You are on page 1of 26

1

1.0 PENGENALAN:

Sememangnya nasionalisme semestinya akan berlaku kepada Negara-negara yang telah


dijajah. Pada mulanya ianya berbentuk keamanan dengan mahu menunjukkan cintanya
rakyat di sesebuah Negara itu terhadap negaranya. Nasioanalisme bolehlah
didefinesikan sebagai cintakan tanah air dalam mebentuk sebuah Negara bangsa.
Dengan kata lainnya, nasionalisme boleh dikatakan sentimen kesetiaan yang mengikut
sekumpulan masyarakat menerusi institusi budaya yang sama untuk mewujudkan
perpaduan dengan mencapai pembentukkan Negara yang merdeka1. Ini disebabkan
berlakunya semangat nasionalisme ini kerana mereka merasakan bahawa kebebasan
yang mutlak bukanlah terletak pada penjajah yang menjajah. Sebaliknya merekalah
yang menggerakkannya dalam erti kata kebebasan. Inilah apa yang telah terjadi kepada
Negara-negara dikalangan Asia Tenggara yang mana kesan selepas perang dunia kedua
itu secara khususnya menampakkan timbul semangat nasionalisme yang membara di
kalangan mereka2.

Kedatangan para penjajah ini sebanarnya sudah bermula pada abad ke 15 lagi
iaitu kedatangan Portugis dan diikuti oleh Sepanyol dan kuasa-kuasa besar yang lain.
Tujuan mereka pada mulanya ialah untuk berdagang. Tetapi atas dasar kedudukan yang
strategik dan kekayaan hasil bumi lantas mengubah niat mereka untuk menjajah
Negara-negara di Asia Tenggara ini dengan tujuan untuk mengaut kekayaan hasil bumi
serta meluaskan pengaruh mereka3. Apa yang dapat dilihat juga ialah mengenai faktor-
faktor kedatangan mereka kerana perkembangan bahan mentah yang memerlukan
sumber mentah, kemajuan dalam pengangkutan dan perhubungan dan pasaran. Faktor-
faktor ini yang mana menggalakkan lagi mereka untuk datang ke Asia Tenggara.

Semasa pendudukan Jepun di Asia Tenggara, yang mana pihak Jepun ini
sedikit sebanyak telah menanamkan sifat cintakan Negara di kalangan penduduk di
Asia Tenggara. Ini kerana dasar Jepun yang membenarkan mereka menggunakan

1
K. Ratnam, 2006, Sejarah Kertas 940/2 Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, Pustaka Sarjana Sdn.
Bhd., hlmn. 432.
2
Marc Frey, R., W., Pruessen & Tan Tai Yong, 2003, The Transformation of Southeast Asia, edt. Singapore University
Press, hlmn. 3.
3
Cik Zaharah binti Ahmad, En. Abd. Majid bin Abd. Halim, 1972, Sejarah Asia Tenggara Moden, DBDP, hlmn. 21.
2

bahasa pengatar seperti di Indonesia. Selain itu, pihak Jepun juga dengan
propagandanya iaitu Asia untuk Asia telah mengubah pesepsi masyarakat di Asia
Tenggara kerana mereka beranggapan bahawa kedatangan Jepun ini boleh
membebaskan Negara mereka daripada dibelengu pihak penjajah.

Nasioanlisme di Asia Tenggara adalah lebih teratur disebabkan dengan


lahirnya golongan yang berpendidikan yang menggunakan saluran yang lebih baik
dengan menyebarkan pemikiran mereka dengan menggunakan akhbar ataupun dengan
menggunakan majalah-majalah seperti Majalah al-Imam, Utusan Melayu, La
Solidaridad dan sebagainya.

Jadi, apa yang dapat kita fahami disini ialah sememangnya sebelum perang
dunia kedua lagi telah berlaku semangat nasionalisme contohnya di Filipina, Indonesia,
Kemboja, Myanmar, Vietnam lain-lain lagi. Tetapi semagnat ini tidak pernah pudar
yang mana selepas perang dunia kedua yang menyaksikan kuasa besar Asia iaitu Jepun
telah meluaskan pengaruhnya. Semasa pendudukan Jepun juga, aspek yang dapat kita
lihat ialah kerjasama antara penduduk tempatan dengan Jepun dalam usaha untuk
mengusir penjajahan barat. Apa yang tersirat di fikiran pihak Jepun dan apa yang
tersirat di fikiran penduduk di Asia Tenggara adalah berlainan. Misalnya Jepun mahu
meluaskan pengaruh dan mementing aspek ekonomi, walhal penduduk di Asia
Tenggara dengan kedatangan Jepun ini akan menjanjikan mereka kemerdekaan. Dalam
hal ini Jepun seperti serampang dua mata dan mahu menjadikan Asia Tenggara sebagai
batu loncatan.

Selepas kekalahan Jepun pada 14 ogos 19454, Menyaksikan bahawa penjajah


barat telah masuk semula dan bermula era baru dalam siri nasionalisme. Masyarakat
pada masa itu mula sedar akan kepentingan nasionalisme bagi memperjuangkan hak
mereka dan nasib bangsa mereka. Jadi kertas kerja ini akan ditumpukan kepada
nasionalisme di Asia Tenggara selepas perang dunia kedua yang mana kesannya telah
membangkitkan semangat anti penjajah.

2.0 ASIA TENGGARA SEMENJAK PERANG DUNIA KEDUA:


4
D., G., E., Hall, 1950, Burma, Anchor Press, Ltd, Tiptree, Essex, hlmn. 173.
3

Perkembangan sejarah dan peristiwa-perisitwa yang telah terjadi membolehkan kita


menganalisa zaman penjajahan di Asia tenggara. Terdapat perubahan iaini dari sudut
politik, sosial dan ekonomi5. Sebenarnya sebelum perang dunia kedua lagi, para
penjajah telah menyusup masuk. Tujuan utama mereka adalah untuk berdagang dan
mendapatkan hasil bumi. Penjajah barat yang datang ke Asia Tenggara pada mulanya
datang secara aman. Tujuan mereka sebenarnya untuk mendapatkan rempah ratus, kain
sutera, kayu balak dan sebagainya. Ada juga penjajah yang datang menyebarkan agama
mereka contohnya Kerajaan Perancis sebarkan agama kristian di bumi Vietnam.

Masyarakat di Asia Tenggara secara umumnya dibahagikan kepada dua


kumpulan besar. Pertama ialah masyarakat yang terdiri daripada golongan bijak pandai
seperti di Negara-negara Malaysia, Filipina dan Kemboja. Di semua Negara yang saya
sebutkan ini, kuasa politik telah dikuasai oleh mereka sebelum tahun 1942. Burma,
Indonesia dan Vietnam termasuk dalam kumpulan kedua yang mana menyaksikan
keruntuhan dari segi politik, sosial dan ekonomi serta mereka ini menuntut
kemerdekaan melalui jalan kekerasan.

Seterusnya kita akan lihat satu persatu keadaan Negara di Asia Tenggara
semenjak perang dunia kedua yang mengalami pelbagai masalah akibat kepincangan
daripada penjajah itu sendiri. Justeru itu, masalah seperti sosial, politik dan ekonomi
memang tidak dapat lari dan menjadi masalah yang utama. Jadi apa yang Nampak
kesannya disini dan yang menjadi persoalan pokok ialah politik yang mana melibatkan
rampasan kuasa seperti di Thailand dan juga dari segi positif di Kemboja pula ialah
kerjasama yang erat antara pemerintah dengan penjajah.

