You are on page 1of 8

12/09/2017 EGTUKAR Guru KPM Kementerian Pendidikan Malaysia - Sistem Guru Online

EGTUKAR Guru KPM Kementerian Pendidikan


Malaysia
By Encik Mohd Aried Rifke

EGTUKAR Guru KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

https://www.sistemguruonline.my/2017/04/egtukar-guru.html 1/8
12/09/2017 EGTUKAR Guru KPM Kementerian Pendidikan Malaysia - Sistem Guru Online

EGTUKAR Guru merupakan satu lagi modul pengurusan guru yang ada di dalam sistem
pengurusan sekolah di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian
Pendidikan Malaysia. EGTUKAR KPM ini juga adalah sangat berkait rapat dengan sistem
eoperasi kerana ianya dibawah modul pengurusan guru yang sama.

Login EGTUKAR GURU

> EGTUKAR <


Klik untuk LOG IN ke EGTUKAR GURU

Untuk login ke sistem egtukar guru diatas, anda hanya klik pada tulisan yang dibesarkan
itu. Kemudian anda boleh terus login melalui ID dan Kata Laluan anda masing-masing. Bagi
guru yang pertama kali mengisi egtukar, anda diwajibkan untuk mendaftar dahulu di link
dibawah.

Login Egtukar Guru Pertama Kali


Isikan Nama, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Gaji, ID Pengguna, Kata Laluan,
Pengesahan Kata Laluan, Emel, Tarikh Lahir dan akhir sekali ialah Soalan Keselamatan.
Klik simpan dan anda sudah siap untuk mendaftar egtukar dan terus boleh mengisi
borang egtukar anda.

Update Semasa 19/4/2017 Mengenai Keputusan EGTUKAR 2017


Berikut admin kongsikan rangka kerja pertukaran antara negeri bagi tahun ini. Seperti
yang kita tahu, pengisian egtukar guru kali ini hanya sekali sahaja dipohon. Maka berikut
adalah tarikh-tarikh penting yang akan berlaku dalam sistem kementerian.

Untuk masa terdekat ini, kemungkinan besar kalau mengikut jadual maka keputusan
kelulusan pertukaran guru akan diketahui pada 22 Mei 2017.

https://www.sistemguruonline.my/2017/04/egtukar-guru.html 2/8
12/09/2017 EGTUKAR Guru KPM Kementerian Pendidikan Malaysia - Sistem Guru Online

rangka kerja pertukaran antara negeri

rangka kerja pertukaran antara negeri

https://www.sistemguruonline.my/2017/04/egtukar-guru.html 3/8
12/09/2017 EGTUKAR Guru KPM Kementerian Pendidikan Malaysia - Sistem Guru Online

Pertanyaan & Masalah Permohonan EGTUKAR Guru di Bawah


Kendalian KPM

Apakah Kriteria Pemilihan Guru yang Melayakkan Mereka untuk Mendapat


Kelulusan Bertukar ke Negeri yang di Pohon?

Untuk pengetahuan semua guru, terdapat 3 kriterian utama yang menjadi ukuran kepada
algorithm atau lebih tepat pertimbangan bagi memutuskan sama ada guru tersebut lulus
bertukar atau tidak. 3 Kriteria Utama tersebut ialah:

Kepentingan perkhidmatan
Kekosongan jawatan
Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

Disebabkan kriteria ini, pihak KPM telah membantu menyediakan sistem trafic light iaitu
lampu yang menyatakan sama ada sesuatu negeri itu memiliki kekosongan jawatan atau
tidak. Ia juga diselaraskan dengan jenis opsyen guru.

Bagaimana Statistik Pertukaran Guru bagi Egtukar 2017 Kali ini?

Mari kita lihat pula statistik permohonan keluar masuk guru bagi sesi 2017. Bagi guru
sekolah rendah adalah seperti berikut.

NEGERI MOHON MASUK MOHON KELUAR

JOHOR 404 1900

KEDAH 1935 145

KELANTAN 2165 57

MELAKA 497 189

NEGERI SEMBILAN 453 401

PAHANG 757 756

PULAU PINANG 637 461

PERAK 1012 818

PERLIS 270 31

SELANGOR 1086 2120

TERENGGANU 1521 135

SABAH 293 1042

SARAWAK 338 2574

https://www.sistemguruonline.my/2017/04/egtukar-guru.html 4/8
12/09/2017 EGTUKAR Guru KPM Kementerian Pendidikan Malaysia - Sistem Guru Online

KUALA LUMPUR 237 991

LABUAN 20 82

PUTRAJAYA 130 64

B. PI 6 131

B. PEND KHAS 5 79

Statistik pertukaran guru bagi egtukar guru sekolah menengah sesi 2017 pula adalah
seperti berikut.

NEGERI MOHON MASUK MOHON KELUAR

JOHOR 204 1628

KEDAH 850 162

KELANTAN 1965 37

MELAKA 237 134

NEGERI SEMBILAN 288 343

PAHANG 579 683

PULAU PINANG 237 451

PERAK 697 585

PERLIS 135 32

SELANGOR 991 1031

TERENGGANU 1489 137

SABAH 77 941

SARAWAK 53 1402

KUALA LUMPUR 159 1052

LABUAN 20 61

PUTRAJAYA 126 25

BPTV 352 243

BPI 257 372

BPSBP & SK 65 333

BK & K 6 13

B. SUKAN 13 17

B. PEND. KHAS 15 30

Secara kesimpulannya, admin melihat bahawa negeri Kelantan masih lagi mencatatkan
jumlah permohonan masuk yang paling tinggi bagi kedua-dua jenis sekolah rendah dan
https://www.sistemguruonline.my/2017/04/egtukar-guru.html 5/8
12/09/2017 EGTUKAR Guru KPM Kementerian Pendidikan Malaysia - Sistem Guru Online

menengah. Manakala negeri Sarawak pula mencatatkan permohonan keluar paling tinggi.

