You are on page 1of 18

SISTEM TULISAN JAWI

SISTEM EJAAN JAWI MODEN BERDASARKAN AKHBAR UTUSAN Melayu

(Apakah Perkataan berubah menjadi )

1.0 Pengenalan

Latar Belakang Ringkas Sistem Tulisan Jawi

Pada masa dahulu hingga kini, penggunaan tulisan Jawi masih digunakan kerana ianya amat berkait
rapat dengan agama Islam. Kemunculan sistem Tulisan Jawi banyak berhubungkait dengan kedatangan
agama Islam ke Nusantara. Sebenarnya tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan mengandungi huruf-
huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu.

Sejak kebelakangan ini, penggunaan tulisan Jawi di dada-dada akhbar mahupun penggunaan di papan
iklan, papan tanda nama jalan, bangunan, dan sebagainya mendapat pengiktirafan dan sokongan padu
oleh kerajaan untuk digunakan secara meluas.Begitu juga penggunaannya di peringkat pengajian di
universiti dan pendidikan di sekolah, sistem Tulisan Jawi telah dijadikan salah satu mata pelajaran wajib
yang mesti dipelajari oleh golongan pelajar di Malaysia.

Meskipun penggunaan tulisan Jawi telah bermula sejak 700 tahun yang lalu, ia belum banyak diselidiki
dari segi perkembangan dan sistem tulisannya. Jika dilihat dari segi sejarah perkembangannya, terdapat
dua pengaruh sistem ejaan yang digunakan iaitu pengaruh Arab dan Melayu. Secara amnya, pengaruh
Arab dalam bentuk ejaan tulisan Jawi dipengaruhi dengan penggunaan tanda-tanda baris; manakala
pengaruh ejaan Melayu pula, wujudnya huruf-huruf vokal sebagai menggantikan penggunaan tanda-
tanda baris.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu aspek yang penting dalam
mengekalkan imej dan identiti budaya Melayu masa kini. Bersesuaian dengan penggunaan tulisan Jawi
dalam segala urusan dan pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti mana bahasa Melayu yang
pernah menjadi lingua franca sebagaimana menerusi catatan pengembara Barat ke Nusantara seperti
Magellan, Tom Pires, dan Van Ronkel, menjelaskan bahawa bahasa Melayu dan tulisan Jawi diiktiraf
sebagai bahasa perhubungan utama pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara.
Kelahiran Sistem Tulisan Jawi yang berasal dari tulisan dan pengaruh Arab terbukti sejarah
kewujudannya dalam tamadun Melayu melalui beberapa sumber khazanah dan bahan-bahan bertulis
yang ditemui seperti; dari batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-
bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata, duit syiling, batu lontar, tembikar, ukiran-ukiran
pada masjid, istana, termasuk sumber penemuan pada azimat dan tangkal.

Sebagai contohnya, penemuan pertama pada batu nisan Syeikh Nuruddin Al-Raniri di Barus, Sumatera
Utara yang tercatat dalam bahasa Arab bertarikh 48 Hijrah, diikuti pula batu nisan seorang puteri raja di
Pekan, Pahang Darul Makmur pada 419 Hijrah, kemudiannya batu nisan Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin
Syah Alam di Langgar, Kedah bertarikh 290 Hijrah, dan batu nisan Fatimah binti Maymun bin Hibatullah
yang dijumpai di Leram, Grisek, Jawa Timur tanggal 475 Hijrah bersamaan 1082 Masihi; yang
menunjukkan tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan
menambahkan beberapa huruf Arab yang disesuaikan dengan gaya bahasa orang Melayu dalam usaha
membuktikan kewujudan tulisan Jawi dalam tamadun Melayu setelah penemuan prasasti di Kuala
Berang, Terengganu pada 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Namun begitu, persoalan yang mungkin
tidak dapat dihuraikan dan mendapat kepastian hingga kini ialah siapakah pencipta sebenar bagi tulisan
Jawi yang ada sekarang walaupun aksara tulisan Jawi banyak menggunakan huruf-huruf Arab.

