You are on page 1of 26

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN KAEDAH


ILUSTRASI KOMIK TERHADAP PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH
DI SALAH SEBUAH SEKOLAH DI DAERAH
PAPAR:SATU KAJIAN KES.

Azalina Abdul Wahap

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan menilai konteks, input, proses dan hasil penggunaan kaedah
ilustrasi komik dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di
salah sebuah sekolah di daerah Papar. Sabah. Seramai enam orang pelajar
tingkatan Empat iaitu pelajar dari tingkatan empat A, empat B dan Empat C
dipilih sebagai informan dalam kajian ini. Objektif kajian adalah menilai konteks,
input,pelaksanaan dan hasil penggunaan kaedah ilustrasi komik dalam
pengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan empat melalui
Model CIPP. Di samping itu, objektif lain ialah mengetahui penggunaan kaedah
llustrasi komik dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap subjek Sejarah
serta mengenalpasti penggunaan kaedah ilustrasi komik dapat membantu pelajar
untuk mempelajari matapelajaran Sejarah.Respon pelajar melalui pemerhatian,
rakaman video,temubual digunakan sebagai maklumbalas hasil pembelajaran
pelajar dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran Sejarah.Dapatan kajian
mendapati informan berpendapat bahawa guru kurang menggunakan dan
mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas.Semasa proses pengajaran
dan pembelajaran menggunakan ilustrasi komik, penyelidik melakukan rakaman
video dan hasil dapatan pemerhatian tersebut menunjukkan informan lebih
gemar melakukan pembelajaran secara berkumpulan dan seronok untuk
menghasilkan idea ilustrasi komik. Majoriti informan berpendapat bahawa
kaedah ini memudahkan pelajar untuk memahami subjek Sejarah dengan lebih
baik.

1.0 PENGENALAN

Matapelajaran Sejarah selalu dikaitkan dengan kesukaran pelajar untuk


menghafal dan mengingat fakta serta peristiwa yang lalu. Pelaksanaan kurikulum
Sejarah didapati terlalu menekankan fakta disebabkan pengamalan sistem
penilaian pelajar menjurus kepada penilaian intelek (Fuen,2006). Penekanan
aspek kognitif menyebabkan guru berpegang kepada matlamat akhir proses
pengajaran-pembelajaran pelajar mesti lulus peperiksaan (Carr dan
Burnham,1999).Penekanan ini menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan guru sering diamalkan yang mengukuhkan
pandangan Sejarah adalah suatu matapelajaran yang membosankan
(Philips,1992; Abdul Rahim,1996).Memandangkan Sejarah adalah mata
pelajaran berkaitan peristiwa yang berlaku ratusan tahun dahulu maka

29
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

penggunaan bahan teks sangat penting untuk pembelajaran (Philips,


1992).Berdasarkan kepada kajian Hughes-Hassell 2007 mendapati 44 % pelajar
lebih banyak membaca medium komik berbanding dengan 30 % pelajar yang
buku dalam bentuk teks. Ini menunjukkan pelajar lebih gemar membaca buku
komik untuk mengisi waktu lapang mereka (Jee dan Anggoro,2012) Menurut
kajian Low (2012) menyatakan komik adalah medium yang paling popular
digunakan oleh guru, pelajar, pengkaji dan serta pengubal kurikulum pada masa
kini.Medium ini bukan sahaja digunakan di dalam bilik darjah, tetapi juga sebagai
latihan kerja sekolah yang dilakukan di luar waktu persekolahan. Menurut
Hussien (1991), pembelajaran berkesan apabila pelajar dapat mengikuti,
memahami, menghayati, mengalami perubahan tingkahlaku, pemikiran dan
perasaan. Proses pelajar mendapatkan konten pelajaran penting untuk
memastikan pelajar belajar (Vanderstoep & Printich,2003). Proses pembelajaran
ialah apa yang dilakukan pelajar itulah yang dipelajari, tetapi bukan apa yang
dilakukan oleh guru.Menurut Sternberg (1984) perubahan konsep
pengajaran-pembelajaran ialah melatih pelajar belajar dan berfikir kepada
berfikir dan belajar harus diberikan perhatian.

1.2 Latarbelakang Kajian


Matapelajaran Sejarah selalu dikaitkan dengan kesukaran pelajar untuk
menghafal dan mengingat fakta serta peristiwa yang lalu. Pelaksanaan kurikulum
Sejarah didapati terlalu menekankan fakta disebabkan pengamalan sistem
penilaian pelajar menjurus kepada penilaian intelek (Fuen,2006). Penekanan
aspek kognitif menyebabkan guru berpegang kepada matlamat akhir proses
pengajaran-pembelajaran pelajar mesti lulus peperiksaan (Carr dan
Burnham,1999). Pelajar hanya menerima set fakta yang disampaikan oleh guru
tanpa memahaminya dengan lebih baik.
Penekanan ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan guru sering diamalkan yang mengukuhkan pandangan Sejarah
adalah suatu matapelajaran yang membosankan (Philips,1992; Abdul
Rahim,1996).Kurikulum Sejarah yang bukan hanya bertumpu kepada
kecemerlangan pencapaian akademik semata-mata tetapi berbentuk bercambah
yang merangkumi penerapan nilai di kalangan pelajar. Justeru, berdasarkan
pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, murid dibimbing
untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Natijah
daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, murid dapat membina
kekuatan semangat cinta akan negara (KPM,2002). pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang secara berstruktur untuk menarik minat dan
motivasi pelajar tidak boleh bergantung kepada satu kaedah pengajaran (Hidi
dan Harackiews,2000; Moore,1998;Hill,1997).Kepelbagaian kaedah yang
bersesuaian dengan cara pembelajaran pelajar dapat membimbing pelajar
kerana pelajar perlu bimbingan dalam bentuk arahan guru untuk mendapatkan
gambaran jelas tentang konten pelajaran,interaksi, berdialog, menyelesaikan
masalah dan memahami idea baru serta membantu pelajar melihat kenapa perlu
berusaha, mengapa gagal memberi perhatian dan mengapa gagal memahami
konsep baru (Entwistle & Smith,2002).

30
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

1.3 Pernyataan Masalah


Memandangkan Sejarah adalah mata pelajaran berkaitan peristiwa yang berlaku
ratusan tahun dahulu maka penggunaan bahan teks sangat penting untuk
pembelajaran (Philips, 1992). Pelajar bergantung kepada teks untuk memahami
kandungan Sejarah dan teks yang berbentuk naratif ini membosankan pelajar
(Chaffer & Tyler, 1977; Hazril, 2003). Sikap negatif terhadap matapelajaran
Sejarah makin kukuh akibat Sejarah tidak ada kaitan dengan kehidupan serta
tidak boleh digunakan secara praktikal dalam kehidupan seharian jika
dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu lain (Hazril, 2003). Dalam kata lain,
guru perlu berperanan sebagai master mind dalam mempelbagaikan kaedah
pengajaran-pembelajaran untuk meningkatkan motivasi pelajar dalam subjek
Sejarah. Menurut Cruickshank et.al (1995) pelajar seharusnya digalakkan untuk
mempelajari sesuatu dengan cara mereka sendiri daripada mereka hanya
menerima secara bulat-bulat pengajaran dari guru. Corak
pengajaran-pembelajaran chalk and talk tidak mengambil kira perbezaan pelajar
dari segi kesediaan,gaya dan kadar pembelajaran menyebabkan pelajar sukar
mempelajari Sejarah dan mengukuhkan lagi konsep pelajar tentang sejarah
adalah mata pelajaran yang ketinggalan zaman dan tidak selaras dengan zaman
ledakan teknologi yang canggih, moden dan semasa (Fuen,2006).

2.0 Objektif Kajian


Objektif kajian adalah seperti berikut,
1. Untuk menilai konteks, input,pelaksanaan dan hasil penggunaan kaedah
ilustrasi komik terhadap pembelajaran mata pelajaran Sejarah.
2. Untuk mengetahui penggunaan kaedah llustrasi komik dapat meningkatkan
motivasi pelajar terhadap subjek Sejarah.

3.0 METODOLOGI

Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah secara analisis data
kualitatif.

3.3 Informan
Informan adalah terdiri daripada enam orang pelajar Tingkatan Empat di salah
sebuah sekolah menengah terpilih di daerah Papar sahaja. Dua orang pelajar
dipilih secara rawak di setiap bilik darjah iaitu dua pelajar daripada Tingkatan
Empat A,Empat B dan Empat C. Menurut Tamam et.al (2010) di mana pemilihan
peserta bagi kajian kualitatif adalah berdasarkan dengan kesesuaiannya dengan
tajuk yang dikaji. Pemilihan peserta dalam kajian kualitatif (kajian kes) tidak
berasaskan kepada jumlah ataupun kuantiti sampel seperti dalam kajian
kuantitatif. Apa yang paling penting ialah subjek yang dipilih dapat memberikan
maklumat secara maksimum dan peserta kajian tersebut memberikan maklumat
yang hampir sama (sampai pada peringkat ketepuan data).

