You are on page 1of 4

LAPORAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA TAHUN 2017

Nama Program : KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA TAHUN 2017

Tarikh : 04 Mac 2017

Hari / Masa : Sabtu 07:30 am- 1: 30 pm

Tempat : Sekolah Kebangsaan Rebak, Asajaya

Objektif Program :

Pada akhir program ini insya Allah SWT murid dapat menguasai:

1. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan

rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan

2. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul

dan lancar.

3. Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah

4. Murid dapat melafaz Azan dan Iqamah dengan betul.

5. Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fadhu sebagai ibadat

yang wajib dalam kehidupan harian.

6. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama ada

solat secara bersendirian ataupun berjemaah.

Sasaran : Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6

Jumlah Kehadiran Guru : 6/6

Jumlah Kehadiran Murid : 80/84


Butiran Aktiviti :

7.30 8.00 TAKLIMAH PROGRAM ( Pengurus Program)

8.00 9.00 LDK 1

9.00 10.00 LDK 2

10.00-10.30 REHAT

10.30-11.30 LDK 3

11.30 12.30 LDK 4

12.30 1.30 Amali wuduk serta doa selepas berwuduk

Solat Zuhur berjemaah (Amali solat)

1.30 BERSURAI

TAHAP 1 (TAHUN 1, 2, DAN 3) & TAHAP 2 (TAHUN 4,5, DAN 6)

MASA AKTIVITI
7.30am 8.00am Pendaftaran
Taklimat

8.00am 9.00am LDK 1 (Berpandukan silibus kelas masing-masing)


9.00am 10.00am LDK 2 (Berpandukan silibus kelas masing-masing)
10.00am 10.30am Rehat (10 minit digunakan untuk pembarisan)
10.30am 11.30am LDK 3 (Berpandukan silibus kelas masing-masing)
11.30am 12.30pm LDK 4
12.30pm- 1.30pm Amali Wuduk dan dan Amali Solat: Solat Berjemaah (Solat
Zuhur)
Kekuatan Program:

Alhamdulillah sambutan Kem Bestari Solat untuk kali pertama mendapat sambutan yang

menggalakkan. Semua guru yang bertugas hadir untuk menjayakan program ini, ia juga

mengeratkan hubungan sesama guru dan memperkukuhkan lagi semangat kerja

berpasukan guru-guru di SK Rebak, Asajaya ini. Murid-murid pula, melalui program ini

murid-murid boleh dilihat seronok dan ada yang telah menguasai wuduk dan solat secara

menyeluruh dari segi teori dan juga praktikal.

Kelemahan Program:

Kekangan masa amat memberi masalah kepada guru untuk membuat penilaian

secara menyeluruh terutama kepada tahap 1. Kemudahan bekalan air yang tidak berfungsi

dengan baik melambatkan lagi proses amali terutama amali wudhuk. Selain itu masalah

kewangan juga memberi kesan kepada guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran

yang kondusif.

Tambahan lagi, fail-fail yang disediakan masih belum dapat disediakan dengan

lengkap dan mencukupi terutamanya untuk murid-murid Tahun 1 yang baru pertama kali

menyertai Kem Bestari Solat dan perkara ini akan diusahakan untuk diatasi.

Selain itu, kawalan kelas kurang memuaskan terutamanya bagi murid-murid yang

berada di tahap 1 kerana fasilitator hanya ada 6 orang sahaja. Justeru seorang fasilitator

menjaga satu kelas sepanjang KBS berlansung. Hal ini juga menyebabkan terdapat murid-

murid yang hilang tumpuan semasa KBS sedang berlansung.


Cadangan Penambahbaikan:

Kekangan masa amat memberi masalah untuk mengajar dan menilai secara

menyeluruh program ini. Tindakan yang wajar pada masa akan datang ialah mengasingkan

murid-murid kepada kumpulan yang lebih kecil, seorang guru membimbing murid tidak lebih

pada 10 orang.

Panitia Pendidikan Islam boleh memohon sumbangan tenaga pengajar dan sebagai

fasilitator yang lebih ramai mungkin daripada IPGM atau pelajar universiti berdekatan .

Manakala masalah kewangan pula, saya mencadangkan meminta kerjasama dengan pihak

PIBG untuk membantu dari segi penyediaan bahan-bahan sokongan dan makanan dan

minuman.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar berbentuk ICT akan digunakan lebih banyak

kekerapannya kerana kaedah atau teknik ini dilihat meransang tumpuan dan focus murid

dengan lebih baik dan kawalan murid lebih teratur ketika sesi tayangan slaid mahupun video

dipaparkan kepada murid.

You might also like