Seperti yang saya telah tekankan di atas tadi bahawa mananya semasa
kependudukan Jepun menyemarakkan lagi semangat menentang penjajah. Selepas
pengunduran pihak Jepun, mereka ini tidak mahu lagi dikongkong oleh permainan
barat. Justeru itu, pergerakan kepada nasionalisme ini selepas perang dunia kedua lebih
kearah menuntut kemerdekaan.

2.1 THAILAND:
5
Sejarah Asia Tenggara Moden, DBDP, hlmn. 195.
4

Thailand merupakan sebuah Negara yang bebas dan tidak pernah dijajah oleh mana-
mana Negara. Ini disebabkan kebijaksanaan pemerintahnya yang cuba
mempertahankan Thailand dari ancaman penjajahan. Tetapi Thailand juga tidak dapat
lari dari masalah dalaman seperti apa yang disebutkan diatas iaitu masalah politik.
Masalah yang dimaksudkan disini ialah rampasan kuasa yang telah berlaku pada 1932.
Manakala dalam bulan November 1947 pula Kabinet awam yang diketuai oleh pridi
telah digulingkan dan perdana menteri yang menggantikan tempatnya ialah Field
Marshall Phibum Songkhram.

Apabila Amerika Syarikat telah muncul sebagai kuasa besar di kawasan


Pasifik, negeri Thailand merapatkan hubungan lagi dengan Amerika kerana Thailand
berpendapat pada masa itu kekacauan yang telah berlaku di Vietnam sedikit sebanyak
akan mendatangkan kesan dan menggangu ketenteraman kepada Thailand. Ini dapat
juga dilihat bahawa hubungan yang rapat anatara Amerika Syarikat dan Thailand telah
membina satu hubungan yang baik. Buktinya semasa berlaku kekacauan di Vietnam,
Kerajaan Thailand membenarkan Amerika Syarikat menempatkan kelengkapan
ketenteraan dan kemudahan peralatan.

2.2 KEMBOJA:

Negara ini sebenarnya berjiran dengan Thailand tetapi juga turut mengalami kejutan
dari aspek politik. Kemboja telah menjadi tanah jajahan Perancis dalam tahun 1860
walaupun dapat dilihat Pihak Perancis telah menjajah segalanya dari sudut politik,
sosial dan ekonomi. Tetapi sebenarnya dalam masa yang sama Pihak Perancis member
perlindungan kepada Kemboja. Perlindungan yang telah diberikan ini mengekalkan
pemerintaha Wangsa Khmer dan keamanan dalam negeri. Keadaan ekonomi diluar
Bandar Kemboja tidak member minat kepada pelabur-pelabur dari Perancis dan oleh itu
mereka terselamat daripada kekacauan.

Keruntuhan kuasa Perancis dengan mengejut di dalam tangan Jepun pada Mac
1945 tidak mempunyai kesan yang luas, sungguhpun Pihak Jepun mendesak
5

pemerintah Kemboja pada masa itu iaitu Norodom Sihanauk mendapatkan


kemerdekaan daripada Perancis. Setelah Kemboja merdeka dan pihak Perancis keluar,
maka jalinan mesra hubungan antara Kemboja dan Perancis tetap utuh. Selain itu dari
segi pendidikan Norodom Sihanauk juga telah menghantar ramai pelajarnya ke
Perancis dan mengadakan hubungan diplomatik dengan Perancis.

2.3 FILIPINA:

Di Filipina proses penjajahan sebenarnya telah dirancang sebelum perang pasifik yang
melibatkan kuasa Asia iaitu Jepun. Jika dilihat dari sudut politik, cawangan pentadbiran
dan kehakiman dalam kerajaan Filipina secara keseluruhannya dipelopori oleh
bumiputera. Ini menunjukkan bahawa Filipina merupakan negeri yang pertama berbuat
demikian di Asia Tenggara dan diketuai oleh presiden dan kalangan bumiputra.

Kedudukan sebagai satu bangsa telah kekal walaupun Negara Filipina masih
menderita akibat daripada keganasan perang. Apa yang membimbangkan Filipina ialah
dari sudut rasuah tetapi golongan bijak pemerintah iaitu golongan ilustrado berjaya
membatasi masalah ini. Dasar luar Filipina ini banyak bergantung kepada pihak
penjajah iaitu Amerik Syarikat6. Jadi disini hakikatnya bahawa golongan politik di
Filipina dididik mengikut acuan penjajahan Amerik Syarikat. Pada masa itu juga
Filipina yang merupakan Negara yang baru membangun terpaksa meluaskan hak-hak
persamaan kepada firma-firma Amerika yang mana kerjaan Filipina ini membenarkan
segala urusan perniagaan dijalankan serupa dengan hak-hak yang dirasai oleh.

Sungguhpun perhubungan Filipina dan Amerika Syarikat nampaknya semakin


kukuh. Tetapi apa yang boleh dipersoalkan disini ialah golongan Nasionalis yang mana
mereka merasakan bahawa persamaan hak itu sama seperti penjajahan dahulu.
Sentimen ini memuncak khasnya di kalangan kumpulan professional dan intelektual di
Bandar dan dikalangan pelajar-pelajar bumiputera. Mereka ini sebenarnya

6
Amat Johari Moain, 1969, Sejarah Nasionalisme Maphilindo, Utusan Melayu sdn. Bhd., hlmn. 26.
6

memperjuangkan satu perkara iaitu mengembalikan perjalanan politik Filipina


mengikut arah demokrasi yang tulen dan ke arah kesedaran masyarakat.

2.4 MALAYSIA:

Malaysia juga tidak ketinggalan mengalami masalah yang sama seperti apa yang telah
berlaku kepada Negara Asia Tenggara yang lain. Selepas Jepun menyerah kalah,
menyaksikan keadaan huru hara telah berlaku. Sebelum British masuk dengan
memerintah kembali dan membawa sistem pemerintahan ala-ala tentera, menunjukkan
bahawa Parti Komunis Malaya cuba untuk merampas tampuk pemerintahan dalam
tempoh kekosongan selepas Jepun menyerah kalah. PKM ini cuba menyusup masuk
melalui kesatuan-kesatuan perniagaan untuk mendapatkan kuasa.

Dalam tahun 1948 Parti Komunis Malaya ini cuba menggugat keadaan Negara
dengan melancarkan taktik perang gerila di kawasan dalam hutan. Dengan ini Malaysia
telah mendapat bantuan ketenteraan dari Negara komanwel seperti Australia, British
dan New Zealand. Isytihar darurat telah digunakan dan hanya tamat selepas pengaruh
komunis ini dihapuskan.

Tetapi, setelah british masuk dan kembali memerintah, serta memperkenalkan


corak pemerintahan yang baru iaitu Mayan Union. Dalam hal ini, bekas-bekas
pentadbir tanah jajahan melancarkan satu kempen iaini untuk menentang pertukaran
kepada satu bentuk yang baharu. Apa yang lebih penting ialah tindak tanduk orang
Melayu yang mula bangkit menentang memandangkan hak keistimewaan orang
Melayu mula terhakis

2.5 LAOS:

Merupakan sebuah Negara yang kecil dan menjadi pertikaian antarabangsa pada tahun
1950. Pada masa itu pihak penjajah yang bertanggungjawab ialah Perancis di mana
Perancis telah membahagikan kepada beberaa jenis kerajaan oleh pihak Perancis pada
7

abad ke 19. Dari segi masyarakatnya dan sistem sosialnya iaitu golongan minoriti
kebiasaanya menetap di kawasan luar Bandar iaitu kawasan yang mempunyai tempat
untuk bertani. Sementara penduduk bumiputra yang lain tidak diberi peluang untuk
melibatkan diri dalam kancah politik yang dicipta oleh pihak Perancis.