3.4 Triangulasi

Triangulasi kepada kajian ini adalah berdasarkan daripada temubual yang

31
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

menggunakan soalan yang sama kepada seorang pelajar yang terdiri daripada
seorang rakan informan yang akan memberikan persepsi tentang proses serta
hasil llustrasi komik yang telah dihasilkan oleh informen. Menurut McMillan (2008)
trangulasi adalah satu lagi kaedah untuk merangsang kredibiliti dalam
penyelidikan kualitatif. Trangulasi juga adalah mendapatkan data daripada orang
lain (different samples) atau masa yang lain atau tempat yang Triangulasi
merupakan salah satu kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan
sesutau penyelidikan kualitatif (Merriem, 1998).

3.5 Kajian Kes


Pengkaji juga menggunakan pendekatan kajian kes kerana pengkaji ingin melihat
kes bagaimana persepsi pelajar (yang hanya berada di sekolah itu sahaja)
memberikan persepsi mereka terhadap penggunaan ilustrasi komik dalam
pembelajaran mereka. Pengkaji juga cuba untuk mencari pelbagai kaedah
pengajaran bagi subjek Sejarah supaya dapat menarik perhatian pelajar secara
berterusan di sekolah tersebut. Kajian ini juga bukanlah satu kajian yang
menyeluruh, yang hanya berfokuskan kepada satu sekolah sahaja di daerah
Papar. Kajian kes adalah kajian yang memperlihatkan cerita sebenar tentang guru
dalam situasi sekolah yang sebenar dan memerlukan guru melihat semula
kepada teori serta mengaplikasikannya untuk memahami cerita serta masalah
yang timbul (Silverman et.al,1996). Menurut Chandra dan Sharma (2004)
menyatakan kajian kes adalah kaedah untuk meneroka dan menganalisis
kehidupan unit sosial-sama ada orang perseorangan,keluarga, institusi ,budaya
juga seluruh masyarakat. Kajian kes mempunyai beberapa kelebihan,
termasuklah fleksibeliti dari sudut menetapkan kepelbagaian pandangan
manusia (Parker, 2011).

3.6 Kesahan dan kebolehpercayaan


Penyelidik telah melaksanakan perbandingan maklumat bagi tujuan pengesahan
maklumat dari pelbagai sumber. Selain itu, penyelidik telah menggunakan
triangulasi kaedah di mana pengkaji membandingkan antara hasil temubual, data
pemerhatian dan data analisis dokumen informan. Penyelidik juga melakukan
triangulasi sumber dengan membandingkan dua sumber maklumat yang
berlainan iaitu dengan membandingkan temubual pengetua, guru-guru Sejarah
dan pelajar.

Penyelidik telah meminta khidmat bantuan daripada Ketua Panitia Sejarah yang
telahpun berkhidmat lebih daripada 10 tahun untuk menyemak dan memberikan
komen tentang protokol temubual yang telah dirangka oleh penyelidik.berlainan
untuk membandingkan pendekatan yang berbeza pada kajian yang
sama.Kebolehpercayaan menggambarkan situasi dimana sesuatu dapatan
dalam sesuatu penyelidikan mempunyai replikasi sekiranya penyelidikan
dilakukan dalam situasi yang sama (Merriem, 1998). Kebolehpercayaan merujuk
kepada setakat mana sesuatu ujian itu mengukur secara konsistennya perkara
yang ujian tersebut seharusnya mengukur. Bukti kesahan ujian juga telah disiasat
secara kesahan isi kandungan serta kesahan serentak. Kesahan isi kandungan
melibatkan penyiasatan secara sistematik isi kandungan ujian untuk menentukan
bahawa isi kandungan ujian tersebut merangkumi perwakilan tingkah laku dalam

32
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

domain yang hendak diukur (Wah et.al, 2008)

3.7 Kajian Rintis

Kajian rintis juga berupa permulaan percubaan (preliminary trial) sebelum


item-item daripada ujian sebenar dikenakan pada informan sebenar. Sebelum
kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis hendaklah dijalankan. Kajian rintis ini
dijalankan bertujuan untuk menentukan ciri-ciri soalan yang perlu diubah suai
atau dikekalkan. Sebelum kajian ini dilakukan, penyelidik telah pun melakukan
kajian rintis kepada pelajar tingkatan Tiga yang telah mengikuti Program Selepas
PMR. Soalan yang telah dirangka telahpun disemak oleh Ketua Panitia Sejarah
untuk memastikan struktur ayat adalah tepat mudah dan senang untuk difahami
oleh informan. Penyelidik juga telah menggunakan kaedah pengajaran
menggunakan ilustrasi komik. Bagi menjalankan kajian rintis,kaedah dan soalan
yang sama dilakukan oleh penyelidik terhadap 6 orang informan tingkatan Tiga A,
Tiga B dan Tiga C.Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji kesahan dan
kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik yang dipilih sebelum kajian
sebenar dijalankan di samping mengkaji masalah-masalah yang akan timbul
sewaktu proses soal selidik dijalankan (Tuckman, 1978).

Kajian rintis juga dijalankan untuk soalan temubual separa berstruktur


untuk memastikan tiada kekeliruan soalan dan jawapan informan menepati
kehendak soalan yang diberikan oleh penyelidik. Hasil daripada kajian rintis yang
dijalankan, ke enam-enam informan menyatakan kaedah ini perlu dilaksanakan
pada pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Ini menunjukkan soalan-soalan
tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai dilaksanakan
pada kajian akan datang.Pengkaji telah melakukan kajian rintis pada bulan
Oktober 2012 dalam melaksanakan Program Selepas PMR. Seramai enam orang
informan turut ditemubual dan melaksanakan kajian rintis ini. Hasil daripada
kajian rintis tersebut dapat dilihat pada jadual berikut;

Tema Sub-tema Respon informan


Persepsi Pandangan "Mcm mudah untuk
terhadap fahamlah sikit pasal Sejarah
subjek Sejarah sebab dia buat macam
Sukar kerana cerita,kan?Hahitulah"
banyak
faktamau "Subjek Sejarah
diingat dan sememangnya subjek yang
dihafal susah,tapi kalau kita minat
ia menjadi senang.."

"Kalau sayaMula-mula
fikir tu susah,sebab tau dia
dulu banyak fakta mau
ingat, susah,banyak

33
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

perjanjian-perjanjian.

"Ada mudah,ada susah.."

" Kalau sayaMula-mula


fikir tu susah,sebab tau dia
dulu banyak fakta mau
ingat, susah,banyak
perjanjian-perjanjian..."

Kaedah Perbincangan "Macam, kita baca dulu satu


Pengajaran kumpulan bab,lepas tu bab tu yang
dan Kata Kunci kita baca tu kita
Pembelajara Ilustrasi grafik bayangkanHa..mcm
n gitu-gitulah.."

"HaaaIngat Kata Kunci..."

"..Study group, kata kunci


samaitu sejalah
mungkin...."

"...Teknik
Slideshow,pengalaman.ha..
gitulah..."
Cadangan Kepelbagaian "Nda
penambahb teknik taulah.MmmmmSejarah
aikan pengajaran dan senang buat teknik
pembelajaran. inilah..sama peta minda"
z Perbincangan "..Semua guna grafik..."
z Pertandingan "..Kata Kunci...P&P secara
ilustrasi grafik. perbincangan kumpulan.

"Tidaklah
keseluruhan,tetapi dengan
cara ini lebih minatlah.

"Dulu.Rasa Sejarah ni
susah.Tapi guna grafik ni
lebih mudah mau belajar..."

Jadual 3.1: Hasil Temu bual semasa kajian rintis

Daripada jadual 3.1 jelas menunjukkan pelajar menunjukkan minat

34
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

terhadap penggunaan ilustrasi grafik dalam pengajaran dan pembelajaran


Sejarah. Oleh yang demikian satu perancangan atau pendekatan diambil
untuk melihat respon, perspektif pelajar terhadap kaedah ini. Pendekatan
secara ilustrasi komik dilihat mampu menarik minat murid dan sesuai
dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar subjek
Sejarah. Sesi temu bual akan dilaksanakan selepas pelaksanaan
penggunaan ilustrasi grafik bagi melihat keberkesanan kaedah ini.

3.8 Kaedah Pengumpulan Data


Instrumen kajian ini adalah seperti berikut;
1. Temubual berstruktur (Structured Interview)
2. Temubual separa berstruktur (Non Directive Interview)
3. Pemerhatian melalui rakaman video (Observation)
4. Kajian Dokumen (Document Review)

3.8.1 Temu bual berstruktur (Structured Interview)


Isi kandungan temu bual seperti soalan-soalan kaji selidik dan prosedurnya telah
dirancang terlebih dahulu. Sepanjang proses temu bual dalam kajian ini, pengkaji
(penemubual) berperanan untuk membimbing dan mengawal situasi mengikut
agenda yang dirancang lebih awal. Dalam kaedah ini, penggunaan rangka kerja
kelak akan lebih mudah untuk menganalisis data. Dalam kajian ini, pengkaji akan
melakukan temubual berstruktur setelah proses-pengajaran dan pembelajaran
secara slide show bagi mendapatkan pandangan awal daripada pelajar apabila
mereka di minta untuk membuat ilustrasi grafik daripada fakta Sejarah yang
telahpun mereka pelajari. Dalam menggunakan pendekatan temubual
berstruktur, penyelidik membuat pembahagian dan merancang soalan-soalan
yang akan dikemukakan kepada informen semasa proses temubual (McMillan &
Schumacher, 2006).

Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis teknik temubual iaitu


temubual formal, temubual tidak formal dan temubual terbuka. Dalam kajian ini,
penyelidik menggunakan temubual berstruktur. Ini kerana menurut Merriem
(1998) penggunaan tembual berstruktur bertujuan untuk mengumpulkan
maklumat yang tepat seperti maklumat sosiodemografik, umur, pendapatan,
taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya. Manakala temubual separa
berstruktur bersifat fleksibel dan keadaan ini membolehkan responden
menghuraikan apa yang difikirkannya kepada penyelidik.

3.8.2 Temu bual Separa Berstruktur


Kaedah ini membolehkan informant menyatakan perasaan mereka secara
spontan perasaan dalaman mereka tanpa menyembunyikan perasaan mereka
apabila selepas mereka mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan beberapa soalan asal yang disediakan. Kaedah ini akan dilakukan
selepas mereka membuat ilustrasi komik dan mendapatkan persepsi mereka
terhadap penggunaan kaedah tersebut dalam pengajaran-pembelajaran Sejarah.
Menurut Lankshear dan Knobel (2004) ialah soalan yang tidak dirancang dan
penyelidik memulakan proses temubual dengan idea umum tentang topic yang
ingin dibincangkan dan infromen yang ditemubual mengenalpasti arah atau isu

35
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

yang diperkatakan. Kebaikan temubual separa bersturktur adalah cuba untuk


mendapatkan data kaya seberapa banyak yang boleh dan bersifat natural .

3.8.3 Pemerhatian dan rakaman video (Observation)


Dalam kajian ini juga akan dilakukan secara pemerhatian bukan bersturktur
melalui rakaman video di dalam kelas dan juga pemerhatian penyelidik semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Kaedah ini membolehkan
penyelidik menyemak semula data yang diperhatikan sebelum menghuraikan
fenomena yang telah diperhatikan. Hasil daripada rakaman video sebelum dan
selepas menggunakan ilustrasi komik akan di transkripkan oleh penyelidik untuk
mendapatkan data dari informen. Sebelum membuat rakaman video, penyelidik
meminta izin dan memaklumkan kepada pihak informan supaya informan
maklum tentang kajian ini. Selain itu, pengkaji juga memohon supaya informan
mengisi satu borang yang membenarkan rakaman video dibuat yang hanya
bertujuan untuk kajian dan penyelidikan sahaja. Menurut Zamri Mahamod dan
Nor Razah Lim (2011), pemerhatian adalah cara yang terbaik untuk mengumpul
data asal 'first hand encounter' tentang apa yang hendak dikaji.

3.8.4 Kajian rekod dan dokumen.


Pengkaji turut membuat kajian dokumen berdasarkan pencapaian subjek Sejarah
mereka yang lepas iaitu pencapaian Ujian Satu Semester Pertama yang lepas.
Selain itu, pengkaji turut melihat hasil draf dan lakaran ilustrasi komik pelajar
hasil perbincangan dengan rakan mereka. Menurut McMillan dan Schumacher
(2008) dokumen individu menerangkan tentang tindakannya, pengalaman dan
pemikiran individu tersebut. Pengkaji juga boleh meminta dokumen ataupun
catatan anekdot contohnya buku log,jurnal,nota dalam rancangan mengajar atau
rekod perkembangan anak-anak. Dokumen juga boleh ditinjau dan diperhatikan
semasa temubual ataupun penglibatan informen.

3.9 Pengumpulan data dan Pengekodan (Coding)


Melalui kedua-dua proses temubual yang dilakukan oleh penyelidik dan informan,
penyelidik akan membuat proses penggumpulan data. Data tersebut akan
disusun dan kemudiannya akan transkrip kan data tersebut mengikut tema atau
kategori yang tertentu. Data-data dikumpul dan bertumpu kepada pendapat dan
pandangan pelajar tentang penggunaan ilustrasi komik dalam
pengajaran-pembelajaran Sejarah. Menurut Wiersma dan Jurs (2009),
pengekodan adalah satu proses menyusun dan mendapatkan pengurangan data
dan merupakan satu proses dimana pengkaji kualitatif dapat melihat apa yang
mereka dapat dalam data.

36
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

PENILAIAN KONTEKS
a) Penyelidik menilai masalah yang wujud pada pelajar tingkatan Empat iaitu tidak
minat dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah.
b) Temubual bersama dengan dua guru matapelajaran Sejarah.
c) Penyelidik merancang untuk melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah komik berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah
Tingkatan Empat Bab 3-Tamadun Awal Asia Tenggara.
c) Penyelidik merancang jadual pelaksanaan kaedah tersebut
d) Dimaklumkan kepada pengetua, Ketua Panitia, guru Sejarah dan 6 orang informen
dan satu rakan pelajar (sebagai triangulasi).
e) Masa yang dirancang adalah pada jam 7.00 pagi sehingga 1.20 petang.

PENILAIAN INPUT
a) Penyelidik akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada untuk
menggunakan kaedah ilustrasi komik.
b) Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah slideshow.
c) Pelajar diberikan pendedahan tentang tajuk sebelum menggunakan kaedah ilustrasi
komik
d) Bahan bantu mengajar contohnya marker pen tiga jenis (biru, hitam, merah), kertas
mahjong.
e) Kemudahan bilik mesyuarat (aircond) yang dicadangkan oleh pengetua.
f) Temubual Berstruktur dilaksanakan.

PENILAIAN PROSES/PELAKSANAAN
a) 6 orang Pelajar dan satu rakan pelajar (sebagai pemerhati) dan penyelidik menepati
masa untuk melaksanakan ilustrasi komik iaitu bermula pada jam 7.00 sehingga 1.20
petang.
b) Pelajar menggunakan bahan-bahan yang telah diberikan oleh penyelidik
sepenuhnya. Mengolah teks fakta kepada bentuk ilustrasi komik. Teori Konstruktivisme
terlibat dalam pelaksanaan kaedah ini.
c) Pemerhatian dan rakaman video oleh penyelidik
d) Temubual Separa Berstruktur kepada informen

PENILAIAN HASIL (OUTPUT)


a) Temubual Separa Berstruktur dilaksanakan oleh [penyelidik kepada 6 orang
informen dan satu rakan pelajar sebagai triangulasi kepada kajian.
b) Pemerhatian melalui rakaman video yang dilakukan oleh penyelidik tentang situasi
yang berlaku semasa aktiviti tersebut berlaku.
c) Kajian dokumen- iaitu markah Ujian Satu Semester Satu informen.

Rajah 3.1 Rekabentuk Kajian

37
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

4.0 Dapatan Kajian

4.1 Pendahuluan
Bab ini akan mengemukakan keputusan temubual berstruktur, temubual tidak
berstruktur, pemerhatian berdasarkan rakaman video dan juga kajian rekod serta
dokumen yang telah dijalankan terhadap enam orang pelajar tingkatan Empat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan Dua, Bongawan Sabah. Hasil kajian dan
perbincangan adalah berdasarkan analisis data kualitatif.Tajuk-tajuk kecil yang akan
dibincangkan dalam hasil kajian ialah Penilaian Konteks penggunaan kaedah ilustrasi
komik, Penilaian Input yang digunakan ataupun yang disediakan oleh pihak sekolah,
Penilaian proses penggunaan ilustrasi komik dalam pengajaran dan pembelajaran,
penilaian hasil penggunaan ilustrasi komik serta persepsi pelajar terhadap
penggunaan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.2 Profil Informan


Profil informan dalam kajian adalah terdiri daripada pelajar tingkatan empat yang
terdiri daripada dua orang pelajar Empat A, dua orang pelajar Empat B dan dua orang
pelajar dari Empat C. Kajian berjalan selama dua bulan yang dilaksanakan penyelidik
dengan penglibatan seorang pelajar sebagai pemerhati dan triangulasi kepada kajian
ini. Bilangan pelajar lelaki dan perempuan tidak ditetapkan kerana kajian ini tidak
bertumpu kepada gender, sebaliknya hanya berfokuskan kepada persepsi mereka
tentang keseluruhan pelaksanaan kepada kaedah ini. Melalui pemerhatian penyelidik,
pelajar-pelajar di sekolah ini adalah pelajar yang berada di tahap yang sederhana
walaupun pelajar tersebut berada di kelas A. Berdasarkan temubual bersama
pengetua serta guru panitia Sejarah, pelajar yang mendapat keputusan yang baik
dalam PMR akan berpindah ke sekolah lain. Disebabkan faktor inilah yang
menyebabkan pelajar di sekolah ini terdiri daripada pelajar yang berada dalam tahap
yang sederhana. Informan yang terlibat dalam kajian ini adalah Dalila dan Laila iaitu
pelajar yang menduduki kelas 4A (kelas aliran sains tulen) Manakala Romzi dan Kimi
yang merupakan pelajar 4B (kelas aliran bidang kemanusiaan) dan Syazwan serta Jalil
merupakan pelajar 4C (kelas aliran Pendidikan Seni).
Dalila merupakan seorang pelajar yang aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Beliau suka bertanya kepada guru Sejarah dan
mencari guru tersebut apabila tidak memahami arahan kerja rumah sekolah yang
diberikan oleh guru. Dalila juga adalah pelajar yang rajin dan sentiasa
menumpukan perhatian apabila guru mengajar di dalam kelas. Dalila bukanlah
seorang pelajar yang cemerlang, tetapi beliau adalah seorang yang berpotensi
dan perlu mendapat perhatian daripada guru.Dalam ujian yang lepas, Dalila telah
mendapat 43 markah dalam ujian satu semester pertama. Ini menunjukkan
bahawa Dalila merupakan pelajar yang agak lemah dan perlu bimbingan
daripada guru untuk lebih cemerlang pada peperiksaan akan datang.
Berbeza dengan rakannya, Laila yang merupakan pelajar yang aktif di
sekolah. Laila adalah seorang pelajar yang banyak bertanya di dalam kelas
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, aktif di dalam Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS) dan seringkali bertanya kepada guru jika tidak faham dengan
kerjarumah yang diberikan oleh guru. Laila juga merupakan peserta Tilawah
Al-Quran peringkat daerah dan mewakili sekolah dalam bidang olahraga.
Keputusan Laila agak sederhana iaitu sebanyak 58 markah pada ujian yang lepas.

