You are on page 1of 3

LOW JIA MIN Tutorial EDU

Kepelbagaian Budaya Bukan Penghalang Proses Pendidikan Di Sekolah

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum ataupun
masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban,
Kadazan dan sebagainya. Kepelbagaian budaya di negara kita telah menjadi satu tarikan pada
mata pelancong luar negara. Menurut Kamus Dewan (2005) Edisi Keempat, kepelbagaian ialah
perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau
konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budaya pula
merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri
dengan masyarakat dan alam sekitar. Mengikut Kamus Dewan (2005) Edisi Keempat
menyatakan budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.

Oleh itu, dalam konteks masyarakat majmuk, perpaduan dan persefahaman perlu dipupuk agar
setiap kaum bersedia dan berupaya memahami elemen-elemen penting budaya kaum-kaum
lain. Ini adalah kerana kemakmuran sesebuah negara hanya dapat dicapai dengan adanya
sebuah masyarakat yang boleh bertolak ansur dan saling memahami. Selaras dengan
keperluan ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan menerusi pendekatan dan proses pendidikan
yang menjadikan perpaduan sebagai salah satu agenda utama dalam pelaksanaannya.
Tambahan pula pendidikan sememangnya merupakan titik teras dalam menentukan
kelangsungan hidup dan keutuhan tamadun yang berjaya dibina dari satu generasi ke generasi.
Hal ini adalah kerana pendidikan juga merupakan agenda penting dalam pewarisan budaya
selaras dengan keperluan dan persekitaran semasa masyarakat. Menurut Borneo post
Keberkesanan dasar pendidikan asas utama pembangunan modal insan, pembangunan
lain(2013), pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan harus
dititikberatkan.

Memang persis bahawa kepelbagaian budaya bukan penghalang proses pendidikan di sekolah.
Hal ini dapat dibuktikan proses pendidikan di sekolah dijalankan dengan lancar walaupun
menwujudkan kepelbagaian budaya. Guru memainkan peranan penting dalam mencapai
kejayaan tersebut. Guru perlu mewuudkan peluang-peluang untuk mengumpul maklumat
tentang aspek-aspek kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar melalui perbincangan dan
perkongsian ilmu dalam mata pelajaran yang sesuai. Sebagai contohnya, guru boleh
menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran koperatif. Hal ini
disebabkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid ditekan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru membahagikan kumpulan dengan baik iaitu setiap
kumpulan mewakili budaya masing-masing. Mereka diberikan peluang untuk mengulaskan
LOW JIA MIN Tutorial EDU

pendapat mereka dan integrasi pendidikan diwujudkan secara langsung. Menerusi


Pembelalaran Koperatif , pelajar akan belajar dalam situasi pembelajaran lebih seimbang dalam
konteks pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek (Esah, 2014).

Selain itu, kerajaan telah melancarkan Pelan Induk Perkembangan Pendidikan Malaysia 2016-
2010 oleh mantan Perdana Menteri. Sistem persekolahan sebagai alat perpaduan dalam pelan
tersebut. Pihak kerajaan telah mewujudkan sekolah berwawasan dalam menyatupadukan
kepelbagaian budaya negara kita. Sekolah berwawasan adalah sekolah rendah yang
berkonsepkan belajar bersama-sama dalam kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan
bangsa. Pada masa ini terdapat lima buah sekolah wawasan yang beroperasi dengan berjaya
iaitu Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai,
Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, Sekolah Wawasan Taman Aman dan Sekolah Wawasan
Pundut.

Bermula dengan Laporan Razak 1956 (Perenggan 22[b]), diikuti oleh Laporan Talib 1960
(Perenggan 371[c]), Akta Pelajaran 1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1963, Akta Bahasa
Kebangsaan 1967 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
(1982), terbukti bahawa telah banyak usaha dilakukan untuk menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa utama dan menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan nasional. Pada
masa yang sama, pewartaandan pelaksanaan tiga dasar utama, iaitu Dasar Bahasa
Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebenarnya
telah mengabsahkan lagi akan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa yang boleh
membina rasa saling menghormati, kenal mengenali dan toleransi antara masyarakat
multicultural di negara ini. Secara khusus, Dasar Bahasa Kebangsaan memberikan penegasan
yang amat jelas akan tanggungjawab dan potensi yang ada pada bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa perpaduan di negaraini. Menerusi Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan pula, bahasa Melayu diberi status sebagai bahasa utama dengan peranan yang
amat penting dalam bidang pendidikan, pentadbiran dan perundangan. Oleh itu, kepelbagaian
budaya bukanlah penghalang sistem pendidikan di sekolah dengan penggunaan Bahasa
Melayu. Hal ini dapat dibuktikan dengan takrifan Samsudin Suhaili melalui laporan
Kepelbagaian Budaya dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
LOW JIA MIN Tutorial EDU

Sebagai rumusannya, kepelbagaian budaya bukan penghalang proses Pendidikan di sekolah.


Guru memainkan peranan penting dalam usaha kepelbagaian budaya. Selain itu, pihak
kerajaan juga menjalankan pelbagai usaha dalam sistem pendidikan. Semua pihak menyedari
bahawa kemerdekaan negara kita menjelang ke-60 dan bersatu padu merupakan tunggak
pembangunan negara kita.

RUJUKAN :
Esah, A. B. (2014). Pembelajaran Koperatif Sebagai Pilihan Kelas Abad Ke-21.

Borneo.P. (2013). Keberkesanan dasar pendidikan asas utama pembangunan modal insan,
pembangunan lain. Retrieved Julai 20, 2017, from
http://www.theborneopost.com/2013/09/30/keberkesanan-dasar-pendidikan-asas-utama-
pembangunan-modal-insan-pembangunan-lain/

Kamus Dewan.(2007). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sinar Harian (n.d.). Sekolah Wawasam mampu bantu perpaduan. Retrieved Julai 20, 2017,
from http://www.sinarharian.com.my/nasional/sekolah-wawasan-mampu-bantu-perpaduan-
1.312800

Suhaili, S. (n.d.). Kepelbagaian Budaya dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Retrieved Julai 20,
2017, from
http://malaylanguagecentre.moe.edu.sg/qql/slot/u181/Khazanah%20Ilmu/Dian%20Bahasa/Dian
_Bahasa_3.pdf

You might also like