Setelah Pihak Perancis meninggalkan Loas, Negara jirannya seperti Vietnam


dan Thailand telah mewujudkan satu persaingan bagi faedah meeka sendiri.
Kedatangan pihak Amerika Syarikat telah memporak perandakan lagi keadaan di Loas7.
Semenjak merdeka, peranan raja bukanlah dominan dalam politik di Loas. Ini kerana
bahawasanya kaum kerabat raja di Loas sendiri tidak bersatu. Buktinya seorang
mengharapkan bantuan dari Siam dan Amerika Syarikat dan seorang lagi meminta
bantuan dari Vietnam Utara.

Satu kerajaan telah dipadukan dimana parti politik yang besar dan
berpengaruh iaitu Parti Neo Lao hak Xat yang dipimpin oleh komunis. Parti ini
menjalankan pemerintahan ketenteraan dan mendapat sokongan kuat daripada Vietnam
Utara. Ini apa yang dapat dilihat ialah pembabitan golongan minority yang tidak
berpuas hati dan turut juga memperjuangkan dasar mereka. Ini dapat dilihat bahawa
pengaruh Amerika Syarikat begitu meluas di kawasan selatan manakala pengaruh
Komunis di bahagian utara. Negara jiran seperti Vietnam juga amat kuat pengaruhnya
kerana Vietnam ini telah dipengaruhi oleh pihak komunis Russia yang mana Russia ini
cuba untuk memperluaskan ideologinya dan menentang dasar-dasar Amerika Syarikat.
Ini dapat dilihat lagi terutamanya semasa perang dingin yang melibatkan blok komunis
dan kapitalis. Justeru tidak hairan mengapa Russia dan China turut campur tangan
semasa belakunya konflik di Vietnam

3.0 KESAN PERANG DUNIA KEDUA DAN KEBANGKITAN


NASIONALISME:

Perang dunia kedua tamat apabila dua buah Bandar Jepun iaitu Hiroshima dan
Nagasaki musnah akibat pengguran bom atom oleh pihak berikat. Pihak Jepun telah
menyerah kalah tanpa syarat pada 14 ogos 1945. Pengunduran Jepun juga telah
7
Nina S. Adams, Alfred W. Mccoy, 1970, War and Revolution, Harper and Row pblsh. Hlmn. 213.
8

memulakan era baru dalam semangat nasionalisme lebih-lebih lagi di Asia Tenggara 8.
Kekalahan ini tidak dapat diterima oleh sebilangan kecil tentera Jepun dan ada
sebahgian daripada mereka membunuh diri dihadapan istana maharaja dan ada juga
yang meneruskan peperangan9. Pihak Jepun telah menyerah kalah secara rasmi pada 2
September 1945 di atas kapal perang Amerika Misouri. Ekoran daripada pengunduran
tentera Jepun ini, menyaksikan peninggalan beberapa kesan besr ke atas penduduk yang
ditakluki Jepun dari segi politik, social dan ekonomi.

Dari segi politik, khususnya di Asia Tenggara mengalami perubahan politik


yang ketara. Ini kerana semasa pendudukan Jepun, Jepun juga telah
mencampuradukkan politik di Negara-negara yang dijajahinya. Di Thailand pula tela
menyaksikan satu rampasan kuasa dan penduduk yang dijajah seperti di Vietnam dan
Indonesia yang mana pihak Jepun telah memberi latihan ketenteraan untuk menentang
penjajahan barat. Buktinya apabila pihak Jepun berundur, maka mereka telah
menentang ekoran terdesaknya pihak penjajah barat yang mahu memiliki semula tanah
jajahan mereka.

Dalam pada ekonomi pula, rata-rata rakyat di rantau Asia mengalami


penderitaan daripada peprangan ini. Masalah yang semestinya dihadapi ialah berkenaan
dengan peningkatan harga barang yang tidak terkawal10. Ini dapat dilihat terutamanya di
Thailand yang mengalami peningkatan harga barang dan inflasi. Selain itu,
pengeksportan juga merosot atas masalah terputus bekalan dengan barat. Maka disini
apa yang dapat dirumuskan ialah jumlah pengeluaran gertah dan teh yang merosot. Ini
telah mengakibatkan masalah dan masalah ini telah menyebabkan berlakunya gejala
lain seperti kegiatan pasar gelap, penyorokan barang dan tasuah.

Dari segi social pula ialah mengenai peristiwa hitam semasa pendudukan
Jepun di Asia Teggara iaitu dimana wanita pada masa itu dijadikan hamba seks dan
diseksa. Sehingga Sekarang apa yang kita dapati, sedikit sebanyak masyarakt di rantau

8
Sejarah Nasionalisme Maphilindo, Utusan Melayu sdn. Bhd., hlmn. 154.
9
Abd. Zakaria, Azharudin Mohamed Dali, dan Suffian Mansur, 2000, Sejarah Asia Tenggara dan Timur 1800-1963,
fajar bakti, hlmn. 100.
10
Ibid. 101.
9

Asia mengingatinya. Menurut salah seorang wanita yang terlibat iaitu Lee Sun- dok 11
menyatakan bahawa dia telah diculik pada usia 18 tahun pada 1937, dan dipaksa
melayan nafsu seks tidak lebih 10 kali sehari. Menurut sejarawan, kira-kira 200 000
orang wanita muda dari Korea Selatan, China, Filipina, dan Indonesia dipaksa melayan
tentera Jepun di rumah pelacuran.

Selain tiu, masalah kebuluran juga telah timbul akibat kekurangan makanan.
Dianggarkan kira-kira 2 juta rakyat Vietnam telah mati akibat daripada kebuluran.
Aspek lain pula ialah masyrakat mengalami seperti kebuluran, penyakit dan buruh
paksa. Berkenaan dengan buruh paksa ini, pernah mencatatkan peristiwa hitam iaitu
seramai 16 000 orang telah terkorban semasa membina jalan keretapi. Masalah
perkauman juga wujud seperti yang berlaku di Myanmar antara masyarakat Karen dan
masyarakat Myanmar.

Selain itu, penduduk di Asia Tenggara telah mendapat pengajaran yang positif
akibat daripada kesan perang dunia kedua dan pendudukan Jepun. Mereka mula sedar
bahawa untuk mencapai kebebasan yang mutlak sebenarnya bukan terletak di tangan
pihak asing. Lebih-lebih lagi propaganda yang digunakan oleh Jepun Asia untuk Asia
hanyalah kata kosong dari mereka. Kesilapan yang telah berlaku tidak harus lagi
diulangi, kini selepas perang dunia kedua menyaksikan penduduk di Asia Tenggara
mengalami tsunami perubahan sikap dalaman yang mahu membebaskan Negara
mereka daripada penjajahan asing apabila mereka telah kembali menuntut tanah bekas
jajahan mereka. Hal inilah yang menyebabkan nasionalisme selepas perang dunia
kedua bersifat moden.

