You are on page 1of 8

MINGGU 31 HARI SELASA TARIKH 22

-09:10
KELAS 4 MASA 10:10


3.3 .
3.5.5 .
3.5.6 .
3.5.7 .
.1 .
.2 .

.3 .
.1 .
.2 .
.3 .
(EK5)5.1
.
TMK . ()EMK

-10:30
KELAS 3 MASA 11:30



1.1 .
.3-1
/
.
.1.1.10 . ()EMK
.2.2.3 .
.5.5.3 .
()LCD


KELAS 4 TASMIK MASA 12:30-13:30

:
2:
:
.
1 4
.
2

.2 : 2362:
2
: 21 :




Surah Al-Falaq ( ) adalah surah ke-113 dalam Al-Quran. Ia mengandungi 5 ayat
dan tergolong surah Makkiyah yang diturunkan selepas Surah Al-Fiil. Nama Al-Falaq
diambil dari kata Falaq yang terdapat pada hujung ayat pertama surah ini yang bermaksud
seluruh makhluk atau sebahagian ahli tafsir berpendapat waktu subuh.

Maksud Ayat-Ayat Surah Al-Falaq

Kisah Penurunan Surah Al-Falaq

Dalam riwayat Al-Baihaqi, diceritakan bahawa surah Al-Falaq dan An-Naas diturunkan pada
masa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam disihir oleh seorang Yahudi yang bernama
Labid bin al-Asham dengan sebelas simpulan tali, dimana setiap kali dibacakan satu demi
satu ayat-ayat dari kedua surah tersebut, maka terlepaslah simpulan itu satu persatu. Kisah
tentang disihirnya Nabi shallallahu alaihi wasallam ini sendiri terdapat dalam Shahih Al-
Bukhari.

Menurut Abdullah Yusuf Ali pula, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad shallallahu
alaihi wasallam, terdapat seorang bomoh perempuan yang mengenakan sihir hitam ke atas
musuhnya menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah SWT menurunkan surah ini
sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.

.
Al-Imam Muhammad Abduh berkata: Dalam masalah ini, terdapat lebih banyak hadis yang
menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah disihir oleh Labid Ibn
al-Asam. Sihir itu telah berjaya mempengaruhi (meresapi) diri Baginda shallallahu alaihi
wasallam, sehingga mengkhayalkan Baginda dan menyebabkan Baginda seolah-olah
melakukan sesuatu padahal baginda tidak melakukannya, atau baginda seperti mendatangi
sesuatu, sedangkan Baginda shallallahu alaihi wasallam tidak mendatanginya.

Kemudian, Allah SWT menjelaskan kepadanya hal itu, seterusnya bahan sihir itu dikeluarkan
daripada sebuah perigi. Setelah itu barulah Baginda shallallahu alaihi wasallam sembuh
daripada penderitaannya dan diturunkan surah ini. .

Keistimewaan Surah Al-Falaq

1. Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam, bersabda: Apakah engkau tidak melihat
ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu
ialah Qul Auzdu Birabbil Falaq (Al-Falaq) dan Qul Audzu Birabbin Naas (An-Nas).
(HR Muslim r.a.)

2. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: Bacalah Qul Auzdu Birabbil Falaq
(Al-Falaq) kerana kamu tidak dapat membaca mana-mana surah yang amat dicintai Allah
SWT dan sangat cepat diterima Allah SWT, seperti surah ini. Maka semana mampu kamu
janganlah kamu tinggalkannya.

3. Disebut pada riwayat lain, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: Kamu tidak
dapat membaca apa-apa yang sangat pantas sampai kepada Allah SWT seperti Qul Audzu
Birabbil Falaq (Al-Falaq).

Bacaan Surah Al-Falaq Dan Terjemahannya

Tafsir Surah Al-Falaq (Ayat 1-5)

.
1. Firman Allah SWT:

Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh/makhluk.

Surah ini dimulakan dengan Qul yang membawa maksud katakanlah kerana Allah telah
perintahkan Rasul-Nya berkata demikian.

Falaq pula adalah cahaya waktu Subuh atau seluruh makhluk. Kedua-dua pengertian
ini sesuai dengan ayat-ayat Surah Al-Falaq yang seterusnya.