38
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

Dalam masa yang sama, Laila juga merupakan pelajar yang rajin kerana para
guru lazimnya akan meminta bantuan daripada Laila sekiranya terdapat
beberapa aktiviti formal untuk menghias pentas sekolah.
Kimi adalah merupakan pelajar yang sederhana dan agak pendiam dan
lurus orangnya. Kimi adalah seorang pelajar yang aktif di dalam kelas dan
reaksinya bergantung kepada subjek yang diajarkan oleh guru. Menurut Kimi,
beliau meminati subjek Sejarah semasa beliau berada di tingkatan Tiga. Beliau
juga amat meminati Pendidikan Seni dan sangat suka membuat apa jua ilustrasi.
Dari segi prestasi akademik, Kimi merupakan pelajar yang agak lemah
ewalaupun berada di dalam kelas Empat B, iaitu beliau hanya mendapat 28
markah pada ujian yang lepas. Namun, sebenarnya, Kimi boleh di didik dan
dibimbing oleh guru untuk mendapat markah yang lebih baik pada peperiksaan
seterusnya.
Informan yang agak aktif, namun mempunyai masalah sedikit berkaitan
dengan kehadiran ke sekolah.Romzi, adalah seorang pelajar yang aktif di dalam
kelas semsa P&P subjek Sejarah dilaksanakan. Sungguhpun mempunyai masalah
dari segi ketidakhadiran serta disiplin sekolah, Romzi merupakan pelajar yang
rajin dan ringan tulang membantu guru,contohnya membuat taman, melukis
mural pada dinding sekolah. Beliau juga adalah pelajar yang aktif dalam sukan
dan merupakan salah seorang peserta olahraga yang mewakili sekolah. Dari
sudut pencapaian ujian satu, Romzi hanya mendapat 20 markah dan ini
menunjukkan Romzi agak lemah dalam subjek Sejarah.
Bagi informan tingkatan Empat C, penyelidik telah memilih Jalil dan
Syazwan. Jalil adalah seorang pelajar yang biasa dan juga mempunyai masalah
disiplin serta ketidakhadiran di sekolah. Namun, setiap pelajar mempunyai
perspektif yang berbeza mengikut subjek yang diminatinya. Bagi subjek Sejarah,
Jalil merupakan pelajar yang aktif, di dalam kelas, walaupun kadangkala
tumpuan Jalil kurang terhadap subjek ini. Pencapaian beliau juga sangat lemah
iaitu Jalil hanya memperolehi keputusan 15 markah sahaja. Namun, Jalil juga
merupakan pelajar yang ringan tulang dan sedia membantu guru diluar waktu
pembelajaran.
Syazwan juga memiliki ciri-ciri yang ada pada Jalil, namun agak pemalu
untuk bertanya kepada guru tentang kerja sekolah. Sungguhpun begitu,
Syazwan juga pelajar yang sedia memberikan kerjasama jika guru meminta
bantuan daripadanya. Syazwan juga merupakan pelajar yang mewakili sekolah
dalam olahraga dan Kejohanan Bola Sepak peringkat daerah. Seperti Jalil,
Syazwan merupakan pelajar yang sangat lemah dalam subjek ini dan mendapat 5
markah dalam ujian yang lepas. Apabila penyelidik bertanya mengapakah
Syazwan hanya mendapat markah sedemikian, beliau berpendapat bahawa
mungkin ini pertama kali menjawab soalan peperiksaan yang berbentuk esei dan
struktur kerana sebelum ini mereka menjawab soalan Sejarah dalam bentuk
soalan objektif.
Hasil daripada temubual berstruktur dan separa bersturktur serta
pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik kepada enam orang informan ini,
terdapat lima tema yang wujud semasa proses analisis data ini iaitu kaedah
pengajaran dan pembelajaran, demografi iaitu pengalaman pelajar sebelum ini
dalam subjek Sejarah, persepsi pelajar tentang subjek Sejarah dan motivasi
pelajar dalam subjek ini.

39
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

PENILAIAN TEMA SUB TEMA


Penilaian Kaedah Pengajaran dan z Perbincangan (Pair
Konteks dan Pembelajaran study), berkumpulan
Penilaian Input z Penerangan guru
(pemusatan guru)
z Kerja kursus
z Latihan
z Penggunaan Slideshow
oleh guru
z Buku komik
z Alat/Bahan Bantu
Mengajar
z Silibus Matapelajaran
Sejarah
z Kemahiran dan kepakaran
guru

Masalah Pembelajaran z Kurang dan sukar


mengingati fakta
Demografi z Belum pernah
Penillaian (pengalaman) menggunakan kaedah
Konteks, Input ilustrasi komik
dan Penilaian z Pernah menggunakan
Proses ilustrasi komik
z Pernah menggunakan buku
komik untuk pengajaran
dan pembelajaran
Sejarah.
Penilaian Persepsi tentang subjek z Sederhana (Ada mudah
Konteks dan Sejarah dan sukar)
Penilaian Hasil z Sukar
Motivasi (Minat) z Bersemangat
z Lulus dalam subjek
Sejarah
Penilaian Hasil Cadangan kepada z Menggunakan kaedah
pihak sekolah ilustrasi komik dalam
pengajaran Sejarah.
z Membuat pertandingan
kaedah ilustrasi Sejarah.
z Mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan
pembelajaran Sejarah.
Jadual 4.1: Tema yang timbul melalui analisis data Temu bual, Pemerhatian dan
Analisis Dokumen.

40
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

4.3 Hasil Kajian


Bahagian ini akan menjelaskan hasil analisis data dan menyatakan dapatan
kajian mengikut urutan persoalan kajian.

4.3.1 Penilaian Konteks


Dapatan bagi penilaian konteks adalah berkaitrapat dengan Huraian Sukatan
Matapelajaran Sejarah Tingkatan Empat, masalah guru-guru Sejarah dan kaedah
pengajaran guru. Berdasarkan kepada pemerhatian, penyelidik merancang
kaedah penggunaan ilustrasi komik ini berpandukan Rancangan Pengajaran
Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan kepada Huraian
Sukatan Matapelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Bab yang menjadi tumpuan
penyelidik adalah Bab Tiga iaitu tentang Tamadun Awal Asia Tenggara.
Berdasarkan pemerhatian penyelidik, setiap tahun, pihak sekolah akan
menghabiskan silibus bagi pelajar Tingkatan Empat pada bulan Ogos ataupun
September. Dari segi kaedah pengajaran, setiap guru yang menggunakan kaedah
pengajaran adalah berbeza mengikut tahap pelajar di sekolah ini. Dalam
merancang penggunaan kaedah ini, penyelidik memilih informan secara rawak
dan setiap kelas adalah hanya dua orang sahaja dan informan dikehendaki untuk
belajar secara berbincang dalam kumpulan kecil (pair study).
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tanggapan
masing-masing terhadap matapelajaran Sejarah. Dengan berasa teragak-agak,
Dalila meluahkan pendapatnya tentang subjek Sejarah.

"..Ala....pada pendapat sayalah kan pelajaran ni ikut orang tu lah. Kalau


orang tu minat Sejarah, senang bagi orang tu.Kalau dia tidak minat Sejarah,
susah bagi orang tu..."(Pelajar A1)

Jika dilhat pada pendapat Laila pula, Laila memberikan pandangan


bahawa subjek Sejarah merupakan subjek yang mudah dan sukar.

"....Ada senang...Ada sukar..."(Pelajar B1)


Respon Kimi juga hampir sama dengan Laila, namun dari riak muka Kimi,
belaiu sebenarnya berasa seronok juga untuk mempelajari subjek ini.

"...Ada susah...Ada seronok..."(Pelajar C1)

Tetapi, apabila penyelidik memerhatikan tingkah laku pada Romzi, Romzi


seakan-akan berpendapat subjek Sejarah itu sememangnya sukar dan mula
menunjukkan minat beliau serta tersenyum apabila mengenangkan beliau
semasa berada di tingkatan empat.

"....Tingkatan 1 sampai Tiga tu ada susahlah...Tingkatan Empat ni ada


susah sikit...Empat Lagi ada susah...Ada juga senang.Best..."(Pelajar D1)

Sebaliknya, Jalil pula berpendapat bahawa subjek Sejarah sedikit mudah semasa
beliau berada di tingkatan Dua hingga kini.