4.0 FAKTOR-FAKTOR PENCETUS GERAKAN NASIONALISME:

Sebelum berlakunya sesuatu perkara biasanya ianya melibatkan sebab dan musabab
serta penyelesaiannya. Dapat dikaitkan dengan tajuk yang telah diberikan iaitu kesan
selepas perang dunia kedua terhadap kebangkitan semangant nasionalisme dikalangan

11
Sejarah Asia Tenggara dan Timur 1800-1963, fajar bakti, hlmn. 100.
10

Negara Asia Tenggara12. Jadi sebab musababnya ialah kedatangan penjajah asing ke
Negara Asia Tenggara dan penyelesaiannya ialah muncul semangat nasionalisme. Hal
ini terjadi kerana kedatangan mereka ini telah mengasimilasikan dari segi politik, sosial
dan ekonomi. Penjajah datang mengaut keuntungan dan tidak memajukan bangsa yang
dijajah. Ini dapat dilihat di Myanmar apabila masyarakat diasana terpaksa menjual
tanah mereka kerana berhutang dengan golongan ceti.

Manakala sistem politik pula telah menghakis politik tradisional penduduk


peribumi. Pengenalan sistem kehakiman, cukai, polis dan pentadbiran yang berpusat
kuat telah mengancam status quo penduduk tempatan. Walaupun faktor-faktor ini juga
memberi rangsangan kepada gerakan nasionalisme, ianya juga berfungsi sebagai alat
penyatuan kepada semua masyarakat dalam meperjuangkan pembebasan Negara
mereka.

4.1 AGAMA:

Buddha, Islam, Hindu dan Shinto merupakan agama yang mempunyai pengruh yang
kuat di rantau Asia. Secara amnya, agama ini telah menjadi pegangan dalam kehidupan
seharian mereka dan merupakan alat penyatuan di kalangan mereka. Namun
kedatangan penjajah barat ini juga telah membawa bersama-sama mereka agama
kritstian. Bagi mereka, kehadiran agama Kristian ini merupakan satu tamparan hebat
kepada mereka di Asia Tenggara.

Di Indonesia, melalui agama ini, dapat dilihat satu kebangkitan tentangan


terhadap Belanda. Walaupun Indonesia ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya,
tetapi melalui penyatuan agama ini, telah muncul seperti persatuan Sarekat Islam,
Muahmmadiyyah dan Nahdatul yang menjadi ancaman kepada Belanda pada tahun
1920. Manakala di Myanmar pula, British mengancam kedudukan pengaruh agama
Buddha di Negara itu. Selain itu, British juga mengancam dari segi pendidikan di
Myanmar. Ini dapat dikaitkan lagi yang mana British cuba menyebarkan agama kristian
dikalangan puak Chin dan Karen. Isu lain yang timbul ialah pencemaran isu kasut yang
menyaksikan tentera British memakai kasut masuk ke kuil Buddha. Maka golongan
12
Sejarah Asia Tenggara dan Timur 1800-1963, fajar bakti, hlmn.228.
11

sami telah bangkit menentang dengan tertubuhnya Belia Agama Buddha. Dengan
tertubuhnya persatuan ini, mereka telah mempertikaikan isu kasut (1916-18) 13,
menuntut pembaharuan dalam pentadbiran British dan pemogokan pelajar pada tahun
1920.

Di Filipina pula, agama Kristian dianggap sebagai satu penyatuan perpaduan.


Maksunya disini ialah kehadiran Kristian yang tela disebarkan oleh Sepanyol telah
memupuk semangant kebangsaan di kalangan mereka. Semasa ini, penentangan adalah
bersifat regionalistik. Layanan buruk yang telah diberikan oleh paderi Sepanyol juga
telah memberi semangant kepada rakyat Filipina memberontak. Dalam hal ini kerana
paderi Filipina dianggap sebagai sekular manakala paderi Sepanyol dianggap sebagai
regular yang mana diskriminasi telah berlaku. Ini dibangkitkan lagi paderi regular yang
lebih suka mengumpul harta. Paderi Filipina telah bagkit menentang seperti yang
diperjuangkan oleh Paderi Mariano Gomez, Jacinto Zamora, Jose Guevera dan Jose
Burgos14.

Jadi disini dapat dinyatakan daripada apa yang telah ditulis diatas bahawa
jelaslah melalui agama ini juga, ianya merupakan satu alat perpaduan dan merantai
masyarakat setempat unutk bersatu padu menentang golongan penjajah. Sesungguhnya
kedatangan penjajah sedikit sebanyak mengubah dan seolah-olah mencemarkan
keharmonian agamamasyarakat setempat. Jadi, golongan ketua agama juga memainkan
peranan dalam membentuk semangat perjuangan kepada anti penjajah kerana golongan
ketua agama seperti Sami atau Paderi di Myanmar dan Sepanyol dianggap suci dan
rakyat harus mematuhi arahan ketua agama ini dalam membentuk keharmonian.

4.2 PENGARUH PENDIDIKAN BARAT:

Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh imperialis barat di Asia Tenggara adalah
lebih kepada pendidikan secular serta menghapuskan pendidikan yang sedia ada. Selain
itu, sekolah-sekolah tradisional yang telah bertapak lama juga dihapuskan. Sistem barat

13
Sejarah Asia Tenggara dan Timur 1800-1963, fajar bakti, hlmn 229.
14

Ibid hlmn 229.


12

ini telah memberi idea-idea liberal barat seperti kebebasan dan hak asasi manusia
kepada rakyat setempat. Selain itu, mereka yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara
sebenarnya telah bertembung dengan idea-idea kebebasan induvidu, hak asasi manusia,
liberialisme, demokrasi, persaudaraan, sosialisme dan komunisme. Melalui pendedahan
ini, maka golongan yang terpelajar dan menerima pendedahan ini sedar bahawa
sebenarnya Negara mereka telah dikongkong oleh barat sedangkan pemerintahan di
barat pula bersifat demokrasi. Maka merekalah yang mendominasi pergerakan
semagnat nasionalisme.

Di Indonesia, apa yang kita dapat lihat ialah seperti yang dikatakan oleh
Sartono didalam bukunya iaitu lembaran Sejarah Indonesia telah memberi gambaran
bahawa sebenarnya pendidikan Belanda itu sendiri telah menanamkan semangat
nasionalisme di kalangan mereka. Ini disebabkan sistem pendidikan colonial sendiri
merupakan tragedy politik koloni keranan ia membentuk dan membangunkan kekuatan
yang kemudia hari akan melawan pemerintah colonial itu sendiri. G. M., Kahin,
berpendapat bahawa dasar pendidikan Belanda yang dilaksanakan di Indonesia telah
melahirkan golongan elit yang terdiri daripada rakyat Indonesia itu sendiri15.

Secara keseluruhannya, corak perjuagnan nasioanalisme sebenarnya berbeza


mengikut Negara. Ini kerana mereka yang berpendapat pendidikan barat sebenarnya
mempunyai fahaman yang berlainan dalam memperjuangkan semangat nasionalisme.
Contohnya di Myanmar, Vietnam, Laos, Kemboja, Filipina dan Indonesia berjuang
untuk mendapatkan kemerdekaan dan membentuk kerajaan republic. Manakala di
Thailand pula, golongan terpelajar memperjuangkan fahaman anti raja berkuasa mutlak
dan menghapuskan sistem kapitalis-kapitalis barat.

