi maklumat kepada pihak
berkuasa.
TOPIK 4 PENYELESAIAN KONFLIK MORAL

Maksud Konflik Moral


Konflik dapat didefiniskan sebagai perselishihan atau pertentangan antara individu, idea,
kepentingan dan nilai-nilai.
Merupakan satu kebiasaan untuk kehidupan manusia dan kadang-kadang boleh membentuk
seseorang insan menjadi lebih kreatif dan konstruktiff dalam pemikirannya.

Konflik Moral
Satu pertembungan antara dua nilai yang bertentangan dalam suatu keadaan.
- Contoh konflik moral berlaku: -sesetengah orang menyelesaikan konflik moral dengan
memejamkan sebelah mata atau tidak menghiraukan isu itu
- Melakukan pembohongan atau menggunakan Bahasa emsi yang mendesak dan sebagainya
untuk mempengaruhi orang lain tanpa sebab yang musnabah.
- menjadi ganas, manakala yang amat kecewa mungkin membunuh diri.

Penyelesaian Masalah
Strategi Penyelesaian Masalah
Mendapat dan mengumpulkan nasihat,pendapat atau pandangan daripadaorang-orang yang
berpengalamanmengenai masalah tersebut. Selepas itu,buat pilihan dan kesimpulan
yangterbaik.
Mengumpulkan semua maklumat danpendapat dari orang-orang tertentu yangmempunyai
kaitan dengan masalahtersebut. Selepas itu, buat analisismengenai semua data dan
kesimpulanserta pilihan.
Memecahkan paradigma lama dalampemikiran yang menyebabkan kita gagaluntuk berfikir lebih
jauh.
Melihat dari persepsi baik atau buruk dengan menolak sebarang sentimen yangboleh
menyebabkan berat sebelah atauprejudis dalam penilaian baik atau buruk.
Mencari jawapan dan penyelesaiandengan menggunakan kaedah hukumadat, semulajadi atau
kebiasaan danfakta sejarah

Pembinaan Hierarki
Strategi Pembinaan Hierarki
Mengutamakan nilai yang lebih berkepentingan.
Memilih dan menyusun atur nilaiyang wujud akibat konflik moral.
Selepas mengenalpasti nilai-nilaiyang terlibat, nilai-nilai ini akan disusun mengikut
kepentingannya.Kebijaksanaan dalam menyusun kepentingan nilai membolehkan kita
menyelesaikan konflik dengan baik.
Penilaian terhadap nilai yang terbaik harus dibuat secara menyeluruh dan berhati

Kelemahan Strategi Pembinaan Hierarki


Nilai-nilai yang berkonflik tidak selalunya dapat disusunmengikut hirarki.
Kadang-kadang sukar hendak dinyatakan atau ditunjukkan bahawa sesuatu nilai itu lebih
asas atau lebih menyeluruhberbanding dengan nilai lain.

Langkah-langkah Strategi Pembinaan Hierarki :


1) Kenalpasti nilai-nilai yang berkonflik.
2) Susun atur nilai-nilai yangberkonflik mengikut kepentingan iaitu daripadayang lebih
penting sehinggayang kurang penting.
3) Berikan sebab kepadasusunan kepentingan tersebut.

Contoh: Ternampak kawan baik terlibatdalam pengedaran ganja. Patutkah dilaporkan? Tindakan yang
betul: patut bersikap jujur dan melaporkannya kepada polis walaupun dia kawan yang setia

Pencairan Masalah
Strategi Pencairan Masalah
Bersikap fleksibel terhadapmasalah atau konflik denganmencari alternatif lain yang lebih sesuai.
Cuba menukarkan nilai yang bertembung dengan mewujudkan alternatif nilai yang lain.
nilai di dalam konflik ini bersifat boleh diubah dan tidak tetap
Dalam menggunakan strategi ini, seseorang mestilah jelas dans edar akan matlamat yan hendak
dicapai.
Disebabkan mempunyai pelbagai matlamat atau alternatif, segalanilai konflik dapat
diselesaikanbersesuaian dengan matlamat baru yang dibuat.

Kelemahan Strategi Pencairan Masalah


Sesetengah konflik tidak dapatdihindar terutamanya jikaberhadapan dengan keadaan yangtidak
dikawal kerana di luar jangkaan.
Strategi ini tidak membina perwatakan. Sebaliknya menggalakkan manusia untuk lari,
mengelakkan diri atau menjauhkan diri daripada berhadapan dengan konflik secara langsung.