"...Macam dari Tingkatan Dua sampai Empat macam ada senang sikit...."

41
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

(Pelajar E1)
Hasil daripada temubual penyelidik dengan dua orang guru di sekolah ini,
penyelidik telah mendapat respon bahawa dua orang guru tersebut menyatakan
pelajar mempunyai aras kemahiran berfikir yang agak lemah. Selain itu, pelajar
juga kurang membaca buku dan kurang kesungguhan untuk mempelajari
matapelajaran Sejarah dengan lebih baik. Selain itu, guru tersebut berpendapat
bahawa kebanyakan pelajar yang ada di sekolah ini mempunyai keputusan UPSR
ataupun PMR yang lemah kerana pelajar-pelajar yang cemerlang di peringkat
UPSR dan PMR berpindah sekolah setelah mereka mendapat keputusan yang
cemerlang. Penyelidik mengaitkan situasi ini dengan kajian dokumen yang lepas,
iaitu penyelidik melihat kepada keputusan Ujian Satu Semester Pertama 2013.
Berdasarkan kepada keputusan Ujian Satu Semester Pertama Tingkatan
Empat, penyelidik mendapati bahawa informan A (Dalila) mendapat 43 markah
dan informan B (Laila) mendapat 58 markah. Berdasarkan pencapaian pelajar
dalam ujian tersebut, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa walaupun
kedua-dua pelajar ini daripada kelas yang cemerlang, tetapi markah mereka
adalah pada tahap yang lemah. Bagi informan C (Kimi) dan informan D (Romzi),
informan C hanya mendapat 28 markah dan informan D mendapat 20 markah.
Seterusnya, bagi informan D (Jalil) mendapat 15 markah dan informan E
(Syazwan) hanya mendapat 5 markah.
Jika dilihat dari sudut kaedah pengajaran, terdapat guru yang menggunakan
kaedah pengajaran dengan menggunakan Slideshow Powerpoint untuk
meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran Sejarah. Menurut pendapat
Laila, Laila menunjukkan rasa senangnya untuk mempelajari Sejarah dengan
menggunakan teknik perbincangan kumpulan dan juga slideshow.

"....kumpulan sama slideshow..."( Pelajar B3)

Dari hasil dapatan temubual, penyelidik juga mendapati bahawa daripada


enam orang informan, Kimi, Jalil dan Syazwan telahpun mempunyai
pengetahuan sedia ada tentang ilustrasi komik dan aktiviti pembelajaran melalui
buku komik yang pernah dilaksanakan oleh guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara pendapat yang dipetik:

"....pernah semasa tingkatan tiga..." (Pelajar D6)

"....Pernah..." (Pelajar E6)

"...Iya,.Pernah juga...."(Pelajar C5)

Tidak kurang juga kaedah pengajaran guru itu hanya berpusat kepada guru
ataupun hanya berpusatkan kepada pelajar semata-mata tanpa bimbingan guru.
Kimi dan Jalil menyatakan pengalaman seperti berikut:

"....Kadang-kadang secara individu...Lebih kepada individulah..."(Pelajar


C4)
"..Macam...Belajar-belajar sendiri..."(Pelajar E3)

42
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

"...Sebelum ni saya cuma dengar cikgu bagi penerangan,lepas tu buat


nota dan hantar..."(Pelajar A4)

"....Rasanya kalau ada tindakan tu selalunya secara lisan, lepas tu beri


sikit
penerangan,latihan, ujian gitu...." (Pelajar A7)

4.3.2 Penilaian Input


Aspek yang terdapat dalam penilaian input ini ialah pengetahuan dan kemahiran
guru, alat bantu mengajar, pengurusan masa dan sokongan pengetua.
Berdasarkan kepada pemerhatian oleh penyelidik, terdapat empat orang guru
Sejarah di sekolah ini yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang amat
baik. Dua orang guru mempunyai pengalaman mengajar subjek Sejarah lebih
daripada 10 tahun dan dua orang guru lagi mempunyai pengalaman mengajar
subjek Sejarah 8 tahun. Tiga orang dari empat orang guru Sejarah tersebut
menyandang jawatan DG44 dan hanya seorang yang menjawat jawatan
DG41.Seorang daripada guru ini menyandang jawatan Ketua Bidang
Kemanusiaan selama lebih dari 5 tahun dan seorang lagi menyandang jawatan
Ketua Panitia Sejarah selama 3 tahun.
Dari segi alat atau bahan bantu mengajar, pihak sekolah telah
membekalkan pelbagai inisiatif bagi matapelajaran Sejarah. Di antaranya adalah
soalan-soalan topikal atau buku kerja yang dibekalkan kepada pelajar. Selain itu,
pihak sekolah juga telah menyediakan satu bilik khas supaya pelajar terus
meminati dan cemerlang dalam subjek ini. Pihak sekolah telah menyediakan
kemudahan Bilik Sejarah dan penggunaan LCD untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran Sejarah menggunakan slideshow powerpoint. Untuk
melaksanakan kaedah ilustrasi komik ini, pihak sekolah telah membekalkan
bahan bantu mengajar kepada penyelidik iaitu kertas mahjong dan marker pen
(merah, biru, hitam).Dari segi pengurusan masa, pihak sekolah telah
membenarkan penyelidik menghabiskan masa satu hari bersama dengan pelajar
ataupun informan bagi menghasilkan ilustrasi komik dalam matapelajaran
Sejarah. Selain itu, pengetua juga memberikan masa kepada penyelidik agar
penyelidik dapat membuat sesi temubual berstruktur dan temubual tidak
berstruktur bagi mendapatkan data temubual daripada pelajar. Pengetua juga
memberikan sokongan moral dari segi galakkan kepada guru-guru Sejarah agar
sentiasa meningkatkan mutu pengajaran dan kepelbagaian dari segi kaedah
pengajaran matapelajaran Sejarah agar menarik minat pelajar seterusnya
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

4.3.3 Penilaian Proses


Dalam penilaian proses, penyelidik telah menggunakan pendekatan ataupun
kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan slideshow powerpoint
untuk membantu pelajar memahami subtopik yang mereka pelajari dan
membantu pelajar untuk membina satu pengetahuan baru bagi menghasilkan
ilustrasi komik.
Pada peringkat awal pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan slideshow ini, informan telah dimaklumkan oleh penyelidik
bahawa informan akan membuat ilustrasi komik berdasarkan fakta yang telah

43
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

disampaikan oleh penyelidik. Respon daripada informan adalah pelbagai. Respon


daripada Dalila dan Laila menyatakan kesukaran untuk menghasilkan ilustrasi
komik sebelum melaksanakannya. Hasil daripada dapatan temubual adalah
seperti berikut,

".....Pada pandangan sayalah kan, mungkin kerja ni susah sikit. Tapi bagi
yang melukis tu ia akan dapat yang bermanfaat macam mengingati
matapelajaran yang dia buat itulah..." (Pelajar A9)..

".....Macam..macam susah sikit.Tapi ada minatlah juga buat tu


komik...ilustrasi komik.."(Pelajar B5)

Namun, tidak dinafikan pendapat Kimi, Romzi, Jalil dan Syazwan


memberikan respon yang berbeza.

"...Sangat Mudah...Hehehehehehe...."(Pelajar C6)

"..Oh..Tau buat sudah..." (Pelajar D8)

"...Aaaa...Rasa macam tercabar sikit..." (Pelajar E8)

"...Saya berasa seronok..." (Pelajar F8)

Dalam penilaian proses ini, penyelidik telah menggunakan Teori Konstruktivisme,


dimana melalui kaedah ilustrasi komik ini, pelajar dapat membina satu
pengetahuan yang baru dan bermakna. Penyelidik menemubual informan adakah
mereka mendapat membina sesuatu yang baru daripada penggunaan kaedah ini.
Respon Dalila,Kimi dan Romzi adalah seperti berikut:

"....Pada apa yang saya dapat adalah dari segi lukisan.So, pemahaman
tentang kerajaan Agraria yang kami ilustrasikan dalam bentuk komik.."
(Pelajar A9)
"....Ada..."(Pelajar C5)
"....Ada..Itulah ilustrasi komik tu...."(Pelajar D3)

Dari segi strategi Penilaian pula adalah melalui proses temubual yang
dilaksanakan oleh penyelidik kepada informan untuk mendapatkan data tentang
penggunaan ilustrasi komik dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Rakaman video juga dilaksanakan untuk melihat reaksi dan tindakbalas pelajar
secara mendalam (in depth) supaya penyelidik mendapat data yang lebih kaya
yang dapat diinterpretasikan melalui luahan emosi, riak wajah, pergerakan atau
postur badan, eye contact dan mimik muka.

4.3.4 Penilaian Hasil (output)


Penilaian hasil yang terdapat pada kajian ini adalah dari aspek penghasilan
ilustrasi komik oleh informan, kekuatan dan kelemahan kaedah ini dari kaca mata
informan, motivasi informan, cadangan-cadangan pelajar dan penambahbaikan
penggunaan kaedah ilustrasi komik dalam pengajaran dan pembelajaran.