4.3 PERANAN AKHBAR

Akhbar dan majalah adalah diantara alat sebaran am yang banyak memainkan peranan
dalam memperluaskan nasinalisme. Akhbar majalah yang telah dicetak bukan sahaja
dalam bahasa penajajah, bahkan dalam bahasa Ibunda. Melalui penyebaran maklumat
15
Sejarah Kertas 940/2 Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, Pustaka Sarjana Sdn. Bhd., hlmn.
434.
13

ini, maka semangat perjuangan nasionalisme dapat dipupuk dengan mudah. Ianya juga
menjadi alat penyebaran maklumat serta menyampaikan mesej dengan berkesan sekali.
Di Filipina dan Indonesia, alat sebaran am ini didapati sangat berkesan dalam
menyedarkan masyarakat mengenai keadaan di Negara mereka. Selain itu, Novel
karangan Jose Rizal seperti Noli Ma tangere juga Berjaya menyedarkan masyarakat.

Antara yang memainkan peranan dalam faktor ini ialah peranan guru dan
wartawan juga tidak boleh disangkal. Mereka ini bebas untuk berhubung dengan
masyarakat serta mempengaruhinya. Disebabkan itu, maka nasionalisme di Asia
Tenggara telah berjalan dengan lancar sehingga selepas perang dunia kedua16.

4.4 GERAKAN PEMULIHAN ISLAM DI TIMUR TENGAH:

Gerakan Pemulihan Islam telah bermula di Mesir pada penhujung abad ke 19. Gerakan
ini telah mempengaruhi khususnya masyarakat di Asia Tenggara iaitu di Indonesia dan
Tanah Melayu. Gerakan ini telah dipelopori oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan
Syeikh Muhammad Abduh. Antara matlamat perjuagnan gerakan di Mesir ini ialah
memperjuangkan konsep pan-islam iaitu peyatuan semua umat islam di selruh dunia,
membebaskan islam daripada kekarutan dan perkara tahyul dan mencapai kemajuan
dalam ekonomi dan sosial berpandukan Al-quran dan Al hadis. Gerakan dan objektif
utama kumpulan di Mesir ini telah mepengaruhi penduduk di Asia Tenggara. Hal ini
terjadi seperti yang kita lihat di Tanah Melayu yang mana pelajar lepasan daripada
Universiti di Mesir pulang dan melancarkan gerakan anti British ketika itu, mereka juga
bangkit dan juga menggerakkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat ketika
itu. Justeru, melalui objektif gerakan di Mesir ini, maka, difahami bahawa pergerakan
di Mesir ini telah mempengaruhi masyarakat di Asia Tenggara dalam sudut positif.

5.0 NASIONALISME DI ASIA TENGGARA.

Seperti dalam sejarah, penjajah asing sebenarnya telah datang ke Asia Tenggara sejak
abad ke 15 lagi iaini kuasa besar iaitu Portugis telah datang ke Melaka untuk

16
Marc Frey, Ronald W. Pruesse, & Tan Tai Yong, 2004, The Transformation of Southeast Asia, M. E. Sharpe,
hlmn.34.
14

berdagang. Lantas atas kedudukan Melaka yang strategik, maka satu angkatan tentera
telah menyerang Melaka. Selepas itu menyaksikan Spanyol yang telah datang ke
Filipina dengan tujuan yang sama iaitu untuk berdagang. Tetapi atas dasar minat ke
pada Filipina kerana kaya dengan sumber bumi. Lantas Sepanyol pun telah menawan
Filipina. Itu serba sedikit mengenai kuasa besar yang berminat ke atas Asia Tenggara.

Tetapi kuasa besar lain juga tidak ketinggalan mempunyai minat untuk
menajajah Asia Tenggara. Misalnya British yang telah menajajah Myanmar dengan
menyebarkan agama sekali. Begitu juga Perancis di kesatuan Indochina yang meliputi
Kemboja, Vietnam, dan Laos. Pihak barat ini mendakwa mereka lah yang berhak
mentamadunkan bangsa di Asia Tenggara dan menganggap ianya sebagai satu beban
orang putih dalam menyebarkan tamadun. Maka mereka pun menajah satu persatu
Negara di Asia Tenggara. Negara yang terselamat ialah Thailand kerana kebijakan
pemerintahnya iaitu Raja Chulalongkon.

Semasa perang dunia kedua, kuasa besar di Asia ialah Jepun yang begitu
cemerlang dalam kuasa ketenteraan. Dalam analisis saya, sedikit sebanyak Jepun
Berjaya menyakinkan rakyat di Asia Tenggara. Lagipun masa pendudukan Jepun di
Asia Tenggara dimana rakyat tempatan sedikit sebnayak menananmkan kepercayaan
kepada Jepun agar Jepun boleh membantu dan memeberikan kemerdekaan. Selepas
pengunduran Jepun, rakyat mula sedar, kebebasan bukanlah terletak di tangan orang
lain, bahakan merekalah yang menggerakkan. Jadi, selepas pengunduran Jepun
menyaksikan nasionalisme di Negara-negara Asia tenggara semakin hebat ini juga
sebahagian daripada didikan Pihak Jepun kerana daripada didikan yang telah diberi,
maka rakyat di Asia Tenggara mula mengintrepertasi bahawa kemerdekaan harus
dituntut oleh mereka sendiri. Jadi, topik yang seterusnya akan di tumpukan kepada
nasionalisme di Asia Tenggara.

6.0 NASIONALISME DI LAOS:

Laos ialah sebuah Negara yang penuh dengan permusuhan yang melibatkan
permusuhan pada zaman silam di antara keluarga atasan Laos untuk mendapatkan
15

kuasa tersebut. Semasa pendudukan Jepun pada tanggal 19 Mac 1945, Pihak Jepun
telah menuntut Raja Sisavang untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Apa yang timbul
ialah Raja Sisavang dalam dilemma samada mahu bekerjasama dengan Peracnsi
ataupun Jepun. Maka, golongan elit di bahagian Luang Prabang dan selatan Laos telah
menubuhkan Lao Isarra iaitu pergerakan pembebasan Laos17. Tujuannya ialah untuk
mengusir Perancis keluar. Seleaps kekalahan Jepun, Gabenor wilayah selatan Laos
telah mempelawa kembali Perancis dan membatalkan semua akta kerajaan.

Kemaraan tentara Perancis di Veintiene meyebabkan pemimpin Lao Isarra lari


ke Bangkok. Lantas pemimpinnya pada masa itu Souphanovong telah meminta bantuan
pihak Viet Minh untuk menentang Perancis dan Phetsarath telah campur tangan agar
Viet Minh tidak berkompromi dengan Souphanovnong. Seterusnya Souphanovong
telah melancarkan perang gerila terhadap Perancis. Pada ogos 1946, satu modus
viviendi telah ditandatangani yang membawa maksud pengiktirafan telah diberikan
secara langsung terhadap perpaduan Laos18.

Pada awal tahun 1949, perjanjian Elysee telah dibuat dengan bao Dai dari
Vietnam. Dalam ini, Pihak Perancis telah mengiktiraf kemerdekaan Laos. Tetapi, pada
hakikatnya, Laos tidak merdeka sepenuhnya. Pada 6 Februari 1950, satu lagi perjanjian
telah ditanda tangani bertujuan untuk memindahkan sesetengah daripada fungsi dan
kuasa kerajaan kepada kerajaan Laos19. Akhirnya pada 1960, Laos telah menyelaraskan
hal-hal perhubungan imigresyen, ekonomi, kastam, perdaganan luar dan kewangan
yang dahulunya dikuasai Perancis. Pada masa itu juga Lao Isarra telah dibubarkan dan
Souphanovong telah mnubuhkan satu pertubuhan iaitu Pathet Lao atau kebebasan Lao
yang tujuannya mengusir saki baki Perancis. Laos telah merdeka pada 1953.