Oleh yang demikian dalam penghasilan perkataan Jawi, sebenarnya ia berkait rapat dengan sistem
ejaannya. Terdapat tiga jenis pembentukan ejaan yang lazim digunakan iaitu ejaan tradisi, ejaan lazim,
dan ejaan mengikut hukum :

a) Ejaan Tradisi

Dalam pembentukan ejaan ini, penggunaan kaedah baris digunakan, dan ada ketikanya ianya
digugurkan. Ini tidak menjejaskan sistem ejaan tersebut. Contoh perkataan seperti tiada ( ) , pada (
), dan kepada ( ) .

b) Ejaan Lazim

Ejaan ini lazimnya digunakan bagi mengeja perkataan sukukata terbuka atau sukukata tertutup sama
ada bunyi sukukata itu ke atas, ke bawah, atau ke depan. Antara contoh perkataannya seperti lada( ) ,
pasu() , suka( ) , barang( ) , bulan( ) ,nangka( ) , dan bantal( ) .
c) Ejaan Mengikut Hukum

Dalam sistem ejaan Jawi mengikut hukum, terdapat beberapa hukum mengeja seperti hukum darling,
hukum di luar darling, hukum ka-ga, hukum ra-ma, hukum ha-aha dan lampau hukum.

1.1 Objektif Kajian

a) Mengkategorikan dan menjelaskan jenis ejaan kata Melayu Jati dan kaedah ejaan kata serapan yang
terdapat dalam Akhbar Utusan.

b) Menganalisis peratusan penggunaan jenis dan kaedah ejaan tersebut.

c) Menilai semula sistem ejaan yang terdapat dalam akhbar yang dikaji.

1.2 Bahan Kajian

Dalam melaksanakan tugasan ini penulis menggunakan Akhbar Utusan Melayu sebagai bahan kajian
utama. Tajuk yang diutarakan ialah Apakah perkataan intan akan berubah menjadi Intan hasil tulisan
Pak Madlub bertarikh 30 Mac 2009.

1.3 Kaedah Kajian

Dalam membuat kajian penggunaan ejaan yang terkandung dalam akhbar Utusan Melayu ini, sumber
rujukan diperolehi dan dirujuk dari sumber perpustakaan, sumber internet, dan individu tertentu iaitu
guru mata pelajaran Pendidikan Islam, dan Bahasa Melayu.

1.4 Batasan

Walaupun jumlah perkataan dalam akhbar utusan Melayu agak banyak, namun penulis hanya
menghadkan kepada 100 perkataan awal sahaja. Daripada 100 perkataan ini kajian akan dibuat
berdasarkan objektif yang telah ditentukan.
2.0 Hasil Kajian

Setelah mengkaji 100 perkataan daripada akhbar, bermula daripada perkataan :

Hingga didapati ejaan bagi setiap perkataan adalah seperti berikut (terdapat juga perkataan berulang) :

2.1 Ejaan Lazim

1 Tanda

2 Tanya

3 Banyak

4 Baru

5 Tahu

6 Besar

7 Hasil

8 Usaha

9 Dan

10 Dalam

11 Dewan

12 Ahli
13 Majlis

14 Tentang

15 papan

16 Lagi

17 Batu

19 tanda

2.2 Ejaan Mengikut Hukum

2.2.1 Hukum Darlung

23 kali

2.2.2 Hukum Luar Darlung

24 saya

25 Mana-mana

26 hatta

27 nama

2.2.3 Hukum Ka dan Ga

28 ketika
2.2.4 Hukum Ha dan Aha

29 bahasa

2.3 Ejaan Tradisi

30 Orang

31 Utama

32 Batu pahat

33 Yakni

34 Itu

35 Sendiri

36 Apabila

37 Pertama

38 Ia

39 Yang

40 Huruf sin

41 Atau

42 Tidak

43 Maknanya
44 Sampai

45 Kamus

46 Melayu

47 Wujud

48 telah

49 kepada

50 kerana

51 apatah

52 penggaram

53 segera

54 Jalan Rahmat

55 sebarang

56 Hj. Zainal Abidin Sapruan

2.4 Kata Berimbuhan

57 perkataan

58 menjadi

59 melintasi

62 dibandar

63 apakah

64 Terpinga-pinga

65 terlihat

66 perkataan

67 tertinggal
68 Sebaik

69 kerumah

70 menyelongkar

71 pelbagai

72 termasuk

73 ternyata

74 terbaru

75 menyebabkan

76 bertanya

77 perbandaran

78 tersebut

79 sebuah

2.5 Ejaan Kata Serapan Inggeris

80 edisi

2.6 Analisis Kekerapan Penggunaan Jenis dan Kaedah Ejaan

Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah

1. Ejaan tradisi

2. Ejaan lazim

3. Ejaan kata serapan Inggeris

4. Kaedah kata imbuhan apitan (awalan -akhiran) Imbuhan per..an


5. Ejaan lazim

6. Ejaan lazim

7. Ejaan lazim

8. Hukum di luar Darlung

9. Ejaan lazim

10. Kaedah kata berimbuhan awalan (mem)

11. Ejaan lazim

12. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)

