You are on page 1of 8

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) CHE HWA, KELOMBONG,

KOTA KINABALU, SABAH.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA


POSTER HARI KEMERDEKAAN

DI BAWAH KENDALIAN GURU PELATIH

LOW JIA MIN

PISMP PSV (SJKC) AMBILAN JAN 2014


1.0 Pendahuluan

Pertandingan melukis dan mewarna diadakan bagi mencungkil bakat dan kreativiti
murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Che Hwa yang boleh ditonjolkan pada
peringkat yang lebih tinggi. Pertandingan melukis dan mewarna ini juga bertujuan bagi
menyambut perayaan Sambutan Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2017.
Pertandingan ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran dan menanam semangat
patiotisme dalam kalangan murid-murid.

2.0 Objektif Pertandingan


2.1 Meningkatkan daya kreatif dan inovasi murid-murid dalam penghasilan karya.
2.2 Mencungkil bakat murid dalam kemahiran melukis dan mewarna poster.
2.3 Memenuhi jiwa dan semangat kemerdekaan dalam diri murid-murid.
2.4 Salah satu pendekatan mewujudkan murid-murid yang peka kepada sejarah negara.
2.5 Menggalakkan murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.

3.0 Pelaksanaan

1. Pertandingan melukis dan mewarna poster ini akan diadakan pada Sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat sekolah.
2. Pertandingan ini terbuka kepada dua tahap, iaitu tahap satu dimana murid tahun 1,2
dan 3 manakala tahap dua adalah murid-murid tahun 4.
3. Pertandingan mewarna ini adalah bertemakan kemerdekaan dengan tajuk lukisan
adalah tertakluk kepada pihak urusetia pertandingan.
4. Kelengkapan mewarna akan disediakan oleh pihak sekolah bagi memastikan setiap
murid mempunyai kelengkapan mewarna yang sama.
5. Keputusan adalah muktamad dan akan diadili oleh hakim yang akan dilantik oleh
pihak urusetia.

3.0 Penilaian Permarkahan


4.1 Kriteria penilaian :

Bil Kriteria Markah


1 Kesesuaian warna 30 markah
2 Kreativiti 50 markah
3 Kekemasan warna 20 markah
Jumlah 100 markah

4.2 Borang Pemarkahan

Rujuk Lampiran LPT-1

4.0 Tentatif Pertandingan Melukis Dan Mewarna Poster Hari Kemerdekaan


Berikut merupakan pelan tindakan dalam aktiviti pertandingan ;

Tarikh Masa Kelas

16/8 0740a.m -0840a.m 1Z,1X

1010a.m -1110a.m 2Z
(Rabu)
1210p.m -13.10p.m 2X,2R

17/8 0840a.m -0940a.m 3Z,3X

11.40a.m -12.40p.m 3R,4R


(Khamis)

18/8 0710a.m -0810a.m 4X

1040a.m-1140a.m 4Z
(Jumaat)

6.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL ITEM HARGA KUANTITI JUMLAH (RM)


(SEUNIT)

1 Pensil warna RM 12.00 3 RM36.00

2 Buncho water color RM 14.50 3 RM43.50

3 Kertas lukisan RM 5.50 3 RM16.50

4 Berus lukisan RM 1.20 10 RM12.00

JUMLAH RM108.00

6.0 Carta Organisasi Pertandingan

Penaung

Brenden Ling Sui Tiing

(Guru Besar)

Pengerusi

Low Jia Min

(Pelajar IPG Kampus Gaya)


Mentor

Pn. WONG NYUK CHIN

(Guru Penolong Kanan 1)

AJK Persediaan Alat

Cik Kendra Kenny Yong

(Guru Ketua Panitia PSV )

7.0 Penutup

Diharapkan melalui pelaksanaan aktiviti Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster


ini dapat memupuk semangat cinta akan pendidikan Seni Visual. Murid juga diharapkan
dapat mempelajari dan lebih meminati subjek Pendidikan Seni Visual kelak. Melalui
pertandingan ini, guru dapat mencungkil kreativiti dan inovasi murid yang berbakat dalam
bidang seni serta menggalakkan penglibatan aktif murid dalam kegiatan seni di sekolah.
Pertandingan melukis dan mewarna poster yang diadakan ini diharap dapat melahirkan
murid yang mempunyai keperibadian yang cemerlang sesuai dengan tema mewarna yang
dianjurkan iaitu Kemerdekaan. Selain itu juga, diharapkan objektif pertandingan iaitu bagi
menonjolkan bakat terpendam dalam diri murid-murid akan berjaya.

Bagi pihak kami, aktiviti Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster ini dapat
dijadikan satu pengalaman baru yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika sudah menjadi
guru sebanar kelak. Pelaksanaan pertandingan ini juga diharapkan dapat memberi impak
kepada konsep kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus dan memimpin.

Sehubungan dengan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak amat
diharapkan bagi kejayaan pelaksanaan aktiviti Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster
Hari Kemerdekaan.

Disediakan oleh :

.........................................
(LOW JIA MIN)
Pengerusi
Projek Pertandingan Melukis dan Mewarna
Guru Pelatih PISMP PSV (SJKC) IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu.

Disemak oleh :

.........................................
(WONG NYUK CHIN)
Mentor Projek Internship,
Guru Pendidikan Seni Visual, SJKC Che Hwa , Kelombong

Disahkan Oleh :

.........................................
(BRENDEN LING SUI TIING)
Guru Besar,
SJK(C) Che Hwa, Kelombong, Sabah.

BORANG PERMARKAHAN LPT-1

PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERDEKAAN

NAMA MURID :

KELAS:

KESESUAIAN WARNA KREATIVITI KEKEMASAN WARNA


(30%) (50%) (20%)
Jumlah

BORANG PERMARKAHAN

PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERDEKAAN

NAMA MURID :

KELAS:

KESESUAIAN WARNA KREATIVITI KEKEMASAN WARNA


(30%) (50%) (20%)

Jumlah

`PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERDEKAAN

NAMA MURID :

KELAS:

KESESUAIAN WARNA KREATIVITI KEKEMASAN WARNA


(30%) (50%) (20%)

Jumlah
Lampiran 2 : Template mewarna bagi Tahun 1.
Lampiran 2 : Template mewarna bagi Tahun 2.

Lampiran 2 : Template mewarna bagi Tahun 3.

You might also like