Apakah Jenis Guru yang Boleh Memohon Pertukaran Melalui Modul EGTUKAR?

Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP
Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP
Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-
based) sahaja. Manakala pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut Pentadbir secara
hakiki dan Guru Cemerlang hendaklah mengisi borang permohonan secara manual. Borang
itu perlu dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau
Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.

Mengapa Saya Gagal Dalam Permohonan EGTUKAR KPM?

Isu kegagalan pertukaran ini sebenarnya telah banyak kali kita dengar. Terutama luahan
hati para guru di media sosial. Sebenarnya, punca utama guru gagal dalam memohon
pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut :

Kepentingan perkhidmatan
Kekosongan jawatan
Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

Jadi, jika anda gagal dalam egtukar sebelum ini, cuba anda imbas kembali adakah anda
mempunyai masalah tidak memenuhi 3 kriteria utama ini? Selain itu, guru semua perlu
tahu bahawa kelulusan pertukaran tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat
secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan
dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.

Sebenarnya, Bilakah Keputusan EGTUKAR akan di Umumkan?

Banyak khabar angin yang bertiup kencang terutama di dalam media sosial. Jadi sekali lagi
di ingatkan kepada semua guru, tarikh keputusan permohonan pertukaran egtukar guru
akan dimaklumkan secara atas talian di dalam website egtukar yang rasmi.

https://www.sistemguruonline.my/2017/04/egtukar-guru.html 6/8
12/09/2017 EGTUKAR Guru KPM Kementerian Pendidikan Malaysia - Sistem Guru Online

Apakah Alasan yang akan di Pertimbangkan oleh KPM untuk Meluluskan


Pertukaran Guru?

Kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan


jawatan dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon. Walau bagaimanapun, semua
alasan yang dikemukakan mempunyai merit/wajaran dan diambil kira dalam pertimbangan
kelulusan pertukaran.

Mengapa Pertukaran Suka Sama Suka Tidak Boleh dilaksanakan?

Secara asasnya, meang tiada istilah pertukaran guru suka sama suka di dalam egtukar
atau pertukaran guru secara amnya. Hal ini kerana Kelulusan pertukaran mengambil kira
bilangan keseluruhan permohonan ke daerah/sekolah tersebut berdasarkan kepentingan
perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen daerah/ sekolah yang dimohon.

Adakah Permohonan EGTUKAR Tidak Akan diluluskan Secara Automatik Jika


Guru Besar/ Pengetua Tidak Menyokong Permohonan Tersebut?

Permohonan pertukaran yang tidak disokong oleh pengetua/guru besar masih boleh
dipertimbangkan berdasarkan kepentingan perkhidmatan.

Adakah Boleh Membatalkan Kelulusan Pertukaran yang Berjaya atau Tidak


Melaporkan Diri di Sekolah Baru?

Kelulusan pertukaran adalah muktamad. Guru tidak boleh membatalkan kelulusan tersebut
dan perlu segera melapor diri bertugas di sekolah baharu yang telah ditempatkan. Guru
boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan pertukaran.

Seseorang guru atau penjawat awam yang tidak melapor diri boleh diambil tindakan
berdasarkan Peraturan 4(2)(i): ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara

https://www.sistemguruonline.my/2017/04/egtukar-guru.html 7/8
12/09/2017 EGTUKAR Guru KPM Kementerian Pendidikan Malaysia - Sistem Guru Online

yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, selaras dengan arahan
Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat Bil. KPM.
INTEGRITI(S)600-12/16 (12) bertarikh 11 Februari 2015 berkaitan dengan ketidakpatuhan
pegawai terhadap arahan penempatan/pertukaran tempat bertugas.

Tetapi, anda boleh membuat penangguhan memulakan tugas di tempat baru. Guru yang
ingin memohon penangguhan mula bertugas perlu melapor diri kepada Pengetua/Guru
Besar sekolah baharu terlebih dahulu dan seterusnya membuat permohonan penangguhan
kepada Pengetua/Guru Besar sekolah baharu. Pengetua/Guru Besar sekolah baharu boleh
memberi pertimbangan ke atas permohonan penangguhan guru tidak lebih daripada empat
belas (14) hari dari tarikh kuatkuasa arahan pertukaran.

Selain itu, jika para guru mempunyai sebarang kemusykilan lain boleh download FAQ
EGTUKAR ini.

FAQ EGTUKAR GURU

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

Anda mungkin suka Sponsored Links by Taboola

How a Tiny Investment Becomes a Multi-Million $ Empire?


BusinessCaseStudy

7 Blogger Approved White T-Shirt Stylings


bleubloom.com

25 Actors Who Transformed Drastically for Game of Thrones


Fropky

The Bitcoin Is Breaking Every Record. Grab it Before it's too Late.
webtrade.online

5 Countries That May Give Free Housing To New Residents


Women's Article

You've been Overpaying for Flights... Until Now


Save70.com

https://www.sistemguruonline.my/2017/04/egtukar-guru.html 8/8

You might also like