13. Ejaan lazim

14. Nama khas

15. Nama khas

Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah

16. Kata serapan Arab

17. Ejaan lazim (suku kata terbuka)

18. Kaedah kata berimbuhan awalan (di)

19. Ejaan lazim (suku kata tertutup)

20. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran)

21. Ejaan tradisi

22. Ejaan lazim (suku kata terbuka)

23. Kata berimbuhan awalan (ber)

24. Kata berimbuhan apitan

(awalan-akhiran) (kean)

25. Kata seru

26. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (se..nya)

27. Ejaan tradisi (suku kata terbuka)


28. Bunyi glotis

29. Kata gabungan

30. Ejaan lazim (Suku kata terbuka + terbuka)

Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah

31. Kaedah kata berimbuhan awalan (se)

32. Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)

33. Ejaan lazim (Suku kata tertutup + tertutup)

34. K.L.I.A Penggunaan Bahasa Inggeris

35. Kata perbuatan

36. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)

37. Kaedah kata berimbuhan awalan (se)

38. Kata serapan Inggeris

39. Kata diftong

40. Ejaan lazim

41. Ejaan lazim

42. Kata serapan Inggeris

43. Kata serapan Inggeris

44. Ejaan tradisi

45. Ejaan lazim

46. Nama khas

Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah

47. Ejaan lazim

48. Ejaan lazim

49. Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)

50. Ejaan lazim


51. Ejaan lazim

52. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)

53. Ejaan lazim

54. Ejaan lazim

55. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (me..an)

56. Ejaan kata serapan Inggeris

57. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe..an)

58. Kaedah kata berimbuhan awalan (se)

59. Ejaan tradisi

60. Ejaan lazim

61. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)

62. Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)

Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah

63. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)

64. Kata seru

65. Ejaan kata serapan Inggeris

66. Ejaan lazim

67. Ejaan lazim

68. Ejaan tradisi

69. Ejaan lazim

70. Nama khas

71. Kata diftong

72. Ejaan lazim

73. Ejaan lazim

74. Kaedah kata berimbuhan awalan (di)


75. Kaedah kata berimbuhan akhiran (an)

76. Ejaan tradisi

77. Ejaan lazim

78. Nama khas

Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah

79. Kata geluncur

80. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)

81. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe..an)

82. Ejaan lazim

83. Ejaan kata serapan Inggeris

84. Ejaan lazim

- kata dasar satu suku kata

- dieja tidak menggunakan alif

85. Ejaan tradisi

86. Kaedah kata berimbuhan awalan (di)

87. Ejaan lazim

88. Ejaan lazim

89. Ejaan kata serapan Inggeris

90. Ejaan tradisi

91. Ejaan lazim

92. Ejaan kata serapan Inggeris

93. Ejaan kata serapan Inggeris

Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah

94. Ejaan lazim

95. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)


96. Ejaan kata serapan Inggeris

97. Nama khas

98 Ejaan lazim

99. Ejaan lazim

100. Ejaan lazim


2.7 Penilaian semula Sistem Ejaan Jawi

Secara amnya, didapati penggunaan sistem ejaan dan tulisan besar pengaruhnya. Dalam kajian Akhbar
Utusan Melayu yang dibuat sistem ejaan banyak menggunakan ejaan tradisi, ejaan lazim dan ejaan
mengikut hukum. Ejaan tradisi paling ketara digunakan dan ejaan mengikut hukum dan kata serapan
Inggeris sedikit digunakan. Ini berkemungkinan Usaha dalam mengembang dan mempertingkatkan
semula pendidikan tulisan Jawi dan penggunaannya di dalam media cetak mahupun media massa
seharusnya disegerakan agar tidak akan terus pupus disebabkan oleh tangan orang Melayu sendiri. Hal
ini berlaku kerana majoriti daripada generasi muda kini tidak dapat menguasai pendidikan tulisan Jawi
apatah lagi mahu menulis dan membaca Jawi kerana sebahagian daripada mereka buta dalam
pembacaan tulisan Jawi.