44
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

Penilaian nilai dilakukan setelah informan melalui proses penghasilan ilustrasi


komik dengan berbincang dengan seorang rakan dalam kelas yang sama.Dari
aspek penghasilan komik oleh infroman, informan telah memberikan pandangan
mengikut perspektif yang berbeza.Ke enam-enam informan memberikan resopn
yang positif tentang penggunaan ilustrasi komik ini.

"...Pada pandangan saya, ilustrasi komik ni sangat baik..."(Pelajar A1)

"...Macam mudah fahamlah tentang Sejarah ni..." (Pelajar B1)

"...Senang dan cepat dan mudah difahami..." (Pelajar C1)

"..Aaaa...Apa ni..Senanglah mau dapat


belajar...Happy...Seronok..."(Pelajar D1)

"Pada pandangan saya,buat yang kemarin tu mudah fahamlah..." (Pelajar


E1)

"....Aaaa...Dia sungguh mudah..Mudah difahami..." (Pelajar F1)

Manakala, ke enam-enam informan juga telah memberikan respon yang agak


baik tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada kaedah ilustrasi komik ini.
Di antara respon kekuatan kaedah ini adalah seperti berikut,

"....Kekuatannya adalah pelajar akan cepat faham. Diorang tidak perlu


pening buku itu ini..." (Pelajar A6)

"...Dari segi kekuatannya, pelajar faham dan minat untuk mempelajari


Sejarah.."(Pelajar B7)

"...Kelebihan...Aaa...Mudah difahami lah..."(Pelajar C6)

"...Cepat fahamlah..."(Pelajar D4)

"...Senang faham...Haaa..itulah..senang faham..."(Pelajar E5)

"...Kekuatannyaaaaakekuatannya..pelajar senang mengingati,


senang membuat, senang difahami..." (Pelajar F5)

Dari sudut kelemahannya, penyelidik mendapati bahawa ke enam-enam


informan juga telah memberikan respon yang agak baik kerana informan telah
dapat melihat kelemahan yang ada pada kaedah ini.Respon informan adalah
berbunyi,

"... Pada pandangan saya yang nyata mungkin kita akan tertinggal beberapa
ciri-ciri atau tips-tips penting dalam ilustrasi komik..."(Pelajar A4)

"...Kelemahannya adalah susah orang mau lukis..."(Pelajar B2)

45
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

"... Ciri-ciri tidak banyak sama aaawarna..."(Pelajar C3)

"....Oh..macam masa tu..kanlama."(Pelajar D4)

"...Untuk memindahkan fakta dan masa lah yang panjang..." (Pelajar E5)

"Kelemahannya adalah mengambil masa yang lama untuk


melakar.."(Pelajar F3)

4.4 Motivasi
Penyelidik juga telah menemubual informan berkaitan dengan motivasi mereka
semasa melaksanakan pembelajaran melalui kaedah ilustrasi komik ini.
Pandangan mereka terhadap perasaan dan motivasi Dalila,Romzi dan Syazwan
adalah seperti berikut,

"...Aaasaya harap dengan ilustrasi komik ni pelajar-pelajar di sekolah i


ni boleh mempelajari Sejarah dengan lebih baik dan boleh
meningkatkan prestasi mereka dalam matapelajaran
Sejarah..."(Pelajar A11)

"... Mau lulus lah belajar Sejarah...."(Pelajar D10)

"... AaaaMinat sangat-sangat!..." (Pelajar F9)

5.0 Perbincangan, Rumusan, dan Implikasi Dapatan Kajian

5.3.1- Rumusan persoalan 1: Penilaian Konteks penggunaan kaedah


ilustrasi komik
Penyelidik mendapati bahawa pelajar tingkatan Empat mempunyai masalah dari
segi pembelajaran Sejarah terutamanya mengingati fakta yang berbentuk teks.
Oleh itu, penyelidik merancang dan menganalisis kaedah pengajaran yang sesuai
untuk meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sejarah.
Penyelidik telah merancang kajian menggunakan kaedah ilustrasi komik dengan
memulakan kajian rintis pada bulan Oktober 2013. Hasil daripada kajian rintis
mendapati bahawa pelajar tingkatan Tiga memberikan respon yang positif dan
mempunyai motivasi yang tinggi hasil penggunaan ilustrasi komik tersebut.
Menurut Cheesman (2006), komik adalah salah satu medium terbaik untuk
mendapatkan perhatian pelajar untuk fokus kepada apa yang mahu dipelajari
dan pelajar dapat 'mood' untuk mengikuti sesi pembelajaran pada hari
tersebut.Dari sudut objektif kajian ini, penyelidik dapat mencapai objektif kajian,
di samping terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dari segi perancangan
masa program serta alat bantu mengajar yang telah disediakan oleh penyelidik
dan pihak sekolah. Informan juga turut berkongsi pengalaman (demografi)
tentang pengajaran dan pembelajaran yang biasanya dilaksanakan oleh guru
Sejarah. Kajian mendapati bahawan guru kurang menggunakan pendekatan atau
kaedah yang pelbagai untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dalam kelas. Berdasarkan kepada temubual bersama informan, guru

46
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

memberikan penerangan, latihan, ujian kepada pelajar dan adakalanya hanya


berpusatkan kepada pelajar. Sebenarnya, keadaan seperti ini bukan hanya
berlaku di sekolah ini sahaja, malah beberapa tempat di negara lain. Menurut
Papantouniou (2008) di Greece, pengajaran dan pembelajaran di dominasikan
dengan penggunaan buku teks semata-mata. Oleh itu, menerusi kajian ini,
penyelidik dapat mengenalpasti perlunya memberikan teknik pengajaran yang
pelbagai supaya pelajar tidak mudah bosan atau kurang bermotivasi dalam
mempelajari matapelajaran Sejarah.

5.3.2- Rumusan Penilaian Input penggunaan kaedah ilustrasi komik.


Melalui penilaian input, penyelidik dapat mengenalpasti cara dan langkah yang
disusun untuk melaksanakan kajian ini. Penyelidik telahpun merangka satu
proses kerja dan senarai semak bagi memastikan kajian ini dirancang mengikut
ketetapan rancangan kajian. Apa yang dapat dikenalpasti oleh penyelidik adalah
sesuatu program akan berjaya sekiranya terdapat sokongan dan kerjasama
antara pihak pentadbir dan guru. Pihak sekolah khususnya pengetua telah
memberikan kerjasama yang baik dan telah memberikan bahan bantu mengajar
bagi kajian ini. Menurut Williams (2000), pengetua adalah individu yang amat
penting dan berpengaruh di mana-mana sahaja sekolah. Beliau
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua aktiviti yang berlaku di
sekolah,iklim pembelajaran,tahap professionalisma dan moral guru dan
mengambil berat keperluan serta kemenjadian murid. Seterusnya, kemahiran
dan pengalaman guru dalam kaedah pengajaran pembelajaran yang pelbagai
juga adalah amat penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif serta menarik perhatian pelajar untuk terus meminati matapelajaran
Sejarah. Selain itu, guru berperanan dalam menggalakkan pelajar belajar secara
kolaboratif, berbincang dan menggunakan teknik belajar secara 'pair study'
kerana dengan cara ini para pelajar dapat berkongsi pandangan, maklumat serta
idea yang bernas dan menjadikan suasana pembelajaran menjadi positif. Untuk
menghasilkan ilustrasi komik bukan mudah jika ia dihasilkan secara individu.

5.3.3- Rumusan Penilaian Proses penggunaan kaedah ilustrasi komik


Semasa proses ilustrasi komik dilaksanakan oleh informan, penyelidik dapat
memerhatikan reaksi informan membuat ilustrasi komik bersama dengan rakan
pelajar. Informan-informan telah mewujudkan aktiviti perbincangan sesama
sendiri dan berkongsi idea bagaimana untuk membina satu pengetahuan yang
baru berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Rakaman video menunjukkan
pelajar atau informan bukan hanya setakat berbincang sesama mereka sahaja,
malah, mereka juga turut berkongsi idea daripada rakan informan yang lain.
Guru memberikan peluang dan masa kepada mereka berbincang secara bebas
tanpa dibantu menggunakan arahan terpandu, supaya pelajar berasa selesa
untuk memberikan idea dan pendapat mereka. Guru perlu bijak memberikan
pasangan pelajar untuk berbincang, kerana tidak semua pembelajaran dalam
bentuk perbincangan akan menghasilkan output yang baik. Contohnya kajian
Yoshida (2008), pembelajaran secara berpasangan (pair study) menjadi tidak
berkesan jika salah satu daripada pelajar tersebut tidak memahami
pasangannya.Melalui penilaian proses ini, penyelidik mendapati kajian telah

47
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

dilaksanakan mengikut yang ditetapkan oleh penyelidik. Namun, penyelidik tidak


dapat mengelakkan permasalahan yang timbul semasa aktiviti tersebut. Semasa
aktiviti dilaksanakan, informan tidak mengikuti pengajaran dan pembelajaran
seperti biasa di dalam kelas. Oleh itu, pelajar hanya bertumpu sepenuhnya
kepada ilustrasi komik. Walaubagaimanapun, penyelidik telahpun memaklumkan
kepada pihak pentadbir serta guru-guru lain berkenaan dengan informan yang
terlibat. Dalam kata lain, kaedah ini tidak boleh dilaksanakan secara kerap kerana
ia memakan masa yang lama untuk disiapkan oleh pelajar, melainkan melibatkan
perbincangan pelajar di luar waktu persekolahan. Bahan bantu mengajar yang
dibekalkan digunakan secara maksimum, tetapi memerlukan bahan tambahan
yang lain, contohnya kain dan penggunaan warna supaya ilustrasi komik lebih
menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran Sejarah.