6.1 NASIONALISME DI KEMBOJA:

Nasionalisme di Kemboja sebenarnya telah tercetus lagi semenjak kedatangan pihak


Perancis. Pihak Perancis telah memaksa raja Kemboja iaitu Raja Norodom untuk

17
War and Revolution, Harper and Row pblsh. Hlmn. 103.
18
Asri Maswan Adam, 2005, Budaya dan masyarakat Laos, pustaka Lp3es, hlmn. 697.
19
Ruhanas Harun, 1988, Sejarah Indochina Moden, Dwn. Bahasa dan Pustaka, hlmn.159.
16

menerima naungannya. Penaung kepada Kemobja sebelum itu ialah Thailand. Yang
pada akhirnya Raja Norodom hanya berkuasa dalam hal agama sahaja. Kesemua ini
berubah setelah kedatangan pihak Jepun menakluki Kemboja20.

Apabila Jepun telah mengambil alih kuasa pada Mac 1945, nasionalis
Kemboja semasa pemerintahan Perancis iaitu Son Ngoc Thanh telah melarikan diri ke
Tokyo ekoran pihak Perancis yang mahu menangkapnya. Beliau telah membentuk
pergerakkan Khmer Issarak yang bermaksud pergerakan Khmer Bebas. Pergerakan ini
mempunyai seramai 2000 orang sukarelawan bersenjata dan telah menjalinkan
kerjasama dengan Viet Minh untuk menyekat semula kedatangan Perancis. Pada masa
ini, Jepun telah mendesak Raja Norodom Shihanouk untuk mengisytiharkan
kemerdekaan pada bulan Mei 1945 dan Son Ngoc Thanh telah dilantik sebagai Menteri
Luar dan kerajaan yang dipantau oleh Jepun. Tetapi selepas pengunduran Jepun, Raja
Norodom telah melantik Son Ngoc Thanh sebagai perdana menteri.

Sekembalinya Perancis ke Kemboja, Perancis tidak mengisytihar kerajaan


boneka yang telah ditubuhkan oleh Jepun. Dari tahun 1945 hingga tahun beliau
digulingkan dari jawatan ketua Negara. Pada masa ini, Sihanouk berperanan utama
dalam segala perkembangan nasionalisme di Kemboja. Contohnya Sihanouk yang
sememangnya bengang dengan puter belit Perancis yang melambatkan penubuhan
wilayah Batambang dan Siemreap di bawah kekuasaan Khmer pada tahun 1949 dan
1951. Lantas beliau telah menulis sepucuk surat kepada Presiden Perancis iaitu Vincent
Auriol dengan tujuan menuntut kemerdekaan secepat mungkin. Tetapi rundingan antara
Pihak Kemboja dan Pihak Perancis menemui kegagalan. Lants, Sihanouk telah
meminta bantuan dari Amerika Syarikat supaya rundingan dan kesepakatan antara
Kemboja dengan Peracis dapat dicapai. Tetapi pihak Amerika juga tidak dapat
memerikan kerjasama yang diharapkan oleh Sihanouk kerana Setiausaha Amerika
Syarikat pada masa J. Foster Dulles berkata bahawa hanya Perancis sahaja yang berhak
menyelesaikan maslah ini. Lantas tamparan hebat yang diberikan, Sihanouk telah
membuat kenyataan kepada akhabr New York Tmies keluaran April 1853 akan

20
Sejarah Indochina Moden, Dwn. Bahasa dan Pustaka, hlmn. 46.
17

bekerjasama dengan pihak Viet Minh sekiranya Perancis tidak mempedulikannya lagi 21.
Dengan serta merta Pihak Perancis telah menjemput Penn Nouth dan menteri-menteri
lain ke Perancis untuk memulakan rundingan. Dalam perjanjian ini, satu memorandum
telah ditandatangani pada 9 Mei 1953 akan tetapi perjanjian ini tidak memuaskan hati
Pihak Kemboja kerana masalah berkaitan dengan Tentera dan juga keadilan. Pada 21
Jun, Sihanouk kembali ke Kemboja dan pada 28 Jun, Sihanouk mengisytiharkan
perintah pengerahan yang menunjukkan bahawa rakyat Khmer mampu
mempertahankan diri mereka.

Rundingan antara pihak Perancis-Khmer berjalan dengan genting 22. Pada masa
ini, Pihak Amerika Syarikat mula memebri perhatian kepada isu Kemboja ini. Pada
perjanjian yang pertama, menyentuh mengenai penguasaan polis dan keadilan kepada
Kemboja. Manakala pada 17 Ogos 1953, termeterainya pula penyerahan kuasa
ketenteraan kepada semua wilayah kemboja. Lalu Sihanouk telah pulang ke Kemboja
pada 8 November dan disambut sebagai seorang pejuang. Pada 2 Mac 1955, Sihanouk
telah turun dari takhta dan digantikan oleh ayahnya Norodom . Lantas beliau yang
masih memakai gelaran putera kemudiannya telah menbuhkan sebuah parti politik
bersama Sam Sary, Yem Sambaur dan bebrapa orang lainnya menubuhkan Komuniti
Sosialis Rakyat yang dalam bahasa Kembojanya disebut Sangkum Reastr Niyum yang
lebih popular disebut sebagai Sangkum. Nasionalisme di Kemboja ini apa yang
dapatkita lihat ialah kegigihan perjuangan yang dijuangkan oleh Sihanouk dalam
medapatkan kemerdekaan daripada Pihak Perancis. Kemboja telah merdeka
sepenuhnya pada tahun 1953. Tetapi, pada masa itu, Kemboja mengalami ancaman-
ancaman lama dan struktur ekonomi yang lembap dan dasar berkecuali yang diamalkan
oleh Sihanouk Lantas satu rampasan kuasa telah berlaku yang dipimpin oleh Lon Nol
dan telah menggulingkan pemerintahan Sihanouk. Maka kerajaan yang baru ini telah
menghapuskan dasar berkecuali dan menyertai SEATO.

6.2 NASIONALISME DI FILIPINA.

21
Sejarah Indochina Moden, Dwn. Bahasa dan Pustaka, hlmn. 76.
22
Son Ngoc Thanh enggan memberi kerjasama.
18

Nasionalisme di Filipina telah dicetuskan oleh golongan kiri iaitu golongan radikal
revolusi. Semasa ini, pihak Russia cuba untuk menyebarkan fahaman komunis di
seluruh dunia dengan tujuan untuk menentang kapitalis. Hal ini dapat dikaitkan di
Filipina semasa pemerintahan Kapitalis, khususnya kaum buruh telah ditindas hak
mereka dari segi politik. Lantas satu rombongan untuk orang-orang buruh di Filipina
telah diadakan di Russia. Pihak Russia telah menjemput mereka datang ke Russian
serta melawat Negara-negara dibawah kesatuan Soviet. Dalam hal ini, mereka Nampak
bahawa Negara-negara di bawah naungan Russia maju dalam perlbagai bidang. Lantas
mereka telah menyusun gerakan Komunis dan telah mencetuskan beberapa siri
penentangan bersenjata.