Kelemahan ini amat menghantui masyarakat Melayu yang amat menyayangi sistem tulisan Jawi ini.
Justeru itu, tanggungjawab memelihara tulisan Jawi bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak
kerajaan sahaja, tetapi komitmen semua pihak untuk memelihara tulisan Jawi sebagai suatu warisan
milik bersama mesti dilaksanakan secara kerjasama dan kesungguhan yang hakiki.

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam aktiviti pembudayaan dan menghargai pendidikan
tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat ialah usaha awal kerajaan menghidupkan semula akhbar Utusan
Melayu Mingguan yang mula menemui para pengguna pada setiap Isnin mulai 01 Mei 2006 dengan
kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan (KekWa), Kementerian Pengajian Tinggi,
Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Kementerian Penerangan. Malahan, Kabinet juga telah meluluskan
peruntukan khas sebanyak RM11 juta kepada KekWa bagi memartabatkan tulisan Jawi di Negara ini.

Selain itu, usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran pula dalam mempertingkatkan pendidikan
tulisan Jawi ialah dengan menggalakkan sekolah-sekolah supaya menggunakan apa-apa sahaja bahan
cetakan bertulisan Jawi termasuk akhbar Utusan Melayu untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran
dalam kelas. Dalam hal ini, misalnya Jabatan Pelajaran Terengganu telah meminta semua sekolah di
negeri itu melanggan akhbar Utusan Melayu untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran Jawi
di samping sebagai bahan bacaan tambahan kepada murid. Ini selaras dengan pelaksanaan program j-
QAF, yang memberi penekanan kepada bidang penulisan dan pemahaman Jawi untuk murid sekolah
termasuk penghasilan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi, kertas peperiksaan peringkat
Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia dalam tulisan Jawi. Kesungguhan dalam
memperkayakan pendidikan tulisan Jawi dan menaikkan maruahnya, peruntukan lebihan masa kepada
Pendidikan Islam di sekolah turut dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran bilamana pihak kementerian
telah bersetuju memperuntukkan satu daripada enam masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan
Islam dikhaskan untuk pembelajaran Jawi. Dengan masa tambahan yang diberikan itu membolehkan
pendidikan tulisan Jawi dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pihak sekolah dan guru yang
mengajar mata pelajaran tersebut.

Pihak Kementerian Pelajaran juga telah mengambil inisiatif penting untuk kepentingan guru dan murid
dengan menggunakan ejaan baharu yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mengelakkan
kekeliruan yang timbul jika terdapat tenaga pengajar yang masih menggunakan sistem tulisan Jawi lama.

3.0 Kesimpulan

Sistem Tulisan Jawi yang terkandung didalamnya sistem ejaan dan kaedah ejaan merupakan aspek yang
amat penting dalam mengekalkan identiti budaya Melayu. Kemunculan tulisan Jawi juga banyak
berkaitrapat dengan kedatangan Islam dan budaya al Quran. Pengaruh al Quran dalam penggunaan kata
bahasa Melayu juga wujud daripada peminjaman perkataan Arab ke atas bahasa Melayu itu sendiri. Ini
kerana pada suatu ketika dahulu, tulisan Jawi pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti bahasa
Melayu yang menjadi lingua franca pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara. Kelalaian dan kealpaan
dalam menyanjungi tulisan Jawi bererti mengabaikan budaya yang sudah berakar umbi dalam alam
Melayu sejak dahulu lagi.

Lantaran itu, dalam pembentukan perkataan Jawi bermula daripada pembentukan sukukata Jawi itu
sendiri. Pembentukan sukukata Jawi dapat dipecahkan kepada dua iaitu sukukata Jawi terbuka dan
sukukata Jawi tertutup.

Sukukata terbuka ialah sukukata yang berakhir dengan huruf vokal, manakala sukukata tertutup pula
ialah sukukata yang diakhiri dengan huruf konsonan.

Dalam sistem tulisan Jawi juga terdapat tiga huruf vokal yang mewakili enam huruf vokal dalam bahasa
Melayu, iaitu huruf alif () mewakili huruf vokal a, u, dan e(pepet); diikuti huruf ya ( ) mewakili huruf
vokal i dan e (taling); manakala huruf wau( ) mewakili huruf vokal o. Huruf-huruf konsonan pula adalah
selain daripada huruf vokal a, e, i, o, dan u. Oleh itu, pembentukan sukukata terbentuk dengan
gabungan antara huruf konsonan dengan huruf vokal atau sebaliknya.
Pembentukan ejaan Jawi dari pengaruh Arab dan Melayu ini telah lama digunapakai oleh orang-orang
Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu yang merangkumi sistem ejaan lama seperti (sudah - ;)
ejaan tua (itu - ;) ejaan baharu ( billik - ;)ejaan Arab (wajib - ;)ejaan kemelayuan ( peduli -
;)dan ejaan kata asing/Inggeris seperti ( vokal ) .