5.3.4- Rumusan Penilaian Hasil penggunaan kaedah ilustrasi komik.


Melalui kajian ini, penyelidik dapat merumuskan bahawa ilustrasi yang dijhasilkan
oleh pelajar memberikan manfaat kepada pelajar tersebut. Terdapat informan
yang memberikan respon bahawa informan boleh mengingat semula apa yang
telah dilakar dan dilukis bersama dengan rakan pelajar tanpa melihat dan
membaca kepada teks fakta tersebut. Dalam kata lain, pelajar mudah untuk
mengingati fakta berbentuk teks yang telah diillustrasikan oleh pelajar itu sendiri.
Menurut kajian daripada Gene Yang berkaitan dengan penggunaan komik dalam
pendidikan, beliau berpendapat bahawa komik memotivasikan pelajar
berdasarkan paparan visual, serta menarik perhatian mereka (Jacob,2007).Selain
itu, informan juga berpendapat kaedah ilustrasi komik ini perlu diteruskan pada
pengajaran dan pembelajaran akan datang. Namun, ia memerlukan
penambahbaikan dan pengubahsuaian dari segi perancangan masa yang lebih
baik, penggunaan dan penambahan warna serta kain bagi menghasilkan satu
ilustrasi yang menarik kepada pelajar. Selain itu, informan juga mencadangkan
kaedah ilustrasi komik ini dipertandingkan di peringkat sekolah. Melalui respon
daripada rakan mereka sebagai triangulasi kepada kajian ini juga berpendapat
kaedah ini perlu dikekalkan namun memerlukan sedikit modifikasi pada masa
hadapan. Menurut Herbst et.al (2010), komik memberikan kita gambaran senario
yang sama dalam beberapa bilik darjah dan juga menggambarkan beberapa
senario dalam bilik darjah yang sama. Dalam data lain, adalah amat sukar untuk
kita mengilustrasikannya dalam realiti.

5.3.5- Rumusan Persoalan 2: Motivasi pelajar


Motivasi adalah salah satu elemen terpenting dalam kecemerlangan akademik
pelajar. Motivasi wujud dalam pelbagai bentuk sama ada dorongan kedua ibu
bapa, dorongan serta aprisiasi daripada guru kepada pelajar, kata-kata semangat
serta penghargaan dalam bentuk wang ataupun sijil. Oleh itu, tidak kurangnya
juga dari aspek kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh
guru kepada pelajar. Dengan menggunakan kaedah ini, penyelidik dapat
merumuskan bahawa informan telah mendapat motivasi yang lebih baik
berbanding sebelumnya dan berasa mudah untuk mempelajari Sejarah. Informan
juga lebih bersemangat dan mencadangkan kepada pihak sekolah agar setiap
kelas diadakan pertandingan dengan membuat ilustrasi Sejarah. Menurut
Morrison et.al (2002), penggunaan komik dalam pembelajaran pelajar

48
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

menggalakkan pemahaman, penulisan dan kemahiran untuk mengkaji (inkuiri)


pelajar dengan lebih baik.

5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian


Hasil daripada perbincangan dapatan kajian yang telah dibentangkan, penyelidik
telah merumuskan dan menyenaraikan beberapa dapatan kajian. Dapatan kajian
tersebut ialah;
1. Guru perlu merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai
dan menarik supaya pelajar akan meminati dan seterusnya mencapai
kecemerlangan dalam subjek Sejarah.
2.Sokongan dan kerjasama antara guru dan pentadbir adalah amat perlu ke arah
kecemerlangan pelajar.
3. Setiap program atau aktiviti akademik perlu mempunyai rangka kerja yang
teliti,menepati masa dan perlu ada jalan atau langkah alternatif sekiranya berlaku
sebarang kekangan atau masalah.
4.Guru dan pihak pentadbir perlu mengambilkira pendapat dan cadangan
daripada pelajar kerana pelajar adalah 'pelanggan' kepada pihak sekolah.Oleh itu,
guru perlu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta strategi
peningkatan akademik bagi memastikan pelajar mendapat keperluan yang
dikehendaki.
5. Guru berperanan penting untuk meningkatkan motivasi pelajar supaya pelajar
sentiasa bersemangat dan berminat mengikuti pengajaran dan pembelajaran
Sejarah. Setiap hasil pelajar perlu dihargai dan diberikan peneguhan secara
positif bagi mengekalkan hubungan dan kerjasama yang baik antara pentadbir,
guru dan pelajar.

5.5 Implikasi Dapatan Kajian

5.5.1 Implikasi kepada Penyelidik/ Guru


Kajian ini merupakan salah satu langkah yang penting bagi menilai,
mengenalpasti dan seterusnya mengambil langkah serta merancang
penambahbaikan bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru.
Implikasinya kepada penyelidik adalah penting kerana kajian ini memperjelaskan
tentang kaedah yang akan dipelbagaikan oleh penyelidik bagi memastikan
pelajar mendapat pengajaran dan pembelajaran yang bermakna setiap kali guru
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah tingkatan Empat. Guru
seringkali hanya melihat kepada kepuasan diri dalam pengajaran, tetapi
persoalannya adakah pelajar akan berasa kepuasan tersebut melalui proses
pengajaran yang dilaluinya. Dalam kata lain, guru seharusnya melihat kepada
kepeluan dan keutamaan pelajar terlebih dahulu bagi merancang kaedah
pengajaran tersebut.Menurut kajian Daring dan Hammond, pencapaian pelajar
adalah bergantung sepenuhnya dengan kepakaran serta persediaan yang
dilakukan oleh guru tersebut untuk pelajarnya (Barna,1999).
Selain itu, penyelidik juga dapat melihat pandangan, persepsi serta
refleksi pengajaran hasil daripada dapatan temubual yang telahpun dilakukan.
Hasil kajian ini menjelaskan penilaian pelajar terhadap kaedah pengajaran yang
diajar oleh guru, di samping memberikan cadangan kaedah yang mereka minati
pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang. Di samping itu, guru

49
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

dapat memikirkan apakah langkah alternatif setiap kali rancangan pengajaran


mengalami masalah kekangan atau gangguan untuk mengekalkan tumpuan
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sentiasa memikirkan
perkhidmatan yang terbaik untuk pelajar untuk mempelajari matapelajaran
Sejarah.

5.5.2 Implikasi Kepada Pihak Sekolah


Kepada pihak pentadbir, khususnya pengetua dapat menilai sejauhmana
penglibatan pelajar dan usaha guru bagi mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menarik di sekolah. Ini bermakna, pengetua juga menjadi
pemantau kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Hasil dari pemantauan
tersebut, pengetua boleh memikirkan langkah-langkah alternatif untuk
mewujudkan aktiviti serta program yang menarik di sekolah dan akhirnya
mewujudkan budaya sekolah yang menarik perhatian pelajar. Di samping itu juga,
pihak sekolah boleh memenuhi keperluan-keperluan pelajar dari segi bahan
bantu mengajar yang sesuai dengan matapelajaran Sejarah.

5.5.3 Implikasi kepada pelajar


Implikasinya kepada pelajar, hasil dapatan ini merupakan satu gambaran tentang
keperluan pelajar terhadap guru matapelajaran, pihak sekolah serta menjadikan
pelajar lebih bermotivasi dalam pembelajaran matapelajaran Sejarah. Pelajar
dapat meluahkan cadangan dan kaedah pengajaran yang sebenarnya diperlukan
oleh pelajar itu sendiri. Selain itu, dapatan kajian ini akan mewujudkan hubungan
saling memerlukan di antara pelajar dengan guru dan guru dengan pihak
pentadbir, pihak pentadbir dengan pelajar. Dengan mengetahui setiap
keperluan-keperluan di antara ketiga-tiga elemen ini, maka, tidak mustahil untuk
sebuah sekolah dapat meningkatkan akademik kerana sentiasa memperbaiki dan
menambahbaik setiap program sekolah yang telah dirancang.

5.6 Cadangan kajian Lanjutan


Di antara cadangan yang dikemukakan adalah, kajian ini dikembangkan kepada
lokasi yang lebih luas yang bukan hanya tertumpu kepada satu sekolah
sahaja.Kajian ini hanya melihat kepada sebuah sekolah sahaja. Maka tidak dapat
digeneralisasikan penggunaan ilustrasi komik secara keseluruhan.
Di sini dicadangkan beberapa kajian lanjutan;
1. Kajian ini memerlukan pemerhatian dalam satu jangkamasa yang panjang
untuk dilaksanakan dan sesuai dilaksanakan dalam bentuk kumpulan kecil. Selain
itu, adalah digalakkan 2-3 orang sahaja dalam satu kumpulan untuk
menggelakkan objektif pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu. Dalam
masa yang sama, hasil kajian ini akan menggalakkan pertukaran dan
percambahan idea yang baru hasil perbincangan pelajar dan guru.
2. Kaedah ilustrasi komik perlu dirancang dengan mengambiklkira
masa,keperluan pelajar serta kesanggupan pelajar mengikut kaedah ini.
3. Selain itu, kajian perlu dilaksanakan dengan melihat kepada factor
persekitaran yang lain contohnya kemudahan sekolah, jarak atau ketersampaian
ke rumah pelajar dan masa perbincangan pelajar dengan guru tanpa menggangu
waktu pengajaran dan pembelajaran matapelajaran yang lain.

