You are on page 1of 1

9.

0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian tindakan yang telah jalankan menunjukkan peningkatan yang baik


dari segi pencapaian dan kemahiran murid dalam ketepatan pic nyanyian. Nyanyian
solfa, isyarat tangan Curwen dan pendengaran dalaman dalam kaedah Kodly yang
telah digunakan telah menunjukkan keberkesanannya menerusi pencapaian yang
telah ditunjukkan oleh responden dalam kedua-dua ujian pos yang telah diberikan.

Oleh itu, untuk kajian seterusnya, penyelidik boleh menggunakan sebutan


berirama Kaedah Kodly untuk membantu murid untuk menguasai kemahiran untuk
memain corak irama dengan alat perkusi ataupun menguasai kemahiran membaca
notasi corak irama. Melalui sebutan berirama Kaedah Kodly, murid dapat
mengaitkan not dengan sebutan tertentu dan seterusnya dapat membaca not
secara verbal.

Eurhythmics kaedah Dalcroze dapat meningkatkan kesedaran


perkembangan kinestetik terhadap ciri-ciri muzik (Mead 1994, 200). Oleh itu, kajian
tindakan seterus yang dicadangkan oleh penyelidik adalah mengaplikasi
eurhythmics Kaedah Dalcroze untuk membantu murid menyanyi atau memain alat
perkusi mengikut corak irama dengan betul. Selain itu, penyelidik juga boleh
membuat kajian tindakan tentang aplikasi eurhythmics kaedah Dalcroze untuk
memperbaiki penghasilan ton nyanyian murid. Penggunaan pergerakan untuk
memberi gambaran terhadap kualiti ton nyanyian yang perlu dihasilkan.

Mengikut kecergasan kepelbagaian Howard Gadner, setiap pelajar belajar


dengan stail yang berbeza. Antaranya stailnya diperkenalkan oleh Howard Gadner
adalah kinestetik. Pelajar stail kinestetik suka menggunakan pergerakan, sentuhan
atau manipulasi peralatan untuk belajar. Oleh itu, kajian yang dicadangkan
seterusnya adalah mengaplikasikan gabungan teori kecergasan kepelbagaian dan
kaedah Dalcroze untuk meningkatan kemahiran nyanyian atau permainan alat
perkusi murid. Kaedah Dalcroze juga dicadangkan kerana kaedah tersebut banyak
melibatkan pergerakan dan manipulasi peralatan.

You might also like