Professional Documents
Culture Documents
1
PROSES PENUBUHAN PERSATUAN MUZIK
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TEMERLOH
2
PROSES PENUBUHAN KELAB MUZIK SK BANDAR TEMERLOH
Di sini akan dijelaskan berkaitan dengan proses penubuhan Proses penubuhan Kelab Muzik SK
Bandar Temerloh. Umumnya kita akan juruskan perbincangan kepada beberapa langkah dalam
proses penubuhan persatuan/kelab yang biasa dilaksanakan.
Proses kedua pula iaitu merancang perancangan kertas kerja persatuan. Perancangan
kertas kerja ini adalah perlu supaya segala maklumat tentang persatuan yang ingin ditubuhkan
tersebut disusun dengan rapi. Sebagai contoh maklumat berkenaan perlembagaan persatuan,
cadangan aktiviti, logo dan sebagainya. Pelaksanaan dalam merancang kertas kerja ini adalah
di bawah tanggungjawab persatuan untuk bersama-sama memberikan idea dan kata sepakat.
Selain itu, proses ketiga pula berkenaan dengan menghantar permohonan rasmi kepada
Pendaftar seperti Pengarah, Pengetua atau Guru Besar. Di dalam permohonan rasmi itu juga
perlu disertakan dengan dokumen-dokumen termasuk perlembagaan yang telah dipersetujui
dalam mesyuarat sebelum ini. Contoh-contoh surat permohonan ini juga disertakan di bahagian
lampiran.
Di samping itu, proses keempat adalah untuk mendapatkan kelulusan penubuhan dan
pendaftaran persatuan daripada Guru Besar. Proses ini adalah untuk memastikan bahawa
persatuan yang telah dimohon tadi sama ada lulus atau tidak untuk ditubuhkan di sekolah.
Pihak persatuan dan pembantu tadbir adalah individu yang bertanggungjawab dalam proses
keempat ini. Borang-borang kelulusan permohonan ini juga terdapat di bahagian lampiran.
3
Akhir sekali adalah untuk mengoperasikan persatuan iaitu melaksana tanggungjawab
sebagai Ahli Jawatankuasa Baru di dalam persatuan yang ditubuhkan ini. Jawatankuasa
persatuan yang telah dilantik semasa mesyuarat Agong pertama perlu mengendalikan
mesyuarat Jawatankuasa Kerja secepat mungkin untuk membincang, melaksanakan usul atau
aktiviti yang telah dirancangkan. Berikut adalah contoh Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
ialah:
Segala maklumat dan perbincangan yang dilaksanakan adalah penting untuk diminitkan bagi
tujuan rekod dan rujukan tindakan dalam sesebuah persatuan. Setiap pelaporan yang dibuat
juga perlu dihantar ke pihak atasan setelah tujuh hari tarikh bekerja selepas mesyuarat Agong
dilaksanakan.
4
5
6
7
8
9