You are on page 1of 3

9/3/2017 GayaHidupSihatStressPENDIDIKANPESAKIT

Gaya Hidup Sihat Stress


Promosi

15

Source: http://www.thailandtesol.com/stress-management-for-esl-and-efl-educators/

Apakah Gaya Hidup Sihat? Dan apakah kaitannya dengan asma secara tidak langsung?

Gaya hidup sihat ialah aktiviti, pendekatan atau amalan sama ada secara fizikal ataupun spiritual yang

merangsang diri secara fizikal ataupun secara kerohanian yang menyumbang kepada kestabilan fizikal

dan mental.

Gaya hidup sihat amat penting di dalam kehidupan manusia, kerana bermula dari amalan inilah,

kestabilan minda dan fizikal secara keseluruhan dapat dicapai. Gaya hidup sihat bukan sekadar

menjalankan aktiviti riadah mahupun mengamalkan pemakanan seimbang, malah amalan kerohanian dan

keagamaan yang terdiri daripada elemen murni dan mulia juga menyumbang kepada kesihatan fizikal dan

spiritual seseorang. Ianya juga secara tidak langsung membantu mengawal penyakit asma di mana

penyakit asma mampu dikawal sebaiknya melalui gaya hidup sihat.

Apakah itu stress?

Stress atau tekanan ialah keadaan seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun

mental dan ianya berkaitan dengan cara hidup kita ataupun lifestyle. Semakin stress seseorang itu,
semakin jauhlah dia dari amalan sihat yang seharusnya dilakukan dan dipraktikkan.

Stress boleh terjadi disebabkan persekitaran yang terdiri daripada persekitaran tempat tinggal, tempat

kerja, keadaan emosi semasa disebabkan keadaan hidup seseorang , pemakanan yang tidak sihat yang
secara langsung menyumbang kepada keadaan fizikal dan mental tidak optimum seperti penyakit.

Kemurungan berlebihan juga menyumbang kepada stress yang melampau. Kes seperti memerlukan
bantuan pakar. Jika tidak ditangani dengan betul ianya bukan sahaja mempengaruhi kehidupan individu

tersebut malah orang di sekelilingnya.

Justeru, untuk menghindarkan diri dari berlaku perkara seumpama ini, maka gaya hidup sihat seperti
sihat sangat diperlukan. Piramid makanan adalah
aktiviti fizikal dan mental serta amalan pemakanan

permulaan yang hebat demi mencapai kestabilan hidup yang sihat.

http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/1839/ 1/3
9/3/2017 GayaHidupSihatStressPENDIDIKANPESAKIT

Bagi mengatasi stress, seseorang itu perlu tahu pelan yang betul dan lebih komprehensif. Stress perlu
ditangani dengan menyerap elemen positif dan menjauhi elemen negatif dan kronik. Gaya hidup sihat

membantu memperbetulkan elemen negatif seterusnya menyahkan elemen kronik.

Gaya hidup sihat membantu menambah nilai kehidupan individu dan mengurangkan perasaan kecewa
dan secara tidak langsung menyumbang kepada kualiti usia yang lebih baik.

Kebanyakan elemen gaya hidup sihat membantu menangani stress semasa dan stress yang

berkemungkinan kita lalui di masa mendatang.

Memang tidak dinafikan untuk menjalani gaya hidup sihat memerlukan komitmen dan iltizam yang kuat

daripada menangani stress itu sendiri, namun keputusan positif jangka panjang akan membantu memberi
ransangan agar pendekatan tersebut diteruskan demi kebaikan individu it u sendiri.

Kebanyakan orang takut untuk mengubah gaya hidup semasanya kepada yang lebih sihat disebabkan

takut dengan bayang-bayang sendiri dan terlalu cepat merasa tidak yakin dapat meneruskannya. Di sini,

disiplin dan iltizam memainkan peranan yang sangat penting. Mulakan dengan meletakkan sasaran yang
mampu dicapai. Seterusnya tingkat pencapaian agar boleh diselaraskan kepada kedudukan lebih tinggi

sekiranya sasaran awal telah dapat dicapai.

Di bawah digariskan beberapa elemen gaya hidup sihat yang boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan
seharian kita:

a. Pemakanan sihat

Ia adalah elemen teras di mana piramid makanan adalah permulaan kepada gaya hidup yang lebih baik.
Pemakanan yang baik menyumbang kepada fizikal luaran dan dalaman yang lebih baik. Lebih baik

daripada segi penampilan dan juga kesihatan dalaman seperti jantung, tekanan darah, paras gula dan

sebagainya.

b. Senaman secara berkala

Senaman secara berkala membantu mencapai tahap optimum fizikal dan mental seseorang itu. Secara
spiritual ia menggalakkan kita bergaul sesama sendiri melalui aktiviti yang disertai. Secara tidak lansung

kehidupan sosial kita juga lebih berkualiti.

c. Kualiti tidur yang baik

Kualiti tidur yang baik juga adalah di antara elemen gaya hidup yang baik. Rehat yang cukup

mempersiapkan kita secara fizikal dan mental untuk hari-hari seterusnya.

Kesimpulannya, gaya hidup sihat bermula dengan diri kita sendiri dan hanya kita yang mampu menangani

stress dengan jayanya kerana sahabat yang baik adalah diri kita sendiri.

Berbalik kepada hubung kait gaya hidup sihat dan asma, ternyata ianya banyak membantu menangani

penyakit tersebut. Ini adalah disebabkan, penyakit tersebut dipengaruhi secara khusus oleh faktor-faktor

http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/1839/ 2/3
9/3/2017 GayaHidupSihatStressPENDIDIKANPESAKIT

persekitaran, ketahanan tubuh dan sistem respiratori kita serta pengawalan pemakanan yang baik.

Semoga kehidupan kita lebih berkualiti, sihat dan secara tidak langsung membantu menangani stress dan

akhirnya membantu mengawal gejala asma.

Gaya Hidup Sihat Penyumbang Kepada Kehidupan Berkualiti


Last Reviewed : 27 April 2016

Writer : Dr. Wan Ermiyati bt. Wan Mohamad

Accreditor : Dr. Azza bt. Omar

http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/1839/ 3/3

You might also like