You are on page 1of 2

DUNIA

Senaman satu jam sehari tingkat daya


ingatan
2012/02/21 - 06:45:35 AM
LONDON: Melakukan senaman satu jam sehari mampu meningkatkan keupayaan ingatan dan
pembelajaran di kalangan bukan saja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa, kata sekumpulan
saintis.

Penyelidik berkenaan mendapati bahawa berjalan atau berbasikal setiap hari selama enam bulan
hingga setahun boleh membantu meningkatkan ingatan dan kemahiran penyelesaian masalah di
kalangan orang dewasa sebanyak 15 hingga 20 peratus.
Mereka menunjukkan bahawa senaman seperti itu juga boleh meningkatkan saiz bahagian penting
dalam otak.

Saintis terbabit juga mendapati kanak-kanak sihat cenderung menjadi lebih baik melakukan
pelbagai aktiviti dan tugasan mental sukar berbanding rakan mereka yang kurang sihat, lapor The
Telegraph.

Pengarah Beckman Institute for Advanced Science and Technology di Univesiti Illinois Professor Art
Kramer, ketua penyelidikan itu berkata penemuan mereka memberi kesan besar dalam
meningkatkan prestasi kanak-kanak di sekolah.

Katanya ia boleh digunakan untuk membantu orang dewasa berhadapan dengan masalah hilang
ingatan pada usia tua.

Amat menyedihkan faktor usia mengurangkan fungsi otak apabila kian berusia. Malah semakin
ramai mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
Senaman boleh memberi kesan positif terhadap penyakit kardiovaskular dan diabetes, kita
mendapati ia boleh meningkatkan kognitif, fungsi otak dan struktur otak.

Kita mampu untuk melakukan banyak kerja neuroimaging bersama kajian terhadap orang dewasa
dan menunjukkan bahawa rangkaian dan struktur otak juga berubah dengan senaman.

Kanak-kanak yang melakukan senaman aerobik mempamerkan kawalan kognitif yang lebih baik
berbanding kanak-kanak kurang bersenam, kata Kramer.

Kajian disiarkan awal tahun ini oleh pasukan berkenaan menunjukkan hippocampus, bahagian otak
terbabit dalam memori orang dewasa yang sering melakukan senaman lebih enam bulan meningkat
sebanyak dua peratus, berkesan untuk mengurangkan penuaan otak selama satu hingga dua tahun.

Dalam kajian terbaru, beliau juga mendapati kanak-kanak cerdas lebih baik ketika melintas jalan
apabila mereka diganggu muzik atau berbual di telefon bimbit berbanding mereka yang kurang
bersenam. Agensi
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Senamansatujamseharitingkatdayaingatan/Article

You might also like