Maka, dalam abad ke-20 ini, telah banyak cabaran yang wujud dalam memelihara tulisan Jawi di mata
dunia agar sentiasa dihargai. Antara cabaran tersebut ialah penggunaan sistem ejaan Jawi yang tidak
menggunakan vokal pada sukukata akhir terbuka masih digunakan dan bagi perkataan baru dan kata
pinjaman vokal digunakan bagi mendapatkan bunyi sehampir yang boleh dengan perkataan asal
(Hashim Musa,1999:180-181). Perkara ini banyak tercatat dalam penggunaan tulisan Jawi di dalam
majalah Dian, Mastika, Hiburan, akhbar Utusan Melayu seperti yang dikaji, Semangat Asia, dan akhbar
Fajar Asia.

Cadangan penggunaan sistem fonetik oleh majalah Dian juga kurang mendapat sambutan kerana ketika
itu sistem ejaan Zaaba telah sebati digunakan; ini menyukarkan lagi perubahan sistem lama kepada
sistem baru.

Penghasilan buku,Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Daftar Ejaan Rumi-Jawi, yang
diterbitkan pada 1988 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah gabungan dan pemantapan yang
diusahakan daripada buku,Daftar Ejaan Melayu Zaaba(1939). Kedua-dua buku tersebut bertujuan
untuk pemantapan, pengekalan, pengubahsuaian, dan pembaharuan dalam menyelesaikan beberapa
masalah ejaan Jawi yang dihadapi oleh para pengguna. Lantaran itu, penghasilan buku-buku tersebut
dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam sistem ejaan tulisan Jawi pada masa dulu, kini, dan
mungkin selamanya.

Menerusi kertas kerja kajian ini diharapkan masyarakat Melayu khasnya dan pencinta tulisan Jawi
amnya terpaksa menghadapi dugaan dan cabaran sama ada untuk menerima atau menolak
pembaharuan/perkembangan ejaan Jawi yang diketengahkan. Bagi menangani cabaran yang berlaku,
pelbagai seminar, perbincangan, bengkel, dan seumpamanya akan/telah diadakan namun peningkatan
dan menghargai tulisan Jawi masih di ambang kekaburan.
Bibliografi

Amat Juhari Moain( 1994,Februari). Sistem Ejaan Jawi Prasasti Terengganu, Jurnal

Dewan Bahasa,Jilid 38.Bil.2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.100-104

Amat Juhari Moain(Julai 2004).Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Monograf:Bil.9 :

Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang,FBMK: UPM.hlm.167-179

Hj. Mohd Hussein Hj Baharuddin,Ph.D(2006). Modul BBM3402 Sistem Tulisan Jawi,

Universiti Putra Malaysia, PPL, Serdang: Pro-Office Shoppe Sdn. Bhd.

Mohd Hussein Baharuddin(Julai 2004).Gagasan dan Aktiviti ke Arah Memartabatkan

Tulisan Jawi. Monograf:Bil.9 : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang,Jabatan

Bahasa Melayu, FBMK :Universiti Putra Malaysia.hlm. 181-187

Mohd Hussein Baharuddin(November 2000).Tulisan Jawi:Perkembangan dan

Cabaran. Monograf: Bil.4 : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu,Serdang,Jabatan

Bahasa Melayu, FBMK :Universiti Putra Malaysia.hlm.139-153

Samat Buang(2007,Januari). Mengembalikan Maruah Tulisan Jawi. Pelita

Bahasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm. 9-11

Saiful Bahri Aziz,etc.(2005). Pengajian Islam, Modul 2/3, Mod latihan Perguruan

Berasaskan Sekolah, Major j-QAF, Bahagian Pendidikan Guru, KPM.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi bertarikh 16/03/2009

. http://www.ftsm.ukm.my/IRPA/EA0036/01Tjawi.html. bertarikh 16/03/2009

. http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=jawi00089

& s=1&t=toc.htm. bertarikh 29/03/2009

You might also like