Langkah-langkah Strategi Pencairan Masalah :


1) Kenalpasti nilai-nilai yang berkonflik.
2) Berikan alternatif kepada nilai-nilai yang berkonflik.
3) Berikan sebab kenapa alternatif tersebut dibuat.

Contoh:
David berjanji untuk menanggungperbelanjaan perkahwinan adiknya pada 31 Ogos. Tiba-tiba anak
Daviddiculik dan dipaksa membayar wangtebusan pada 29 Ogos. David tiadapilihan lain kecuali
membayar wangtebusan tersebut. Jika dia membayarwang tersebut, dia tidak ada wangsimpanan lagi
untuk membiayai perkahwinan adiknya. Apakah keputusan David?

Strategi Kompromi
Pengamalan sikap give and take
Memperuntukkan sesuatu tetapi bukan segala-galanya kepadasetiap orang atau
memperuntukkan sedikit daripada setiap nilai
Bertolak-ansur atas konflik yangtimbul dan keputusannya sudahtentu mempunyai kelebihan dan
kekurangan tersendiri.Untuk menyelesaikan konflik moral ini, strategi kompromihanya akan
digunakan setelah strategi hirarki dan pencaira nmasalah tidak dapat digunakan.

Contoh:
Ketika Tahun Baru Cina, isteri andamahu pulang ke kampungnya diMelaka dan anda mahu pulang
kekampung anda di Johor. Apa keputusan anda?

Jawapan: Strategi kompromi digunakan kerana ada andaian menyatakan bahawa tidak dapat membina
hirarki yang rasional tentang nilai mana yang lebih penting. Juga, konflik di antara nilai-nilai yang
terbabit tidak dapat dicairkan.Jika pencairan masalah boleh digunakan, kita tidak memerlukan strategi
kompromi kerana hasil atau keuntungan daripada kompromi adalah kurang atau lebih rendah.

Kelemahan Strategi Kompromi


Andaian nilai-nilai yangberkonflik boleh dicapai padatahap tertentu dan tidak sepenuhnya.

Contoh:
Bolehkah menghormati seseorang padatahap tertentu dan tidak mengamalkan keadilan sepenuhnya?

Jawapan: Kelemahan dari segi praktis, iaitukompromi akan berpihak kepadayang ada autoriti dan lebih
berkuasakerana mampu menegaskankemahuannya berbanding yanglemah.

Langkah-langkah Strategi Kompromi :


1) Kenal pasti nilai-nilai yangberkonflik.
2) Nyatakan pihak yang akanberkompromi atau berkorban
3) Berikan sebab kenapa kompromitersebut dibuat

Strategi Analisis Nilai


Menganalisa segala nilai yang wujuddi dalam konflik moral dan membuatkeputusan yang terbaik.

Kelebihan Strategi Analisis Nilai


Individu akan menggunakanpemikiran logikal dalampenyelesaian konflik berdasarkan akta
yang relevan dalammembuat pertimbangan nilai.
Dalam membuat analisis nilai,individu akan meneliti banyak fakta dan kesan-kesan
terhadapsetiap alternatif yang dikenal pasti.Ini akan meningkatkankefahaman dan hormat
kepadasemua yang terlibat.

Kelemahan
Ia terlalu mementingkan faktadan logik sahaja.Kurang mementingkan dimensiemosi moral dan
perlakuan moralyang berpatutan dan termampudilakukan. Kebiasaannya, kitaperlu mengambilkira diri
sendiridan orang lain serta tahukelemahan kita melakukansesuatu yang patut dilakukan

Langkah-langkah Strategi Analisis Nilai


1) Kenalpasti nilai-nilai yang berkonflik
2) Kenalpasti fakta-fakta yang sedia adadalam konflik atau dilema ini.
3) Berdasarkan nilai-nilai yangberkonflik dan fakta yang sedia ada,senaraikan alternatif yang boleh
dibuatuntuk menyelesaikan konflik itu.
4) Dalam menentukan alternatif yangpatut diambil, fikirkan kesan sertakeputusan yang akan timbul
hasildaripada alternatif yang telah diambil.
5) Setelah menganalisis kesan-kesanterhadap setiap alternatif, pilih satudaripada alternatif tersebut.
- dalam strategi analisis nilai,segala konflik, maklumat, nilai dan semua perkara yang
timbuldalam konflik ini dinilai dan dianalisa dengan sehalusnya.
- Analisa yang baik akan menghasilkan keputusan yang baik

Contoh:
Tunang kamu mencadangkan agar dipercepatkan tarikh perkahwinan. Kamu memerlukan duit untuk
menyara persekolahanadik kamu. Majikan kamu pulahendak menghantar anda ke luarnegara selama
2 tahun. Ibu kamupula sedang sakit dan perlusentiasa dijaga.

