You are on page 1of 5

LAPORAN AKTIVITI PANITIA SAINS

Tarikh 29 Januari 2017

Tajuk Program i-Think Sains

Perbincangan Program i-Think Sains merupakan program 5 minit bagi subjek Sains
sebelum memulakan pdPc. Ia dijalankan pada setiap hari Rabu selama 5
mini. Perbincangan telah dilakukan membincangkan cara pelaksanaan
program i-Think Sains.

Tindakan Bagi murid tahap satu, program ini akan dijalankan pada jam 1.05 petang.
Semua murid akan berkumpul di dalam dewan dan guru Sains akan
berkongsi input Sains. Bagi murid tahap dua pula, murid-murid akan
berkumpul di dataran perhimpunan. Murid Tahun 6 akan diberi modul Sains
yang telah di reso, manakala murid Tahun 4 dan 5 akan mengikuti kuiz
yang dijalankan oleh guru Sains sesi pagi. Aktiviti-aktiviti boleh
dipelbagaikan seperti nyanyian, input akronim, kuiz, tunjuk cara dan lain-
lain.

Laporan disediakan oleh, Laporan disemak oleh,

____________________ ___________________

Nurul Syahirah Bt Abas

Setiausaha Panitia Sains

SK Selayang Baru 2.
LAPORAN AKTIVITI PANITIA SAINS

Tarikh 10 March 2017- 28 April 2017

Tajuk Karnival Sains dan Teknologi

Pengenalan Program ini merupakan anjuran bersama antara panitia Sains, Matematik dan
Rekabentuk Teknologi. Ia telah dijalankan selama 1 bulan bermula 10 March
hingga 28 April 2017. Semua murid SKSBD terlibat dalam menjayakan
program ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan bagi subjek Sains ialah Earth
Minutes, Projek Saintis Muda, Angkasawan Cilik, pertandingan mewarna dan
Science World.

Aktiviti Earth Minutes:

Semua kelas dikehendaki untuk menutup kipas dan lampu selama 5 minit
secara serentak. Ia bertujuan untuk menjimatkan penggunaan elektrik di
sekolah.

Projek Saintis Muda:

Murid-murid diminta untuk membuat projek model-model virus yang telah


dipelajari menggunakan barang-barang yang terdapat disekeliling mereka.

Angkawasan cilik:

Murid didedahkan dengan info-info tentang angkasa untuk menarik minat


mereka mendalami bidang angkasawan. Selain daripada itu, murid-murid
juga dikehendaki membuat roket air. Aktiviti ini melibatkan murid-murid tahap
2. Mereka dikehendaki untuk membuat roket air yang dapat terbang sejauh
yang mungkin. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan, pemenang diambil
kira berdasarkan jarak roket air dapat diterbangkan.

Pertandingan mewarna:

Aktiviti ini melibatkan murid-murid tahap 1. Mereka mewarna gambar yang


bertemakan kepentingan Sains.

Science World:

Aktiviti ini dijalankan secara gallery walk. Melalui aktiviti ini, murid telah
didedahkan dengan bidang-bidang yang terdapat dalam Sains iaitu sains
fizikal, sains kimia, biologi dan angkawasan. Aktiviti ini bertujuan untuk
mendedahkan murid-murid dengan kepelbagaian yang terdapat dalam
bidang Sains seterusnya meningkatkan rasa cinta pada subjek Sains. Aktiviti
ini telah dijalankan di bilik Sains SKSBD.
LAPORAN AKTIVITI PANITIA SAINS

Tarikh 24 Julai 2017- 28 Julai 2017

Tajuk Menceriakan sudut dan bilik Sains.

Pengenalan Aktiviti ini dijalankan untuk menambahbaik dan menceriakan bilik Sains dan
sudut Sains yang telah diamanahkan selain dapat menceriakan lagi kawasan
persekitaran sekolah dengan input-input yang bermanfaat. Semua guru
Sains SKSBD dan murid tahap 2 telah bergotong-royong dalam menjayakan
aktiviti ini.

Aktiviti Bilik Sains:

Tema bilik Sains pada tahun ini ialah sistem solar. Oleh itu, meja kumpulan
bilik Sains telah di cat mengikut warna-warna berbeza dan dilabelkan
mengikut nama-nama planet. Roket yang telah dibuat oleh murid juga telah
digantung. Selain daripada itu, kerja-kerja pelupusan barang-barang yang
lama juga telah dijalankan. Laci penyimpanan barang telah dilabelkan. Susun
atur bilik sains turut diubahsui untuk mewujudkan keadaan yang lebih
kondusif.

Sudut Sains:

Sudut Sains telah ditempatkan di laluan tangga Blok B SKSBD. Tema untuk
sudut Sains ialah info-info menarik Sains. Kerja-kerja menceriakan sudut ini
dimulai dengan kerja-kerja mengecat yang telah dilakukan oleh guru Sains.
Bahan-bahan bacaan Sains seperti komik Sains telah diletakkan di sudut
tersebut. Seterusnya, murid-murid tahap dua telah membantu guru-guru
dengan melekatkan info-info Sains pada papan kenyataan dan di sepanjang
laluan tangga tersebut.

Laporan disediakan oleh, Laporan disemak oleh,

____________________ ___________________

Nurul Syahirah Bt Abas

Setiausaha Panitia Sains

SK Selayang Baru 2.
LAPORAN AKTIVITI PANITIA SAINS

Tarikh 2 Ogos 2017

Tajuk Teknik Menjawab Soalan Tahun 6

Pengenalan Aktiviti ini dijalankan untuk menyediakan dan membantu murid-murid Tahun
6 SKSBD untuk menjawab soalan Sains dalam peperiksaan UPSR yang
bakal berlangsung tidak lama lagi. Penceramah yang dijemput ialah Pn Siti
Aisyah Bohrim, penolong kanan pentadbiran SKSBD yang telah lama
berkecimpung dalam bidang penandaan kertas UPSR bagi subjek Sains.

Aktiviti Slot motivasi:

Program ini telah dimulakan dengan slot motivasi diri oleh Pn Aisyah sendiri.
Ia bertujuan untuk menaikkan semangat murid-murid untuk terus berusaha.

Slot bentuk soalan upsr sebenar:

Seterusnya, murid telah didedahkan dengan bentuk-bentuk soalan sebenar


Sains UPSR iaitu melibatkan dua kertas iaitu kertas 1 berbentuk soalan
objektif dan kertas 2 berbentuk subjektif.

Slot kemahiran dan teknik menjawab soalan secara berfokus:

Setelah murid-murid didedahkan dengan bentuk-bentuk soalan, murid juga


didedahkan dengan kemahiran dan teknik menjawab soalan dengan betul.
Penekanan banyak dibuat kepada cara menjawab soalan kertas 2 melibatkan
kemahiran-kemahiran menipulatif seperti pemerhatian, inferens, 3 jenis
pembolehubah dan lain-lain.

Slot pentaksiran secara lisan dan bertulis:

Setelah didedahkan dengan bentuk soalan dan kemahiran menjawab soalan,


murid-murid telah diberi peluang untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari
dengan menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.

Laporan disediakan oleh, Laporan disemak oleh,

____________________ ___________________

Nurul Syahirah Bt Abas

Setiausaha Panitia Sains

SK Selayang Baru 2.
LAPORAN AKTIVITI PANITIA SAINS

You might also like