Bagi mengukuhkan kedudukan mereka, lantas satu pertubuhan telah


ditubuhkan iaitu Barisan Rakyat yang dianggotai oleh Sakdalista dan Komunis-
komunis. Pertubuhan ini telah mendapat tempat yang teguh di Luzon utara dan tengah.
Manakala di daerah Pampanga sahaja lapan buah Majlis Perbandaran daripada dua
puluh satu kerusi dikuasai oleh golongan Parti Barisan Rakyat. Nama pertubuhan ini
telah berubah semasa pendudukan Jepun iaitu dikenali sebagai pertubuhan Hukbalahap
yang merupakan kesinambungan dari Barisan Rakyat sebelum perang. Tujuan mereka
ialah menentang kedudukan Jepun. Selepas pengunduran Jepun, Jeneral Amerika iaitu
Jeneral Douglas Mac Arthur telah memerintahkan supaya Hukbalahap meletakkan
senjata23. Mereka terasa terancam dan berlakulah pertempuran berdarah di antara
mereka. Perperangan ini telah terhenti kerana telah diadakan satu pilihan raya. Dalam
masa ini juga, pihak Hukbalahap telah menubuhkan Parti Perikatan Demokratik dan
telah memenangi beberapa buah kerusi untuk Dewan Perwakilan Filipina. Ini telah
menyebabkan kemarahan orang-orang Hukbalahap. Lantas mereka telah mengambil
keputusan kembali kedalam hutan dan akan melancarkan siri gerakan penentangan
gerila. Pimpinan gerakan pada masa itu diketuai oleh Luis Taruc24.

Masalah perpecahan dalaman dalam parti Nasionalis juga terlibat dimana


kedua orang pimpinannya telah bertentangan pendapat iaitu antara Rosmena dan

23
Amat Johari Moain, 1969, Sejarah Nasionalisme Maphilindo, Utusan Melayu sdn. Bhd., hlmn. 52.
24
A History of Southeast Asia, London, hlmn. 813.
19

Roxas25. Dalam masa pilihanraya, Roxas menyatakan bahawa belaiu lebih menyokong
kepada pahaman liberial dan beliau telah mendapat sokongan daripada orang-orang
Amerika seperti Jeneral Mac Arthur. Beliau juga telah mnegalahkan Rosmena yang
pada masa itu menjawat jawatan presiden Negara Persekemakmoran Filipina. Rakan
Rosmena iaitu Elpido Quirino telah menang juga. Ini telah menjelaskan bahawa Roxas
dan Quirino dipilih sebagai presiden dan naib presiden Filipina yang pertama.
Kemerdekaan di Filipina telah diisytiharkan pada 4 Julai1946.

Selepas kemerdekaan Filipina masih lagi menghadapi perlabgai masalah


dalaman, keadaan ekonomi yang mundur dan kegiatan-kegiatan ketenteraan Amerika di
sana. Masalah penentangan seperti Pihak Hukbalahap juga membantutkan dalam proses
pembinaan Negara presiden pada masa itu iaitu Roxas. Ini kerana pengaruh mereka di
kalangan penduduk kelas bawahan di Filipina sangat tingi. Penyelesaian untuk
menghapuskan gerakan ini tidak dapat dibasmi sehinggalah presiden yang pertama itu
meninggal dunia.

Selepas kematian beliau, tempat beliau pula telah digantikan oleh timbalannya
iaitu Quirino dan melantik Magsaysay sebagai setiausahanya dalam memberenteras
kegiatan Hukbalahap. Atas inisiatif Magsaysay, maka pergerakan Hukbalahap sedikit
sebanyak dapat dibenteras. Akibat daripada salah laku dalam pemerintahan Quirino,
maka Magsaysay telah keluar dari Parti Liberal dan menyertai Parti Nasional dimana
beliau telah menang dalam pilihanraya tersebut. Bagi rakyat, Magsaysay merupakan
seorang pemerintah yang cekap dan berkaliber. Masalah yang dihadapi oleh mendiang
Roxas iaitu menentanng Hukbalahap diteruskan oleh Magsasay. Buktinya, kegiatan
Hukbalahap yang ganas dapat ditumpaskan. Tetapi jasa beliau terus terkenang apabila
beliau telah terbunuh dalam nahas kapal terbang26.

6.4 NASIONALISME DI MALAYSIA:

25
A History of Southeast Asia, London hlmn.54.
26
Ibid hlmn.56.
20

Selepas pengunduran Pihak Jepun, British telah datang kembali berdasarkan kepada
Piagam Atlantik yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri Britain iaitu Winston
Churchill dan Presiden Amerika Syarikat, Roosevelt pada bulan ogos 1941. Piagam
Atlantik telah mengisytiharkan prinsip-prinsip kerajaan sendiri bagi tanah jajahan
mereka. Berdasarkan prinsip-prinsip perjanjian ini, pada bulan Februari 1943 pejabat
tanah jajahan bersama-sama dengan pejabat perang mula membuat rancangan-
rancangan untuk pembaharuan politik di Tanah Melayu selepas perang. Pada bulan
Julai 1943, Pejabat Tanah Jajahan di London telah menubuhkan unit perancang Tanah
Melayu bagi merangka satu sistem pentadbiran baru di Tanah Melayu. Unit ini
dianggotai oleh bekas pegawai-pegawai British. Pada 31 Mei 1944, kabinet perang
telah meluluskan syor-syor mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang
dikemukakan oleh unit perancangan.

Dalam melaksanakan usul ini, maka setiausaha British ketika itu George Hall
telah menhantar Sir Harold Macmichael untuk mendapatkan tanda tangan sultan-sultan
Melayu. Lantas orang Melayu bangkit untuk menentang Malayan Union keranan
dianggap Malyan Union ini menghakis hak orang-orang Melayu. Lagipun jika
tertubuhnya Malayan Union, kuasa-kuasa sultan akan hilang, selain itu, British juga
memberikan syarat kewarganegaraan yang longgar. Sebenarnya, raja-raja Melayu telah
diugut oleh Sir Harold McMichael dalam mendapatkan tandatangan Sultan. Hal ini
yang menyebabkan orang-orang Melayu bangkit menentang27.

Mereka telah menentang melalui akhbar dan majalah. Akhbar-akhbar ketika


itu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara rata-ratanya mempermainkan
sentiment orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Akhbar ini juga merupakan
alat penyebaran maklumat dan pentingnya orang Melayu bersatu menentang gagasan
ini. Selain itu, mereka juga telah mengadakan demonstrasi secara besar-besaran.
Contohnya di Kota Bahru seramai 10 000 orang telah menyertai demonstrasi ini semasa
Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan.

27
Sejarah Kertas 940/2 Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, Pustaka Sarjana Sdn. Bhd., hlmn184.
21

Lantas, satu kongres yang terdiri daripada orang Melayu telah ditubuhkan
pada mei 1946 dengan Dato Onn Jaafar dipilih menjadi yang dipertua. Umno ialah
sebuah parti bangsa Melayu yang berjuang menentang penubuhan Malayan Union.
Mereka menetang bukan dengan senjata, tetapi menentang dengan secara aman dan
mengadakan demonstrasi. Pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah
Melayu juga turut menentang gagasan ini. Antaranya ialah Alex Mac Adam, Arnold
Robinson dan Sir Richard Winstedt. Mereka ini sebenarnya simpati terhadap bangsa
Melayu. Tetapi kita lihat, satu parti telah ditibuhkan iaitu parti dari kalangan bukan
Melayu yang diberi nama AMCJA. Didalam parti ini mengandungi parti-parti lain
seperti MDU, MIC, MDYL dan Malayan Peoples Anti Japanes Ex Comrades
Association. Mereka juga turut memperjuangkan dasar-dasar mereka. Kemudian
AMCJA juga telah mendapat bantuan daripada parti-parti politik Melayu yang
berhaluan kiri.