Strategi perkembangan moral kognitif


membantu pelajar membina kebolehan menaakuldi peringkat yang lebih tinggi.
untuk membimbing seseorang mengembang
pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan
moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi
di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.

Kaedah Penyelesaian Masalah


digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah harian.
Kaedah yang berdasarkan kaedah penyelesaian yang saintifik.

Garis panduan Teknik Penyelesaian masalah


1. Mengenal pasti masalah
2. Mencari maklumat
3. Membuat hipotesis.
4. Menguji hipotesis
5. Menilai dan membuat rumusan

Pembelajaran Berasaskan Masalah


Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan satu kaedah pembelajaran yang
menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses
pembelajaran (Universiti Teknologi Malaysia, 2005).

Prinsip Pembelajaran Berasaskan Masalah (Graaff dan Kolmos (2003),


PBM merupakan pendekatan pembelajaran di mana masalah merupakan titik tolak dalam
proses pembelajaran.
Pembelajaran berpusatkan murid. Murid hanya diberi panduan untuk menyelesaikan
masalah yang diberikan oleh guru.
Guru harus kreatif dalam menghasilkan sesuatu masalah yang bersesuaian dengan topik
yang diajar.
Guru hanya bertindak sebagai fasilalitator, pembimbing atau motivator kepada murid.
Masalah berdasarkan kepada situasi sebenar

Faedah Pembelajaran Berasaskan Masalah


PBM dapat memperkembangkan kemampuan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Ini
kerana PBM membantu murid berfikir dan mampu menyelesaikan masalah yang tercetus.
Murid akan mencari jalan penyelesaian berdasarkan segala pengetahuan yang mereka ada
sekali gus dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka kerana mereka perlu mencari
jawapan melalui pembacaan dan perkongsian idea melalui rakan-rakan mereka.

Langkah-Langkah Pembelajaran Berasaskan Masalah


1) mengenal pasti masalah
2) mencari maklumat rumusan
3) membuat hipotesis
4) menguji hipotesis menilai
5) membuat rumusan

Kaedah Scaffolding
Pengaplikasian strategi pengajaran dalam bilik darjah menurut Vygotsky:
Guru bertindak memberi sokongan kepada pelajar yang memerlukan bantuan atau
bimbingan dalam melaksanakan tugasan.
Guru akan memberikan demonstrasi sambil memberikan penerangan semasa mengajar.
Guru cuba meringkaskan sesuatu masalah atau membahagikan sesuatu tugasan kepada
langkah-langkah yang mudah difahami oleh pelajar.
Sekiranya pelajar meghadapi masalah atau kesukaran dalam membuat tugasan, guru akan
menyediakan soalan-soalan yang memfokus kepada masalah tersebut.
Guru akan berhenti memberi bantuan setelah pelajar mampu menyiapkan tugasan tanpa
memerlukan bantuan.

Jenis-jenis scaffolding dan aplikasinya di dalam bilik darjah


Jenis Scaffolding Contoh
1.Modelling Seorang guru seni lukis telah mendemonstrasikan cara
melukis sebelum mengarahkan pelajar untuk cuba melukis
secara bersendirian
2. Memberi penerangan Seorang guru fizik menyuarakan pendapatnya semasa
beliau menyelesaikan soalan-soalan di papan hitam.
3. Menanya soalan Selepas modelling dan memberi penerangan seorang
guru akan menanyakan soalan kepada pelajar.
4. Adaptasi bahan Seorang guru pendidikan jasmani akan merendahkan
instruksional jaring apabila sedang mengajar cara-cara menjaring bola
dan menaikkan jaring ke aras yang lebih tinggi apabila
pelajar bertambah mahir.
5. Sedia membantu dan Kanak-kanak di tadika diajar cara mengikat tali kasut
memberi panduan mengikut langkah-langkah oleh guru.

You might also like