50
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

RUJUKAN
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. 1999. Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distrubutors Sdn Bhd.

Anderson,C.2010. Presenting and Evaluating Qualitative Research. American


Journal of Pharmaceutical Education .74: (8).

Arizpe,E. dan Styles,M. 2003. Intrepreting visual texts. London: Routledge Falmer
Taylor & Francis Group.

Berra,O. dan Reinaldo,L.2006. Qualitative Methodology in Counseling Research:


Recent Contributions and Challenges for a New Century. Journal of
Counseling and Development . ProQuest Education Journals. 84: (2)
pg.174.

Burden,P.R. dan Byrd D.M. 2003. Methods For Effective Teaching. United States
Of America: Pearson Education,Inc.

Chandra, S.S. dan Sharma,R.K. 2004. Research In Education. India: Atlantic


Publisher & Distributors (P) LTD.

Chin Yen Fuen. 2006. Pengaruh Pengajaran-Pembelajaran Pelbagai dalam


Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Matapelajaran Sejarah Di SMK Membakut,
Sabah.Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.

Coleman,L.J. Guo,A. dan Dabbs C.S. 2007. The State of Qualitative Research in
Gifted Education as Published in American Journals,An Analysis and
Critique.ProQuest Education Journals. 51:(1) pg. 51.

Cruickshank,D.R, Bainer.D. dan Metcalf,K. 1995. The Act Of Teaching. United


States Of America: McGraw Hill,Inc.

Davis, B. dan Ellison, L. 1999. Pemasaran Strategik Sekolah. Terjemahan Shukor


Mohd.Dom.Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka.1993. Glosari Seni Lukis. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Ee Ah Meng. 1997. Psikologi Pendidikan II. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Ee Ah Meng. 2005. Kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI): Ilmu pengetahuan


dan ketrampilan ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Eggen, P. dan Kauchak, D. 2004. Educational Psychology Window On Classrooms.


Journal Of College Science Teaching. 19: (1) pg. 212- 217.

51
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

Fujii, L.A. 2012. Research Ethics 101: Dilemmas and Responsibilities. ProQuest
Educational Journal. 23: (8) pg.717-723.

Garcia, P.A. 2009. Comic Books And The Experience Of Self-Fulfillment: A Study.
Tesis Phd. Columbia University.

Gorard, S. dan Taylor, C. 2004. Combining Methods In Educational and Social


Research. United States Of America:Mcgraw Hill Education.

Goussinsky,R.,Reshef.A.,Ventura,G.Y dan Borochowitz,D.Y.2011.Teaching


Qualitative Research for Human Services Students:A Three-Phase Model.
The Qualitative Report.16: (1) pg.126-146.

Henry,S.W. 2000. Teacher's perceptions of principal effectiveness in selected


secondary schools in Tennessee. ProQuest Education Journals. 121: (2)
pg.264.

Herbst.P., Chazan.D., Chen.C.L., Chieu.V.M dan Weiss.M. 2011. Using


comics-based representations of teaching, and technology,to bring
practice to teacher education courses. Journal Of Science Course T
eaching. 43: 91-103.

Hussien Bin Hj.Ahmad. 1991. Keberkesanan Penyediaan Guru dan Aktiviti


Meningkatkan Professional Mereka. Jurnal Guru. 3:144-165.

Jacob,D. 2007. More Than Words: Comics as a Means of Teaching Multiple


Literacies.ProQuest Education Journals. 96: (2) pg.19.

Jee,D.B. dan Anggoro,F.K. 2012. Comic Cognition: Exploring the Potential


Cognitive Impacts of Science Comics. Journal of Cognitive Education and
Psychology. 11:(2) pg.196-208.

Karatas,H. 2009. Evaluation of English Curriculum at Yldz Technical University


Using CIPP Model. Journal Of Education and Science. 34: (153).

Kauchak, D.P. dan Eggen P.D. 2003. Learning and Teaching,Research-Based


Methods. United States Of America: Pearson Education, Inc.

Kerry,C. 2006. 2006. Using Comics in the Science Classroom. Journal of


College Science.. 35: (4).

Lankshear. C. dan Knobel, M. 2004. A Handbook For Teacher Research,From


Design To Implementation. New York: Bell & Bain Ltd.

Leahey, T. dan Harris, R. 1997. Learning and cognition. New Jersey: Prentice Hall

Low,E.D. 2012. Childrens Literature in Education. ProQuest Education Journals.

52
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

43:(3) pg. 68-385.

McMillan,J.H. 2008. Educational Research: Fundamental for the Consumer.


United States Of America: Pearson Education,Inc.

McMillan.J.H. dan Schumacher.S. 2006. Research In Education: Evidence-based I


nquiry. United States Of America: Pearson Education,Inc.

McVicker,C.J. 2007. Comic Strips as a Text Structure for Learning to Read. United
States Of America: International Reading Association.

Merriem, S. B.1998. Qualitative Research and Case Study Applications in


Education.(2nded.). San Francisco: Jossey-Bass Ltd.

Morrison,T.G, Bryan,G. dan Chilcoat,G.W. 2002. Using Student-Generated Comic


Books In The Classroom. ProQuest Education Journals. 45: (8) pg. 758.

Murray, E. J. 1964. Motivation and Emotion. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

Nik Azis Nik Pa. 1991. Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Sekolah Zaman
Maklumat.Jurnal Guru. 3:133-143.

Nor Aini Aziz. 2002. Keberkesanan pengajaran pendekatan konstruktivisme


dalam membina semula konsepsi pelajar tentang konsep-konsep
fotosintesis dan makanan. Tesis Phd.Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang.

Norton, B. 2003. The motivating power of comic books: Insights from Archie
comic readers.ProQuest Education Journals. 2: 140-147.

Papantoniou,S.V., Karatrantou.A.,Panagiotakoupoulus,C.dan Koustourakis,G.


2008. Visual representations of the internet in greek school textbooks
and students experiences.Journal of Education Inf. Technology.
14:205227.

Parker,D.C., Grenville,H. dan Flessa,J.2011. Case Studies of School Community


and Climate: Success Narratives of Schools in Challenging
Circumstances.The School Community Journal. 21: (1).

Patton, M.Q. 1990. Qualitative Evaluation and Research Methods. London:


Sage Publications.

Rosmawati Bt.Hamzah. 2009. Pengaruh kepercayaan tentang pendidikan seni


visual dan kreativiti pengajaran guru Pendidikan Seni Visual terhadap
perkembangan artistic murid sekolah rendah. Tesis Phd. Universiti Malaysia
Sabah.

Shahabuddin Hashim dan Rohizani Yaakub. 2004. Psikologi pembelajaran &

53
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

personaliti.Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Silverman,R., Welty,M.W. dan Lyon.S. 1996. Case Studies For Teacher Problem
Solving.United States Of America: McGraw-Hill Companies,Inc.

Stoermer,M. 2009. Teaching Between The Frames: Making Comics With Seven
and Eight Year Old Children, A Search For Craft and Pedagogy.Tesis Phd.
Indiana University.

Synder,E.E. 1997. Teaching The Sociology Of Sport: Using A Comic Strip In The
Classroom. ProQuest Education Journals. 25: (1) pg. 239.

Tamam Timbang,Zamri Mahamod, Nik Mohd.Rahimi Nik Yussof dan Jamaludin


Badushah. 2010. Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan
di Brunei Darussalam: Satu Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Malaysia.
35:(2)pg.77- 85.

Thomson, P. 2008. Doing Visual Research with Children and Young People.
London: Routledge Falmer Taylor & Francis Group.

Tuckman, B.W. 1978. Conducting Education Research. United State:Hascourt


Bruce Jovanovich. Inc

Wah,L.L., Manisah Mohd. Ali dan Noraini Salleh. 2008.Pembinaan dan


Pengesahan Ujian Membaca Untuk Mengenalpasti Disleksia: Satu Kajian
Rintis. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. 23: (2) 151162.

Wang,F. 2008. Learning To Write Qualitative Research: A Comparative Case Study


of Native ann Non Native English-Speaking Doctoral Students In Education.
Tesis Phd. University of New York.

Wiersma,W. dan Jurs S.G. 2009. Research Methods In Education: An Introduction.


United States Of America: Pearson Education,Inc.

Yoshida,R. 2008. Learners' Perception of Corrective Feedback in Pair Work.


ProQuest Education Journals. 41: (3) pg. 525.

Zamri Mahamod dan Nor Razah Lim. 2011. Kepelbagaian Kaedah Penyoalan
Dalam Pengajaran Guru Dalam Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1: (2) pg. 51-65.

Zhang,G., Zeller,N., Griftth,R., Metcalf,D., Williams,J., Shea,C. Dan Misullis,K.


2011. Using the Context, Input, Process, and Product Evaluation Model
(CIPP) as a Comprehensive Framework to Guide the Planning,
Implementation, and Assessment of Service-learning Programs. Journal
of Higher Education Outreach and Engagement. 15: (4) pg. 57.

54

You might also like