Sayid Qutub berpendapat boleh dipakai sama ada dengan pengertian: Aku mohon
perlindungan pada Tuhan yang menjadi waktu pagi yang memberi keamanan dengan
cahaya siang dari segala kejahatan yang sulit dan tersembunyi. atau menggunakan
pengertian; Aku mohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara seluruh makhluk
yang memberi keamanan dari segala kejahatan makhluk.

2. Firman Allah SWT:

Dari kejahatan makhluk-Nya.

Berkenaan dengan ayat ini, ia adalah semua kejahatan yang diciptakan seperti Iblis dan
keturunannya. Setiap makhluk di dunia mempunyai kebaikan dan kejahatan masing-masing.
Menjadi lumrah kepada menusia sukakan kebaikan dan bencikan keburukan.

Perlindungan yang perlu kita pohonkan di sini ialah dipelihara daripada kejahatan agar hanya
kebaikannya sahaja yang tinggal. Hanya Allah mampu menapis unsur-unsur jahat daripada
terus menganiaya umat manusia yang bergantung harap kepadaNya.

Al-Maraghi mentafsirkan: Aku berlindung, memohon pelindung kepada zat yang menjadi
Tuhan semua makhluk, pencipta segala yang ada dari segala penyakit dan keburukan yang
menimpaku antara salah satu makhluk daripada makhluk-makhluk seluruhnya.
.

3. Firman Allah SWT:

Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita.

Maksud ayat ini pula adalah matahari apabila tenggelam atau malam yang berlabuh,
kerana pada waktu itulah keluarnya binatang buas dan serangga juga berkeliarannya para
penjahat. Iaitu daripada kegelapan malam ketika malam itu datang dan menutup segala
sesuatu dengan kegelapannya.

Waktu malam yang gelap-gelita itu mengerikan dan menimbulkan ketakutan kerana
kegelapan malam menjadi tempat berlindung bagi orang jahat ketika bermaksud jahat dan
kegelapan malam menolong bagi musuh.

Juga apabila malam mula menyelubungi, pelbagai bentuk kejahatan bisa mengganggu
manusia. Serangan binatang buas, gangguan ahli sihir, dianiaya dukun, perompak dan
tergeraknya nafsu syahwat atas perkara yang jijik adalah sebahagian daripada bentuk
kejahatan yang mungkin berlaku. Ini kerana, kegelapan malam mendorong syaitan untuk
mempergiat usaha menggugat iman manusia yang sudah sedia goyah.

4. Firman Allah SWT:

Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-
simpulan.

Ketaksuban masyarakat kepada makhluk halus (jin, hantu dan seumpamanya) menyebabkan
keimanan mereka terpesong lalu percaya bahawa kuasa itu mampu memberikan mereka
sesuatu. Sedang pada hakikatnya, ilmu sihir tidak lebih sekadar menipu pancaindera
manusia agar timbul perasaan takut atau mungkin berharap. Sekiranya gejala ini tidak
dibendung, maka manusia semakin hampir dengan melakukan maksiat terbesar di atas muka
bumi iaitu syirik pada Allah SWT Nauzubillah minzalik.

5. Firman Allah SWT:

Dan daripada kejahatan pendengki bila ia dengki.

Sifat dengki, suatu yang negatif dan sering timbul apabila seseorang merasakan dirinya
kurang daripada individu yang lain. Ia boleh mengundang gejala yang lebih besar kerana si
pendengki mungkin akan berbuat apa sahaja agar kelebihan tadi ditarik balik daripada
pemilik asal tidak kira dengan apa kaedah sekalipun. Atau, ia mungkin sekadar menimbulkan
rasa cemburu. Walau apa sekalipun, dengki harus dibuang atau mungkin kita boleh melatih
diri untuk melakukan tindak balas positif atas sikap ini. Sifat dengki seharusnya dijadikan
pemangkin ke arah mempergiat usaha supaya menjadi insan yang lebih baik.

Wallahu Alam bishowab

.
MINGGU 20 HARI SELASA TARIKH 22
-09:10
KELAS 4 MASA 10:10
, ,.
.

1. .
2. .
, .
.1.1.10 . ()EMK
.2.8
.5.5.3 .
TMK .
()LCD


-10:30
KELAS 3 MASA 11:30


.
.5-1
.1 5-1 .
.2 5-1
.
/
. .
.1.1.10 . ()EMK
.2.2.3 .
.5.5.3 .
TMK
()LCD

KELAS 4 TASMIK MASA 12:30-13:30

You might also like