Mereka juga telah menentang syor-syor yang telah dikemukakan oleh Jabatan
Kerja yang hendak menyediakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Maka
mereka juga telah menubuhkan satu perlembagaan ciptaan mereka sendiri iaitu
Perlembagaan Rakyat untuk Malaysia. Tetapi oleh sebab golongan mereka ini bersifar
bukan perkauman, maka ianya tidak mendapat tempat yang baik dikalangan orang-
orang Melayu. Walaupun usaha mereka tidak mendapat tempat, tetapi mereka tetap
berusaha untuk menggagalkan pembentukkan Persekutuan tanah Melayu. Tetapi segala
tuntutan mereka sama sekali tidak dilayan oleh Pihak Inggeris28.

Setelah diadakan perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan pada rangka


perlembagaan itu, maka pada tahun 1948, siaplah disusun satu pelembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Pada 21 Januari 1948, perjanjian ini telah ditandatangani
oleh raja-raja Melayu dengan kerajaan Inggeris. Pada 1 Februari, maka telah
diisytiharkan Negara Persekutuan Tanah Melayu dan dari tarikh itu, berjalanlah
penguatkuasaan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan
Union. Selepas itu, Persekutuan Tanah Melayu telah diancam oleh pihak komunis.
Lantas telah diisytiharkan darurat pada tahun 1948. Maka, pihak Inggerislah yang
28
Ibid hlmn. 216.
22

banyak membantu dalam membenteras pergerakan Komunis ini. Lantas, Pihak Inggeris
telah mengadakan kawalan yang ketat seperti catuan makanan, mengadakan kad
pengenalan, dan menyiarkan propaganda rakyat unutk menentang Komunis. Maka,
pada tahun 1954-dan 1955, kekuatan Komunis dapat dikawal. Pada 1960, darurat di
Tanah Melayu telah kembali aman. Selepas tamatnya darurat, maka pemimpin-
pemimpin di Tanah Melayu telah menumpukan kepada usaha untuk memerdekakan
Tanah Melayu daripada Pihak Inggeris. Maka, satu rombongan telah diadakan pada
1956 dan Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan ini. Rombongan ini juga
terdiri daripada empat orang wakil raja dan empat orang Menteri perikatan.

Rundingan telah diadakan pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah
dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd29, Setiausaha Tanah Jajahan British. Beberapa
perkara penting dibincangkan disamping penetapan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu
iaitu pada 31 Ogos 1957. Dua Peringkat pelaksanaan dipersetujui dalam rundingan
tersebut antaranya ialah menteri-menteri akan menggantikan pegawai-pegawai British
sebagai Menteri Pertahanan dan Keselamtan, Menteri Kewangan serta Menteri
Perdagangan dan presiden Perindustrian. Yang keduanya ialah, Kerajaan British
berjanji memberikan bantuan kewangan kepada Tanah Melayu semasa kemerdekaan,
Perkhidmatan awam akan dicorakkan bersifat Tanah Melayu iaitu orang tempatan yang
berkelayakan akan menggantikan pegawai-pegawai British dan British akan
mewujudkan sebuah Persekutuan Tanah Melayu Yang merdeka dan bertanggungjawab
menajlankan semua fungsi kerajaan. Maka suruhanjaya Reid telah dibentuk pada Jun
1956.

Dalam hal ini, kerjasama dan perpaduan dapat dipupuk keranan MIC dan
MCA telah mengiktiraf keududukan Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu,
Kedudukan istimewa Orang Melayu dan Kerakyatan. Maka Tanah Melayu telah
diisytiharkan Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman.

KESIMPULAN:

29
Ibid hlmn. 218.
23

Sememangnya nasionalisme tidak dapat lari apabila Negara mereka dijajah oleh
penjajah asing. Kedatangan mereka ini seiiring dengan pembawaan budaya serta agama
yang mereka anuti. Kemasukkan para Penjajah ini juga telah mengancam sistem
politik, ekonomi dan sosial. Selain itu mereka juga mencemar agama penduduk
setempat seperti yang berlaku di Myanmar. Tetapi, apa yang kita dapat lihat,
nasionalisme sebelum perang juga telah berlaku dimana para penentang ini tidak
merasakan yang kedatangan mereka ini memebantu mereka dari segi ekonomi yang
pentingnya.

Selain itu, peranan seperti akhbar, golongan cendikiawan dan golongan agama
sedikit sebanyak Berjaya mempengaruhi penduduk setempat unutk bangun menentang
penajajah. Mereka telah menanamkan sikap Anti penjahah dikalangnan penduduk.
Selain itu, peranan seperti agama juga merupakan satu faktor pengikat yang ikut
dikalangan mereka. Misalanya di Filipina, yang mana melalui agama ini, mereka telah
bersatu menentang penjajahan sepanyol.

Tetapi nasionalisme selepas perang dunia kedua yang mana menyaksikan


nasionalisme di Asia Tenggara bersifat moden. Ini kerana semasa pendudukan Jepun,
Pihak Jepun sedikit sebanyak telah menanamkan semangat nasionalisme dikalangan
penduduk di Asia Tenggara. Ini kerana, Jepun tahu bahawa segala didikan yang telah
diberi, akan digunakan oleh penduduk di Asia Tenggara untuk menentang kuasa berikat
atau pihak penjajah. Lagipun propaganda yang digunakan oleh Jepun Berjaya menawan
hati penduduk di Asia Teggara. Selain itu, mereka juga percaya bahawa kuasa tunggal
di Asia iaitu Jepun dapat membantu mereka dalam mencapai kemerdekaan.

Tetapi selepas pengunduran pihak Jepun, menyaksikan kembali kedatangan


penjajah barat. Kedatangan mereka disambut dingin oleh penduduk di Asia Tenggara
keranan melalui didikan yang mereka terima daripada Jepun ternyata bahawa
kebebasan yang mutlak bukan terletak di tangan penjajah.

SENARAI RUJUKAN:
24

Abd. Zakaria, Azharudin Mohamed Dali, dan Suffian Mansur, Sejarah Asia Tenggara
dan Timur 1800-1963, fajar bakti, 2000 .

Amat Johari Moain, Sejarah Nasionalisme Maphilindo, Utusan Melayu sdn. Bhd.,
1969.

Asri Maswan Adam, Budaya dan masyarakat Laos, pustaka Lp3es, 2005.

Cik Zaharah binti Ahmad, En. Abd. Majid bin Abd. Halim, Sejarah Asia Tenggara
Moden, DBDP, 1972.

D., G., E., Hall, Burma, Anchor Press, Ltd, Tiptree, Essex, 1950.

K. Ratnam, Sejarah Kertas 940/2 Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia
Timur, Pustaka Sarjana Sdn.
Bhd., 2006.

Marc Frey, R., W., Pruessen & Tan Tai Yong, The Transformation of Southeast Asia,
edt. Singapore University Press, 2003.

Nina S. Adams, Alfred W. Mccoy, War and Revolution, Harper and Row pblsh, 1970.

Ruhanas Harun, Sejarah Indochina Moden, Dwn. Bahasa dan Pustaka, 1988.
25
26

You might also like